September 30, 2016

nota harijadi menutup september

Cerita makan-makan menguasai carta September bila ada 2 September's boy merai ulangtahun, abanglong on 21st, abangsayang pulak 27hb...disebabkan 27 malam baru sampai balik dari Brunei, 28,29,30 3hari3malam kita buat acara makan-makan...hamboiii!

let's cekidaut...menarik sepanjang october!

September 28, 2016

tart gulung berinti jem nenas "special"

assalamualaikum wbt.
cerita hari ni...beria tukar template..alasan tukar? sesajeee bertukar angin, sekali stuck kat satu dua benda mulalahhh..alahai masuk bab nak edit html. tu debar memang lain macam...klik begitu klik begini...ginilah kesimpulannya, penampilan baru aku "back to basic" katanya...simple yet responsive, kat mana responsive nye, aku pun taktau...tak abih belajo cikgu dah lari..hiks.
jom la..balik ke tajuk entry
panjang pulak namanya ku bagi...maklum la sekarang banyak benar variasinya si 'tart jem' ni tapi stail gulung memang paling mendapat tempat, tak perlu tunggu raya..setiap masa ada yang menjual... bila ada jeee yang membelinya :)
agak-agak apa yang special pada tart nenas ni ye?


beria cari balik bekas kuihnya untuk diambil gambar....clue kepada soalan aku kat atas tu???
selain no. contact kot ada yang nak mengorder,  tart nenas ni sebenarnya telah mengingatkan aku untuk selalu membelek biar teliti setiap bahan yang disenaraikan sebelum membeli sesuatu produk terutamanya makanan lah biar yang ada logo halalnya.
oh, tart nenas ni tak salah, tu ada logo kaler hijau tu "muslim produk" :)
sebenarnya kalau ada yang perasan,...tiada walau secubit gula dimasukkan ke dalam "tart nenas" ni, haaa, tu yang specialnya tu...tapi tart nenas ni tetap sedap dengan cara dia tersendiri...untuk aku ok la sebab aku memang kurang dengan yang manis-manis tu :)
so, jom rajin-rajinkan belek bahan-bahan yang disenaraikan pada produk makanan sebelum beli :D

September 27, 2016

australia..australia..australia

Baru-baru ni aku terbaca catatan seseorang yang telah membeli set corelle design yang aku admired tu kat sana, dengan sangat murah, separuh daripada harga kalau beli kat Langkawi, sayangnya sendiri sudah lupa  baca kat mana... 
Sejak menjak tu asyiklah pula cerita yang ada sangkutan Australia dekat je ke aku, sekejap ada cerita adik ipar merancang ke Australia..bekerja di sana, sekejap suami pula berhajat nak join member pi kerja ladang kat sana, kutip buah katanya.. cuti kerja laut 3bulan..eh, kerja laut pun dah pernah berezeki touch down airport sana, kan? aku okje mana-mana pun,pastikan ikut saluran yang betul la if bekerja di negara orang, jangan jadi PATI sudahlah, hihi. wahhh! terbayang-bayang corelle idaman sudah berada dalam dakapan. Satu kepuasan yang tak mampu aku nak luah bagaimanalah kalau aku dapat set corelle corak idaman tu dengan harga yang lebih murah, beli harga murah-murah guna tanpa riak, aku ni takut sebenarnya bab nak handle benda-benda ada nama ni, ada jer satu perasaan halus tu kat dalam...eh,
Semalam ada girl baru balik dari bercuti bagi anak aku ole-ole dari Australia, suka lah abang long, penolong dia bagi hadiah, cikgu-cikgu yang terpilih dan Ketua Kelas jer tau dapat koalaBear ni ':D

September 26, 2016

gulai "daging korban" istimewa

ada lagi ke daging korban? ahaks, 
ok ini cerita di kampung selepas Aidiladha tu hari,..time orang sebok-sebok agih daging, start dari hari raya sehingga abis hari Tasyrik 3hari tu, kejap-kejap ada bunyi motor hon depan rumah.. hantar daging korban.
Jom kita menggulai... kari pun ada orang kata, buh rempah santan semua.. kat utara kata gulai. Kari?.. yang tu kena pi cari kat Penang, mamak style tak buh santan.
Ada pula yang dok tukar santan dengan susu, lebih sihat katanya, yang tu tak tau la nak kata gulai  ka kari.. 'suri' kot ':D
bahan asas...bawang merah dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kari dan kerisik
sementara bawang putih dicincang dan tumis bersama 4sekawan sehingga wangi dan curahkan bahan kisar
tunggu sehingga rempah pecah minyak, masukkan daging..diikuti santan...akhirnya, perasakan, siap! mudahnya :)
Kenapa gulai daging ni istimewa?
...ni resepi mak aku, gulai wajib ada di pagi raya untuk cicah ketupat palas, biasa mak masak petang menjelang raya.. malam raya dah pakat mencicah panas-panas, tapi masa tu kuahnya masih cair lagi, pagi-pagi raya panaskan sekejap baru kaww! pekat melekat ala rendang rupa gayanya, tapi maintain rasa gulai/kari.. i like :D

September 23, 2016

Lagu pilihan di hari lahir si sulung

selamat hari ulangtahun yang ke 8 untuk anak sulung lelaki harapan keluarga mr."emirLuqman"
belated daaa..bukan hari ni, bukan semalam tapi semalam-semalam...which is, hari rabu 21sept.
jom kita sama-sama dengar lagu kesukaan kami anak beranak, pagi-pagi  sambil sarapan dengar lagu ni boleh buat mood satu family happy...si sulung pun tersenyum-senyum bersemangat untuk ke sekolah....

September 22, 2016

buat kek pulak dia...

mesti lah! birthday anak kot, aku nak la juga anak aku ada moment masak-masak kek dengan mama diorang bila besar nanti, macam aku yang terkenang-kenang moment masa-masa kecik dok buat-buat kuih kek semua dengan mak.
Kerap nau makan kek kat luar bila birthday gigih la baking, kelainan kononnya.
"Mama ni asyik-asyik buat kek kecik jerrr," komen si sulung ':)... hamboiii tu la paling senang jadi nak oii.. hihi, plus paling senang korang nak makan juga..capai dan makan la mana korang nak.. lantai sepah boleh sapu:D
Birthday punya pasal gigih la aku kuarkan mixer semata nak pukul cream cheese yang berkurun bertapa dalam freezer tu.. tu pun salah satu sebab, bercinta nak mengekek bagai ni.. lain la ada bibik yang nak handle kerja cuci-cuci kelengkapan tu nanti, hiks.
Jadi ke idok?.. angan-angan menggunung, kek coklat lapis cream cheese.. kukus youuu, sekali baru lapis cream cheese kek dah naik mengembang penuh loyang.. kes salah saiz loyang la gamaknya... sudahnya jadi la kek coklat kukus toping cream cheese nama diberi..lagi sebahagian yang sepatutnya lapis kat atas lapisan cheese tu aku layangkan sekali lalu kat atas cream cheese tu konon-konon marble ke apa macam kek yang selalu dok berlalu lintas kat fb tu:D, nak tengok ke gimana kecomotannya tu, nanti-nanti scroll gambar kat bawah ye ':D
Lepas tu kan.. lepas tu kan.. derhaka resepi punya pasal, kek takmo keluar dari loyang la pulak, lembab sangat kot, jom masuk oven kasi garing sket..haha, and hasilnya... sampai ke sudah gitu ja dia, main jorong dalam loyang sudah, elok pulak keluarnya.. haihh!.. esok beli kertas minyak simpan siap-siap kot tetiba mai lagi seru mengekek.. ekekekekkk.
antara koleksi gambar kek kecik aku...ni guna tepung hairan kawan bagi, sedap..anak berebut makan takdan nak sira toping
kek beso yang aku buat semalam untuk malam birthday si sulung...21sept.2016

September 19, 2016

aidiladha di kampung halaman

kalau di kampung aku "raya haji" katanya. raya korban pun ya juga lah.. ada je sedara mara sekampung buat korban pada hari raya korban tahun ni, tapi lebih kepada mengagih daging ke setiap rumah..masing-masing macam tak datang rasa nak berkumpul memasak berkenduri bagai.. masak-masaklah kat dapur memasing macam raya Aidilfitri tu satgi kita saling bertandang, gitu konsepnya :)
yang kecik-kecik riang beraya dari pintu ke pintu lah apalagi bila yang dah berumur ni beria berebut ambik kesempatan bersedekah duit raya di hari mulia.
Hari raya kedua berezeki makan-makan kenduri daging korban lagi... kat rumah mak sedara di megatDewa..kira jauh jugalah selang kampungnya, yang ni syoklah dia memang gotong-royong sekampung masak-masak... lengkap sup gear box, air asam.. goreng kunyit kerabu perut semua ada lah, disajikan pula buah-buahan petik kat dusun kot mabuk mual terlebih meratah lembu. Alhamdulillah atas rezekiNya. 
salam Aidiladha
berjalan raya
live!dari meja kerja dapur mak...penuh semedang meja tu.
tangan kecil siapakah kat bahu kanan paklang tu..jeng jeng jeng!
sebekas kuih sepit reject juga angkut dari rumah tokwa megatDewa :)

September 16, 2016

jom balik kampung!

seminggu cuti sekolah...pakej raya haji hari malaysia semua ada dalam tu, takkan tak balik kampung.
suami pun ada..congokkk dok rumah, jom la kita balik nawaitu nak gembirakan hati mak, riuh-rendahkan rumah mak dengan jeritan pekikan anak cucu..moga-moga dipermudahkan semualah.
tu pun tunggu ahad baru gerak, biar orang lain balik dulu..bagi reda sket katanya.
terima kasih lah kepada yang dah berbondong-bondong balik hari sabtu, jammed dan raya kan senada seirama...alhamdulillah, lancar sangat perjalanan di hari ahad 9zulhijjah...hikmah berpuasa juga tu, sejuk dingin di perjalanan..dengan hujan di beberapa tempat...boleh skip masa makan kat rnr juga.
tengahari sampai kampung...adik-adik sebok merendang kat dapur, makan tengahari pun belum...sempat lah menyebok tajamkan balik skill membalut ketupat palas :)
Mak nampak ceria membalut ketupat...semua anak menantu cucu ada beraya dengan dia aidiladha kali ni.
snap kat trafik light je ni, pandai dia pandang kamera telefon :)

singgah hentian sebelah regang-regang apa yang patut, abanglong puasa lagi masa ni :)
sampai Kedah baru terasa matahari,...musim menuai dah rupanya.
kecik yang berdua tu mengunyah sepanjang jalan, butang mata si abanglong menahan godaan :)
orang kuat dapur sempat try test laksa cabai sebijik :D yang aku singgah beli kat pekanJitra...sebelum sambung merendang, semeja bahan masak dok menunggu tuudiaa :D

September 5, 2016

kau lari aku mengejar

haha.. ini baru betul punya mengumpul bahan, mana ngko nak lari wahai "mood"
malas sangat ye nak kasi idea mengarang.. meh sini kita kasi tukar stail sesekali, janji blog berupdate ':) "... pasir putih tepi pantai.. ombak saling bekejaran, kau lari aku mengejarrr..."
....... apa ni, apa ni? makcik layan dangdut KAH!
breakfastpicnic @#morib
lunch @#baganlalang
 *cerita panjang-panjang tunggu dapat tangkap itu "mood" mengarang lah..hiks

September 1, 2016

jalan-jalan hari Merdeka

rindu blog aihhh...rindu nak tulis-tulis nak tepek-tepek gambo..rindu nak merayap pi skodeng blog orang...baca-baca gelak-gelak sengih sensorang pastu komen-komen, aihhh..rindu semua tu, mana semua-semua tu pegi haa..cepatla balik mood yang ituuu!
hmmm...
banyak gambo terperam nih...paling latest, gambar jenjalan cuti hari merdeka rabu semalam,
dua tiga hari sebelum tu si sulung adalah bertanya-tanya kalau-kalau ada rezeki dia nak bersesak-sesak ke dataran merdeka di hari 31ogos,... "in shaa Allah satu hari nanti kita pergi ye :)"
Alhamdulillah abanglong sangat memahami,kesian juga tapi tunggulah adik-adik besar sket je lagi kot ':D
Pagi-pagi 31ogos tu,selesai breakfast laju-laju bentang toto depan tv.. tapi macam tak ada perasaan pulak menengoknya lalu ku cuba lah riki2 sang suami yang sebok scroll menelaah berita..anak-anak diam jer masing-masing pasang telinga latteww, sekali si ayah bersuara "nak keluar, siaplah"..:D :D :D
keluar dengan hashtag #jalanjalan, mana tujuan tunggu dan lihat saja nanti!.. pasti sekali bukan shopping mall, kalau tak ke pantai pastinya ke tanah tinggi.. itulah suami ku:) ...aisyah komplen ayah bawa pi jalan "rumah hantu"..hihihi
 colmar tropicale, Bukit Tinggi, Bentong Pahang.