August 31, 2015

senja di Labuan

dari jendela kamar "aifa Hotel"
entry ke 31, entry penutup untuk bulan ini...
jom ke pantai tengok sunset merdeka!...sunset yang indah di petang kemerdekaan ke-58





sambil berjalan-jalan meninjau shopping mall "Ujana Kewangan" yang terletak di bandar Labuan,
ingatkan bank..sebab ada tulis "kewangan", hehe..
menurut sumber...pejabat-pejabat kerajaan juga terletak di dua tingkat teratas dalam bangunan itu
...kalau berminat untuk memborong coklat,.."duty free" nya jugak di situ ;)
aman sangat kelihatannya,...nanti balik Kuala Lumpur terus 'culture shock' ;D 


Selamat menyambut hari Kemerdekaan 2015

 

 #Sehati Sejiwa

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

August 29, 2015

sarapan pagi di gerai pilihan jjcm tv3


satu lagi port untuk makan sedap yang dekat-dekat dengan rumah
terletak di Jalan Paip, jalan belakang, jalan pintas untuk ke Klang kalau dari Jalan Puncak Alam yang sangat kontroversi ini...heeeeeee

gerai bersebelahan masjid ni di kenali sebagai JJ Manis,..pernah masuk jjcm tv3 
actually banyak lagi gerai-gerai yang nampak menarik nampak sentiasa ramai pengunjungnya untuk disinggah di sepanjang jalan paip, tapi sebab JJ Manis ni terpampang banner gerai pilihan jjcm tv3 kat tiang lampu depan masjid tu...lepas tu boleh juga kalau terus masuk park di laman masjid, lebih selamatlah untuk yang bawak ramai kanak-kanak :)

dulu gerai ni cuma sebuah gerai kecil beratap zink di tepi jalan, tapak asalnya di lokasi terpacak khemah biru dalam gambar atas tu, tapi sudah berpindah ke dalam kawasan bersebelahan masjid berikutan pembesaran jalan pada tahun lepas...kini gerai JJ Manis bukan sahaja port terbaik untuk sarapan pagi dan makan tengahari tetapi juga dibuka pada sebelah petang sehingga ke malam.

marilah kita singgah tengok apa yang menarik yang meletops di gerai JJ Manis itu.
pelbagai pilihan kuih muih, nasi lemak dan lontong antara pilihan sarapan pagi yang mesti cuba
selain roti canai dan roti telur yang sangat lembut dengan kuah istimewanya lain dari yang lain.
JJ Manis rupanya sangat popular dengan hidangan "mee jawa JJ manis meletops" dan juga sup tulang terbaiknya, mee atau bihun sup tulang mana satu menjadi pilihan sarapan pagi ini?
tengok pon dah tahu terbaeeek..;D




gambar-gambar makanan kredit ke "Foursquare"

lagi-lagi terbaik...harga makanannya adalah harga kampung, langsung tiada tempias GST di sini :)
nak pindah dok Meru lah camni ;D ;D ;D

August 28, 2015

catatan ringkas aqilFirdaus di usia 10bulan

August 28,
10 bulan umur aqil hari ni,
cepat sangatkah masa berlalu?...biasa-biasa saja kot rasanya
alhamdulillah, terima kasih atas nikmatMU.
Setiap hari melihat anak membesar di depan mata, pencapaian bulan ni...tengok, dah pandai menconteng adik aqilFirdaus kita.
Wow sangat masa first time tengok aqil conteng which is hari semalam...setakat ni aqil  belum lagilah didedahkan dengan pensel warna ke krayon semua tu..ngeri si mamanya...semua pon tau nak sumbat masuk mulut, mama pantang tuuu.
tak sangka betul dengan hanya setakat kerling jeling menjengok si mama main lukis dan teka dengan kakngah dia...semalam, tiba-tiba aqil terus pandai pegang pen pink tu dan conteng kat boardnya..advance jugak yang ni, in shaa Allah.
 
Semoga si mama diberi kesihatan dan ketabahan membesarkan seorang lagi anak bijak, aminn.

August 27, 2015

jiwa "Patriotisme" #iniMalaysiakita

Selamat menyambut hari merdeka,
lagi beberapa hari jer tinggal ni.
Persiapan dah buat ke belum...
Semangat! semangat!...jom hayati lagu tema hari kemerdekaan yang ke 58;
dengan tema #sehatisejiwa tahun ni, 
mula tadi ingat nak upload video tu, tapi gambar senior kat sekolah abang long yang cikgu titipkan ini cukup beri semangat untuk dikongsikan pada hari ni...
 

tahun ini pon kat sekolah abanglong ada buat lagi pertandingan peragaan pakaian kebangsaan macam gambar tu.
Parents kena kreatif design baju dan jahit guna material..bendera yang besar-besar tu
sorry ye abang long, mama tak dapat nak buat...kita tengok tahun-tahun depan, ok?
 
weekend lepas dah bawa pi beli bendera, pastu abang long ada beli tengkolok tu..jom tolong abang long siapkan tengkolok patriotisme dia tu.
 
patriotisme

ambangmerdeka
 
antara persiapan di ambang merdeka abanglong,
bulan dah senget tu, acaner tu...oppsss, jiwa bangsa, jiwa bangsa!
 

Mamaaa..."jiwa bangsa"

berbaju PJ
Yeahhhh!
anak sulung berjaya detect...mama dia antara perosak bahasa?...huhu
hasil dia selalu ngendeng-ngendeng...intai apa yang si mama selalu buat kat what'sapp
sebijik-sebijik ayat si mama dibaca, mana-mana words yang dia rasa pelik tuu..dan dan keluar ayat
"mamaaa, jiwa bangsa, jiwa bangsa!"
lagi-lagi kalau group cikgu-cikgi sekolah dia dengan parents,  tak senang duduk si abang long nak tahu apa isi kandungan perbincangan ibu bapa dan cikgu-cikgi...
besar dahhh abang long sorang ni...

bersama ini, adalah sedikit buah tangan untuk parents yang ada anak nak exam...
upsr... pt3.. @ spm 

untuk subjek "Bahasa Jiwa Bangsa"

Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi

1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

Semoga bermanfaat untuk rakan-rakan insyaAllah..





August 26, 2015

'stylo' bila bertali leher

bertali leher

Bosan dengan cara ikatan tali leher yang biasa-biasa tu?
jom kita berkongsi beberapa lagi cara ikatan tali leher yang biasa kita nampak sebenarnya,
tapi tak pernah tahu bagaimana nak mengikatnya...




apalagi, cubalah :)

August 25, 2015

terliur tengok murtabak ni jom la klik salin resepi ;)

ketuk-ketuk ramadhan
ahhaa,...tahun ni tak berkesempatan tengok "Ketuk-ketuk Ramadhan"
memang baru tahu ada orang buat murtabak lapis daging dengan biskut 4 segi ni,
biasa dok buat biskut 4 segi lapis dengan cheese, yang glamour dengan nama "cheesekut" tu
kalau lapis dengan lauk macam daging ni biasa buat guna roti putih ala-ala lasagna tu, kan

resepi dah ada, jom try lapis daging dengan biskut 4 segi pula,
mesti sedap ni sebab biskut 4 segi pon dah sedia ada rasa dia..nak yang lemak ke yang masin ke ada jer pilihannya....
memandangkan 'notaharianmama' sememangnya pemalas yang amat bab nak salin-salin resepi ni
dia main print screen je haaa dari FB lah of course, mohon share kepada pemilik asal.

murtabak, biskut kraker

August 24, 2015

dunia strawberry cokelat mama ;)


kalau ada yang perasan, masih lagi berkesinambungan gambarnya dengan entry di minggu lepas
sepatutnya dah keluar ni entah macamana tersangkut pulak yang ini dalam draft
tapi bukan cerita pasal warna pensel tu dah la
perasan tak buah strawberry celup cokelat atas buku hitam ada reben pink tuuuu ;D
kebetulan pulak boleh ada atas meja masuk dalam gambar ni
di situlah letaknya 'dunia strawberry cokelat mama' tu..ye, kecik jer pon dunianya...err,
ada koleksi variasi resepi strawberry celup cokelat dalam tu...zaman dok pakat celup strawberry dalam cokelat dulu-dulu tu,..eh, sekarang pon masih..strawberry kita kan masam celup cokelat sedap.

karenah anak dara jadi bahan... camni baru la "notaharianmama" ;)

realitinya, dia tak makan tak suka pon strawberry masam tu tapi sebab nampak cokelat separuh bontot buah tu,  sapa tak terliur, ye tak?
tiba-tiba buku tu yang ada tampal strawberry celup cokelat tu hilang,...tiba-tiba jumpa situ,
nun rak teratas, tinggi, sapa letak sapa letak situ?
kenapa nampak lain macam pulak rupa strawberry kat buku yang telah dijumpai tu...
dalam gambar di bawah?...

polkadotribbon
 dunia tinggal hitam, tinggal bekas gam merata tanpa strawberry cokelat
di mana, di mana strawberry celup cokelat mama???

kitchenset
dah siap hidang buh dalam pinggan oitsss, sebbaiklah adik aqil tidur, kalau tak?
okey...selamat sudah strawberry cokelat balik melekat ke dunianya...
hari ni mula menabur jasa..mencatat itu ini mentor mentee di halaman seterusnya.

August 22, 2015

suami dan isteri jaga-jaga 2 perkara ni...

 
tips untuk rumahtangga yang harmonis
jom baca di blog notaharianmama pulak ye...arini :)

tips untuk sang isteri....
2 perkara yang perlu dijaga si isteri terhadap suaminya;
* hubungan suami isteri, atau bahasa suratnya hubungan kelamin.
kerana ia antara salah satu keperluan utama bagi lelaki yang bernikah,
lelaki yang telah mendapat perkara ni dengan jayanya barulah cintanya mula bernyala-nyala,
kalau sebaliknya mulalah muncul masalah dalam rumahtangga..yang bila diselidiki di dalami rupa-rupanya itulah punca penyebabnya.

* pandangan.
yang merupakan kunci kelemahan dan kekuatan seorang suami.
suami suka untuk melihat isterinya yang selalu tersenyum, ceria seperti tak punya sebarang masalah
suami suka untuk melihat isterinya yang sentiasa rapi, bersih dan semua pun indah-indah sahajalah.
anak-anak yang sentiasa terurus, rumah yang rapi dan bersih.
Bila semua pada pandangannya terjaga, sudah sangat sempurnalah pada pandangan seorang suami.
jangan sampai suami bertanya..."sayang tak ada baju lainkah?"...itu petanda pandangannya sudah terganggu.

tips untuk sang suami....
 2 perkara yang perlu dijaga si suami terhadap isterinya;
* cinta
kerana cinta keperluan utama sang isteri...bukan hanya nak suruh cakap i love u hari-hari pon,
tapi dengan memberikan perhatian yang tulus, bertanyakan khabar, memahami kelelahannya.
Andai si suami mampu menjaga cinta si isteri...jangan terkejut bila sang isteri bersegera mendapatkan si suaminya bila-bila sahaja si suaminya mahu mengajaknya bercinta...
kalau si suami ni kena berhubungan dulu baru tumbuhnya cinta, si isteri pula sebaliknya...bercinta dahulu barulah datang keinginan untuk bersama..
err, malu la pulak tulis benda macam ni..heee
Lelaki perlu tahu..saat sang isteri sangat mencintai suaminya, dia hanya mahu bercinta dengan suaminya seorang sahaja.."setia" sang isteri janganlah diperkotak-katikkan.
kerana bila si isteri itu mula curang dan bercinta dengan lelaki lain, si suami kena tahu bahawa tiada lagi cinta sang isteri untuk dirinya.

* perasaan 
wajib si suami menjaga perasaan isterinya.
kalau si suami sangat sensitif pada pandangannya, si isteri pula sangat sensitif pada perasaannya.
jangan sesekali cuba memberi komen cara bersoleknya ke masakannya ke penampilannya dengan nada negatif seperti menyindir kerana itu telah menghancurkan perasaannya.
kenalah pandai bermulut manis kalau nak komen si isteri, ingat ya wahai sang suami.
biar se 'rock' mana pun kita tengok gaya seseorang perempuan yang bergelar isteri itu,  
percayalah, nun jauh di sudut hatinya mesti ada sesaat tersentap bila diperli suami sendiri, setuju tak?

kesimpulannya, yang sebenarnya dalam rumahtangga ni,
suami perlukan hubungan kelamin dan isteri perlukan cinta.
Bila suami dapat keistimewaan yang dicari dalam hal bercinta...dia akan bertambah cinta
dan bila isteri terjaga cintanya oleh suami...apa sahaja kehendak suami dipenuhinya.
jadi, sama-samalah kita berusaha menjaga apa yang masing-masing perlukan untuk keharmonian bersama :)

...terbitan bhg. dakwah, JAKIM

August 21, 2015

Barang tengah murah...beli laaaa!

tuuuu...pensel warna tu,
segera dapatkan harga promosi yang sangat berbaloi...hanya di giant,...haha
kalau bulan lepas...steadler LUNA 24 tu cuma rm6.50, bulan ni FABER CASTELL tricolor' rm8.50,
berbaloi sangat tu, dah lebih kurang sama harga biasa untuk yang 12batang, 
beli jer yang kotak besar ni bagi up sket dia punya semangat mewarna tu ;)

memang keperluan sangat-sangat ni
lagilah si abang long ni, seminggu dua abislah kontot di germit' nya 
*germit tu sharp guna sharpener ;D
tu belum campur dengan yang kawan-kawan pinjam pastu tak pulang balik
baik sangat abang masjid kitaorang ni, bagi kawan pinjam nanti boleh dapat pahala..huhu
panas si emaknya, asal check kotak pensel warna..ada la yang lesapnya...padahal setiap batang bersticker....sabar, sabar dulu, belum sampai masa nak bising kat group wassup cikgu&parents.

masuk bulan ke-lapan bersekolah, cerdik pun mula datang..belajar dari pengalaman
bila si abang long pula nak pinjam dari kawan, kawan cakap "tak boleh!"
macam tu laaa, dah berbulan si mama dok ajar abang long cakap..
"tak boleh pinjam, belilah sendiri":D

sebulan dua kebelakangan ni, terubat jugaklah hati si mama, bila ada parents yang baru terperasan itu ini yang bersticker nama abang long ada dalam beg sekolah anak memasing.
ada yang ambik inisiatif suruh anak pulang balik, ada yang ganti pensel tulis...suka lah si abang long bila tiba-tiba ada kawan bagi pensel baru ke dia.
abang long pon dah noticed, alert dengan yang terserlah kenakalan tu tak payah layan sangatlah.
apapon..terima kasih kepada yang prihatin, takde simpan apa-apa dalam hati pon :)

jom, jom beli lagi pensel warna tu sementara masih harga promosi, buat stok sampai hujung tahun :)

 


August 20, 2015

meletupnya seterika di pagi harijadi

seterika
cari beza antara dua seterika di dalam gambar ini
 20hb. pon hari ni,
check kat archive entry untuk ogos baru 19, celah mana ilang lagi satu niiii???
gigih menaip entry ketiga untuk hari ni....fuhhh, lagi 11 entry menjelang 31 ogos, mana nak cekau weyhhh???

entry ketiga untuk hari ni..
jom kita cari perbezaan antara dua biji seterika dalam gambar di atas :D
seterika oren vs seterika hijau
kesan jangka pendek selepas meletup berasap hangit si seterika oren;
...tak berseterika bajulah semua orang kat rumah tu di hari kejadian.
kesan jangka panjangnya pula...mendapatlah hadiah seterika baru di petang hari kejadian.
Jangan kata seterika tu hadiah harijadi pulak...walau dibeli pada hari harijadi

hadiah harijadi pon tak dibeli pada harijadi selalunya, mesti dah siap dibeli berhari-hari sebelum untuk elakkan terlupa dan berbagai jenis ter' lagi.

panjang lebar pembuka kata untuk gambar seterika di atas nampaknya.
seterika oren yang dibeli 7tahun lepas di klcc, menggunakan voucher hadiah kahwin meletup akhirnya...tamatlah riwayat seterika berharga 3angka.
Seterika hijau yang dibeli pada petang hari kejadian seterika oren meletup pula berharga 2angka,...walaupun hampir sama rupa juga brand.

1st time mencuba seterika hijau dah boleh tahu kenapa harganya 2angka, 
bukan, bukan sebab 7tahun dulu harganya 3angka, selepas 7tahun sustnilai ke 2angka...
bukan sebab beli kat klcc harganya 3angka, beli kat giant harganya 2angka
sebaliknya...
seterika hijau memang direkacipta untuk dijual pada harga 2angka...faham-faham sajalah, 
adalah itu ini yang kurangnya.. yang tak puashatinya

pengajarannya?

jom pasang hashtag #syukurselalu
at least bersyukurlah ada juga seterika hijau membantu..kan, kan,..kan :)

err..err...kepada yang klik sebab nak tahu kenapa seterika oren meletup....anggap sahaja sudah sampai masanya, sudah 7tahun lebih pon memberi khidmat cemerlang, sayang sangat dah tu..ke mana pergi si oren tetap di bawa bersama :D

*notaharianmama belum nak ber'niche blog berinformasi nampaknya,..tak sampai seru nak copy/translate spec. seterika oren vs seterika hijau di sini lagi...heee

Stylo Outfit | Kedai Jersi Bola Murah

Jersi Bola Murah

Jersi berkualiti, harga murah


jersi murah

Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola

jersi murah


Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan.

Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.

Pelbagai jenis jersi

Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.

Antara jersi yang di jual di  Stylo Outfit ialah:

  1. Jersi EPL
  2. Jersi La Liga
  3. Jersi Serie A
  4. Jersi League 1
  5. Jersi kelab Jepun
dan tak lupa juga:-

      6. Jersi kelab Malaysia
     7. Jersi Malaysia

Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.

Harga berpatutan


Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
  1. Gred AAA - RM45.00 (termasuk pos)
  2. Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!

Jam tangan tawaf

Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.


Apa lagi tunggu?

Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.



tibanya musim haji | "haji mabrur"

*google
Musim orang pergi ke tanah suci untuk mengerjakan haji sudah tiba,
kebiasaannya..bila ada sedara-mara ke sahabat handai nak berangkat kita mesti nak jumpa, bermaafan, bagi ucap selamat semua, nanti boleh dengar ada yang ucap "semoga dapat haji mambrur"

Apa itu "haji mambrur" adalah....haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT.
Ia merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut.
ganjaran besar ini tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Bahkan akan menghadapi berbagai-bagai kesukaran, pengorbanan dan cabaran dengan berasaskan kekuatan iman dan taqwa.

Sebenarnya...kS ada terbau enaknya bau masakan jiran...sedapnya, masak apa tuu...tanya kS di dalam hati ;D
tiba-tiba teringat satu cerita yang pernah diceritakan en.suami, di petik dari satu kuliah di sebuah masjid yang dihadirinya...molek rasanya dijadikan entry hari ni, tapi secara ringkas seingat diingatan sahajalah, sila betulkan kalau ada terlebih terkurang kat mana-mana ya.

Cerita tentang seorang suami yang sudah bertahun mengumpul duit untuk pergi haji..dan tahun itu sudah cukup simpanannya
si suami pun dengan gembiranya membuat persiapan untuk ke tanah suci,
dalam masa yang sama  isterinya sedang mengandungkan anak mereka.
Satu hari si isteri terbau enaknya masakan jiran dan terasa ingin sangat nak merasa masakan itu..
si suami pun pergilah ke rumah jirannya untuk meminta sedikit masakan itu bagi memenuhi mengidam isterinya.
Tapi jirannya tak mahu bagi sebab makanan itu terlalu sedikit malah untuk dimakan jiran itu suami isteri pun tak cukup...lagipun cuma itu sahaja makanan yang ada..sudahlah pula berhari-hari jirannya itu menahan lapar kerana tiada wang untuk membeli makanan.
Mendengarkan itu, si suami tadi terus pulang ke rumah dan mengambil kesemua duit yang dikumpul untuk perbelanjaan pergi haji dan disedekahkan kepada jirannya.
sungguhlah rasa bersalahnya si suami kerana tidak pernah tahu yang jirannya berlapar selama ini.

Berita si suami yang telah membatalkan urusan untuk pergi haji sampai ke pengetahuan semua.
Seorang alim-ulamak telah mengunjungi si suami itu dan telah memberitahu kepada si suami itu bahawa suami itu telah pun mendapat "haji mambrur" pada tahun itu walau tidak pergi buat haji.
kerana dengan keikhlasan dan keinsafan yang datang dari hati si suami yang telah memberi kesemua wang yang telah bertahun-tahun dikumpulnya kepada jirannya yang miskin itu.
Kesimpulannya, hanya dengan ada niat dan usaha yang bersungguh...apapun tidak mustahil.
Allah tahu apa yang ada dalam hati kita., amin.



August 19, 2015

lagi lagi kisah durian bersama tips hebatnya!

 bahaya, durian
 
entry santai-santai jer kita...lagi lagi cerita durian, 
selagi dok ada musimnya, 
selagi dok ada yang menjualnya
selagi tu lah dok ulang pi membelinya.

Kalau sebelum ni gigih mencari yang dah siap dikopek kulitnya,
yang dah siap di pek sebungkus-sebungkus tu, boleh tengok dan pilih...sebab nak makan berdua dengan anak je pon pastu takut ooi takde keyakinan nak mengoyak kulit berduri tu...
sekarang ada pandai sket la...beli yang masih berupa buah, pandai-pandai adjust dengan si penjual lah,..tolong koyakkan siap-siap ke kan..lagi banyak dapatnya compare beli yang sudah di pek.
balik rumah, yang tak termakan tupperware kan kemudian simpan kat freeze,...pastu, hari-hari durian lah kita...tak pernah jemu, hantu durian mananya kenal erti jemu, ye dak.
 
tu pon antara tips makan durian secara sihat jugak tu, makan secara istiqomah,...gittewww
bukannya makan sekali hadap 4-5 biji sorang lepas tu kalut minum air dari kulit buah durian...juga antara petua orang lama bagi meredakan, menyamankan kembali tubuh badan yang terkejut selepas bepuluh-puluh ulas durian dimakan.
yang sihat alhamdulillah dibolehkan lagilah buat macam tu tapi kepada yang dah dihinggapi penyakit 3 serangkai ke asma semua tu...memang kena beringatlah
tak boleh main-main dengan si raja buah ni.
 
pernah dengar cerita ada yang meninggal selepas makan durian kerana sambil makan durian sambil minum minuman berkarbonat macam coke dan yang seangkatannya tu.
lepas tu ada juga terdengar khabar angin dari thailand juga meninggal kerana mengambil durian bersama minuman keras.
tapi, keduanya pun tak dapat dipastikan kebenarannya, tak ada bukti yang mengsahihkannya. 
 
ks sendiri pun ada larangan ketika sebelum dan selepas memakan durian
sejak kecil dah diberi amaran JANGAN!
- elakkan mengambil gula-gula hacks yang colour hitam, berbalut plastik merah tu.
- elakkan sebarang pengambilan ubat-ubatan macam panadol, ubat batuk, ubat demam semua tu.
- lagi satu ni, elakkan minum susu, tapi santan ok jer..confuse sket..sebab muak jer kot?
 
dannn,  
lagi satu tips terhebat untuk semua penggemar durian,...secangkir kopi panas selepas makan durian  dapat melenyapkan bau nafas yang berbaur durian itu, minumlah kopi dan teruskan aktiviti harian, tak perlu sebok-sebok nak brush your teeth first la bagai, cubalah :)

August 17, 2015

Bagusnya minyak urut ni

minyakurut

bayi mana yang tak suka diurut?...sedap segar badan diurut terus tidur nyenyak tak bangun-bangun,
tambah istimewa  jika menggunakan minyak berubat serbaguna di mana bau herba semulajadinya  yang lembut buat kita rasa segar dan badan juga tiada rasa berminyak kerana ia telah diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Minyak yang sangat sesuai untuk kulit bayi ini semestinya telah mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia, pastikan minyak Daun Ubat TYT ada di dalam kit kecemasan kita hari ini :)

urutbayi

Minyak Daun Ubat TYT bukan hanya untuk bayi malah sesuai untuk semua termasuk ibu mengandung kerana ia adalah minyak berubat tradisional serbaguna dan mempunyai logo halal Jakim.

jom senaraikan pelbagai kegunaan minyak Daun Ubat TYT ini;

selsema/ hidung berair pada baby - sapukan minyak ini pada ubun-ubun dan pusatnya, juga gosokkan pada dada baby.

untuk baby yang sakit perut/ kembung - sapukan minyak ini pada tapak tangan dan usap perut baby secara perlahan-lahan ke bawah. Ulang.

mandian baby - sapukan minyak ini pada ubun-ubun dan pusat sebelum dan selepas mandi untuk mencegah seram sejuk.

sakit telinga - masukkan beberapa titik ke dalam telinga kemudian sumbat dengan kapas. Buang kapas apabila sakit berkurangan.

angin selepas bersalin - sapukan dan urut kaki dan tangan sehingga panas. ulang 3-4x sehari.

melecur - sapukan pada bahagian melecur. Tutup luka dengan kapas yang direndam dengan minyak dan balut dengan kain pembalut. Tukar kapas setiap hari.

Luka - tutup luka dengan kapas yang direndam  dengan minyak. Tukar kapas 2-3x sehari.

Penghalau nyamuk - sapukan pada kulit untuk menghalau nyamuk..wahhh!

rasa kebas - sapu dan urut  bahagian tersebut sehingga panas.

reumatisme - sapu dan urut perlahan-lahan untuk memperbaiki peredaran darah.

penghalau lintah - sapukan pada kaki atau luka lintah untuk menghalau lintah.

sakit belakang - gosok pada bahagian yang sakit hingga terasa panas.

terseliuh - sapu dan urut perlahan-lahan. Tutup dengan kapas yang direndam minyak kemudian balut dengan kain pembalut selama 1 hari.

sakit sendi - sapu dan urut pada bahagian yang sakit sehingga terasa panas.

gatal-gatal - sapukan pada kulit untuk mencegah kegatalan. lebih mudah dengan penggunaan
pek "roll-on"

TYT

selain pek 100ml seperti dalam gambar ini, minyak Daun Ubat TYT juga boleh di dapati dalam pek 50ml dan juga pek roll-on 50ml.
Pek roll-on di mana bebolanya boleh berfungsi sebagai alat urut di samping mengelakkan tumpahan yang berlebihan. Senang untuk di bawa ke mana-mana juga aplikasi mudah untuk kanak-kanak.

Herbal Medicated Oil-TYT-since 1957
FB : TYT 1957
email : info@tyt.com.my
www.tyt.com.my
 

August 16, 2015

easy dinner's for 'mama kalut'

easydinner

HAHAHA!
bila teringat teguran 'mentor'(jangan tak tahu, kS antara efgiers yang tengah berdebar-debar ni)....
"buat entry tak boleh kalut" kS tersengih sendiri sebab tergigit cili di situ,
cuba sekarang kita baca balik entry-entry lepas mesti macam tercungap, dapat rasa kelibutnya masa dok menaip tu..terkejar-kejar...seo apatah lagi?
kalut tak kalut...gambar atas tu snap 8hb. tu hari..untuk tajuk ke-8 "what's for dinner"
16hb. baru wujud entrynya.
ok lah tuuu, ada dari tak ada..ayat sedapkan hati, heee. 

hmm..anak dah bangun...ngendeng-ngendeng ajak keluar berjalan...entry si mama ni?
spiral carbonara...pasta putih anak-anakku bagi nama
lagi lagi lagi sedap dari yang sos merah katanya...mana taknya, nampak cheese sekeping tu kan.
satu tips nak tackle anak-anak hantu cheese ni...selain parmesan, harus tayang sekeping cheese dalam hidangan, dan dan mama masak best in the world,..walau hakikatnya......;D ;D ;D
al-maklum bulan raya, asyik jumpa si sos merah jer kan.

resepi?...mana tahu kot ada nak cuba resepi "mama kalut'...hehe, sebok nak beresepi pulak
sesuai dengan "mama kalut" haruslah guna sos prego, kat label botol prego tu pon ada resepi nya,
tapi ada la tambah sampingan yang rasa sesuai dah sedia ada dalam freeze tu. 

ok..daaa, anak dah panjat kerusi nak berebut keybord ponnnn..bye.



August 15, 2015

PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA

Definasi Perubatan Naturopati (Naturopathic Medicine or Naturopathy)

Yusmizee Naturopathic Center

Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Di Malaysia, terdapat dalam lingkungan 300 Natoropathy  bertauliah mengamalkan perubatan ini. Mereka menyediakan latihan dan pendidikan di terapi semulajadi, seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka

Hari ini, di Negara-negara maju telah beralih kepada perubatan Naturopati kerana ianya lebih berkesan dan sangat selamat, Insya Allah ! Suatu kaedah perubatan yang telah di iktiraf oleh WHO dan perubatan dunia.
Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, adalah sebuah pusat rawatan dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;
1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2) Harga untuk rawatan vvip.
3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.

Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.

Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.

Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre

Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;

"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"


DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).

Tel : 012-3556736
Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 
78000 Alor Gajah. Melaka




August 14, 2015

kisah ikan kehilangan lidah

ikan
kenapakah si ikan dihilangkan lidahnya?
sadface
hi..arowana, sedih jer nampaknya tuuu?
di hari jumaat yang berkat ini, 
mari kS berkongsi sebuah cerita tentang kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Rasullullah S.A.W bersabda;
"sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam."

sabda rasulullah S.A.W lagi, "Tidak masuk syurga orang yang membesar-besarkan cerita."
Apabila ditanya hikmahnya, baginda menjawab; "sesungguhnya Allah swt telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata"
lalu salah seorang sahabat bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda rasulullah S.A.W; "setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh kecuali iblis. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang dijumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan, katanya: "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan di daratan."

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. 
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya."

*sama-samalah kita ingat mengingati...
kalau-kalau ada yang terlajak taip /copypaste tu, cepat-cepatlah delete sebelum publish ;)