October 28, 2015

oct.28, 2015

"tempat jatuh lagi dikenang"...hihi
"jadilah bak teratai yang walaupun berkembangnya di dalam lumpur"...seindah nama secantik rupa, ehem ;)
"Aqil turn's 1"
"setahun" umur aqilFirdaus hari ni...jom belanja jalan-jalan shopping mall, cuci mata tengok lampu warna-warni...tengok orang begitu begini :)

October 23, 2015

siri cuti jerebu....


Finally,
selepas 4hari sekolah ditutup berikutan jerebu, jumaat sekolah dibuka...
wallaweiii..6hari cuti, study week la konon ;)
jumaat terus jawab last paper..matematik.paper sebelum-sebelumnya..semua dibawa ke minggu depan..hopefully, jerebu tak datang lagi..bertangguh lagi exam...maunya bertangguh cuti hujung tahun plak nanti..hihi
takde apa sangatlah aktiviti masa berkurung especially time ipu bertukar ke oren tu...
alhamdulillah anak-anak okay la, redha dikurung dan mampu bawa diri tapi rumah jangan ceritalah...mainan di mana-mana, lepas tu habuk pon ada jerrrr even sapu lantai pagi petang...campur habuk serdak biskut kek yang pantang mama toleh belakang..confirm adik aqil kutip belek pastu ngap..arghhhh!

Mak kat kampung yang hari-hari berulang alik ke hospital cuci kaki pon teringat nak bertanya khabar ada makan ke idak anak cucu dah menantu nun belum tahu khabar berita,..jerebu teruk celah mana nak keluar cari makannya,
nasiblah hidup merantau di bandar
tidurkan anak-anak kemudian keluar senyap-senyap pi cari makan...macam burung tu, Allah hantar burung tu singgah di balcony..bagi pencerahan :)
terhibur anak-anak,
selalu tengok burung yang terkurung...
sesekali burung pulak singgah tengok kita terkurung,..hiks.

October 21, 2015

angkara "jerebu"

Shah Alam kehilangan stadiumnya...
bawah pulak gambar yang tiba-tiba wujud dalam gallery hp, mai kot whatsapp la mungkin, betul KAH kuning begini sekali Kuala Lumpur di hari semalam...Allahu akbar! teguran dariNYA;


7 tahun @ tanah tumpahnya darah

hahaha!
genap sudah sebulan yang lepas punya kejadian...can't keep calm lah if tak pilih barang sekeping dua pics hari tu tempek kat 'notaharianmama' ni ;d...happy '21 september' yang ke-7 emir Luqman.

kebetulan 21 sept. tahun ni adalah cuti sekolah...dah balik kampung mama pon time tu, sehari dua sebelum raya haji rasanya...just beli kek tunjuk-tunjuk kat kedai kek tersohor di pekan Jitra ;)
abang long tak minta bebukan dengan si mama, taknak susahkan si mama...ada kek pon dah okay, alhamdulillah...goodboy sangat dah abang long mama ni.
first time, birthday cake abang long ada "candle", mama langgar pantang semata-mata nak bagi abang long merasa feeling tiup lilin walau abang long tak pernah minta..kesian pulak asyik dok bercerita birthday cake kawan-kawan semua ada "candle".
cucuk seketul tu pon senak rimas perut nak bagi anak tiup lilin tu, ikut hati nak jer suruh  abang long kipas dengan tangan jer untuk padamkan api tu..haha.


kek vanilla coklat katanya...dok bayangkan kek marble jer kot, sekali potong..checkerboard cake,
macam surprise sketlah kepada si mama yang sekian lama dok aim resepi dalam kitab resepi mak ada buat kek lagu ni...tapi tak terbuat sampai ke la ni, haha...sedap keknya, macam homemade.


October 20, 2015

jerebu lagi, sekolah ditutup, exam ditangguhkan

yay or nay?
semalam...membawa ke hari ni, 2 hari sekolah ditutup
jerebu kelihatannya semakin teruk dari sebelum-sebelum ni...walau bila check bacaan ipu biasa-biasa sahaja rupanya,..eh! kalau dah samapi tahap "tidak sihat" mana ada biasa-biasanya lagi, dah kuning tu!

peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya bermula semalam di kebanyakkan sekolah terpaksa  ditangguhkan sehingga ke hari sekolah dibuka semula..mungkin esok, mungkin lusa...
sementara kertas-kertas soalan yang sepatutnya dijawab pada hari semalam dan hari ini akan dibawa ke minggu hadapan mengikut hari dan waktu yang sama...
moga-moga jerebu cepat-cepatlah beransur pergi, anak-anak dah tak sabar nak ambik periksa pon, dah tired buat revision, katanya ;) 

October 19, 2015

exam week!

Hey!
To reach the top...
you don't have to be a book worm!
just stay cool and give your Best!

My best wishes are with you!

luv, 
mama :)

October 18, 2015

Hello 'beautiful'


For beautiful eyes, look for the good in others; 
for beautiful lips, speak only words of kindness; 
for poise, walk with the knowledge that you are never alone.

October 17, 2015

selamat berhujung minggu

mood cute di hujung minggu yang mendebarkan sebenarnya...
next week adalah minggu peperiksaan akhir tahun, automatik si mama pon berdebar tak tentu hala
si anak rileks; chill...as always la pon...semua dah tahu semua dah faham ;D
jadi..percubaan demi percubaan untuk memaksa si anak duduk di meja tulisnya dan belek buku adalah tak perlu..buat stress aje :)

Keep calm & enjoy your weekend!

October 16, 2015

Batik Songket Sarawak

corak baru,
...perasan juga ramai yang buat baju raya ber'material'kan batik songket Sarawak tahun ni
masa tu pandang sebelah mata jer,
mungkin design yang tak menarik perhatian..
mungkin juga sebab color kot...

raya haji bulan lepas...
eh, adikku cekDa rupanya diam-diam sudah memesan helaian ke-3 ke-4 ponnn dengan cousin kami yang kebetulan sedang berkursus di Sarawak..
balik cuti raya haji tu hari dia bawa baliklah batik songket sarawak tu..tiba-tiba je, nak jugakkk :D
bersabar lah tunggu anuar balik cuti kawen bulan 11 nanti...design pun harap anuar yang pilihkan!
padahal suami sendiri sebulan entah berapa kali terbang pi mai pi mai ke Sabah Sarawak tu..hihi

laaa..baru terfikir nak google, dannnn?
jumpa ni ;D

service tip top...suka saya berkongsi di sini untuk korang yang teringin nak berbatik songket Sarawak...fb: F&M batik songket Sarawak

saya punya...?
baru tengok diorang punya facebook cover..terus jumpa yang berkenan di mata...
color seakan merah bata 'corak bunga api' katanya
sayangnya...pilihan pertamaku ini dah tak ada stok..huhu, di whatsapps nya saya color kuning diraja kat bawah ni...masih 'corak bunga api'...dan dan berkenan, siap ada model.
sepetang menunggu diorang check stok...hampa, pilihan kedua pula sudah kehabisan color kuning....
ilekkk ;(
berkenannya pattern bunga api..
raya dah lama berlalu..mana la nak cari bunga api pon lahaiii..hihi

akhirnya...semoga adalah rezeki nak berbatik songket sarawak...dengan pilihan ketiga...dapat 3helai terus..haha!
cadang nak buat baju sama..dengan anak, tu ambil biru 2 keping, sekali si Aisyah of course lah nak yang merah...yang cantekkkk di mata dia, kannn?
cancel terus niat asal si mama beli rose maroon tu untuk mak mama, sekali sampai kainnya merah ang ang, kalau bagi mak nanti dia mesti sedekah ke sapa-sapa..hmmm, beli lain lah untuk mak, hiks ;)


October 14, 2015

1 muharam 1437H


dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam
rahmat dan sejahtera  ke atas junjungan kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah!
dikaulah tuhan yang kekal abadi, yang maha Qadim(sedia ada) lagi Maha Memulakan!
demi kelebihanMu yang amat banyak dan kemurahanMu yang melimpahruah;

kini telah datang tahun baru yang muncul di hadapanku
daku memohon pemeliharaanMu di sepanjang tahun baru ini  daripada tipu daya syaitan yang direjam,
para pembantu dan bala tenteranya.
daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan,
dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu;

wahai yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
selawat Allah ke atas junjungan kami Muhammad,
nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan
dengan rahmat Mu wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Perkenankanlah!

October 13, 2015

di penghujung tahun ini...


13 oct. 2015...
lagi beberapa jam sahaja kita akan melangkah ke tahun baru..Tahun Baru Hijrah maksud saya.
entah mengapa..terasa-rasa cepat betul tahun-tahun hijrah berlalu..meninggalkan saya, macam baru sangat lagi baca doa akhir tahun dan awal tahun...
klik balik entry lepas-lepas sepanjang tahun..1436H, alhamdulillah, syukur..banyaknya yang manis-manis rezeki dariNYA,
tak dinafikan ada je terselit satu dua yang tak berapa syok kot..abaikan sajalah bila syukur telah mengatasi sabar yang agak susah sebenarnya untuk kita, kan
cepat-cepatlah untuk berfikir yang kita perlu lebihkan bersyukur tatkala kesabaran semakin teruji,..in shaa Allah, kita kembali tenang setenangnya...

..selepas asar nanti...jom baca doa akhir tahun ini.


October 11, 2015

Syurga di Telapak kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
betapakah besar budi Ibunda berikan
siang malam menderita
hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
doa puja restu
Syurga itu telapak kaki Ibu

telapak kaki itu kelihatan sepertinya ada sesuatu pada bahagian paling berdekatan jari kelingking?
...kejadian sekitar beberapa hari sebelum aidiladha, bulan lepas.
ku fikir ianya hanya kerosakan pada gambar yang blur ini
mak kelihatannya okay sahaja berjalan ke sana ke mari.

seminggu,... dua minggu kemudian, mak demam
melalui gambar dalam whatsapp adik-beradik, kelihatan ada luka kecil pada bahagian tumit kaki mak 
dan semalam mak warded @ Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar... pagi tadi masuk operation room, jalani satu pembedahan kecil.


siapa tak risau,..penyakit kencing manis mak mula menunjukkan taring..walaupon mak begitu teliti dalam menjaga pemakanan, walaupon sudah berbagai jenis ubatan yang disyorkan emak berhabis mencuba...tapi bila sudah sampai tahap kaki terpaksa dikorek....
menitis airmata mengenangkan mak...in shaa Allah, semoga ada harapan baru untuk mak selepas ni.
ada pelbagai lagi mungkin yang mak belum cuba...nanti kita sama-sama cari yang terbaik untuk mak.
semoga mak kembali sembuh seperti sediakala..amin3x.

untuk anak-anak mak...silalah beringat selalu!

October 10, 2015

sedap betul serundingnya


Rabu depan dah tahun baru..
berbaki lagi beberapa hari ni molek juga ku habiskan gambar-gambar aidiladha yang masih berbaki rugi rasanya kalau..gambar-gambar kat kampung tu tak masuk sini..
anak perantauan..balik kampung mesti nak lepas dendam cari semua makanan kesukaan yang kononnya susah nau nak jumpa di perantauan tu..feeling dok london kot..haha..london pon ada serunding la weiii ;D
adaaa..banyak sangat serunding orang dok jual..harga boleh tahan tapi nak cari yang kena dengan tekak payah juga nak jumpa,
dah le pedas kemain..mak cakap yang jual ni tak letak santan or kerisik sebab bahan tu boleh buat serunding tak tahan lama...oo, patut la tak berapa nak kick rasa serunding beli selalunya.


dan dan pasang dapur segera kat belakang rumah...naik dinding baru lagi kat belakang rumah nampaknya, tapi tak siap lagi masih berbatu-bata, real punya tu bukan tampal wallpaper tau..hihi

boleh tahan menjadi..rasa serunding aidiladha kami tahun ni ;D
sebab sambil masak tu rasa betul-betul, compare dengan bila masak serunding untuk aidilfitri..rasa-rasa makanan time berpuasa lainnn feelingnya.
Serunding selalunya buat awal, tak tunggu esok nak raya baru nak buat...memang takkk lah terbuat,
dan bila dah sedappp kejadiannya..lajulah habisnya..hihi
... throwback kenangan masa mak buat ketupat sehari sebelum raya, memang mencicah kaw-kaw sedari kerak pulut mentah kat bontot periuk lagi haaa..ketupat masak cicah lagi, mana nak rasa ketupat cicah gulai pekat ayam mak lagi...balas dendam betul nampaknya raya tu hari, takpe..makanlah sampai gemsss pon, suami izinkan sebab dia pon dah gemsss dok makannn sedappp kat laut sana ;)

ketupat pulut vs ketupat pulut hitam...mana satu jadi pilihan ;)
istimewa untuk kamu-kamu yang sudi singgah baca entry serunding sedap ni..harap janganlah ada yang terliur tengok gambar tak seberapa tu..kalau ada baik bagitau nanti raya boleh jemput datang rumah..risau juga nak buh gambar-gambar makanan kat blog sekarang bila ustaz kata...
 
"setiap gambar yang kita post tu kalau ada yang terliur wajib ke atas kita yang post ni untuk bagi makanan tu kepada hamba Allah yang kita dah buat dia terliur...kalau post gambar makanan kat restoran, wajib bungkus dan bagi kat yang terliur tu"

..haha! lawak-lawak juga..wajib tetap wajib..post lagiii :D

takpe lah, meh lah ku bagitau resepi rahsia serunding sedap dan  mudah jer bahannya pon cuma kena standby extra tong gas lah, berejam tau nak masak serunding ni..hihi
bahan lebihkurang rendang jer pon..

bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan cili kering dikisar dan tumis sampai pecah minyak...lepas tu masuk santan, kerisik, gula merah, gula putih dan garam sebagai perasa.
rasa semua dah best...bolehlah masukkan daging yang telah direbus dan dicarik halus-sehalusnya.
ada juga yang blend, cubalah..mungkin akan jadi macam serunding atas roti kat bakery tu kot..hee
ke nak try guna daging kisar ke..cubalah :)
dah masuk daging dalam tumisan...
bolehlah tarik kerusi dok sebelah kuali...jadilah penunggu kuali serunding tu...
kacau goreng sampailah ke tahap kering yang disukai...tu je?...mudahnya lahaii kan :)

October 7, 2015

cabaran instablog 7hari EFGKBBA | hari ketujuh

Hari demi hari..saya bersemangat menyahut cabaran
sehinggalah..tiba ke satu hari..di hujung-hujung cabaran..stuck tiba-tiba
saya tak mampu untuk menyahut cabaran itu..
saya tertanya-tanya, kenapa?
kenapa saya tidak seperti kamoo...punya gadget tercinta...gadget untuk dicintai..
sepetang memikir...saya tak mahu berhenti di tengah jalan..sementelah kini sudah di penghujung cabaran...walau agak kelakar pulak kejadiannya...di hujung-hujung cabaran kalini..
eh.okaylah tu..pakat-pakat buat kelakar..pakat-pakat gelak, yang penting semua HAPPY.

tapi..dah kenapa macam ada yang buat tak nampak sahaja?..eh!celah bedah mana pulak nampaknya pon..*haha!laju tiru ayat ye ;D.. kata takdok gadget..hadoiii,
ada gadget seketul dua ni pon lahhaii dan dan tu la nak hang pon..salahkan mukabuku?
sekongkol betol..hiks.

"politik di mana-mana..."

Haha..syok meraban boleh letak tepi sat "positif' tu,
apapon kita kasi note sketlah, baru.. "enjoy life as it is TODAY!"
opsss! babai 7oct.tutup buku!

alhamdulillah, semua sudah kembali ke pangkal jalan...harapnya.
yang takda gadjet pon dah ditunjukkan jalan..."everything happens for a reason"


October 6, 2015

cabaran instablog 7hari EFGKBBA | hari keenam


Breakfast wajib saya?
Setiap pagi mesti nak minum susu + vico..sedappp!
kalau susu tepung tu "full cream" lagi mengancam rasanya..lemak berkrim gitu ;)
Tapi yang family pon okay, ringan sketlah rasanya...lagi senang, buat seteko semua boleh minum.
Sebok kalut macamana pon pagi sebelum keluar rumah mesti nak minum ni dulu,..baru rasa bertenaga :)
Ada masa lagi bolehlah jamah sekeping dua roti buat alas perut sebelum keluar rumah.
nak sapu jem ke peanut butter ke coklat ke..pastu kadang anak nak roti bakar sapu mentega+kaya..ke  grill dalam kuali je selalunya.
Sesekali roti goreng celup telur tu ke grill sosej..kadang makan sos-sos begini  di  waktu pagi boleh buat perut anak meragam pulak.



tu lah antara yang wajib dan pastinya dapat buka selera pon pagi-pagi pukul 7.00 tu.
Hujung minggu ke cuti sekolah barulah wajib breakfast beria..goreng-goreng mee, bihun, nasi lemak semua tu..oklah sebab pukul 8lebih baru semua ready untuk breakfast :)


October 5, 2015

cabaran instablog 7hari EFGKBBA | hari kelima


Drama tv, movie feveret?
Haaaha...ini memang mencabar...sebab takdok satu pon dah drama tv yang menjadi feveret sekarang..guane nih?
bukan pe..kalau ye pon ada la tertengok dan menarik perhatian..bukannya nak tengok betul-betul pon, lagi-lagi yang bersiri-siri tu, tau-tau eh, dah masuk cerita lain dah pon

selagi anak-anak masih kecik-kecik ni...si omaknye pon nak tak nak kena jadi kanak-kanak rebina jugaklah..layan cartoon, animasi je laa..siang malam :D
Oklah..memandangkan sekarang aqil(paling kecik)....dah pandai menonton upin ipin,...tapi nak tonton tu sambil landing duduk kat riba si mamanya..automatik drama tv yang hari-hari mesti tonton dan menjadi feveret  aqil & si mama pon join tengok sekali is "upin ipin" :D :D :D

cucur sotong yang sangat sedap

2 gambar di atas hasil google, mohon share di sini, tq.
petang hari raya aidiladha lepas ada rezeki ke Kuala Perlis dengan adik dan isterinya.
tapi keluar rumah pon memang dah petang sangat, hampir maghrib baru sampai...rupanya ramai jer yang mengambil angin ke tengok sunset sambil selfie/wifie dengan berbaju raya..di sepanjang tepian tembok pantai.
mama yang agak konservatif ni memang takkan jalan-jalan tepi pantailah petang-petang senja begitu, lagi-lagi bila bawa anak-anak kecil ni.
tempat paling selamat adalah nun ke masjid al-Hussein yang terapung di hujung sana, terus masuk parking di dalam kawasan masjid, marahlah abang masjid kitaorang kalau jalan tapi tak singgah masjid,...lagipun parking kat luar penuh selalunya di musim cuti sekolah begini ramai yang bercuti ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri akan meninggalkan kereta mereka di situ.

dari masjid terapung boleh berjalan kaki menuju ke medan selera berbumbung merah tu.
tapi sebelum sampai tempat makan akan melalui sebuah playground yang semestinya menarik perhatian aisyah yang lincah tu...nasib baiklah malam tu, lampu macam malap-malap, tak meriah sangat kat kawasan playground tu jadi aisyah pun macam oklah tak main situ pon..lega hati si mama...jom mama belanja makan sate :)

sotong goreng tepung semestinya tak dilupakan setiapkali singgah makan di Kuala Perlis.
buat pertama kalinya...si abanglong mencuba sotong goreng tepung yang masih panas berasap, sebelum-sebelum ni dengar nama sotong jer pon dah geleng...sekali dah cuba..terus keluar ayat
"cucur sotong yang sangat sedap!"...terus berketul-ketul cucur sotong diratah abanglong.
ok, boleh geng dengan mama...abanglong dan kakngah dah suka makan sotong goreng tepung...setahun dua lagi kita tunggu tengok penerimaan adik aqil pulak, suka tak makan cucur sotong :D
sept.2015, aidiladha tanpa si ayah

October 4, 2015

cabaran instablog 7hari EFGKBBA | hari keempat


cabaran masuk hari keempat..."apa anda selalu cari dalam freezer?"
Firstly, haruslah tangkap gambar freezer tu haa..hehe
first time tangkap gambar barang-barang kat dalam freezer, terpaksalah guna flash..gelap bilik sejukbeku tu..hehe, kalau fridge..cun lah gambar kot sebab ada lampunya.
bolehlah, asalkan nampaklah juga apa benda yang ada dalam tu kan?...semestinya keperluan yang asal anak cakap lapar,..ok 5minit dah siap tersaji makanan atas meja..hihi..dan semestinya anak bersinar biji mata bila dihidangkan makanan frozen sebegini ;D..nugget, fries, sosej semua tuuu..huhu
kebiasaannya...
Barang basah untuk masak-masaklah macam ayam,ikan,sotong ke udang semua tulah yang selalu dicari kat dalam freezer kot..setiap hari ;)..lagi-lagi sejakmenjak jerebu ni malas sangat nak keluar tapau lauk apalagi bawa anak-anak makan kat luar...ada hikmahnya juga kan ;D

jerebu | sekolah tutup 2hari


Lega dengan berita yang baru dapat dari group whatsapp ibubapa&guru sekolah anak..kesian kat anak nak suruh ke sekolah bila kita sendiri pun dah tak sanggup nak redah asap jerebu tu...jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan, seperti kat shah alam ni yang hampir mencecah 300 bacaan ipu nya...
semua sekolah di seluruh Malaysia kecuali "Kelantan, Sarawak, Sabah juga wilayah Persekutuan Labuan" telah diarahkan tutup pada esok dan lusa iaitu pada 5 dan 6 oktober 2015. 
termasuk bagi negeri-negeri yang telah bersekolah pada hari ini 'Ahad' juga tidak perlu hadir ke sekolah. :)

serambi tokwan

ini mesti bukan pokok kembang pukul10, tak kembang-kembang pon bunganya :)
semakin ok ke sebaliknya rasanya ni...petang tadi kabur sangat penglihatan, berasap suasana sampaikan bukit hijau belakang rumah pun sekejap berbalam sekejap hilang terus pulak dari pandangan rasanya...huhu, berdenyut kepala terus.... jangankan mood nak keluar, nak buka sliding pon malas.
masak dan makan makanan kesukaan dengan anak-anak,..malas sangat nak keluar bila si kecik dah mula soksek soksek hidung tersumbatlah tu.

klik-klik folder...banyak juga gambar dalam hp tengah Q nak masuk blog...
buat masa ni gambar kat serambi tokwan lah yang fresh lagi segar bugar udaranya juga panoramanya paling win untuk ditatap...jangan dilayan stress menatap asap jerebu kat luar rumah tu sudahlah..ye.


selain orkid, pokok kembang pukul10 antara kesukaan tokwanlah sejak zaman berzaman...
cuma sejak menjak ni pulak pokok kembang pukul10 tu semakin diminati ramai...dan namanya pon dah bertukar kepada nama yang lebih glamer..."rose Jepun"
oh, terkini ada pulak sejenis dua spesis pokok tanaman hiasan yang menjadi kegilaan tokwan bersama teman-teman sekampung, kira tengah in trend lah di kalangan tokwan dan jiran-jiran, setiap rumah pon ada rasanya...tak sempat melawat semua, raya haji lepas sempat singgah 3-4 buah rumah sahaja rasanya, dan semestinya setiap rumah tu ada pokok tuuu :)
sayangnya, tak ingat langsung nak tanya nama pokok ni, belum sampai seru nak minat pokok lagi nih..hihi..jom tengok gambar dululah...mana tahu kot ada yang tahu namanya :)
 

cantik pulak nengoknye ;)..kenal ke idok?

October 3, 2015

cabaran instablog 7hari EFGKBBA | hari ketiga


tajuk cabaran hari ketiga...."perkara wajib buat setiap hari?"
..hmmm, buat masa ni ada satu benda yang sebok ke malas macamana pon, tak sihat macamana pon...
sebagai seorang mama yang bertanggungjawab...wajib buat is."mandikan sicomel"..hehe
jangan cuba-cuba nak skip ye mama, satgi aqil merangkak masuk bilik air sendiri kalau si mamanya lambat-lambatkan nak mandikan aqil ;)
yang lagi 2 orang tu..bolehlah kalau nak suruh mandi sendiri sebab dah pandai guna shower tapi kena tengok jugaklah karang tak bersabun tak bergosok gigi pulak.
hmmm...agak-agak kenapa dalam banyak-banyak lagi perkara wajib, bab 'mandikan sicomel' yang terpilih untuk masuk ke cabaran hari ketiga ni???

cabaran instablog 7hari EFGKBBA,
inilah sicomel yang menjadi watak utama dalam ini cerita...
mama dia girl baju button munge-munge kaler pink kat gambar atas tu.
so..setiap kali selepas mama mandikan aqil, tiba pulak giliran 'mama girl' kita tu untuk mandikan si comel dia...bila mama girl dah kecut berendam bersama si comel dia tu..kira dah siap mandilah, tinggallah si comel terapung dalam besen mandi aqil tu..huhu.
hari-hari pulak tu...bertabahlah si mama tok ni mengeringkan setiap sekor anak-anak bulus mama girl ;D...kalau dah hari-hari, boleh naik geram jugak..hihi

moral of the stories...parents muda-mudi hari ni, jangan nak ambik kesempatan sangat pada kebaikan makayah kita yang sudi nak jagakan anak-anak kita...dah lah tiap hari kita kerja diorang jagakan anak-anak kita, hujung minggu pon nak hantar ke mak ayah jugak ke..alasannya, kita keluar cari duit tambahan, tu tak termasuk lagi bab tinggalkan anak kat mak ayah sebab nak keluar berlibur bershopping...tersentuh sangat hati ni bila berkesempatan berbual dan dengar sendiri luahan hati seorang makcik tempohari :(

#cabaraninstablog7hariefgkbba
#efgkbba
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari