January 30, 2016

week end 3hari

makan delima
dia sorang jer pon kat rumah ni yang ternanti-nanti tertunggu-tunggu weekend tu, yang lain week day or week end sama saja kot..hee
week end 3hari sederet dengarnya
wahhh! depa-depa orang kl
bukan orang kl.. sekali yang minggu lepas tu jer la..
dipendekkan cerita week end 3hari tu hari datang mood menangkap gambo ke aku, bila dah ada gambar ni mai la kita buat  entry.

lately suka nau skodeng lunch box korang kat fb, good sangat...tq tau sebab share, dan dan dapat idea nak masak hari-hari, sedap pulak gu dengan ayam bali si buncis ni
acik Tepeng balik shah alam weekend tu hari,..wah!acik dah wak keluar keta cny...ayahnya keta cny coming soon, pakat-pakat bertema cny la nampaknye..ngeee

Dari rumah atok kami ke midvalley, makan-makan pastu join bersesak depa-depa yang nak ber'cny', melayan si mama yang kemaruk nak ber'jellybunny' ye?... ngeee
tawaf midvalley tu naik turun naik turun malam balik awal tapi semua pengsan depan tv... Ajl30 yang tengok kami.

#pakcikbiru
Isnin yang cuti thaipusam tu hari tuk feeling-feeling dengan #pakcikbiru
lepas ni tak ada dah cerita #pakcikbiru
semoga #pakcikbiru sukses di tempat baru
*rasa macam nak buat satu entry khas untuk #pakcikbiru jerrr

January 20, 2016

recap - 2 minggu pertama

#google
kek 'New Year' la kiranya...kek pertama aku tahun ni, pertama kali juga aku makan cekelat lava sejuk...haha
selamat kembali ke sekolah,...in shaa Allah, semoga kejayaan menjadi milik kita semua.
sebulan sekali dia mai la keteringinan nak berpisang cheese, beli sudah setakat nak lepasss teringin tu..aku sorang jer yang gemorrrnye pon...lagi terbaikkk! bila cekelat bar itu diparut berbanding yang stail curah cekelat cair, cubalah ;D
haaa! kan aku dah pesan siap-siap atas sana...berderet gambo makanan kat entry ni...tu jambu asam boi dengan ayam bali yang viral sangat tu, haruslah ada gambonya di 'notaharianmama' :D
Ayam Bali juga sedap digandingkan dengan mee sup anak-anak yang tak habis...tak cukup pulak mee sup tu jadinya.
bihun goreng pertama...tahun ni, pertama kali juga mencuba bihun siam Faiza yang Nabil dok iklan tu..."hmm, nape macam lain sket rasanya"..*tiru ayat afdlinsyauki rasa durian dalam upin ipin..hehe

tahun baru..ic baru...@tgk.6, Plaza Masallam, shah Alam.
jumpa pulak warehouse sale dalam Plaza masallam tu, tak lena tido jadinya kalau tak grab selai dua..hihi
orang beratur panjang-panjang order latte espreso bagai, ngko? strawberry jer la mampu..hihi, manehhh melincaih kalut balik bancuh madu buh lemon, penawar katanya ;D
weekend, panas lit-lit kita jalan mall jer laa..explore mall baru kat subang...star Avenue ke Avenue Star camtu la namanya
memasing yang datang mood jalan-jalan makan-makan jer la, ada Giant seketoi baru.
buah tangan dari Giant, kotak tu comeiii sangat, kan aisyah...moga isi kat dalam tu berjaya comeiikan mama juga..hihi
masuk minggu ketiga persekolahan...jom masak kesukaan anak-anak...
entry paling menepati tajuk blog...enjoy your life as it is 'today'
ehem ;)
meruntun jiwa tuan blog ni haaa, dapat kumpul gambo-gambo yang dekat di hati di sini
...dia punya feeling tu ig pon tak boleh challenge tau...blog always no.1 di hati

ringkas-ringkas sudah
lagi lah menepati bila siap dan boleh post di hari rabu.."wordless wednesday" katanyeee


January 14, 2016

episod persekolahan tahun ke-2 sudah bermula

#kembalikesekolah 2016
day...beli bukutulis di kedai buku sekolah sebelum sesi persekolahan 2016 bermula
be simple, be natural...pilihan si abanglong 
jalan Paip, meru klang
"semoga Allah swt. mempermudahkan segala urusan pembelajaranmu, amin."
kenalah pastikan anak makan yang berat-berat sketlah tengaharinya tu sebelum ke sekolah sesi petang.
Tak lengkaplah blog mak-mak kalau tak ada cerita sekolah anak awai-awai tahun ni...
setiap hari pon ada kisah ada saja ceritanya..tinggai mau ka takmo cerita saja..heh

haihh..abih keluar loghat utara dah ni..penangan tertengok "kak Marr" petang kemarin kot?

minggu kedua di Tahun 2
hari-hari tanya anak, cikgu tak minta bayaran apa-apa ke?...suruh bayar t.shirt pjk ke?
..act.okey jer masing-masing dah sarung t.shirt tahun lepas pon 
heran ke emaknye?.. seposen tak kena bayar masuk sekolah tahun ni 
cuma keluar duit beli buku tulis kat Kedai buku sekolah bulan lepas
tu je la yang betul-betul keperluannya pon, lain-lain nun kehendak semata macam baju seluar kasut beg yang  semuanya harus baru belaka tu...hehe
eh, ni first time aku beli baju seluar sekolah si abanglong, tahun sebelum kan mak dan suami yang beli, 

aku masih dalam tempoh berpantang lahirkan si aqil...
abanglong tu pon dah masa tahun1 tokwan belikan baju jenis kain licin kualiti boleh tahan..
tahun2 request nak baju kain licin lagi..
jumpa brand yang sama harga sama kain licin jugalah cuma kualiti kain dah lain, jenis nipis tak sepadan harga..better beli canggih kot.
Teringat cikgu tadika abanglong dulu ada bagitau elok cari baju bajan anak-anak kat klang..so..ke Klang la kita, ikut jalan paip belakang rumah jer...shortcut ke Meru
eh,betul la..rambang mata even nak carinya baju seluar sekolah je pon, 
baju melayu KAFA pun sepasang masih di bawah rm40 kain licin kualiti baik punye :) 
confirm sampai hujung tahun baju anak  nampak baru jer sebab kainnya jenis putih bersih kebiruan gittew macam mak-mak kita celup nila kat baju sekolah kita dulu-dulu tu :) 
ok sangatlah dah tu untuk mak-mak yang tak mementingkan brand, 
ada brand nya tapi tak pernah dengar lah kan.. janji cantik buatannya, jahitannya, berkualiti kainnya.. 
ok dah tu pada aku.

ok..nak tengok "kak Marr" dah start tu..esok-esok sambung lagi...:)


January 8, 2016

Selamat Tahun Baru

depan lift lobby pun bolehhh :)
bubye kat suku sakat 'wonderpets'  @lobby
restoren Pantimur
sarapan nasi lemak sambal sedap di kaki bukit Melawati
kuala selangor
mesti singgah kalau lalu Kuala Selangor...
ada makcik bergambo depan pasar pastu gedik nak buh kat blog..harus edit  cover muka tu sket..hiks
makcik dan pasar...paham-pahamkan ajer la ;D

seminggu dah pon tahun barunya...
nak buat skrip ucap-ucap selamat ke tulis resolution semua tu ke macam dah tak berapa nak umpph dah kot?...eh, sapa yang baru teringat nak buat tu silakan, aku cakap bagi pihak aku jer tu.
untuk kelainan kita buh gambar aktiviti pertama pagi-pagi tahun baru
pagi tak pagi...kira matahari dah naik la maksudnya...
takdak! takdak aktiviti berembun tunggu detik 12pagi melangut tengok bunga api setahun dua tahun ni...kecik-kecik ni...malam is tido :D
tido sket punya awai malam tahun baru...hujan sejuk di Kuala Selangor.


January 7, 2016

last day 2015

jalan-jalan "enjoy your road trip" katanya, abaikan 'LATAR' ;)
hotel, homestay, kuala selangor,
bukit melawati, kuala selangor

khamis minggu lepas 
bangun pagi-pagi en.ayah ajak jalan-jalan ke Kuala Selangor
si mama macam erk! apa ada sana?
kedai 'eco 2ringgit' ada la rasanya pernah baca kat blog-blog yang gemar deco-deco rumah tu..hihi
ok la ok la...kuala selangor ;)

sesampai jer kat bandar Melawati tu, semestinya jalan-jalan cari makan la of course,..jumpa restoren ikan sembilang, dahhh..semua masakan berasaskan ikan sembilang haaa, seakan keli cuma tembam lain macam sikit kot sembilang ni...
ikan sembilang pun ada yang bela/sangkar juga ke?
berpeluh-peluh en.ayah menikmati gulai ikan sembilang digandingkan lemak pucuk ubi dan sambal belacan.
si mama dan suku sakatnya..nasi ayam jer laaa..hihi.

perut dah kenyang baru naik ke puncak Bukit Melawati
santai-santai makan angin, nak cendol ke eskrim ;)

"meriam" tu apa mama???
ok..jom masuk muzium tengok dan baca sendiri, belajar sejarah abanglong kita hari tu.
sempatla kenal-kenal dengan suku sakat kera monyet ramai sungguh depa atas tu...tengok dari dalam kereta je, cermin tingkap pun tak berani buka apalagi nak hulur-hulur food kat depa...
nanti dah besar sket kita datang lagi...mak ni risaunya lain macam...sila salahkan cerita "tarzan' ;)

Hotel abanglong pilih, nampak menarik ok dari luar..gamble je masuk terus check in ;D
petang baru keluar cari makan, hujan lebat di Kuala Selangor...
sempat si mama jengok tesco kuala Selangor, risik-risik harga ikan udang sotong seafood depa
beli bawang siap-siap tuuu..heee, esok sebelum balik baru kita pi beli barang basah semua tu kat pasar Kuala Selangor sana..jom :)