May 28, 2016

minggu lepas


seminggu tak menulis.. 
cuti sat my abe sado dedar merengek nak baring berpeluk ngan mama jerr :D
demam dah ok.. naik pula bintik-bintik halus.. laju maknya ke klinik check darah sebab nampak macam bukan campak.. alhamdulillah result darah semua normal jadi jom jalani kehidupan secara normal kembali :) 
tinggal satu ke dua kali je lagi hujung minggu sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan...sempat lagi nak keluar cari beli apa yang rasa belum cukup tu ':D
Weekend yang orang pakat puasa nisfu Syaaban tu aku keluar juga sebab tiba-tiba abang long minta hadiah nak bagi cikgu, nak pilih sendiri pulak tu. Pi yang dekat-dekat sudah, pintas kut jalan belakang sampai juga ke 'setia City mall'... ada Kaison situ tapi tak semeriah kat Paradigm laa...tak banyak barang merapu.. hihi
Nak cari sampai 10hadiah tu pun lepas aku keluarkan nama beberapa cikgu dari list si abanglong.. maaf cikgu ':)
Dah round shopping baju baru sket, lapar dan makan tu wajiblah kalau ke shopping mall tu kan.. menghormati si ayah yang kena belanja orang tak puasa, orang tak puasa pilih untuk makan kat "Food Channel" cukuplah... tapi kalau dah puasa tu kannn.. tengok bihun sup Ani Sup Utara berasap-asap pula supnya dah cukup buat yang berpuasa tertelan air liur..hiks dugaann :D.. 
besarrr pahala puasa nisfu Syaaban tu... balik petangnya masaklah juadah dan lauk berbuka untuk si dia.. kot dapat tempias sket-sket.. aminnn.
Weekdays masak simple sambil melayan rengek si kecik.. special sket la untuk lunch sebab petangnya abanglong periksa kat KAFA.. ada sekali tu lunch meatball cheese je tapi kenyang sampai petang ':D
dalam si kecil merengek dan juga curi masa memalam bungkus hadiah untuk cikgu..jumaat last sebelum cuti semalam tu baru sekolah abanglong buat sambutan hari guru..memang betul-betul bungkus tahun ni tak terpikir nak kreatif kot mana dah. Abanglong dapat no. 1 lagi tahun ni, periksa yang minggu lepas tu .. alhamdulillah, haruslah bagi hadiah ke cikgu"😅 

kaison- setia city mall
punah impian si mama nak bagi baldi comei isi gula-gula ke cikgu..hiks
mereka yang tidak berpuasa di hari 'nisfu Syaaban, especially yang maknya tu laaa, nak tunggu bila lagi? ':D
menu berbuka mabeles ditunggu-tunggu anak-anak
cucur udang tapi pastikan udang tidak ditemui ya ':D
meatball cheese
Terima kasih cikgu...

May 21, 2016

'kek coklat moist' paling mudah aku pernah buat...

Memandangkan tahun ni aku tengok ramai-ramai macam beria je nak membuat sendiri kek biskut kuih muih raya untuk hidangan hari raya...
meh aku share sesuatu dengan korang, sesuatu yang akan membantu sangat-sangat untuk merealisasikan hasrat murni korang tu.. murni tau bila berniat nak buat sendiri kek ke kuih-muih semua tu, air tangan sendiri nak jamu tetamu di samping kita berjimat-cermat.
Biasa dah terjadi time gini semangat lah save kumpul resepi bagai.. siap buat list barang nak pi beli.. sekali dah puasa seminggu dua.. alahai, beli kuih raya tunjuk-tunjuk juga.. aku la tu.. hihi
Tak pe lah kuih-muih tunjuk pon tunjuklah.. anak-anak kecik-kecik lagi alasannya ':) 
tapi kek? ...kek pon tunjuk-tunjuk jugakkk ke? :D
kek penyeri meja tau.. mesti ada.. kurang-kurang "kek coklat moist".. toping biar meleleh-leleh, tabur-tabur strawberi.. perghh!
*testimoni pelanggan yang sangat berpuashati
buat sendiri la.. kesian acik-acik yang kita dok wassup nak menempah kek tu, depa pon nak raya juga.. selalu dah dok tengok depa mengadu dalam mukabuku tu tak terurus jadinya diorang bila order terlampau banyak...nak tolak tak sampai hati..hihi.
Tak tahu buat kek?
kek korang selalu tak jadi, tak moist?
Tak ada masa nak keluar beli bahan-bahan nak buat kek?
Ini ada penyelesaian untuk semua masalah korang tu.. taraaaaa! 
Dapatkan "Tepung Hairan" ini sekarang!
Kata nak jimat kan, ok  hanya rm19.00 sahaja..cuma perlu tambah air dan minyak masak.. 
kacau adunan sehingga sebati dan korang boleh pilih nak bake ke nak kukus.. Toping pun ada siap-siap dalam packaging tu tau...
Lagi menariknya...untuk yang alergic telur ke yang tak suka bau telur macam aku ni.. yes! kek ini tak pakai telur ye, yeay!
Lagi mudah dari nak buat cekodok dah ni :D..Dah takde alasan taknak buat kek sendiri lagi.
Dapatkan tepung kek coklat moist terlajak laris terlajak lazatnya terlajak hairan sekarang!
Jom! whatsapp no. ini .. 012.3451841
Dan tunggu tepung kek pilihan datang ke rumah korang :D
Bukan kek coklat moist jer ada tau.. tengok ni.. tengok niiiii.....!
kek coklat moist
Kek Red Velvet
Kek Oren
Brownies
pelbagaikan ke saiz comel-comel yang pasti memikat anak-anak kita
Jom! whatsapp sekarang 012.3451841 

Hidup mesti ada WOW!

May 19, 2016

bersyukur selalu

Selasa last day exam pertengahan tahun di sekolah abanglong, si mama bernafas lega, serius senak perut si mama ni tuhan saja yang tau.. mengenangkan 'level of confident' si abanglong sorang tu, semua dah tahu semua dah faham.. esok nak exam malam dok mengekek tengok makCun je kerjanya.
Alhamdulillah semalam dah dapat balik kertas soalan BI dan BM cikgu dah siap tanda.. 100%, hampir separuh kelas dapat 100%..
tapi ada 4 orang dapat bawah 40/100,..sorang tu 4/100 je markah dia, abanglong siap sebut nama setiap sorang tu lapor ke mamanya..
Bagus sekolah baru abanglong ni sebab tak buat ujian prestasi masa susun kelas hari tu, berpeluang abanglong bergaul dengan kawan pelbagai level. kalau sekolah kluster dulu memang dah susun ikut prestasi sedari awal.
Bagus juga cikgu canang yang markah rendah-rendah tu biar satu kelas tahu, bukan nak mengaibkan tapi untuk buka minda yang pandai-pandai tu..bersyukur dengan rezeki dariNya, sekarang bukan lagi zaman kita nak mencanang yang cemerlang, sebaliknya zaman untuk kita membantu yang terketinggalan untuk naik bersama-sama.. tak perlu nak tamak berkira, Allah ada untuk membahagikan rezeki seadilnya selagi kita berusaha dan bertawakal kepada Nya.
Alhamdulillah aku nampak ada riak-riak tersentuh di wajah abanglong memikir ke kawannya tu, semoga terbuka minda kita ibu-ibu ni juga.. aminnn. 
Dulu abanglong seorang yang suka meluahkan perasaan kepada dinding bilik ':D
.. sekarang dia sendiri yang minta cat nak padam semua hasil karya yang merimaskan dia juga sudahnya.. Adik-adik takde chance lah nak meluahkan perasaan kat dinding nampaknya.. teruklah kalau ada yang berani-berani nak cuba.. penat abang cat tauu:D

May 18, 2016

tak blogger aaa' kalau takde gambar makanan dalam blog katanya

belek galeri hp.. tak ada gambar lain melainkan gambar makanan atas meja makan aku ja aku snap minggu ni... makan pagi ada makan tengahari ada makan malam pon ada...
tahun lepas pon aku gini...
bulan-bulan terakhir menjelang Ramadan tiba-tiba jadi gigih menangkap gambar makanan yang aku hidang atas meja makan tu tak kisah lah beli ke masak.. pastu masuk je bulan puasa terus hilang mood tu... pastu tengok orang post entry buh gambar menu berbuka ke bersahur ke.. aku macam alaaa.. awat aku tak snap gambar makanan aku semalam eh? 
act. aku suka je nak tengok orang tempek gambar makanan bulan-bulan puasa tu walau ada yang kata "kurus pahala puasa" sebab banyak sangat tenung gambar makanan,...aku pasang niat betul-betul la sebelum tengok, aku tengok sebab nak cari idea untuk menu berbuka ke bersahur...kan bagus tu, ehem ;D...pilih siap-siap idaklah rambang mata sampai terlebih membeli di bazaar, tak pon cari idea apa nak masak..lagi bagusss kan :)

May 17, 2016

itu ini Ahad

walaupon sudah selasa..korang tetap kena tengok gambar hari ahad aku, sila...sila :D
tak nampak batang hidung cik matahari pagi-pagi ahad tu kat area rumah aku.. muram mendung sampai tahap kena on lampu dalam rumah... bila aku decide tak jadi lah pi pasar pagi kat stadium tu elok pula matahari tu memancar-mancar.. arghh! ayam dah defrost jadi teruskan aje niat nak bernasi ayam tengahari tu.. ok juga sebab kejap ja matahari tu tunjuk diri.. sekejap pastu hujan kemain mencurah siap kilat petir...syok masak ditemani alunan bunyi hujan.
Bertambah lagi syok makan nasi ayam sup panas-panas time hujan..bertambah-tambah anak beranak. Selesai makan hujan pun beransur sereyat.
dan mendung bersambung di luar, masing-masing dah kenyang dan mula buat hal di bilik...yang kecik berkecah di tengah rumah main pondok-pondok...biarkan.
Lepas asar tengok best ja cuaca, jom la kita keluar pi pasar malam... ganti tak jadi pi pasar pagi tadinya tu.
Cantik meriah pasar malam di petang sesudah hujan. Semua nampak sedap, style aku anak beranak gitu la kalau tengahari makan nasi pastu berselera sangat memang nak mengunyah je pastu..manjang petang membawa ke malam.. tapi aku beli ringan-ringan dah macam kopok lekor kuih-muih camtu.
Aku aim bengkang/bingka benarnya petang tu, semua kaler bengkang ada so aku ambik serba sekeping, 5 keping 2ringgit.
Suami nak soto tapi takde plak penjual yang aku sedap supnya tu.. aku ganti beli mee rebus, sedap juga makan petang-petang sejuk ni kan. Arghh semua pun sedap semua pon selera aihh hujan-hujan sejuk ni kot ':)
aku dan cerita sesudah hujan ;)
jommm..nasi ayam!
pasar malam di Jalan Paip, nampak paip tak?..trademark tu :)
bengkang ubi color coklat paling win, tengok dah tinggal sket pon..bengkang roti pon best!
Aku sudahi entry ahad ni dengan view indah nun di Megat Dewa, akhirnya aku ada sekeping gambar ets berhenti di megatDewa...al-Fatihah untuk adik yang terkorban pada petang ahad tempohari...takziah buat keluarganya,
saujana negeriku

May 14, 2016

meatball bukan, shepherd pie pun bukan...

Now.. apa tu "meatball cheese baked" tengah IN kan, 
ecehh, terlebih makan cheese ya ampun, abih bahasa pun udah digaul cheese haa.. hehe, tu lah, kerap pulak meatball tu dok berlintas hormat bila scroll Facebook, sekali kat aku nye blog reading list pon ada gambarnya lalu.. hamboiii nak suruh aku keluar beli daging kisar la tu ':) 
Aku plan nak try resepi kakMel garamgula tu so aku beli la prego "cheese&herbs" dan Mozarella on the way balik dari Giza tadi. Sampai rumah baru teringat tak beli cendawan. Jadi aku just guna prego cendawan yang sedia ada dalam fridge. Bila dah start adjust bahan mulalah nak adjust itu ini pula.. plus kakMel tak ajar cemana nak buat meatball rebus pon.. haha..malas taknak cakap ye ;)
Aku campur terus daging kisar tu dalam tumisan macam masak sos pasta, yang lain masih ikut step resepi kakMel macam lenyek kentang pastu lapis atas bawah. Dah ala-ala "Shepherd pie" pon ada gaya dah tu tapi atas sekali harus tabur Mozarella laa lalalala :)
Dah siap bakar,letak atas meja suami tanya tak tau nak bagi tau apa nama apa hidangannya.. meatball sah-sah la bukan, Shepherd pie ponnnn bukan :) 
kemeriahan "Giza" di hujung minggu
kerusi meja yang sangat IN trend tu...kelihatan menggoda di situ
stop kejap main slide
carbonara simpan tepi, habiskan cendawan ni dulu, ...okay! jawab si mozarella :)
"kuih apa ni mama, kata buat pizza" :D...hairan si abanglong, pastu makan bertambah :)
Alhamdulillah, burppp! yang hujung-hujung ni share dengan sidia untuk habiskan...sayangggg :)
sekianlah dulu, kita sudahi dengan secangkir teh lemon, kasi cuci calat lemak daging cheese bagai tu.

May 13, 2016

rezeki pagi Jumaat untuk dikongsi bersama

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja di tempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.
Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.
Kekadang kita lupa..
- Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki...
- Dapat kawan tempat kerja yang baik pun rezeki...
- Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki...
- Kerja tak pressure pun rezeki...
- Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki...
Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki...
Kekadang..
- Ada orang direzekikan cantik, tapi tak direzekikan cinta.
- Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
- Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang
- Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
- Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.
Demikian Tuhan membahagikan rezekinya, jangan sangka kita tak ada rezeki.
4 CARA REZEKI YANG DIJAMIN AKAN DAPAT:
1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. Surah Hud ayat 6.
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Maksudnya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. Surah al-Najm ayat 39.
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. Surah Ibrahim ayat 7.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bagi orang yang bertawakal. Surah al-Talaq ayat 2 & 3
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu
Rezeki dalam hidup kita lain2.
🌹Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.
💐Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh  keturunan pun tak akan habis.
🌷Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran.
🌸Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.
🌼Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.
🌺Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.
🌻Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.
🍄Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.
🌲Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran.
🌳Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.
☘Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami.
🌿Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang2 kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.
🌴Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia.
🌎Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, inshaallah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.
🌵Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.
🌾Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.
Wallahualam.

May 12, 2016

exam & durian

3hari si abang long exam pertengahan tahun 3hari juga si mamanya tak berupdate blog... sebok mengulangkaji ke  mama?.. .hihi yo la tu.. anak beranak dok tercongok depan tv..terkekih-kekih layan makCun, sat makCun tumbang lembu sat makCun berBollywood sakan sedar-sedar si abanglong dah ke bintang ke bulan.. pasrah ja la exam matematik semalam tu nampaknya...petang tadi gurau-gurau tanya sket pasal kertas matematik..."matematik senang sangat soalannya" kata abanglong.
ooo..ya ka, sambung tengok makCun la kita malam nanti..hihi
Untuk esok kita pasang semangat balik, abanglong ni kena maknya bersemangat baru dia pun nak datang semangat, kalau maknya buat dekkk je alamatnya "tak penting la tu".. iskh.. iskh.. 
esok hari ke-4 Visual ke apa alaa pendidikanSeni la zaman maknya dulu kata.. hamboiii siap dapat soalan seminggu awal suruh praktis kat rumah, tapi esok dah nak exam malam ni baru terkial-kial maknya nak pilih soalan mana paling senang anak aku nak lukis esok ni:D
Redho pi lah dulu, anak kecik lagi mak jadi PA anak.. pelan-pelan kita pikir strategi ajar anak berdiri atas kaki sendiri.. 
akak ke adik yang anak-anak dah besar panjang dah lalui pengalaman tu jom la share-share ilmu keibubapaan yang mana nak guna pakai ni? 
durian belum musim lagi ni...harga tak hengat
ada la tercakap ke suami...sedapnya laa durian time-time hujan sejuk dah sekarang datang la teringin tu, kan..sekali suami belikan alhamdulillah, ada rezeki rasa durian mahal di hari ibu tahun ni.
ish..haipp! kecik-kecik dulu ustaz ajar  kalau ada durian tapi takmo bagi jiran pastikan jangan sampai jiran bau...sekali bau dah simpan, gigih pulak tangkap gambar durian tu bagi jiran tengok..:D haihhh! 
rasa-rasa jiran aku ada baca blog aku ke tak ye?..korang takpe..jiran jer tak boleh tengok..hihihi***sila jangan ikut ajaran tak betul ni!

iskh..iskh..buh gambar kuih ada rasa-rasa durian jer la untuk penghias entry hari ni.

May 9, 2016

ahad di Kuala Selangor

Hari berganti minggu berganti bulan...kesian suami aku, tertangguh-tangguh niat nak pi beli ikan udang beso kat Kuala Selangor.. ada ajerr plan si bini di hujung minggu. saja lah si bini tu kan, dah pi beli ikan udang semua jejauh bawa balik takkan sotong goreng kunyit jer hidang.. elok tunggu mood bini on... kurang-kurang "jemput banggg! sotong bakar bersambal istimewa untukmu" :D
adapun cerita di pasar ni aktiviti last sebelum gerak balik tapi dia tetap no.1 dalam penceritaanlah kan.. jauh pergi mencari ni.
Sebelum tu suami singgah ke satu kedai yang dia tak tersinggah dulu.. see, ada jer tempat dia dah aim dalam diam tu yang "nak pi Kuala Selangor.. nak pi Kuala Selangor" tu ye ':)
Kesukaan suami sangatlah madu kurma ke jajan-jajan Timor tengah ni.. errr, yang bulat berbungkus tu aku yang nak.. harap sedap macam arwah tok bawa balik Dari mekah dulu.."buah ara lempong" kata tok. ok juga dah siap pek comel gini..idaklah tersentak masa menengok harga...jauh banyak juga beza harga tu kalau beli kat sini. kedai ni kat shoplot area bukit Melawati tu jer, tak naik pon bukit tu kali ni.. tutup kepada kenderaan persendirian...weekend kena naik tram.. ramai juga yang beratur nengoknya.
Situ-situ juga ada restoran Pantimor yang sentiasa ada jer pelanggannya. Sini la kita orang makan nasi lemak sedappp, nasi lemak macam mak-mak kita masak dengan wangi daun pandan nya.. nasi berlauk semua pun adalah kesimpulannya rugi kalau lalu tak singgah ;)

Ehem... ingat suami jer ke ada tempat di aim diam-diam, si isteri of course lah ada punya... walaupon frust kejap mulanya, kedai barang rumah tu tutup ahad rupanya tapi aku tetap pulang dengan hati berbunga-bunga...nanti Ramadhan kita rasmi teko baru.. hihi
tapi kalau dah pompuan tu kannn... ada yang lain dah pulak menangkap di hati, tu haa.. balang kuih raya pulak ':)
cantiknya lahai dia lukis-lukis bunga gitu, yang bunga biru tu cun kan.. cuba kalau ada bunga rose ke hidrangea ke, pastu balang tu rendah sket.. so, kita tangkap gambar udah la ye balang ye :D

gambar berbaki lagi...nanti esok-esok aku sambung mengarang :)

May 6, 2016

melebur bubur


di petang hari melebur bubur
petang ini bubur pulut hitam, petang esok bubur kacang hijau durian mesti mao taruh atas ya, petang lusa bubur kacang merah, petang tulat bubur jagung, petang tungging bubur lambuk...eh! bubur berlauk pun menarik jugeee, 
petang tonggeng bubur.....apa pulak?...petang..tungging petang tonggeng..petang terbalik bubur pon tumpah :D
selamat berhujung minggu.


entry testing camni pon ada ka ;D

*************************************************************************************
apa ke merapu takde tentu hala punca...jom aku paksa diri buat sepekara yang paling becintaaaanya lahai nak membuat...apa tu?...itulahhh "salinresepi" ;D
bila ada resepi nampak sket la rupa entry :)

BUBUR PULUT HITAM SPECIAL 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
aiskrim secukupnya

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Biarkan bubur suam2 sedikit, kemudian isikan ke dalam mangkuk hidangan.
Letakkan 1 - 2 sudu/scoop aiskrim diatasnya.
Sedia utk dinikmati...

ikut resepi asal makan dengan aiskrim...tapi kalau nak lagi kelainan, masa makan tu tambahkan sedikit 'nutella' ke mangkuk bubur..wallawehhh!...korang mesti cuba tau! ;D

suami aku kata masak ni perlu ada tips, perlu ambik kira petua orang lebih dulu makan garam..bukan setakat menonong ikut resepi semata...err, ada jer kot yang selalu share resepi tu share sekali tips, kan?

makan angin

Salam Jumaat
Kita tutup entry minggu ni dengan cerita makan angin 1may tu hari.
cuti Hari Pekerja.. kita ngikut saja lah idea orang yang bercuti hari pekerja nak bawa anak bininya ke mana.
hmm... mana lagi kalau bukan ke tepi laut, suami ku dan laut berpisah tiada :)
Tanjung Harapan tu kira yang paling dekat lah nak pergi petang-petang jalan-jalan makan-makan seafood...tapi petang 1may tu kelam manusia kat "muara ikan bakar"
kita beransur makan di meja catuk bawah pokok rhu pun ok ape, masih tepi laut paling penting berpijak di tanah lebih confident dari bersesak atas pelantar lantai kayu kat "muara ikan bakar"... hihi, daya imaginasi aku memang macam-macam bila bersangkutan dengan air :D

**************************************************************************************************