December 27, 2016

Ulangtahun 'bulanmadu'

15dec berlalu lagi,
pejam celik pejam celik sudah tahun ke 9 aku dok la menunggu membilang hari tibanya 15dec saban tahun.. bukan celebrate sangat pun saja suka-suki countdown.. pernah je 15dec yang suami nun tengah laut mencari rezeki.
Alhamdulillah, December2016 ada rezeki  aku&suami berulangtahun bersama, 
tiba-tiba rasa nak makan strawberi celup coklat kat cameron, al-maklum dulu kawen saing-saing 'ctdk'.. zaman-zaman strawberi celup cekelat glamer habaq ang.
Strawberi cameron ni sedap makan kat tempat dia je, yang besar-besar kat' big red strawberi farm' pun kalau beli bawa turun dari cameron dan dan la rasanya bertukar masam sampai terkenyit-kenyit mata lah kalau lidah jenis tak tahan masam.
.....better beli strawberi yang dikeringkan jadi halwa untuk bawa balik..yang tu sedap๐Ÿ‘

December 26, 2016

pit stop wajib sebaik tiba di Cameron Highlands

ini kalau naik ikut Tapah or Raub lah,
kena ja tempias bayu sejuk Cameron Highlands, masing-masing la nak cari toilet.. tak main dah toilet stesen minyak, nun nak toilet kat ladang teh nun.. hikhik.
Selesai hal toilet baru senang hati kot nak relaks santai makan scone ke minum teh tarik ke.. ke nak turun berlari anak, main tut cak celahan pokok teh ka.. hihi
kami tak turun pun.. macam panas ja pada pengamatan mata hati keibuan aku ni,
anak3 aku sensitif kadang.. tak boleh terkejut terkejut suhu ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜ฐsat panas sat sejuk gitu kang mula la dedar selsema bagai.
Alhamdulillah, syukur takmo bersungut Cameron panas ke apa lah, nak pi time hujan sejuk ni lain pula ceritanya... seram eh, yang viral tu cecepat baca berita tanah runtuh kat Cameron semalam... boleh fobia naik Cameron mereka-mereka yang terlibat.. moga keadaan di sana kembali pulih sepenuhnya, ada rezeki kita naik Cameron lagi⛰

ulangtahun "bulan madu", bulan madu tu apa mama๐Ÿ˜
lagi dan lagi sekali...membuang pandangan
si 'purple' yang menarik perhatian...i purple hari tu๐Ÿ˜Ž

December 24, 2016

monorail ke Berjaya Times Square

Sambung cerita kenapa aku tiba-tiba nak naik monorail... eh,
kasi chance laa.. December nih..๐Ÿ’‘ sambil cerita kat anak3 dulu sebelum kawen ayah dan mama naik monorail ni la pi ofis ๐Ÿ’ž
Keluar kat Imbi station untuk ke Times Square, tambang monorail rm3.1(7 tahun ke atas)
bawa anak3 tengok orang menjerit naik rollercoaster kat Berjaya Times Square theme park tu...ternganga mulut memasing,
cepat je Aisyah bagitau dia takmo naik satgi kepala pening๐Ÿ˜€... lega dengar, aku pun ngeri eh,
tapi genting punya aku naik gak dulu-dulu, biar merasa.. katanya๐Ÿ˜ฑ
Lepas tu tengok kenapa semua kedai spek buat offer tak masuk akal ni, tak boleh jadi ni!๐Ÿ˜Ž
satu jam tunggu spek siap, suami ajak makan burger kat Wendy's..lepas tu beli boneka anak ๐Ÿ•
si 'PAWPatrol'  tu pulak.. hadeiiih???
lepas tu.. lepas tu..yang pampers tembus, yang nak cari surau nun hujung dunia...selesai begitu begini we pun naik monorail balik ke station we park kereta, saing ramai-ramai time orang balik kerja pulak tu, sederet acik-acik dalam monorail tu bangun offer tempat duduk ke rombongan aku anak-beranak๐Ÿ˜….. tq sangat-sangat.
Baru sehari jalan-jalan guna public transport..ke kl baru, tapi diorang punya letih...๐Ÿ˜ฒ
cemana nak travel negara orang cenggitu gayanya???

*google pic
burger's๐Ÿ’–
monorail moment :)

December 22, 2016

cuti sekolah @nuSentral

cerita dua tiga minggu lepas,
Plan nya nak mencari beli sesiap la semua keperluan persekolahan abanglong tahun depan sebelum ke mana-mana, bercuti ke balik kampung ke?
sementara tunggu suami yang kena masuk ofis pagi tu, aku dan anak3 panjangkan langkah ke
nu Sentral...sesampainya kami ke sana,
elok pula ada di buat tempat sesuai sangat untuk aku dan anak3 melepak sementara menunggu suami. Hampir setengah hari juga lah siap boleh jalan-jalan makan semua,penat berjalan sambung duduk situ balik. Suami sampai sekali lagi sesi makan lepas tu aku tiba-tiba nak naik monorail..haha ๐Ÿš 


sardin tumis dan telur dadar

Alhamdulillah;
dua minggu berjalan...dua minggu makan kot jalan๐Ÿด
dahhhh!
jom kembali ke pangkal jalan
tengahari tadi dapur cheq berasap kembali....๐Ÿณ
hujan mendung gini sangatlah malas nak keluar for groceries...apa yang ada ajerrr.
tinggal baby kailan dan carrot stok dua tiga minggu lepas..hiks, elok pulak segar bugarnya kat dalam kotak sayur tu. layankan dengan sardin tumis dan telur dadar memang gandingan hebat tak terkatalah ditambah pula alunan hujan tip tap tip tap ๐Ÿ’ง๐Ÿ’ง๐Ÿ’งmenimpa awning tingkap dapur๐Ÿ˜‚

terima kasihlah singgah baca kemerapuan cheq yang tengah mencari mojo..tuk kembali menulis.

December 6, 2016

sedapnya roti john @foodtruck merah tu...

weekend tu hari balik kampung atokDin kat Shah Alam sana๐Ÿ˜Š
malamnya masa on the way balik we pusing round tengok kemeriahan kat dataran kemerdekaan, meriah ke idak?.. cuti sekolah macam tak berapa ramai yang datang.. meriah dengan yang menjual je, maybe awal lagi kot masa we lalu tu.
Cuaca malam pun dah ok sekarang so jom la kita park kereta dan turun bentang tikar atas rumput
sesambil round deretan foodtruck.
Aku beli ayam goreng singgit dan pulut mangga juga, pulut durian pun ada..memang nyum..nyum.. sangatlah makan ayam goreng panas-panas, bersila atas tikar berbumbungkan langit tetengah padang kemerdekaan tu kan..
Eh, tajuk aku 'roti john' sedapkan.. hikhik.. yup! memang๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘,
next.. next..weekend kita picnic sana lagi, nak?...๐Ÿ˜˜

December 2, 2016

diari seminggu

tup tap tup tap...⛈⛅
seminggu berlalu cuti sekolahnya si anak, seminggu juga si emaknya pula cuti berblog..hihi,
tak ke mana-mana lagi, mengeram diam-diam kat rumah juga paling best dengan cuaca lately,๐Ÿ˜‰
just sesekali keluar top up apa yang patut, susu pampers laju pula surutnya,
biasalah hujan, dengan sejuk dinginnya, bertambahlah minumnya bertambah juga lah yang keluarnya.
Dah keluar tu sambil-sambil usha lah kemeriahan "back to school" di mana-mana.
Abanglong pakai kasut hitam tahun depan,..tu aje la kot nak beli baju semua dah tempah kat "Canggih" yang datang ke sekolah,..beria promote "Canggih" begitu begini ke mama dia,
sampai beg kasut semua lah nak beli kat 'Canggih"...
siap la mama, anak lelaki sulung dah mula buka mata๐Ÿ˜Ž
Habis dah berlalu November dengan ๐Ÿ’ฆ'nya. Memasing pun dah pakat-pakat 'hello Disember'.. sebulan untuk kita nak begitu nak begini, semoga kita semua dipermudahkanNya, aminnn.



November 24, 2016

Hari Anugerah Cemerlang 2016

aktiviti di minggu akhir persekolahan untuk tahun 2016
alhamdulillah ada rezeki ke majlis rasmi sekolah yang satu ni..."Majlis Anugerah Cemerlang 2016"
dapat tengok anak-anak comel kecil molek ber'koir, kiutnya dancers sekolah ber'joget...serancak aidaJebat๐Ÿ˜˜
paling best dapat dengar pesanan/teguran bermakna untuk menjadi ibubapa dan guru cemerlang kepada  anak-anak yang cemerlang yang diceritakan berdasarkan pengalaman sendiri oleh tetamu jemputan yang dijemput khas bagi merasmikan majlis pada hari tu,
"Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor  - Tuan Shashim Shah b.Harun"
tengoklah kalau ada kerajinan mengarang..akan aku buat satu entry 'ibubapa/guru cemerlang' tu.

Pentas dihias comel
dapat bersalaman dengan Tuan Shashim
Anugerah matapelajaran Terbaik
sentuhan dan pelukan tahniah dari seorang cikgu...sangat didambakan setiap anak-anak kecil
Alhamdulillah, tahun ini lebih baik dari tahun lepas...semoga abanglong "Emir Luqman" terus cemerlang, aminnn.

November 19, 2016

Puding roti dan jamuan akhir tahun

Lama juga tak buat puding roti ni selepas.. ermm..
pernah juga buat dulu-dulu suka sangat versi sira sos kastad bagai tu, sampai la ke satu ketika tetiba pula sendiri tak mampu nak telan sebab bau dan rasa telur kuat sangat, cian telur.. sorry ek ๐Ÿ˜œ
So, di malam Jumaat lalu.. ditemani alunan tetes-tetes hujan tup tap tup tap menimpa atap,
awning dapur tu, aku bersemangat menyiapkan sebekas "puding roti tanpa telur dibakar dalam oven".. untuk abanglong bawa ke majlis jamuan akhir tahun pagi Jumaat lepas.
Hasil eksperimen puding roti yang aku skip telur tu maintain cun jugalah kejadiannya.. hiks, wangi sebab esen vanila aku tak skip.., tak payah sira-sira sos kastad la pun sesuai yang amat kalau di bawa masuk majlis, tahu kenapa?..
Rupanya puding roti tanpa telur sedap dinikmati bila dibiarkan pada suhu bilik, berbeza puding roti yang buh telur kan selalu mereka yang suka tulis resepi dok tulis "sedap dinikmati ketika masih suam, sedap juga jika dihidang sejuk"....kiranya ni salah satu kebaikan puding roti tak buh telur la kot๐Ÿ˜
Tapi...kan,
puding roti tu tak sampai pun ke majlis kelas abanglong tu, bukan puding je..dengan abanglong sekali tak sampai ke majlis tu...abanglong bermajlis kat depan tv je habiskan sebekas puding roti tu๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...tak tahu lah nak salahkan bas sekolah yang tak muncul-muncul ke orang tu yang dah kena tinggal dengan bas sekolah ke..hihi, orang tu pon mood dah out, offer nak hantarkan pun takmo...puding roti sedap la kot, laju je dia habiskan, tapi tu sepeket besar coklat si ayah belikan untuk dibawa ke kelas..sapa nak makan tu?
jenuh sorok kang dapat kat si adik yang berdua tu..."biyak cekelat" la depa ๐Ÿ˜ฐ
tengok, cikgu tangkap gambar kenangan beramai-ramai kat kelas...๐Ÿ˜•mama pulak yang ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜, mama pantang tau skip majlis-majlis gini๐Ÿ’”๐Ÿ˜œ


November 17, 2016

terkontroversi tanpa niat

aku nak cerita apa sebenarnya hari ni??? tajuk tak hengat..rindu Pinterest KAH?
scroll gallery hp, kemain pulak aku snap gambar makanan, kalau semua nak masuk blog, mau jadi blog resepi ka apa ni๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜๐Ÿ˜‰...ecee..cee, nak try test emoji taknak ngaku..haha


entry ni aku dah post sebenarnya hari Selasa, setakat tajuk dan sebaris dua ayat kat atas tu beserta sekeping gambar, tu bukti ada 2kawan datang komen, tqsm ๐Ÿ˜
Petang tadi baru teringat nak tengok blog, pastu aku revert to draft balik sementara nak pikir 'warning'  yang aku dapat sejak post entry tu. "cookies" mana satu lah yang dimaksudkan dek 'european union visitors' tu agaknya ye? cookies raya aku tau la ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
okay la, aku tukar tajuk ala"quote" tu, kalau itu lah yang "obtain consent" nya..
ke 'words' kat t. shirt pink anak aku pegang tu yang dipertikaikan??? bila aku google maksudnya.. hamboiii sangat contoh yang keluar.. baik aku tukar gambar, aku assume tajuk tu dengan tulisan kat t.shirt pink tu yang bikin kontroversi, rasanya..lah, boleh tahan ramai orang depa masuk sini sejak aku post entry tu.
kot adalah  yang arif pasal 'cookies' yang dimaksudkan, mohon advice aku kat sini, tqsm.

November 11, 2016

"senwiss glamer" di abad ini

pagi-pagi jumaat tunjuk gambar makanan aihh ':)
bagi idea actually, sarapan sihat nin dia...sedap di makan pagi-pagi sejuk dingin..
paling penting senang sangat nak buat "sandwich glamer" hangat di pasaran hari-hari gambar dia sesaja dok berlalu lintas kat ig kat facebook semua tu.
jom colek gambar glamer dia tempek sini sekeping dua...pinjam naa tuan "senwiss glamer" :D


tuan "senwiss glamer" ni kat utara sana...laku kerasss nih!
yang kat sini teringin?...buat sendiri je laaa, sehari dua ni dah buat 2x memang takdan nak tangkap gambar..laju anak-anak makan..."presentation" tu penting!:D..selain sedikit kelainan rasa dari sandwich biasa macam letak beef salami, chicken slice..cheesedale lagi ;)

November 9, 2016

our first trip to IKEA cheras

GPS: 3.134345, 101.719904
gitu...first time la katakan ':)
lama terperap dok memusing pi mai pi mai dalam shah alam ni je la mampu pon..haha,
sesekali kita lajak keluar daerah jom?
saja nak pi yang jauh la bila suami dok ada ni, sesekali bersesak kat Jalan Pasar nun ok la dari yang dekat tu Mutiara Damansara, shortcut kot Kota Damansara tu takmo...tak tenteram hidup jammed lama-lama bawah construction MRT...takuittt oit!..err, dah hampir siap harapnya.
senanghati sket aku ke IKEA Mutiara Damansara lepas ni.
eh???
ye :)...walaupun IKEA cheras sana lagi besar lagi senang dapat parking lagi menarik lagi banyak stok semua ada...tapi ntah ler, mungkin persekitaran mungkin behavior orang kat situ buat aku lagi best ke Mutiara Damansara sini.
orang sana, pinggan mangkuk sendiri punya pon tak reti nak tolong clearkan lepas makan, main tinggal je..ish..ishh!
tapi dah namanya ke ikea tak mungkinlah balik dengan tangan kosong, ikea-ikea?...anak pokok kari dia pon aku berkenan..haha!
aku sekarang dok minat ke gantungan pot ayaman tali tu yang try tengok-tengok kat ikea ada la seketul dua tapi tak menarik pulak kat mata aku...takpe, pelan-pelan cari bukan keperluan ponnn :D

apa-apa pon abanglong laju-laju usung "SNILLE"rm69 kat belakang tu, diidam sedari tahun lepas lagi :)
rajin-rajin kemas meja lepas makan, k :) P.I.E.C.E!

November 8, 2016

aura hari Anugerah Cemerlang

selepas 2minggu ber"cuti deepavali" semalam abanglong ke sekolah semula.
semalam hari untuk pulangkan buku teks juga.
btw...All the BEST! untuk semua anak2 dan parents SPM 2016 :)
---------------^_*
anak aku 2minggu sudah selesainya peperiksaan akhir tahun 2016
abis je exam tup tup dapat cuti 2minggu tanpa diduga...mana dia kaut virus "chicken pox" ntah ':)
tak dapat join "hari kanak-kanak" peringkat sekolah yang ditunggu-tunggu..melepas sekotak KFC..hiks
alhamdulillah..semalam pi sekolah terbayar balik kekecewaan tu
masa perhimpunan pagi...dapat naik pentas 2x terima hadiah menang competition.
lepas tu Guru besar umum juga tarikh untuk hari Anugerah Cemerlang 2016.
in shaa Allah moga ada rezeki kita ke hari Anugerah Cemerlang tahun ni.
tahun lepas takde rezeki, abanglong dengan demamnya, aku yang "misscarried"..si ayah "offshore"
tak adalah kenangan hujung tahun lepas di sekolah lama.

November 4, 2016

cook2...aqil turns 2

ada sekeping dua gambar masak-masak hujung minggu cuti depavali tu hari..
boleh la buat kenangan aqil genap umur 2yearsold ':)... 28oct.lepas.
ops!sory...we makan daging 3hari cuti depavali tu, pantang ayam sat.
haihh orang chicken pox sorang tu terjeluak-jeluak pulak dia bila suruh makan ikan, macamana nak "masukjawi" ntah?.. kena pantang ayam tau lepas potong tutt' :D
dulu-dulu belum sekolah boleh jugalah ugut "kalau nak jadi pandai kena makan ikan"... ni dah sekolah tak makan ikan pon boleh je tiap kali exam dapat no.1, yeahh!
....kering idea si mama nak melayan cakap anak-anak bijak sekarang ':)
Ops! abanglong anak "no.1" ayah&mama tu nanti la entrynya, in shaa Allah,

inikan entry aqil turns 2.. cian aqilFirdaus mama :)
budak 'electrical' sporting abih kalau pi tengok barang elektrik...stay cool&steady cucuk sempena 2tahun.
aqil tak suka kek, ayah belikan donut melekit-lekit ni..pon tak suka juga ;D

gigih si mama gentel daging fresh...homemade katanya

kasi baked sukahati meatball+pasta+potato tabur mozarella..3in1 katanya..berebut anak tunggu depan oven ':)

meehoon goreng kesukaan birthday boy...NO cili, NO kicaplah abang chickenpox nak join sekaki

siakap berasa-rasa mama tumpang sekaki...punya la sedap ayah&mama makan,anak tak minat ikan nak buat gena ye?

November 2, 2016

kudapan sesuai usia

walaupon ramai kata peria katak tu sedap di buat ulam tak pahit,
sayangnya lidah aku ni tetaplah dok hantar isyarat pahit pahit pahit...waima sepagian rendam air garam.
tapi..sebab nak juga-juga makan...rugi wooo dok buat ngengada takmo makan sayur tu sayur ni..tambah-tambah yang di beri nama peria ;)
suka goreng-goreng suka celup-celup tepung waima minyak nak guna untuk menggoreng tu katanya naik harga melambung-lambung...better lagi buat sendiri compare harga secekak peria celup tepung kat restoren mamak ;D


October 31, 2016

suatu ketika...#kedahjuarapialamalaysia 2016

Lama dah Kedah tak julang Piala Malaysia..
last tahun 2008, tahun aku lahirkan abanglong.. ingat-ingat lupa time tu, al-maklum tengah excited nak timang anak ke dah ada abanglong time tu?
Ingatan aku lebih kepada zaman kegemilangan bola sepak Kedah masa aku muda remaja,
zaman bangun pagi-pagi pi market beli ikan sayoq, 'sorathabaq' jangan lupa...padahal puas kupas makan kacang goreng depan tv malamnya, haha.. zaman anak dara jangan dok terlebih sorak terjerit mengilai sangat aihh!
hari ni beria bawak balik "sorathabaq" free
 "Kedah! Kedah Pantang Kalah" ':)

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku