July 15, 2016

cerita raya 2016

Assalamualaikum wbt.
Salam 10 syawal 1437H, belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat kamu-kamu yang sudi singgah ke laman  'notaharianmama' lagi dan lagi..terima kasih bebanyak sudi support 'notaharianmama' selama ini.
Raya tahun ni gilir di kampung aku...so pagi raya aku bersama tiga anak aku tu berhari raya dengan mak dan 'paksu' my adik bongsu yang masih single tu ;)
hujan lebat mencurah-curah on off sepanjang hari raya pertama di kampungku tahun ni...abanglong pi solat raya kat masjid naik motor dengan paksunya tu...merasalah depa berdua merempit meredah hujan balik ke rumah selepas dah tak sanggup menunggu lama-lama di masjid, hujan tak juga sereyat-sereyat...anak-anak comel kat kampung totaplah berjalan raya, yang perempuan tau jugalah nak berpayung walau separuh badan dah kuyup..yang laki-lakinya lencun abih dah lah berjubah bagai, abih kasut raya lip-lap berselut, memang tak masuk rumahlah..tunggu depan pintu salam for duit raya...camtu baru betul-betul raya, lenjan habih baju raya. Anak-anak aku orang bandar la katakan, dok dalam rumah tunggu orang datang beraya sajalah..hehe...dapat duit raya jugak, hiks.

mak aku dan adik bongsu aku yang setia menemani mak ke mana sahaja..
adik perempuan aku yang pink dan adik lelaki aku yang maroon beraya rumah mertua tahun ni
aku dan anak-anak takde dondon-dondon tahun ni, matching-matching cukuplah :)
apa pon baju raya ayah kami totap menyerlah...ayah tak beli baju raya tahun ni, pagi raya dah balik hotel pon pakai baju merah dia tu la..hihi
flight balik malaysia tengahari hari raya pertama...sempatlah suami beraya dengan abahnya kat Shah Alam di malam hari raya pertama..alhamdulillah.

July 13, 2016

balik kampung di hujung Ramadhan

tahun ni dapat 3 petang berbuka di kampung menjelang raya tambah pula satu hari lagi yang Ramadhan pertama tu *previous entry.. dapat la 4 petang.
Balik kampung Sabtu malam, gerak lepas Isyak jalan clear sangat alhamdulillah subuhnya selamat sampai ke kampung.. singgah sahur kat rtc Perak tu dalam kul 12camtu, sekali lagi kat Gurun dah pukul 5pagi meriah la semua pakat berenti pakat kalut nak makan soq :) 
ayahnya kerja tak siap lagi.. nun tetengah lautan lagi dia.. anak isteri balik kampung dulu la ye, alhamdulillah ada adik-adik yang ingat ke akak depa yang sorang ni. 

July 11, 2016

Ramadhan pertama di kampung halaman

Assalamualaikum wbt.
ahaiiii! ini baru betul-betul tertinggal ets gayanya ni, tak terkejar daaa..orang sebok update cerita raya gambar lemang ketupat bagai,..cheq baru terkedek-kedek taip entry 'diari ramadhan' cheq tahun ni..hee,...dapat seketul ni pon jadi la..janji ada.
.....di mulakan dengan itu ini menjelang Ramadhan, kat kampung tahun ni.. tak ingat sudah bila last sambut Ramadhan di kampung.. jarang-jarang sekali seingatku.
Pengalaman baru untuk abanglong juga sebab sehari dua sebelum puasa tu masjid kat kampung buat gotong-royong di masjid termasuk bersihkan kuburan, bersemangat si abanglong mengikut paksu&paklang  ziarah kubur atok kampungnya, bawa mesin potong rumput peninggalan arwah juga. bila gembira tengok masjid atok kampungnya berseri-seri, dengan lampu warna warni nya, laju-laju join tarawih malam pertama tu dengan ayahnya. Imam solat tarawih kecik comel lote, anak-anak tahfiz dari sekolah agama di seberang masjid. Sedap tak terhingga bacaan.. buat abang long terikut-ikut sampai la ni, sengau semacam bunyinya, berminat nak minta dihantar belajar ke arah itu kah?
Pagi-pagi 1ramadhan naik kereta paksu pi hantar kain rumah tailor my kakak sepupu.. ada hati berblouses songket sedondon anak dara ':).. tailor dah bagitau sesiap, lepas raya pon belum tentu siap uitsss, jadi jom la kita beli persalinan readymade untuk pagi raya..hiks
Seperti biasa panas meleting di kampung 1st day puasa, berpeluh-peluh, terbaring si abanglong kita hadap kipas, depan tv mengira detik berbuka penuh bahagia lah semeja hidangan, alhamdulillah atas rezekiNya...di bulan syawal ni marilah kita tayang gambar makanan sewenang-wenangnya ;D 
belum ramadhan lagi dah buat buah melaka, try test gula gerek yang borong kat Padang Besar hari tu ;)
belum ramadhan lagi masa ni, pi try test laicikang jalanan yang katanya femes kat jitra tu
golek-golek depan tv dengan Hana the best ever.
suasana pagi 1ramadhan on the way nak ke rumah tailor...
naik wira pakSu, mama dok belakang
ikut paksu tengok ayam Belanda ke apa ntah nama ayam tu, tak kenai dah jenis-jenis ayam cheq la ni..hihi
risau aisyah takut ke ayam tu, kan ayam dalam rumah dia, berkunci lagi..hehe