June 22, 2016

Harum manis di penghujung musim

Salam Nuzul Quran, 17 ramadhan.. dah hari ni.
Sesekali balik ke utara janganlah lepaskan peluang menikmati keenakan mangga harumanis nun di negeri Perlis.
Dah hujung-hujung musim harga cecah RM35 sekilogram.. dapat la 3-4biji kalau pilih saiz agak kecik, yang besar isi tebal sangat pulak pun tak berapa nak syok makan juga. Alang-alang ada jual pulut mangga harumanis kat gerai tu aku tapau la 2bungkus makan dalam kereta on the way ke Padang Besar. Juice harumanis pon ada.. boleh la, air buah mangga lah rasanya untuk aku yang dah segala mak nenek air bercampur mangga aku cipta bila musim mempelam jenuh kat kampung tu, haipp takmo riak cuma nak habaq aku dah tak berapa sangat dah dengan air-air rasa mangga ni':D
Sampai Padang Besar jumpa pulut durian pulak.. eh, mesti lah makan tomyam kalau ke Padang Besar, pulut ayam ke.. ori rasa thai uitss payah jumpa tempat lain tau. Biasalah kata mak aku kalau dulu-dulu dekat-dekat nak puasa memang ramai bertumpu ke Padang Besar dapatkan itu ini persiapan nak sambut posa nak sambut raya, beras pulut, gula gerek yang buh dalam buah melaka tu memang murah kat Padang Besar. Sekarang tak payah mini market kat kampung pon ada semua tu. Yang memborong pes tomyam tak payah cakaplah.. macam-macam jenis tomyam dok ada.. pastikan yang ada logo halal ya. Aku beli buah laici, 8 ringgit juga sekilo.. harga cuti sekolah semua lah kat Padang Besar hari tu, susah nak tawar menawar. 
jom jalan-jalan Perlis
tunggu depa buatkan jus harumanis
pulut mangga harumanis...pulut lemak jadi tak perlu kuah-kuah santan dah...senang nak makan.
tokey nasi kukus makan tomyam kat padang besaq :D
sarat kudapan tokwan borong untuk Luqman mengunyah ;)

June 19, 2016

aku pulanggg...

Cny tu hari aku balik kampung ayah menyambut kepulanganku dengan gembira sekali.. terdengar-dengar lagi suara ayah menjenguk cucu-cucu dalam kereta.. sapa ni sapa ni.. balik dengan kereta baru, kat meja makan ayah duduk di sebelahku dan menikmati tepung talam yang aku singgah beli di pekan Jitra.
Last aku balik kampung aritu jasad ayah ada lagi berselimut putih di atas katil menyambut kepulanganku....
Kali ni aku balik.. aku hanya mampu berimaginasi ayahku ada duduk mengambil angin di kerusi kesukaan dia, bila di dapur aku ternampak-nampak kelibat ayah sat-sat mai sua daun pandan, sat daun kari, sat hantar serai, lengkuas.. sat mai hantar pucuk ulam..nyoq dah siap mesin, pisang setandan bawa masuk gantung kat dapur senang cucu-cucu nak makan..ikut pintu dapur tu la dia dok berulang-alik masuk keluar..nak apa lagi bagitau saja.. ayah cepat je dapatkan bahan-bahan untuk aku masak-masak.. huhu.
Basah pipi mengenangkan mu ayah.
Al-Fatihah untuk arwah ayah, selamat hari bapa. 
"Hana" penyeri rumah, peneman tok...semoga ceria selalu.
melepak di anjung makan ..'mempelam ayah' lebat berbuah menyambut kepulangan anaknya kali ni
gulai ikan temenung sangatlah kegemaran di negeri Kedah, merata ada kedai femes  dengan gulai temenungnya, apa-apa pon gulai temenung mak  tetap no.1

June 18, 2016

cerita kami di Bukit Bendera

last entry Penang ye hari ni :) 
takdak apa sangatlah nak dicerita..setakat nak abadikan sekeping dua gambar sekeluarga di Bukit Bendera..menutup kunjungan ke Penang penghujung may2016.
Berjaya juga kita orang naik ke Bukit Bendera musim cuti sekolah kali ni.. memang dah niat singgah Penang kali ni nak bawa bebudak naik keretapi ke bukit Bendera, so..ramai ke Q' panjang sket ke kita redah jugalah...pagi tak pagi sangatlah, syok kalau dapat naik first train pukul 6.30am tu, sampai atas boleh feeling-feeling tengok sunrise,..nanti-nantilah, kot tua-tua nanti berduaan dengan suami..kita naik tengok sunrise kat Bukit Bendera ye bang ;D
Dalam pukul 10 pagi beratur beli tiket biasa-biasa lagi ramainya tu, sampai atas pun kategori lengang jer lagi.. tapi masa nak turun tu memang padatlah suasananya kat atas ke kat bawah ke ramainya tak tercerita. Kejap jer kami kat atas.. tengok orang makin ramai naik.. kami pon cepat-cepat turunlah.. dah tengahari dengan semakin ramainya abis bayu sejuk bukit langsung tak terasa dah,  hati memasing pon semua dah kat kampung so.. singgah beli apa yang patut, makan tengahari lagi sekali di Penang pastu beransur sambung perjalanan balik ke kampung. 
*si kakak sudah protes, tak beli apa-apa kat penangHill ni mana boleh balik :D

June 15, 2016

semalam di Pulau Pinang

salam 10 ramadhan,
bila nak start diari ramadhan kalau gini gayanya...cerita jalan-jalan cuti sekolah tak abih lagi ni.
cerita di kampung, cerita harum manis di perlis..oihh!..rileksss, pelan-pelan kita update sini.
bercuti dengan anak-anak kecik gini-gini je la...asal malam je masing-masing taknak lain dah..nak katil jerrr ':)
malam tido Penang tu ajak jalan-jalan makan angin tepi laut pon takmo...skip lagi ngidam maknya nak jalan-jalan makan roti benggali cicah sup...yo la tu, ayahnye selera yang tu..maknya roti benggali sapu kaya ja..heaven tak terkata dahhh...banyak kenangan lama dok Penang dulu kot?
mak tu ponnn..asai pi penang keling benggali tu la dia tuju dulu..ada darah mai kot tu jugak lettew ;D
bukan kata darah siam ka mai kubangpasu sana..hihi
okeyh..posa ni jangan dok merapu lelebih..jom la buh sekeping dua gambar anak-anak tido katil hotel...tu ja yang ada pon gambar di hotel budget pilihan kami tu......anak-anak masuk bilik jer terus landing katil terus rasmi toilet, tak dang mak dia nak snap-snap ala-ala orang dok buat review tu. 

June 13, 2016

..hati bak di lambung ombak @batuFeringghi

Salam monday, selamat kembali bekerja selamat kembali ke sekolah..
paling utama selamat berpuasa, sudah masuk hari ke-8, 
sudah seminggu rupanya anak sulungku berpuasa penuh, heran pulak tengok dia kuat kemain bertenaga je sepanjang hari, hari ni pertama berpuasa di hari persekolahan.. dup dap dup dap jugalah hati si ibu memikirin si anak , moga abanglong sentiasa dalam perlindungan Nya, aminnn.
Jom la kita sambung cerita cuti-cuti sekolah tu hari.
Langit a little bit cloudy petang tu, tompok-tompok awan hitam di sana sini.. angin kencang.. laut agak bergelora jadinya ombak yang menghempas pantai kelihatan menakutkan, senak di hati tau bila suami beria nak mendaki bukit berlekok-lekok nak ke Batu Feringghi tu.. 
masa kami turun ke pantai cuaca kembali ceria cuma ombak masih ganas, risau lagi nak melepas bebas anak-anak..walau ada je budak-budak dok berguling-guling dengan ombak tu.. 
kecik-kecik ni kasi celup-celup kaki sudah ':D
Tu pun basah sampai peha juga jeans sorang-sorang, iskh dah la mama nak singgah makan kat gurney dulu baru balik hotel,
bernasib baik masa kat gurney tu dapat parking cun-cun depan mcD, tukar seluar yang basah pastu join kemeriahan makan pasemboq Penang la sapa-sapa pi situ kan, aku dan suami tak berapa sangat, kami suka rojak Singapore :)
char koey teow pun biasa-biasa saja rasanya.. tapi habis juga tu kira ok la 
boleh makan ke lapar kot ':D
sate kakZai masih di lokasi yang sama tapi orang lain dah yang meniaganya.. rasa dah ke laut.. apa habaq kakZai agaknya ya???
*paling tak boleh nak hadam..awat aku nak wefie bagi masuk bambam kat belakang tu pulak tatau..hihi, kena prektis lagi ni :D
hmm..ada jerrr gambo suami snap kan guna hp dia..ada class tersendiri pulak gambar-gambar dia tu..
so,kena masuk entry lain-lain..hiks

June 11, 2016

jom ke semejid

Pi mana-mana pun masjid wajib singgah la cuci-cuci muka sejukkan badan..nak mandikan anak-anak pon best luas bilik mandi nya.
Masjid Kapitan Keling hampir siap di renovate, cantik luar dalam.
Masa aku singgah hari tu, toilet perempuan masih dalam proses di baik pulih, bertambah selesa la lepas ni.
plan asal lepas makan dan solat nak naik bukit Bendera, malamnya gerak balik kampung terus..
Sekali Aisyah cakap nak pi pantai.. laju si ayah terjah hotel, dan ada jer bilik hotel budget untuk kami yang suka terjah-terjah hotel ni':D..puashati  dah ada tempat nak bermalam baru senang hati nak bawa anak main pasir kat Batu Feringghi...takkan nak mandi semejid kot..hehe

June 9, 2016

makan tengahari di Pulau Pinang

Trip hari pertama jalan-jalan cuti sekolah ke utara minggu lepas kami pilih untuk singgah makan tengahari di Pulau Pinang. Nak makan kat mana? 
......tau dah kalau Line Clear ke Nasi kandaq beratoq ka awai-awai abanglong reject ':)
Masa pusing-pusing cari parking kat lorong-lorong belakang restoran kapitan tu dapatlah tengok macam-macam tarikannya, muda mudi cantik bergaya berjalan-jalan ada yang berbasikal, deretan kiosk jual barang seni-seni warisan, orang makan ais kepal.. rombongan budak sekolah berderet melintas jalan.. eh macam-macam lah tapi aku pilih meronda sambil tengok-tengok dari dalam kereta saja lah, panaihh uitss.. 
alhamdulillah tiba-tiba ada satu parking kosong untuk kami. Ada rezeki abanglong nak makan World class naan cheese & claypot bryani, 5 bintang kata abanglong :) 

menantu pakNgah

Jarang sangat aku menulis pasal orang kat 'notaharianmama' rasanya... alih-alih cerita aku anak beranak je la.. hari ni meh  buat kelainan sesekali.
Sabtu 1st day cuti sekolah hari tu, pakngah kelab cinta sayang buat majlis sambut menantu. Kali ni buat majlis kat laman rumah saja, ye la sepupu aku yang kawen tu pun baru habis belajar. Comel wife dia satgi aku buh gambar. Seronok juga ada anak lelaki ramai-ramai ni boleh kumpul menantu pompuan ramai-ramai lagi untung bila ramai-ramai tu jenis rajin, ringan tulang..berkumpul kat rumah mentua pakat masak mengemas sesama.. bahagia makNgah aku :)
tapi aku perasan kalau kat bandar-bandar menantu orang bandar tak masuk dapur mentua la, dah mentua pulak terkocoh-kocoh siapkan hidangan nak jamu menantu. Kasihan ibu mertua kan...
Jangan begitu, ingat satu hari nanti kita pun bakal jadi ibu mertua ':)


June 8, 2016

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa;
Seminggu lebih nak masuk ke 2minggu dah haa blog tak berupdate.. blog pun cuti sekolah ye ;D
alhamdulillah dah selamat pulang ke sarang setelah seminggu lebih keluar berjalan cuti-cuti sekolah katanya.
Kali ni trip ke utara sekali pakej balik sambut Ramadhan di kampung, yeay!
Banyak sangat pengalaman baru yang berjaya dikutip terutama si abanglong lah, dah namanya pon jalan-jalan cuti sekolah.. aku plan nak share semua tu kat sini, moga-moga ada terselit manfaatnya kepada yang sudi singgah membaca.
Sebelum memulakan perjalanan cuti-cuti kali ni kami pi jumpa atok Shah Alam dulu, sembang-sembang makan-makan di rumah atok.. balik kampung ayah dulu sebelum balik kampung mama :)

tema gambar hari ni...ketabahan ibu-ibu melayan anak-anak makan di bulan ramadhan

*entry warm-up jer hari ni, bagi panas enjin dulu ':)