September 30, 2015

garam belacan adik ipaq

satu petang yang tak petang sangatlah...lepas zohor camtu
biasalah kat kampung mana boleh dok dendiam dalam rumah lagi-lagi time tetengahari panas lit-lit ni...Kait rambutan, kupas semua masuk mangkuk..buh ais kiub 3-4 ketoi
Habis kat luqman dan aisyah jer sebekas tu

makan tengahari pun lebih indah bila keluar bentang tikar berhidang segala lauk pauk makan bersila di anjung laman
Satu  jer la yang berat sket bab nak ulang alik angkut segala periuk nasi, pinggan mangkuk
bawa keluar..satgi lepas makan alahaiii, berat bontot nak ngangkut semua tu ke dapur semula..hihi

Eh, sekarang kami ada adik ipaq...tapi kesian pulak orang tu dah sarat haaa,
anytime ja bakal timang anak sedara baru untuk tahun ni
tapi kak ipaq sorang ni nak jugak manja-manja dengan adik ipaq dia...
bagi kerja senang ja,..buat garam belacan...gulp! telan ayaq lioq pulak dah aihh..
bila dok teringat garam belacan adik ipaq
Sapa asal belah utara tau la kot garam belacan,...meh nak share resepi mudah

Garam+belacan sedap+gula putih+gula merah+cabai melaka=dikisar kering
alihkan ke mangkuk dan curahlah kicap mengikut kepekatan yang disukai
tabur pulak kacang goreng yang ditumbuk kasar
, perghhh..gulp 3x dah haa ;D

mangga muda

lawankan dengan sebiji mempelam yang tersesat ni...pokok pelam sarat berbunga, tiba-tiba terjulur sebijik rezeki untuk chek la tu, jambu batu kat pokok sebelah pon dapat dalam 4biji
Perghh..melayan ngidam mengandung lemak jer pon sebenarnya..kehkeh

Actually, petang tu abangLong potong kek..dia turns 7, mabuk mual makan kek bolehlah kita mencicah pelam muda dengan garam belacan :)

5 comments:

  1. alaaa..mana gambo garam belacan nyer...alahai...baca jer dah terliur ni

    ReplyDelete
  2. ha'ahhh.. nak tengok gambar Garam Belacan tu.. biar screen komputer ni leleh air liur.. hahahahaaa... :p

    kak sue memang panggil cabai melaka ehh..? nape melaka..? :)

    ReplyDelete
  3. Haa tu dia menitik ayaq liuq baca resipi hehe. Terima kasih share resipi garam belacan ni. Satgi cek nak buat cicah pelam epal. Hehe

    ReplyDelete
  4. Haa tu dia menitik ayaq liuq baca resipi hehe. Terima kasih share resipi garam belacan ni. Satgi cek nak buat cicah pelam epal. Hehe

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)