September 30, 2015

garam belacan adik ipaq

satu petang yang tak petang sangatlah...lepas zohor camtu
biasalah kat kampung mana boleh dok dendiam dalam rumah lagi-lagi time tetengahari panas lit-lit ni...Kait rambutan, kupas semua masuk mangkuk..buh ais kiub 3-4 ketoi
Habis kat luqman dan aisyah jer sebekas tu

makan tengahari pun lebih indah bila keluar bentang tikar berhidang segala lauk pauk makan bersila di anjung laman
Satu  jer la yang berat sket bab nak ulang alik angkut segala periuk nasi, pinggan mangkuk
bawa keluar..satgi lepas makan alahaiii, berat bontot nak ngangkut semua tu ke dapur semula..hihi

Eh, sekarang kami ada adik ipaq...tapi kesian pulak orang tu dah sarat haaa,
anytime ja bakal timang anak sedara baru untuk tahun ni
tapi kak ipaq sorang ni nak jugak manja-manja dengan adik ipaq dia...
bagi kerja senang ja,..buat garam belacan...gulp! telan ayaq lioq pulak dah aihh..
bila dok teringat garam belacan adik ipaq
Sapa asal belah utara tau la kot garam belacan,...meh nak share resepi mudah

Garam+belacan sedap+gula putih+gula merah+cabai melaka=dikisar kering
alihkan ke mangkuk dan curahlah kicap mengikut kepekatan yang disukai
tabur pulak kacang goreng yang ditumbuk kasar
, perghhh..gulp 3x dah haa ;D

mangga muda

lawankan dengan sebiji mempelam yang tersesat ni...pokok pelam sarat berbunga, tiba-tiba terjulur sebijik rezeki untuk chek la tu, jambu batu kat pokok sebelah pon dapat dalam 4biji
Perghh..melayan ngidam mengandung lemak jer pon sebenarnya..kehkeh

Actually, petang tu abangLong potong kek..dia turns 7, mabuk mual makan kek bolehlah kita mencicah pelam muda dengan garam belacan :)

berjiwa "art" lah jugak

usah sesekali merasa diri sudah cukup baik kerana yang baik hanya DIA


tak mampu tipu diri...bangunan ke barang-barang lama buruk macam dinding berlumut ala-ala street art memang di hati ;)
sayang sket belum mampu nak buat wall art murals ala Ernest Zacharevic macam street art kat bandar Ipoh sana, mencuri perhatian, sangattt!
tak perlu bersesak nun di Penang, kat Ipoh pun dah ada kalau teringin nak bergambar di street art yang betul-betul  street art.
eh, street art tempat lain pon best jugak, ada seninya tersendiri..tak berlumut buruk pun bolehhh, janji rustic :)
google


only the best stylish maternity attire...

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


September 28, 2015

Terlentang bahagia?


Hari ke sepuloh cuti sekolah!
hamboiii...sakan betoi mak budak sekolah sorang ni bercuti...kehkehkeh
eh, ye ke cuti sepuloh hari...cuba tengok mai last update entry berapa haribulan?

apalagi...moh le kita warm-up sket petang-petang ni..panggil balik mood membelog yang entah ke mana menyorok pi dah taktau...meh balik mehhh ;D

nak cerita mana satu pon tatau dah ni...
cerita pasal hari ni dulu lah kot
cerita yang semua orang dah sedia maklum dah pon...pasal sekolah yang di tutup hari ini berikutan indeks ipu yang telah mengjangkau ke tahap oren "sangat tak sihat" pada hari semalam
lega sket bila bacaan semakin menurun, dah kuning hari ni...moga-moga esok hijaulah pulak
baru ada hati nak bawa yang kecik-kecik ni keluar berjalan.

Gambar atas tu, dimulakan dengan gambar yang sepuloh hari lepaslah....
terlentang bahagia selepas settle bab packing beg nak balik kampung...yuhuuu!

September 16, 2015

kembali bermaya


Salam Hari Malaysia
alam kembali ceria bermandi cahaya...kembali bermaya disinari sang suria
walau ada sedikit mendung..tapi itu macam tanda hujan akan turun...hujan rahmat atau hujan dek pembenihan awan, mana-mana pun alhamdulillah...syukur, bahagianya hati melihat hujan turun :)

para ibu suri rumahtangga sibuk mengampai kain baju di halaman, biar kena cahaya matahari katanya...almaklum sudah berhari-hari kainbaju kepam di angin di dalam rumah sahaja.
oh..ni dah ada tanda-tanda kelam nak hujan pula, kasihan ibu, ke sana ke mari mengusung kainbaju... 

anak-anak bergembira sudah setengah hari berkubang di swimming pool depan rumah
sekali pakej picnic makan tengahari kat anjung kolam
berjemur lagi depa tetengahari ni,...anak-anakku sudah ku kurung senyap dalam rumah..hihi
bergumpal berguling biar dalam rumah sahaja, lepas makan ku suruh tido
petang-petang sket kot baru nak ku lepas tengok dunia luar..itupon tengoklah if cuaca mengizinkan ;)

sekilas catatan di tengahari Malaysia 52tahun.
Selamat Hari Malaysia.




September 15, 2015

SEGMEN IRRAYYAN | HARI MALAYSIA 2015

http://www.irrayyan.com/2015/09/segmen-irrayyan-hari-malaysia-2015.html?m=1 

Syarat-syarat segmen mommy irrayyan bagi mudah jer. Kena ikut semua tau. 
1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.
2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.
3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini.
4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa. 
5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. 
Tu jer. Mudah sangat kan. 
Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, mommy dah tak kira.
OK, jom join :)

Selamat Hari malaysia
Selamat menyambut Hari Malaysia
nak letak gambar dengan anak perempuan jugak dia ye..hehe
bergambar di bawah salah satu mercu tanda kebanggaan negara kita...'Menara Kuala Lumpur' 
siapa belum naik lagi menara KL...jom pergi sekarang.
terutamanya kepada yang sukakan cabaran, jom rasai sendiri pengalaman "Dinner in the Sky Malaysia"...menjamu selera terawang-awangan di udara pada ketinggian 50meter...wahhhh!

Malaysia BOLEH!!!

...jom nyanyi lagu Kebangsaan Malaysia?

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita selamat bertakhta

 


nun ke Putrajaya...mencari bendera


suram pulak kelihatannya Putrajaya pada kunjungan kali ini...mana bendera, mana bendera?
tak semeriah tahun-tahun lepas...
padahal negara masih dalam mood merdeka rasanya
mood Hari Malaysia pula dah tinggal tak berapa hari saja lagi ni
pusing-pusing...ok la, kat jambatan ada la deretan bendera yang gantung kat tiang-tiang lampu, sekali dah park kereta nak turun bergambar dengan bendera Malaysia tak semena-mena lalu sebijik motor guard ke polis trafik tiup wisel prittt..prit prittt kat kami?..haa!..waaa, kena halauuu..
rupanya...elok jer kami berhenti situ, ada pulak sebijik dua kereta yang ikut berhenti kat belakang kereta kami,...hadoiii, tu baru kat jambatan,
rasa-rasalah...kalau pi panjat nak bergambar kat bendera banyak-banyak laluan ke office PM sana tu..apa jadi kat kami agaknya???....weekend kottt?

Zasss ke ioi mall tak dapat pun bergambar dengan bendera di Putrajaya...huhu
sebbaek ada Magnum memujuk hati di situ,
balik Shah Alam, jerebu kemain...kelabu asap umpama mimpi dalam mimpi gambar jadinya ;D

kenapa sibuk nak bergambar dengan bendera sangat tuuuu?
in shaa Allah, ada entry nya nanti :)

15 september 2015 tak sekolah


terubat sekejap kebimbangan di hati para ibu bapa  berikutan ipu tidak sihat ni
selepas mendengar pengumuman semua sekolah di lima buah negeri iaitu Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup pada 15 september 2015.


September 14, 2015

makan apa hari ni?

sudahhh!...sedari tengahari muatnaik gambar-gambar ni...sampai ke malam tak berjaya publish lagi
takkan nak publish gambar semata, ye dak?
marilah tengok...gambar bebola daging yang sentiasa buatku terliur bila tengok gambar tu...
bebola daging bersalut sos lada hitam, kemudian disiram pula dengan krim...urmmm
bayangkan..bayangkanlahhh ;) 
silalah klik gambar untuk menengok resepinya...senang jer nak buat bebola daging sendiri.

dan...taraaaaa!
bebola daging disiram sos lada hitam versi hari yang tak berapa nak rajin...

kenapa takmo rajin?
sebab ada bebola daging Ramly, lepas tu adik ipar ada bagi gravy asli dari sarawak ...tu,
apalagi mampu dikata..goreng-goreng siram kuah, dah siapppp ;D
sos lada hitam,

September 13, 2015

jerebu sudah sampai Puncak Perdana


september2015
gambar pada 11september 2015
sekitar jam 6petang,
rasa sesak nafas pulak pandang ni lama-lama, alahai..susah sebenarnya nak kurung anak-anak bila tibanya hujung minggu, kasihan pun ye ;)

malamnya check ipu di tahap sederhana,
bangun pagi sabtu bersiap dan zass ke Putrajaya...terang pagi tu, mungkin sebab ada hujan sekejap malamnya.

seharian di Putrajaya...actually kat IOI mall yang  lama, sedar tak sedar dah petang rupanya ;)
keluar balik..Putrajaya pon dah berbalam-balam >100 dah la tu.

Pagi Ahad..makin kelabu asap, tak nampak dah kehijauan bukit di belakang rumah.
Lain macam benar jerebu nya, suramnya ahad, bercampur dengan kelam nak hujan mungkin,
selepas hujan macam cerah sket,
jerebu dah bersatu dengan kabus...sejuk hijau damai sekejap pemandangan
Menyempatkan diri ke spaceU8, bawa anak pilih mainan kat MR.DIY
jerebu makin teruk kita dok rumah main mainan baru :)



September 11, 2015

Aisyah dan resepi pizza sedapppnya


idea sarapan pagi hebat kesukaan anak-anak
sebab sukaaa sangat now dah pandai buat sendiri pizza kesukaan
Jom bubuh masuk notaharianmama :D
Cerita bergambar untuk hari ni.

Roti gardenia di susun penuh sedulang
Lepas tu sapu sos original prego lebihan buat kuah spaghetti tu
suka mayonis, boleh letak juga
Potong sosej yang sudah digrill ikut kesukaan dan tabur/susun atas roti
Kemudian taburkan sedikit oregano, black pepper dan parutan ceddar cheese ke mozarella ke
bakar dalam oven antara 10-12minit dengan suhu 160 darjah celsius.


dah siappp, bolehlah makan...cheese sket nau sebab banyak masuk mulut pantang si mama pusing belakang, sorang lagi peminat cheese yang hari-hari makan cheese tapiii tak juga gemokgemok...
orang lain sebok nak kurus..aisyah si kakngah dengan mama jer yang sebok nak gemok
bagi tips sket :)

ke MR.DIY | gst kami bayar

Plaza Alam Sentral, Shah Alam
gst kami bayar

Pertama kali berkunjung ke branch yang ini
cuba nasib, untung-untung "baby crystal" yang dihajati ada di situ.
apa itu "baby crystal?
nak buat apa dengan si baby crystal kontroversi tu?
tunggu next entry, boleh? :D
sebab..."baby crystal" yang dicari-cari tu tak ada kat MR.DIY Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Ada ke yang tak suka pergi MR.DIY?
MR.DIY di Plaza Alam Sentral  terletak Tingkat 2, lot no 2-01.
Besar jugalah dari segi keluasannya tu
jumpa macam-macam jugalah yang menggoda kat situ...nasib baik jugalah pergi berombongan,
dengan berpimpin berkendong bagai tu
tak ada rasanya benda mengarut berjaya ikut balik rumah :)

Show off contoh salah satu barang yang berjaya bawa balik dari MR.DIY Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pilihan si abang long :)..."fun flaps to lift"
buku keras
*google (contoh jer yang ni)
#tambahkoleksiminilibraryanak


September 9, 2015

Ba-haa-gi-aaaaa

kebahagiaan
*google
Bagaimana untuk bahagia?

Untuk bahagia perlukan ketenangan.
Tenanglah.

Bagaimana untuk tenang?
-Minum air biasa selalu
-amalkan makan anggur yang manis tanpa biji
-pakai pewangi selalu
-amalkan menarik nafas dalam-dalam selalu
-Kerap minum susu

Amalan ini boleh memberi arus yang betul untuk bertenang....dan...terbitlah keanggunan!

Jangan kata sebab duit saya tak boleh bertenang, tak boleh bahagia.
Usah pertaruhkan perasaan sebagai modal untuk berasa tenang dan bahagia.
Orang lain pun penuh dengan masalah yang berbagai.
Jangan kata masalah sebagai punca ketenangan dan kebahagiaan susah diperolehi, kerana orang lain pun sama.
Yang menjadi soalnya, kenapa orang lain boleh hidup selamba, langsung tak nampak masalah pada wajah mereka sedangkan hakikatnya, masalah tak pernah bercuti dari hinggap dalam hidup mereka.

Hiduplah dengan mudah
Lihatlah hidup secara lebih mudah
Anggap saja semua masalah yang datang dalam hidup kita sebagai baja untuk menyuburkan lagi rasa bahagia itu.
Anggap saja kehidupan kita ini adalah masalah dan menyelesaikan masalah adalah aktiviti yang mesti dilakukan untuk hidup.

*tips bahagia...Dr. H.M.Tuah

Jadilah wanita sebenar


Bagaimana?
mula-mula pastikan kita bukan wanita yang sentiasa bergelut dengan perasaan.
bukan wanita yang tak habis-habis dengan masalah cinta, masalah keruntuhan rumahtangga, masalah skandal sana skandal sini.

Teras wanita yang sebenar ialah anggun dan unggul.
wanita nadi kehidupan,nadi adalah teras...
nadi yang baik denyutannya, hiduplah satu-satu tubuh itu.
untuk menjadi nadi perlu bahagia, perlu anggun
bahagia means segalanya okay!
takmo ada resah gelisah, kelam kabut, tak habis-habis dengan cerita bergenang airmata, terperangkap dengan cinta sewel dan macam-macamlah masalah saja pasal di kalangan kita wanita.
Seorang wanita perlu bahagia untuk membahagiakan orang lain.


Berbahagianya seorang wanita itu bermakna bahagialah semua orang yang berharap untuk menikmati kebahagiaan dengannya.

*tips Dr. H.M Tuah, nantikan sambungan..."bagaimana untuk bahagia"

abang piza datang rumah

yeayyy!
nak tahu kenapa lagi best bila abang piza yang datang rumah berbanding dengan bila kak piza yang datang rumah???

new cheese burst crusts

sebabnya......
abang piza tak datang dengan tangan kosong,...kak piza pun pernah datang tapi bagi voucher jer,
nak pizza kenalah keluar, pergi ambil dekat mana-mana domino's yang berdekatan, heee

dah cuba pizza terbaru domino's yang meleleh-leleh cheesenya itu, lagi-lagi sedap ala-ala sedapnya cheese cake leleh?.....ok, takmo cerita lebih-lebih, tak pepasal ada yang lain pulak meleleh nanti.

cheese burst crust kini ada BBQ cheese burst & chilli cheese burst.
absolutely the best, "chef's recommendation"
dengan harga yang masih dalam kewarasan, set dalam gambar kanan itu pasti menggoda perasaan ;)

September 8, 2015

"aku sudah bosan denganmu"

8 haribulan,
entry mampir ke tengah malam...tajuk bior jiwang ;)

*fanpop
Perasaan yang bagaimanakah nak digambarkan bila si dia yang disayangi sanggup melafazkan kata-kata....."aku sudah bosan denganmu".
"sudah tiada cinta untukmu lagi, cukup sampai sini sahaja hubungan ini".

Kalau untuk perempuan, tentunya sangat menghiris perasaan tapi bagi lelaki pun, mungkin mencabar kelelakian jugak lah kot.
Terima sajalah, rasa cinta tidak boleh dipaksa kerana ia datang dari hati. Tak perlu bertindak berbuat sesuatu di luar kewarasan, sebaliknya jom cari punca kenapa si dia sudah tidak menyukai kita lagi.

•bosan dengan ikatan cinta KAH
•bertemu insan lain KAH
•diri rasa diabaikan KAH
•kepercayaan sudah tiada lagi...mungkin.

Sesungguhnya cinta memerlukan pengertian. Keduanya saling memerlukan baik lelaki atau perempuan. Namun, apabila kerap dikhianati, tidak dipedulikan, selalu dikecewakan, sudah tentu rasa cinta itu akan pudar. Jadi, sebelum terus dikecewakan, berhati-hatilah kerana bila rasa cinta itu kian hilang, saat itu..barulah kita tersedar bahawa sebenarnya dialah insan terbaik buat kita.

5 perkara yang selalu kita ambil mudah

*google

1-ada penyakit kulit?
kulit seakan kemerah-merahan dan ada juga yang menghadapi masalah kulit bersisik?
Itu antara faktor/ tanda penyumbang kita diserang penyakit kardiovaskular, sama seperti risiko bila seseorang itu merokok.

2-kurang tidur?
menjadikan sebagai kebiasaan untuk  tidur hanya lima jam atau kurang daripada itu sebenarnya mendedahkan risiko dua kali ganda terhadap serangan jantung walaupun kita berada dalam golongan yang sihat walafiat.
 
3-berpenyakit gusi?
penghidap penyakit kronik periodontal dan
ada jangkitan bakteria pada gusi?

4-mengalami komplikasi semasa mengandung?
mengalami komplikasi pre eklampsia (tekanan darahtinggi) dan protein dalam urine.

5-tekanan di tempat kerja?
dan tak dapat nak mengawalnya, kerap stress?

Kenalpasti 5 perkara penyumbang kepada risiko terkena serangan jantung.
Bukan itu sahaja, ia turut memberi risiko 70% seseorang itu untuk ada diabetes juga.
Diabetes, serangan jantung..penyakit tiga serangkai yang tak mustahil boleh membawa kepada strok!