April 29, 2016

adik dah pergi, hari ni abang menyusul...


al-Fatihah;
untuk 2 jejaka hebat di hatiku,
yang jarang sekali menolak permintaan aku sedari aku kecik hinggalah ke hujung nyawa mereka.
...arwah ayahku(18mei1951-1mac2016) dan abang sepupunya arwah wa'wang ku...yang telah dijemput pulang petang tadi(Jumaat-29april2016)
keduanya berbaju kelabu di majlis resepsi aku di shah alam 8tahun lepas...tengok tu,
dalam sakit-sakit penatnya tetap join rombongan arwah ayahku, sanggup travel dari kampung ke shah alam, mai makan kenduri rumah mentua aku(baju purple).

semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas roh keduanya.
dan tempatkanlah keduanya di kalangan orang-orang yang beriman, amin Ya rabbal alamin.

April 26, 2016

sabtu di GM Klang


ahhaa! kisah Sabtu yang satu ni memang wajib masuk "notaharianmama"
alkisah kasut yang tak kesampaian :(
ada kebetulannya kot aku yang sarat lengan bersangkutan plastik shoppingan tetiba keluarkan hp dan randomly snap gambar ni.. sebab bakul bunga beroda tu mulanya, tapi hari  ni nak fokus ke sipi-sipi nampak sandal abang long dalam plastik yang di pegang sebelum dia tinggalkan plastik tu atas meja  yang sayup-sayup kat depan nun.
Redha, tak berezeki abang long bersandal GM Klang.."abang nak tolong bawa untuk mama jer" katanya.. huhu
takpe lenkali semua beg shoppingan gantung kat lengan kayu jati mama ni jer :D
jenuh jugalah bila diingat masa sesi pilihmemilih tu,dari satu kedai ke satu kedai.. dah berjumpa yang berkenan tak ada saiz pulak, dapat yang berkenan dahhh tinggal pulak.

Aisyah gigurl jugalah yang berjaya tambah koleksi kasut.. uihh.. anak dara sorang tu pantang dengar orang nak beli kasut, dia 10x sebok pilih dan try juga.. sudahnya segala kasut sandal selipar diaaa jer bersepah atas rak kasut kat umah tu haa :D

April 25, 2016

keberhargaannya tu yang lain macam


Sabtu aku beli selai cardigan yang menepati dengan apa yang aku nakkk sangat sebab aku tak payah nak tukar baju lengan panjang if nak keluar tiba-tiba.
Ahad pula aku beli selai tudung sarung yang menepati dengan apa yang aku nakkk sangat sebab bila datang mood nak cepat aku prefer sarung dan gerak.
1st time aku beli tudung bertingkek-tingkek sebab aku baru berjumpa yang berkenan ofcourse dengan awning lembutnya, dengan brand biasa-biasanya jadi harganya juga biasa-biasa...
Monday? aku bahagia  :D
dah dapat cardigan dah dapat tudung yang berbulan dok mencari.. lainnya perasaan bila berjaya beli barang yang berbulan kita berusaha mencari compare dengan perasaan beli barang yang kita saja-saja beli...Moral of the story... "beli yang perlu sahaja" :)

errr.. errr, sebenarnya ada satu lagi design tudung awning lembut sedang menari-nari di ingatan.. jom pikir siap-siap nak ambik color apa :D

April 21, 2016

dia juga makhluk ciptaanNya



banyak pula gambo ular dalam Facebook sehari dua ni.. aku ni dah  la alahan dengan spesies melingkar melingkor ni.. dia punya geleman berhari bermalam  kadang tu masuk mimpi.. pon ada.
tapi tu lah teringat kata mak menakan kat kampung biasanya bulan 4 bulan 5 ni memang musim si berbisa menjalar ni masuk kampung.
Ada lubang-lubang kecik saluran air ke celah bawah pintu ke semua tu jangan leka sumbat sendal siap-siap. Bukan kat kampung je kita yang kat bandar ni rumah tepi bukit sebelah hutan ni tak terkecuali ada jer makhluk tu. errr.. dah tanam ke pokok-pokok pendinding keliling rumah.. yang kata orang tua-tua kalau ada pokok-pokok tu si berbisa menjalar ni tak datanglah rumah kita sebab tak suka dengan bau daun pokok tu.
Dengar-dengar sekolah anak nak ajak parents gotong-royong cantikkan sekolah yang baru sebulan di buka tu tapi sesuai ke tak agak-agaknya nak bawa pokok-pokok limau purut ke limau kasturi tu tanam kat sekolah :D
"semoga anak-anak kita sentiasa dalam perlindungan Nya, aminnn"

April 20, 2016

ohhh i miss u


bila macam dah lamaaa tak balik kampung tu mula la teringat mula la rindu nak makan itu ini kat kampung tu.. padahal sini pun ada bendenya tu.. hihi
semalam baca blog cikSue ibunya Rania dia cerita pulut udang sedap kat Petronas Pendang sana aku ni pon mula lah nak pulut udang juga, mana ya kat Shah Alam ni ada jual pulut udang sedap :)  haha, ngalahkan orang ngidam dah haa.. mencarinya.
eh, apa tajuk aku nak cerita tadi ntah?
Oh, ok tu haa.. koey teow goreng kering dan garing semestinya kesukaan aku, kat hometown aku ginilah dapatnya kalau kita order koey teow goreng.. tak payah nak bagitau kering & garing memang dia akan serve versi kering & garing hancur lebur dah tak rupa koey teow tau.
errr.. kat gambar tu versi goreng sendiri.. kering dah cuma tak garing.. tak cukup confident nak kuat api bagi bau hangit macam kedai dok buat tu.. tak pepasal suami nyanyi "goreng koey teow koey teow nya hangus"... hiks.
Bila nak balik kampung ni?.. nak pi MahaniJohari makan koey teow goreng kering & garing tuuu.
eh," periokbersih" mana ya lokasinya..:D

April 19, 2016

iklan! iklan! iklannn!


Sapa suka iklan?
scroll instagram berderet pakat iklan,
scroll Facebook lagi la.. dah la kenalan yang ada semua pakat dok iklan, ditambah pula jengoi mai ntah mana-mana.. entahlah.. tak sampai hati nak pikir ayat.
Lagi tak best kat bloglist pun memasing asik-asik keluar tajuk iklan manjang.. gena tu?.. meraba aku cari kawan baru yang punya hobi seperti ku.. yang masih menulis dari hati.. yang masih kental walau perasan diperli hari-hari buka cerita dalam kain.. ops! jauh melalut tu ':)
Balik ke tajuk iklan kita tadi...
Pak mentua cheq pon dah komplen.. Astro tu bayar bulan beratus pon nak kena layan iklan juga ke?
Ok, takpe takpe..
hari ni jom hadap ni! kasi chance aku pula nak beriklan ;)
az-zain dah buka cawangan dekat-dekat rumah aku, dah banyak rasanya cawangan az-zain sekarang, korang Google la mana tahu ada cawangannya kat area rumah korang
alhamdulillah senang aku nak top-up stok dalam peti sejuk beku aku lepas ni especially ayam halal dia la.

Korang baca sendiri kat gambar tu, tak perlu dah aku copy paste ayat az-zain tu.
Baca dan pikir sendiri :)
Harga pun lebih kurang jer aku rasa.. lebih 2-3ringgit camtu jer tapi berbaloi dengan saiz ayamnya.
Benda baik kena kongsi la,..err; ayat sapa ntah..pinjam ye :)

April 18, 2016

pasar malam


salam pembuka hari
Selamat hari senin.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
Semalam best!
mendung di awal hari dan kehujanan di petangnya, nasib keluar dapat jumpa hujan..balik tempat sendiri ohhh tak sampai pun hujan tu ke rumah aku rupanya.
kutip pengalaman baru tumpang tengok, tumpang nervous resah penjual di pasar malam tengok langit hitam ada pula kilat petir berdentum, sapa tak lemas perut dah la dok kat tempat terbuka macam pasar malam tu kan....kita suka hujan depa pun suka.. masing-masing pon tunggu hujan petang-petang bilas-bilas kan nyaman jadinya suasana.. tapi tu lah kesian kat yang berniaga, sate sedap pon tergugat pastinya , dibakar bila hanya ada permintaan.

April 14, 2016

sabtu di jalan tar


dah berapa hari tak menulis ni mula lah tak tahu nak start dari mana..
belek galeri tengok gambar ni weekend kat jalan tar, nak juga-juga pi hari Sabtu nak ronda pasar malam katanya.. hihi, berangan mana mau lekeh.. jom kita tengok angan jadi kenyataan ka tak ':)
menapak boleh tahan la memasing sabtu tu hari,..tak jalan tar la kalau tak menapak.. lagi la, park kereta nun kat maju junction level3A, nanti sebelum masuk Parkson akan lalu kat alam mytalkingtom ni..jalan dengan anak-anak eloklah singgah tengok-tengok.
keluar kat depan maju junction tu nampak la nasi kandar Penang lotus tu, tanya suami mana RSMY yang famous amos tu, sekali suami tanya rsmy tu apa? ramasamy ke?.. saja la tu nak potong selera cheese extra2 si bini tetengahari buto kot.. panas lit lit tak kena la makan cheese2 tu, kan.
dah masuk sogo dah makan dah menggila tengok sogo sale dah melepak anak beranak di hibur busker depan sogo sekali mama nak ke pasar malam memasing nak ikut... iskh.. iskhh


bila dah beramai-ramai tu dapatlah kot suku pasar tu ku jeling apa yang ada, berjumpa pula kepala sotong kegemaran masa memuda elok terletak gerainya situ macam 7-8tahun dulu... sos pencicah dia tu yang payah ooo nak jumpa kat tempat lain, tapi ni pon macam dah cayaq sebutir habuk serbuk kacang pon takde, cuma  rasa dia la ada lagi. lepas la ngidam dapat cicah dengan kepala sotong celup tepung tu :)

April 11, 2016

tentang 9april


Salam 1rejab, dah 3rejab hari ni
selamat berpuasa sunat diucapkan lagi-lagi kepada yang belum abih ganti puasa tu.. jom la kita :)
tahun ni ada kalendar kuda kat umah ni ':D kasi chance la eksyen sesekali.

9april weekend semalam tu hari ulang tahun kelahiran mak.
9april weekend semalam tu juga bersamaan hari ke 40 arwah ayah kembali ke rahmatullah , cantik aturan Nya.
alhamdulillah selamat dah mak berkenduri esoknya tu. selesai yang dihajat bersekali tahlil untuk ayah. Petang hari lahir tu rakan-rakan jiran mak berkumpul buatkan bengkang, bingka ubi  orang kl kata. best nya kawan-kawan datang rumah masak-masak di hari jadi kita.... antara kebahagiaan di kampung.
Setalam besar bengkang, kek befday mak tahun ni ke siap letak lilin tu ;D..untuk mak berkenduri esoknya selain beberapa lagi kuih sampingan agar-agar sirap semua tu...nasi dan laukpauknya hari ahad punya cerita...


April 8, 2016

tapau lauk


arini pagi-pagi dah merancang tengahari nak tapau lauk.. hikhik
takde la pagi sangat dalam kul 10 camtu sambil tengok "Biskut lemak"  ni
suasana di kampung, ada ayam kampung lembu itik kambing ramai-ramai cute pula melayan episod bedak sejuk vs pencuci muka pagi tadi.. hihi
terus terasa nak buat ulang tayang ke daging gulai kawah sedap @restoran ayam kampung  kat taman sebelah.
Suami melayan dan dan ku tapaukan si dia sesenduk sambal belacan berapi walhal dia dah belikan cili & limau kecik malam tadi.. arini konsep tapau ye banggg':)
eh, tak abih cerita lagi, sebenarnya aku lalok pedih-pedih mata sambil dok taip ni tapi ku gagahkan juga takmo la karang suami balik dari masjid tengok bini terbongkang tetengahari buta gara-gara tertapau sekali pulut kuning. ':)
sedap weyhh gu dengan gulai kawah.

April 6, 2016

apa yang dicari itulah yang mendapat

ubat&katil...terima kasih pakcik&makcik
beginilah agaknya yang dikatakan takde sakit cari penyakit, eh! tapi kalau tak cuba tak mendapat la pengalaman berharga ni kan.. hihi
actually serik tu ada la kejap tapi dah standby ubat ni, tunggu jerr la.
Sesungguhnya pengalaman berharga di bulan-bulan pertama bersama "depo Provera" errr.. yang tahu, tahulah yang tak tahu? tak nak tahu pon takpe :) lain orang lain kesannya.
totally effect dia boleh tahan ke aku ni...
buat aku pikir berkali-kali nak repeat lagi ke tak payah kot bulan ni..dalam 3 bulan mendatang ni kan nak Ramadhan so tak nak la episod bangun sahur pagi senin semalam-semalam tu berulang lagi.
insaf jugalah sempat terpikir agaknya begitulah pening pusing-pusing yang kengkawan cerita depa dok kena tiap-tiap bulan menjelang hari tuuu... oh, bersyukur nya aku yang selama ni dipermudahkan sangat dalam hal-hal kepompuanan aku ni.



April 1, 2016

orang malaysia sambut apa hari ni?

1st april
zaman muda aku dulu, 1april ni hari mengena dikena terkena..kira memasing memang dup dap dup dap jer la sepanjang hari tu.. tak alert sket confirm terkena punya lah.. iskh.. iskhh
salute jugalah budak-budak hari ni, semakin bijak pandai kaji sana kaji sini wujud dalil itu dalil ini, pelan-pelan budaya 1april tu kian lenyap ilang dibawa arus zaman.. cewwahh ':) 
bagus la tu maksud aku...sebab aku kategori tak suka benda-benda gitu..opss! hehe, yup.. aku pernah jer join kenakan orang gak sebenarnya..hihi, ampunkan chek :D

Hari ni, 1april kat Malaysia rupanya ada sambutan baru..ada anniversary..untuk disambut, kecoh semua pakat wish sana sini.. haipp! wish biar ikhlas :D
Happy 1st anniversary GST'
setahun dah rupanya kita ber'GST'
elok lah dengar-dengar harga minyak naik hari ni, agak-agak akan terus naik dan naik ke lepas ni, hopefully, la kan, kalau turun balik..bilanya nak kukuh..kita? niatkan aje berkorban untuk negara ';)