August 23, 2016

dapur berasap ala kampung

gittew bunyi tajuknya...apa-apalah janji bertajuk :D
penyeri blog memang nin dia lah, malah ig pun kalau ada lalu pic beridang gini lama pakat tenung, kan :D... padahal kawan kita tu tayang lauk tenggiri masin goreng bawang ja...penangan gambo makanan memang tak dapat diluah dengan kata-kata, haaa gittew :D
Bila hari entah aku try resepi sambal udang blogger tersohor dalam selok-belok menulis resepi tu la, dia tumis bawang rose dengan bawang putih sampai garing dan masukkan cili kisar, cun sangat kejadian sambal nya, merah cantik sebab just guna 3-4 biji bawang rose tu je kan, sambal pun takde la masalah rasa bawang besar tak cukup garing...,proses menumis sambal juga lagi cepat siap.. Patut la bawang rose tu sedikit mahal, kot?. .tips hari ni' jom la kita bersambal dengan bawang rose :)
Tips seterusnya..ecewah ayat macam pro jer pulak.. actually nak kongsi benda yang aku rasa best jaaa..kalau dulu aku suka buh sedikit telur ke dalam bancuhan tepung untuk goreng cempedak, tapi bila cempedak goreng tu dah sejuk bau dia jadi tak best syikit daa.. sebab ada bau telur tu kan.Jadi aku tukar buh mentega ke butter pulak ganti telur dan puas hati jugalah dengan hasilnya cuma keropok krup krap krup krap dia je la dah tak semeriah macam buh telur, kalau anak suka makan krup krap tu elok buh telur lah :)
Penutup cerita buh la sekeping gambar beridang... tilapia garing bersambal uuu, lama kot ngidam, kalau kat luar yang orang jual selalu jumpa tilapia ni masak sambal ijo tu banyak biji cili terkuis-kuis aku hiks.. masak sendiri buh sambal merah puas hati :D
Ikut trend beridang ala traffic light.. ada merah hijau kuning tak cukup la nasi sepinggan.. hihi. Minta ampun sesiap kat yang dok diet Atkins la less carbo la ntah macam-macam lagi la bahasa diet korang tu.. ya. 
menulis pun macam ada yang kurang, mojo belum menjadi...jadilah asal dapat masuk sini gambo selera kampung aku nih.

August 18, 2016

kenduri @ bandarPuteriJaya

hujan sejuk membilas pagi...moga beransurlah jerebu yang dah dua tiga hari kita dok sedut tu
sejuk dingin hujan-hujan gini hilang mood nak keluar berjalan kaki pagi ni, pi beli nasi lemak kat hujung simpang jer ponnn...mai la kita tulis-tulis sini sambil goreng cempedak..hiks
...weekend lepas balik makan kenduri kat majlis sambut menantu di sungai Petani, cousin kawen.
anaknya paklang aku si polis pencen, cousin aku tu kapten kapalkah, sanding lengkap uniform kapten kapal bagai, "mak orang kepoci gi kenduri",.hiks...tapi memang jarang ada jarang sangat jumpa cousin sorang ni, masa arwah ayah aku meninggal hari tu dia datang..rupanya dah tukar kerja..kat pelantar je sejak dah kawen ni..kerap sket boleh balik rumahkan ':)
Paklang kenduri pacak khemah depan rumah ja..senanglah sedara mara mai jauh-jauh boleh suruh masuk berehat dalam rumah....jangan dok kepoci masuk cari bilik pengantin sudahlah ':)
Aku failed lagi dengan jalan-jalan kat SP even aku ada ramai pak menakan berumahtangga merata taman kat SP tu, singgah  amanjaya mall, menyorok la konon sebab terpaksa skip singgah rumah pak-pak menakan yang ada... sambil tunggu mak sampai dari kampung.
Lepas peluk cium mak dan dibekalkan seguni buah cempedak :D..................cempedak goreng aku dah garing dalam kuali oitsss :D :D :D

..........bersambung :)
selpie dengan spek sengetbanget sekeping...yang sengetbanget ni juga paling syok pakai sebab dia tak kacau tudung, tips utama kena ambik kira tu masa nak pilih frame spek...INGAT!
mereka-mereka orang laut...+pengantin kat bunting belakang tuuu :D
geng kepoci :D
1st time pi amanjaya mall :)

August 11, 2016

hargai nikmat "sihat"

....bila badan mula bagi signal amaran!!!
nampak sangat badan protes habis-habisan misi aku mahu gemok :D
apa pon syukur sangat punya sistem tubuh badan yang dapat berfungsi dengan bagus begini, tahu aje dia nak nyalakan lampu-lampu amaran bila ada yang tak kena. 

....selepas berjumpa doktor?
sudah tiba masanya untuk aku mulakan cara hidup yang sihat dalam kehidupan harian aku.
biasalah bila umur dah ke hujung-hujung 30an ni,kan...mana boleh main redah-redah je lagi.
3 pesanan doktor untuk aku!
1-minum air kosong/ suam sebanyak mungkin.
2-berjalan kaki paling kurang 30minit sehari.
3-bersenam :D 
minum air tu memang aku dah dan sedang dalam proses, tapi yang berjalan kaki tu...nak berjalan ke mana dengan nak berdukung berheret askar aku lagi ni...kang tak pepasal ada pulak kereta berhenti nak tumpangkan kami anak beranak yang dok berjalan bereksesais tepi-tepi jalan tu nak ke playground kat taman sebelah..hiks.
almaklumlah..sebelum-sebelum ni pi playground pon naik kereta.
bersenam?... atau buatlah apa-apa aktiviti yang bagus untuk melancarkan peredaran darah.

aku juga rasa nak dah kena mula amalkan pemakanan yang lebih sihat walaupon doktor tak suruh lagi...kek ke desert manis menarik semua tu sesekali kot teringin sudahlah...kena latih perasaan ngeri tengok kek ke brownies satu lagi apa nama yang pakai telur putih tepek cream tabur buah atas dia tu..lepas ni tengok semua-semua tu..hanyir telur je tu..hihi

August 10, 2016

menikmati hari

"kita hari ini hanya memiliki tapi tidak menikmati..."
 selamat pagi semua, happy Wednesday!

August 8, 2016

terlalu rindu

Pukul 10malam tadi.. suami tup tup dah terpacak depan pintu rumah.
Surprise!!! terjerit-jerit kerianganlah Aisyah yang kebetulan masih belum tidur, ayah aicahhh ayah aicahhh balik!
Sesungguhnya itulah moment paling indah dalam hidup aku dan anak-anak.. kegembiraan yang tak mampu untuk diucapkan setiap kali ayah yang dirindu berhari berminggu tiba-tiba muncul depan pintu.
Alhamdulillah, syukur atas nikmat kegembiraan pinjamanMu, abanglong yang dedar terus sihat gembira selepas dipeluk si ayah, segar ceria sampai tak boleh nak tidur.. agak terlewat bangun pagi tapi gembira sekali bila si ayah offer nak hantarkan ke sekolah :) 
untuk si mama..:)
untuk anak-anak :)
untuk si ayah :D

August 4, 2016

berlalunya Syawal

Lama rasanya tak menulis,
apa entah jadinya, entry Ramadhan wujud seketul entry Syawal pon ada seketul.. tak pernah-pernah lagi gini jadinya dalam sejarah "notaharianmama".
Alhamdulillah, terasa berharga nya entry ramadhan dan syawal yang ada serba seketul tu... terasa-rasa lagi lainnya perasaan di Ramadhan dan Syawal tahun ini. Apa pun #syukurselalu, jika kita rasa ujian kita tu dah cukup berat, ada lagi kawan kita yang berlagi-lagi berat ujiannya, dia relaks je masih tenang menulis, berkongsi rasa.. kamu sangat kuat kawan. 
Terima kasih beri tempias positif kamu itu buat datang balik rasa aku nak menulis.. tulis apa di rasa tu karut saja?.. COME ON lah :) 
i will stand up and stand up and stand up again!
cempedak itu.....
pisang kenangan
rendang babai....