February 29, 2016

catatan 29 february

asyik sekali aku scroll reading list kat dashboard hari ni, mencari entry ringan buat penambah rasa penceria pagi senin :)
tiba-tiba terstop, ada satu blog yang aku follow sekian lama ada update sehari dua ni
aku suka baca bebelan dia..cerita life dia dan anak-anak jalani hari-hari diorang sebab suami dia pon kerja laut...berbulan-bulan belayar di lautan, bila dia bercerita aku yang membaca ni kadang-kadang terasa macam dah termasuk dalam tu..melihat wajah-wajah si comelnya saban hari merindu menanti kepulangan si ayah...dan cerita-cerita kegembiraan mereka bila si ayahnya pulang, keceriaan hari-hari bersama si ayah...bisa keluar air mata dehhh, tumpang gembira aku..ya, seperti aku dan anak-anak yang juga saban hari merindu menanti ayah kami siapkan kerja dan balik jumpa kami.

tapi ceritanya sejak menjak ni lain, aku yang membaca bukan hanya bergenang air mata lagi...tapi macam sebak, pilu yang aku sendiri taktau nak bagitau rasanya...blur taip taip dan taip tapi takde ayatnya...
ayah yang dinanti pergi tak akan kembali lagi...innalillah, al-Fatihah untuk arwah suaminya.
walaupun dia belum diberi kekuatan untuk bercerita panjang lebar tapi aku sebenarnya tak mengharapkan dia untuk bercerita kesemua itu di blognya walau rasa ingin tahu itu ada.
untuk apa diungkit lagi,...biarlah dia dan anak-anak membina hidup baru bersama semangat yang baru..semoga dia dan anak-anak diberi kekuatan untuk menempuhi semua itu.
Aku tahu...itu susah, aku sendiri pun dah selalu rasa...tu baru kena cuit sket,
macam bila aku bawa anak-anak makan kat luar, nanti anakku Aisyah yang baru 4tahun tu akan berkata.."tengok diorang ada ayah, kitaaa jer yang tak ada ayah"..:( tapi aku masih mampu untuk memujuk, "sabarlahhh, nanti ayah dah siap kerja dia balik jumpa kita..kita makan-makan dengan ayah ye?" dan Aisyah kembali tersenyum penuh berharap.

...Allah, sungguh aku terkesan, asyik terpikir ke anak-anaknya, anak-anak yang sedari kecil membesar untuk sentiasa merindu menanti kepulangan si ayah saban hari saban bulan........dannn
cukuplah, hanya doa yang mampu ku kirim buat dia dan anak-anak...semoga mereka terus kuat.

ok, aku emosi hari ni, hari yang cuma datang sekali dalam tempoh 4tahun....

February 25, 2016

hometown ku indah dan ikan seludu ka plotan

Padang Sera, Kedah
ralat jer buat entry bila guna gambar Google..mula la nyesal tak snap hari tu.
Gambar atas tu cun sangat tak sampai hati tak masuk blog,..see! dah ada hotel@my hometown, "Sera Sentosa Inn"...tengok luar macam wow, not bad.. Ahad bila-bila jom kita check in semalam :).. hihi, abih la kena jeling dek mak.. nak bazir buat pa?
kenapa Ahad? sebab Ahad malam Isnin ada pasar malam kat tanah lapang selapangnya betul-betul depan hotel tu.. kenyang perut sukahati balik tido hotel esok bangun pagi-pagi senin tu ada pasar pagi pulak.. "nat senanyan" nama diberi,... senanyan tu Isnin la maksudnya :)


Ikan paling suka aku beli kat nat senanyan zaman berzaman tu la ikan ketoi aku buh nama. Kadang aku tanya yang menjual tu kata ikan seludu kadang aku tanya yang jual tu bagi tau ikan plotan, sudahnya sampai ke sudah aku tak dapat bezakan mana satu seludu mana satu plotan.. dah la dalam setahun tu ada la 2-3 kali jer kot aku ada kat kampung di hari senanyan.. laju-laju aku ke nat senanyan merempit dengan adikku lalu jalan tepi sawah.. syok wooo:D
anak ke suami semua diam-diam buat hal kat rumah, ikut buat panas ja nat-nat ni. balik kang pandai la aku bungkus peneram apom balik laksa bihun sup ais kacang macam-macam ada pilih ja nak apa.. dah la semua sedap.. tiap kali aku beli pon, heran kadang :D

"nasi ganja" pulaksss

masak apa arini???
korang dah try "nasi ganja"?
mai dari belah-belah utara jugalah pon kannn, nun kat Perlis asal usul mendapat nama :D
kenapa 'nasi ganja'...senang ja jawabnya...bila dah try sekali pasti nak berkali-kali, ketagih katanya.

gigih Google resepi "nasi ganja" sehari dua ni, banyak pula version dok ada, belek-belek nak masak nasinya tu mudah juga tapi nak tot tet tot tet lauk pauknya tu lahhh." tak lengkap tanpa ayam goreng berempahnya, kena ada kuah taruh atas..so, kari ala mamak wajib ada lepas tu nak ada ayam tandoori juga.., perghh! berjenis-jenis tu, malas pun datanglaa, kang tak cukup syarat tak ummph la pulak kan.

belek-belek resepi..edit sana edit sini.. siap masak tup tup jadi nasi daging, haha
tak ada serbuk sup boleh ganti dengan serbuk rempah kurma, terus nasi jadi kaler cantik tanpa pewarna kuning :) rasa pon dah menarik even tak letak sos cili.
Lauknya setakat nak makan dengan anak-anak aku pun malas nak main belacan..tak perlu berair asam bagai. Daging yang dah empuk direbus untuk masak nasi ditumis goreng ala daging merah nasi goreng usa tu pula... Siap!
macam nak goreng telur mata sebijik dua la plak.. confirm terangkat :D
ayam goreng kicap untuk yang kecik-kecik...takmo pedas
daging ala nasi goreng usa...pedas-pedas sketla untuk mama&abanglong
kejadian nasi hasil edit resepi 'nasi ganja' ;)



***perlu diingatkan, notaharianmama paling malas salin resepi, dan kalau tetiba tajuk lain ceritanya pula kelain itu sememangnya hobi yang takboleh dielakkan :D 

February 24, 2016

playground

tak ada apa sangatlah hari ni
just nak tepek gambar si bongsu ni
kurang sangat gambar dia kat notaharianmama ni berbanding abang long dan kakngahnya masa kecik-kecik.
lagi la sejak dok tangkap gambar guna hp ni.. takdanya dah nak transfer masuk folder bagai... tak da kenangan masa kecik la ngko dik... kalau dilayan mood ke laut mak ngko ni.. hihu


February 23, 2016

makan 'pasembot' di pekan Kodiang

kalau berjalan ke sebelah utara haruslah mencuba pasembor seperti yang digembar gembor
jangan tak tau bukan Penang jer ada pasemboq, Kodiang pun ada juga dan pasembot Kodiang ni susah kot nak jumpa kat tempat lain berbanding pasembor Penang. 
Pasembot Kodiang ni glamer sekitar tahun 70an ke 80an rasanya, sedap sangat aku makan masa aku kecik-kecik dulu..sekarang ni dah diambil-alih anak cucu, tang kuah tu sudah kena adjust rasanya kot ;) ....kalau lalu pekan Kodiang tu bolehlah singgah rasa :)
 
Kat Kodiang pasembor di sebut "pasembot" berbanding Penang style dipanggil "pasemboq" Penang.
Setakat yang ku tahu, ada 3 tempat jual pasembot di pekan Kodiang dan setiap satunya ada dia punya speciality tersendiri la of course.
Dulu family aku suka yang kat kedai sebuah nun dah nak ke sempadan kedah/Perlis tu, sebab ada bihun kuning dalam pasembor nya, Pasembor Majid kot yang tu kalau salah tolong betulkan. 

tapi sejak menjak bila ntah selera bertukar ke Pasembor Eja Ghani yang terletak kat Arked Semarak betul-betul  kat simpang 4 bertentangan dengan balai polis pekan Kodiang. cuma rm3.50 sepinggan dan rm2 untuk seekor ketam..tambahlah berapa ekor ketam nak makan :)

Sebuah lagi kedai pasembor di pekan Kodiang kat deret rumah kedai lama jalan nak ke market ikan di pekan Kodiang. ..kedai kelam awat tak mau buka lampu taktau ;D
Kedai paling legend seingat aku kecik-kecik dulu kalau ikut tokwan pi Kodiang mesti dia singgah minum kopi situ sementara tunggu di orang bungkuskan pasembor untuk kami bawa balik, tapi aku kurang sket kat situ, kuah dia walaupun kaler kicap tapi ada pedas pedas yang tak berapa nak kena dengan lidah aku ni.
Yep, kuah pasembor Kodiang sedikit gelap warnanya seakan diletak kicap juga ada rasa taburan kacang seakan rojak buah tu tapi versi cair sket la kuahnya.
jauh bezanya dari segi rupa juga rasa dengan mamak style pasembor Penang tu...harus cuba jangan tak cuba :)

*pic google.

February 22, 2016

cempedak dah memutik nangka juga yang tak masak-masak


haishh... kesian blog stuck walhal gambar sana sini sinun berderet menunggu giliran.
balik kampung baru-baru ni sempatlah jenguk keliling kampung sebelum geli-geleman ter'tengok sebahagian badan ular hijau sedang berehat dalam lubang di batang pokok nangka....eiiii aku memang surrender la ular-ular ni, tapi wa steady ja kata "biaq pi kat dia la.. ulaq ijau takpa".. bersungguh dia nak kait juga lagi sebijik nangka kat pokok tu untuk aku, padahal sebijik yang dah kat bawah tu cukup dah untuk aku. sebijik pulak aku tengok kaler nangka tergolek dok tu dengan ular ijau dalam lubang kat batang pokok nangka tu aihh.. ishhh
Gagah juga kubawa balik sini kemudian aku sarungkan nangka tu dengan sehelai t. shirt lama dan ku simpan atas rak besi kat dapur.. peram la kononnya..
tunggu sampai ada bau nangka.. Isnin 8hb wa aku kait.. bertemu Isnin minggu lepas bertemu lagi Isnin hari ni, tak muncul-muncul pon bau nangka yang dinanti-nanti,
actually semalam dah selamat aku hantar nangka tu kat tong besar di luar sana, terkejut aku sebab nangka tu dah bertukar kehitaman keseluruhan kulitnya siap ada ulat lompat-lompat.. memang tak la ku nak potong buka tengok kejadian di dalam buah tu.. tak kuasa nak bertarung dengan ulat lompat-lompat tu sebenarnya.. hihi
tak ada rezeki nak makan buah pokok nangka ulaq ijau nampaknya. Aku syak rak besi tu ja,
sebab nak peram-peram buah ni ada pantang larangnya juga.. macam yang ayahku pesan tak boleh letak atas lantai simen ke tile sejuk-sejuk kang buah rosak.

February 21, 2016

bulan ke 15

Aqil anakku yang bongsu *sekarang la, mana tau kot ada lagi yang bongsu lepas ni ;) dah 15bulan umurnya hujung january tu hari...err, ni dah ke hujung february..16bulan la dia 3+4hari lagi
bulan ke15 ada monthly check-up kat klinik kerajaan tapi takde inject.
appoinment seterusnya pada bulan ke18...pun tak ada inject, kata acik nurse
pada bulan ke18, setiap baby akan menjalani ujian untuk mengenalpasti tahap perkembangan yang sepatutnya, dari situ acik-acik nurse akan cuba untuk mengenalpasti dengan lebih awal jika ada antara bayi yang mempunyai masalah-masalah tertentu...
injection yang sebelum ni diberi pada usia 18bulan akan diberi ketika bayi berusia 2tahun.

so, Aqil sila cool lambat lagi appoinment untuk cucuk you.
sejak dah ligat menapak ni...memang kena bekal makanan kesukaan banyak-banyak untuk pujuk Aqil diam kat kerusi, paham-pahamlah nak menunggu giliran kat klinik ni...check-up tu hari, untuk sejam yang pertama ok, under control...tapi untuk sejam selepas tu.......
alhamdulillah, ayahnya ada time tu...dapat jugak gilir-gilir, sempat pula mama dan si kakngahnya makan eskrem kat foyer klinik ;D

February 16, 2016

makan sate

*google
bila last aku makan sate Hj.Samuri tak ingat dah...
yang ingat kami selalunya makan or tapau sate Hj.Samuri kat sini...RnR Elmina, Guthrie Highway.
bukan setakat singgah sebelum balik rumah...kadang kami sesaje datang ke sini semata nak makan sate, cawangan Hj.Samuri terpaling dekat dengan rumah rasanya.
kali ni first time kami singgah dan wahhh! satenya dah berpindah ke ruangan tersendiri
boleh pilih nak duduk kat luar...atau kat ruang ber'aircond
mulanya aku macam..alaaa, tak dapatla nak ber side order tapi bila masuk jer ke kaunter..wahhh lagi,
berderet menu sampingannya, nama pun "restoran" kan...
feeling-feeling makan sate Hj.Samuri kat Kajang le camni.

even orang kata sate Willy, sg.Ramal lagi best...err, actually tak sampai lagi ke sana..ngee
sate Willy tu yang dah sampai dulu ke sek.7, Shah Alam nampaknya...hehe
sate Hj.Samuri tetap jadi pilihan..kuah dia bestttt!...sate dia?
of course kena makan masa panas-panas..baru best, latest aku makan...sedap jerrr!!!
cukup masak cukup garing maintain lembut sate dagingnya...less hangit hitam terbakar.
aku jadi suka tetiba..sampai terjadi entry ni haaa ;D

paling best..berduyun keluar masuk peminatnya...meriah penuh luar dalam.
paling penting!...masa order kena bagitau no.meja kita...so, kena chopp meja dulu baru boleh order..hehe.



February 13, 2016

'Nat' pokok getah

khemah berderet di kiri dan kanan jalan *google-mohon share-
belakang-belakang nun banyak lagi khemahnya *google -mohon share-
jejak juga akhirnya kakiku ke nat pokok getah nun kat jalan Pauh, Arau Perlis.
Nat ni pasar pagi la kalau ikut bahasa buku.. pasar pagi Ahad, atau ada juga yang kata pasar karat.. bersepah barang secondhand apa nak semua ada situ depa kata...tapi kena awai la baru berjumpa.
......, kurang lebih ala-ala pasar tani pagi Ahad stadium Shah Alam yang berdeting panaih tu la..
yang bezanya, orang Perlis lagi bijak kot sebab pasar pagi depa dalam kebun getah, angin gebus-gebus... sapa tak biasa masuk kebun getah tu jom jenjalan ke nat pokok getah ni..rasain sendiri pengalamannya tu...ronda punya ronda dah jam 12tengahari pon tak rasa panas tak rasa nak balik lagi ka? hehe...apaKAH?
lepas tu ada kubur sebelah pagar kebun getah tu, sambil-sambil bagi salam ke ahli kubur boleh juga bagi peringatan kat yang sebok berjual beli kot tepi kubur tu,kan :) 
pilih-pilih sandal sebelah pagar kubur...abanglong pilih selipar merah ang-ang aihhh untuk mama dia ;)
sungguhlah seperti yang dikata-kata, nak apa semua ada... yang pasti tak sempatlah nak round semua ceruk, besar tak terkata sungguhlah nat pokok getah depa,
ada rezeki kita mai lagi nooo. nak rasa bihun sup atas lori tut-tut dia yang orang beratoq tak putus-putus tu, buka meja bawah pokok getah pon penuh semedang kerusi mejanya. 

February 12, 2016

"alah bisa tegal biasa"

7a.m @tg.malim
hujung minggu bersambung cny
dapatlah cuti 4 hari.. patutnya 9hari la kan ikut cuti sekolah si abang long
tak apalah Allah tarik nikmat cuti-cuti kita sebab Allah nak bagi rezeki lain tu.
cuti-cuti jalan-jalan 6-9 saja, 10hb ayah sila pergi kerja.
teruskan juga plan balik kampung mama, bolehlah 2hari di kampung 2hari atas jalan raya.. barulah berjalan raya namanya :D
anak-anak pun suka boleh naik kereta lama-lama.. tido bangun tido bangun 10x pun belum tentu sampai kampung mama nun hujung dunia :D
bila dah set cenggitu dalam kepala masing-masing, automatik masing-masing pun relaks ja, enjoy la 40km/j untuk 480km perjalanan balik kampung mama.. :D
tak payah nak darab bahagi sangatlah, ayah kami tu boleh tahan kaki merantaunya.. sat-sat lep cari makan, sat-sat exit cari masjid.. pung pang pung pang keluar rumah 5pagi sampai kampungnya 5 petang...
kira tips takmo stress bila jammed balik kampung di musim perayaan juga ni
tak perlu nak taubatlah konon takmo balik kampung time cny pun pasal kami ni asal cny ye mesti ada rezeki balik kampung.. hihi

February 3, 2016

menyusuri perparitan @petang kenangan

 

Menyusuri perparitan nun di belakang ceruk dapur rumah orang :d
kita tengok gambar la rini, wednesday kan ':)
saja pilih tempat ni sebagai kenangan bersama #pakcikbiru
first time lalu sini dengan #pakcikbiru lepas tu memang selalulah shortcut ikut sini dengan #pakcikbiru ....lepas-lepas ni bila lalu sini confirm ingat #pakcikbiru
 
.....petang Isnin cuti thaipusam tu hari, singgah lepak kat roundabout situ, snap sekeping dua pic dengan #pakcikbiru
hihi.. memang cam tu kot, bila dah nak berpisah baru nak bergambar, kenangan katanya 
aku sayang lebih ke #pakcikbiru ni sebab dia tak pernah buat hal sepanjang dengan aku, 
sabar jer dia tunggu en.suami balik baru dia buat hal meragam nak ajak ke workshop...hihi 
annyeong #pakcikbiru
eh! dah lama dah mari malaysia, takmo balik korea dah aihhh ;d