March 31, 2016

PD! here we come


ontheway balik dari melaka,kat highway Plus jam 10malam cam tu, tiba-tiba en. suami cakap jom tido PD, aku ia kan aje la memandangkan masing-masing ada baju spare lagi, 
tengok si abang long dah senyum dalam tido-tido ayamnya tu, nampak jer si ayahnya exit ke highway Port Dickson, segar bugar terus dia, bangun ngintai si mama terkial-kial Google hotel, 
alhamdulillah 12tengahmalam berjaya check in satu hotel budget kat PD... nak tido jer pon..okey dah tu. Semua muka ada senyum bila jumpa katil.. 


Bangun pagi semua semangat mandi, check out terus pergi pantaiiii.. eh, singgah breakfast dulu. Wajib pergi pagi-pagi baru syok nak mandi tak panas lagi.. tu pon lama juga berendam nya, abis tan anak-anak aku.
pandai jer di orang stop bila dah tak tahan panas tu... padahal orang lain baru nak start.. anak-anak aku dah naik lepak main pasir dah, okey la.. diorang yang nak stop sendiri, dah puas minum air laut dah la tu.. hihi
sempat mama try coconut shake kat sini pulak...
pada aku, mana-mana pon samaaaa jer rasa coconut shake nya tu..haha!takde taste la ini pompuan.

pantai dan deretan bas lama....


jam 6 petang Aisyah komplen pantai tak pergi lagi.. pantai? pantai mana pantai.. hihi
mama pun teringatlah bustel tak pernah tengok lagi, pantai pon ada situ, so ke klebang lagi petang tu.. sempatlah Aisyah tiup bubbles yang dia dah ready awal-awal lagi tu,
pastu dok geram tengok orang main layang-layang pulak, tengok jer laa.. ribuan layang-layang dah kat atas tu haa.. :D.
Okey la dapat juga melepak di pasiran pantai sambil tengok sunset.. tak pergi sampai gigi air pon.. macam jauh ke tengah nau airnya senja-senja plak tu..

dah maghrib ambik beg bawa anak-anak mandi dalam bas..syok depa,segar bugar sket la selepas seharian berjalan.. then terus makan malam kat situ..
Oh, sebelum ni perasan ada kerusi meja boleh makan kat dalam bas, sekarang dapur masak jer dalam bas.. makan kat deretan gerai tepi dapur bas di orang tu, ok la tu.. mau berkuap panas kot kalau pakat naik makan dalam bas..bustel pon macam sunyi sket.. weekdays kot, so..
dah malam.. ke mana kita, anak-anak dah mandi dah makan dah gelap apalagi masa untuk tidur je la... apa-apa pon elok cari tempat untuk jamak maghrib uitss,. Selesai semua bolehlah beransur masuk highway....

kapal besarrr di muara sungai


masa kat ketinggian 80kaki tu dapatlah tengok kapal yang tersergam tu dari atas..
tempat nak beli tiket kot nak menyusuri sungai melaka pun situ-situ jer,
turun jer dari menara jumpa balik dengan Aisyah dan ayahnya then heret semua pi tengok kapal besar, muzium Samudera namanya tapi sekarang di tutup untuk kerja pembaikan...

tengok kapal ni jer la, dah petang sangat tak sempat dah nak masuk kapal selam kat atas darat pun. MPO mama pun macam tak de la nampaknya kali ni.. hihu
ada chance repeat melaka lagi ni..ehem :)
plan balik hari je, so memang tak ada book tempat untuk bermalam..tapi baju spare standby jerr.. anak kecik-kecik ni, ada jer spontaneous nya tu.
Just, jalan ambik angin petang tepi sungai tu, lagi syok time malam la situ.. kan. Nak naik boat ke.. next time la, kita plan elok-elok..

dari kaki menara ke puncak taming sari

*google

penjelajahan diteruskan
keluar dari mall dataran Pahlawan tu, shortcut la konon ikut lorong ala taman bunga gitu, rupanya memang "taman bunga Melakaraya" nama diberi..." eh.. eh! playground ponnnn adaaa," jerit Aisyah penuh kegembiraan.

stop situ pulak bagi Aisyah charge bateri kegumbiraan dia tu.. boring dah boboi berdua tu.. apa klasss men playground kan.. so mama pun bawa 2boboi konon nak pi tengok-tengok dulu orang naik menara taming sari tu...
sekali abanglong dah tak tahan takmo tunggu Aisyah yang entah bila nak stop men playground dia tu.. abanglong naik tu dengan mama & aqil jer, aqil la syok, free jer dia :)
sapa nak ambikkan gambar untuk kita ni banglong, takkan nak suruh orang kot, dah la 7' je kat atas tu.. gigihlah mama yang tak teror selfie2 ni berwefie 3beranak dalam tu..
muka cuak jer.. gayat keeeeee.. hihi
YES! dah naik menara taming sari.

March 30, 2016

@dataranPahlawan

masih cerita jalan-jalan di melaka
puas main panas, mulalah ada yang nak buang air ada yang nak tambah air...
jengok mall la pulak, masing-masing nak cari aircond sebenarnya
harini bagi chance maknya pula enterframe...ni pun jenuh scroll dalam hp ayahnya adalah jumpa gambar yang ada mama, okeylah tu..ingat juga si ayah nak candid si isteri ni haaa ;D

March 29, 2016

bandaraya Melaka bersejarah


gambar seadanya superb banyak, sangat berpotensi untuk stuck tak tau nak cerita apa sudah nya. Orang kata dah sampai melaka haruslah ronda pusat bandaraya nya seround dua.. Bandar Hilir kot nama tempat tu.
Mula-mula kita round naik kereta, jumpa parking kita turun berjalan kaki pula.
Si mama ni sampai sudah tidak maunya naiki beca, gundah hatinya bila berbeca pisah-pisah dengan buahati, ya lah, mana mungkin 5 sekeluarga mau disumbat satu beca.. haha.

Melaka '0' mile, sini ghupenya ;O
bergetar jiwa seniku tengok tiles bunga-bunga tu...;D
tempat tempat yang betul-betul sejarah tak pergi dekat pun..
apalagi nak panjat-panjat naik tengok kuburan atas bukit sana
ngabihkan tenaga anak-anak jer nanti, karang dah besar dah faham baru kita pergi situ.. kot berminat la kan:)
yeahhh!aisyah dah sampai Melaka

masjid terapung di selat melaka

*google
Subhanallah! nangis tengok gambar orang ni ambik, dah, lap ayaq mata minta izin ambik gambo orang ni tepek sini sekeping yo
Kami singgah sini time zohor, berdeting toksah cerita la, tak mampu nak join tourist entah dari mana-mana negara tu syok bergilir bergambar ber'background 'kan masjid selat melaka nan indah
Laju-laju ke anjung masjid... ! nyaman di sapa angin selat melaka... rasa nak duduk situ lama-lama :)

March 28, 2016

slurppp! klebang coconut shake

*google
hashtag "day jelajah melaka" yuk kita mulakan.
cuti sekolah tu hari pilih satu hari tak ingat dah hari apa tapi week day la untuk jalan-jalan melaka, kenapa Melaka?
sekolah Kafa abanglong buat rombongan pi melaka.. dia pun nak pi melaka tapi takmo join rombongan naik bas, dia nak pi dengan mama, ayah dan adik-adik naik kereta.. so ke melaka la kita :)
sampai melaka tengahari lit-lit terus teringat kat "klebang coconut shake" tuju yang original punya ada pintu gerbang merah boleh rasa nasi lemak yang awesome sangat katanya tu.
eh, bihun goreng dia pun boleh tahan sedap even cuma bihun kosong dengan ribuan cili flakes buat Aisyah si penggemar bihun tiba-tiba cakap tak suka bihun :)

gambar aisyah lebih sket la...orang paling ceria paling happy, 1st time aisyah gi melaka,
kira jalan-jalan as hadiah happybirthday aci kot ;)

March 24, 2016

geng terung dan projek quPuteh


macam lama pulak tak jumpa nasi putih,
asik yang berperisa ajerr ni dah masak laukpauk gu nasi putih enterframe selalu :D
selera sendiri didahulukan, zoom sket sambal terung tabur bilis tu.. ada geng terung tak sini? kesukaan sangat ni..ada ni je pun dah cukup, tapi semalam ada beli belacan baru.. . gedik lah nak Kangkung belacan sepiring ':)
Buat anak-anak?.... ayam kicap paling mengena selera 3 orang tu.. kita baru tumis wangi bawang halia semua tu dah buat depa berderai ke dapur cakap nak makan nasi.. senang kerja maknya.


sayangnya wangi tumis bawang maknya kali ni kalah dengan wangi enchanter semerbak sebilik. maknya senyap kat dapur ini dua budak senyap kat bilik bikin projek qu Puteh... waaaaaaaa! siap hi 5!dengan dinding lagi tuuu..
nak marah ke nak bebel ke nak nangis... buat letih jer, lantak pi situ la,ada aku kesah.. kata budak berdua ni... arghhhhhhhhh! 

March 22, 2016

rezeki hari hujan


Pagi-pagi lagi keluar teman abanglong tunggu bas sekolah rasa ada titis-titis hujan timpa muka, seronok tak terkata.. sejuk bumi tuhan hari ni, hujan yang dipohon, dinanti-nanti...rezeki dariNYA.
Lepas sarapan rasa teringin nak keluar.. syok jalan hari sejuk-sejuk ni, tapi tu la, serammm semacam jalan saing lori besar, treller kat jalan tu, banyak group polis dan polis trafik buat roadblock kat persiaran Mokhtar Dahari, insiden semalam la ni.. ke jalan Paip je la.. sampai pekan Meru boleh topup groceries.
insiden semalam...
google


Hujan lebat di meru, Klang,.. sejuk best!
plus cepat lapar :)
lari-lari redah hujan anak beranak, singgah ZM beriani super sedap kedai dia bertentang masjid as-syariff kat simpang jalan Alang Hamzah tu je,
nasi dia boleh tahan, tak kalah dengan JM beriani, set semua bawah rm10, harga Meru.. i like :D
kerusi meja lantai basah tempias hujan, bawa anak kecik-kecik tapau saja la, sabarrr je tengok orang selamba kepit skirt makan beriani sedap, syok woii makan sambil tengok hujan... tak mustahil ada yang minta nasi tambah':)
lepas tu laki bini pakat sengih tengok perut memasing.. hiks. Suami dah plan untuk next order tau.. dia nak try set beriani kambing plak.

March 21, 2016

jom ke sekolah


mac21, isnin
blog bercuti sekolah, ni nak start balik mula lah.. type padam type padam..
eh, seminggu cuti gigih ngumpul gambar tuk bahan tulis blog..tetiba boring pulak nak mengarang cerita jalan-jalan gitu.
Boring tak boring haruslah ada entrynya, in shaa Allah akan diusahakan sedikit masa lagi :)
Entry ngambek mood arini.. pakai kasut baru untuk mood baru di hari yang baru jadual persekolahan yang baru di sekolah baru, sekolah pun baru wehh, eh! semua pun baru lah :) 


Anak suka ayahmama lagi suka, sekolah dah dekat dengan rumah, anak dah tak payah harung jammed macam orang pergi balik kerja, pukul 7pagi bas sekolah super cute jemput depan rumah.. so comels bas sekolah abanglong.. bas ok, bas cute ala mini bus color pink tahun90an, bukan van yang dilabel bas sekolah macam dok naik sebelum ni. mama yang super excited :D
Semoga abanglong ceria selalu dan segala urusan pembelajaran di sekolah baru ini sentiasa dipermudahkan Nya. aminnn.
Hari pertama sekolah pagi, 2petang belum sampai balik rumah, KAFA sesi petang start 2.30,..rupanya bas sekolah tersangkut dalam jammed teruk, ada excident besar pukul 1 tghari libatkan lori, treller dan hampir 20kereta kat traffic light depan sana.. Allah, kes seret lagi ke, tengok kat astro radio traffic, ada pulak kereta terperosok bawah lori kontena.... tak sanggup tengok dah, tunggu berita je la. Takziah buat sedara-sedara kita atas ujian tersebut.

March 15, 2016

nak beli pinggan...nak beli pinggan

kalau dah nawaitu nya..nak beli pinggan...
mana-mana pergi pun mesti nak belek pinggan...letak kat plate stand..cun ni ;)


kesian kat orang Shah Alam seketoi ni, berzaman dah uitsss tak merasa makan marrybrown hihi.. tak da marrybrown kat Shah Alam ni kekdahnya.. ooo, ada la perasan seketoi nun kat Petronas seksyen 7 sana, tapi tapi rugi kot kat seksyen 7 tu kalau pi makan marrybrown. Syurga makanan lah orang kata seksyen 7 tu selain syurga kaki shopping.
Ok, lupakan seksyen 7, marrybrown dalam ini cerita nun kat nilai 3. Boleh pulak wujud pintu marrybrown celah-celah lorong langsir, kain pasang ke tudung, karpet kasut.. uihh nafsu betul pi situ sikit-sikit bekenan pastu harga pulak abe abe banglasia tu senang betul turunkan harga.. pegangbelek sket, jalan setapak dua terus harga turun dan turun dan turun,.. ok ok.. masuk plastik :D
 

tu lah, kalau dah nawaitu ke nilai 3 nak beli pinggan selagi tak beli asik lah jumpa  yang menjual pinggan, dalam marrybrown pun depa nak jual pinggan ke aku.. hihi
beli la sebijik .. pinggan promosi supermanbatman coming soon kat cinema sket hari lagi ni.. nak gantung kat dinding ke :D

March 12, 2016

pinggan ayam pertama

assalamualaikum wbt.
asiklah dengan entry emosi semenjak dua menjak ni,...tak sedaplah pulak orang susah-susah datang blog kita hidang cerita sedih tak abis-abis.

jommm..jom normalkan balik kehidupan :)
first day cuti sekolah....ke Nilai 3 ;D
ngambik kesempatan la kan suami dok ada ni,...laju-laju luah hasrat hati sekian lama pendam kot.
bangun pagi tu ke sekolah baru si abang long, ada orientasi..itu nanti-nanti la entrynya kot,...habis semua dalam pukul 11pagi, singgah mamak semua dekat pukul 12tgh gerak ke nilai3 tu. ontheway tu baru suami tanya nak cari apa kat nilai3...err..errr...nak tengok-tengok pinggan claytan..hihi, nak tengok-tengok jerrr? ;D :D :D

hebat ooo penangan blogwalking ni, sampai juga aku ke kedai pinggan claytan di nilai3 even kedainya nun terceruk yang memang kalau saja-saja jalan-jalan memang tak jumpa rasanya. 
suami dan boboiboy tunggu dalam kereta sudah, sereyau aku..bila bab pinggan mangkuk ni.
Aisyah my bayang-bayang tokleh buat macamana la, mana ada mama situ mesti ada la aisyah, bagus dia kali ni...dah pandai ayat mak dia ni, beli 4biji pinggan corak vintage ada roses burung bagai atas pilihan aisyah tauuu...pinggan tu nanti-nanti la masuk blog....
hari ni nak tunjuk pinggan gambar ibu ayam ni dulu..hehe
kena pi panggil kak Mel wanitagaramdangula mai tengok pinggan ayam aku ni, hihi...hari tu dok heran sangat awat kak Mel suka pinggan ada ayam roaster...kan..kan, karma ka gena ni..hihi
tinggal sebijik tu saja, jadiklah buat pinggan hidang sarapan sesuai kot, besar pinggannya..style pinggan kat KK home deco yang berat lagi gedabak tu...tengah syok nak ngumpul pinggan mangkuk gitu benarnya sekarang ni...set-set bunga ke corak sepesen takmo buat masa ni...suami offer nak bawa pi langkawi beli corelle pon dengar tanpa perasaan jerrr?..pulakkk!

lepas tu pinggan harian pun dah mula kurenggg dengan pinggan putih mulus suci murni yang minat sangat sket masa dulu tu...ada juga termasuk ke kedai pinggan putih macam-macam bentuk kat nilai3 tu..banyak betul pinggannya, timbang kilo dia jual..ishh..ishh..sayangnya dah tak berapa minat.
la nak yang bercorak berpattern colorful bagai pulak..macam trend tudung ke shawl sekarang la jugak kannn, plain dah kurenggg ;D
tu yang angkat sekeping claytan bunga gedabak *kalau perasan yang kat bawah pinggan ayam tu' bertahun dok aim kat rumah orang kot, nak beli tak pernahnya berjumpa...ni dah jumpa..apalagi, tak tengok yang lain dah...bujur pon bujur laaa, janji ada..hiks.



March 11, 2016

Pagi di kampung

Hari-hari kami selepas kepergian ayah,
nak masuk dapur masak-masak langsung tak ada mood,
even untuk kenduri tahlil malam-malam tu pon jiran yang buatkan, sebbaik ada jiran yang memang ada buat pakej katering dalam kampung tu, masak-masak kat situ lepas tu terus bawa ke surau dan masjid.
3hari di kampung, suami menyusul..
suka kemain anak yang bertiga tu berkepit dengan si ayahnya.
Ada chance si mama merempit pi beli cucoq :D

bayang-bayang aku, adik dan motor ayah paling legend kami naik pagi tu...motor tu ada sejak kami kecik lagi
 Mak kata pi beli roti canai kat Megat Dewa sedap, wahhh.. lama tak ke belah-belah Megat dewa sana.. jom la kita, ikut jalan sawah kat belakang kampung
dapat lalu terowong bawah landasan keretapi 'ets' lagi, cuma 'ets' je tak lalu time kami lalu so tak dapat la tengok ets'.. next time mungkin.
Aku dengan adik yang masing-masing tak tau kedai roti canai tu kat mana, nampak warung ramai bertumpu kami pun join la.. awal tak awal kami pi, orang balik dari masjid pun tak siap minum kopi lagi.. hihi, lepas tu pakat tengok kami atas bawah.., sempat tanya kami mai mana?
tak besa nampak kami la tu, jauh kami mai ni.. lepas tu dok tengok yang aku ni sebok sangat dengan telefon padahal tengah syok snap gambar depa :)