July 31, 2015

Milik kita belum tentu rezeki kita

"magic art blow" dalam kenangan
kasihan si abang long, hanya tinggal iklan mengujakan yang ada masuk frame buat kenangan ke ;D
bila "magic art blow" yang dibeli sendiri bersama kawan-kawan kat sekolah menggunakan duit yang dikumpul sendiri sebanyak RM18 #duitraya actually, hilang padahal dah simpan elok-elok dalam beg sekolah, katanya.

Belum rezeki abang long nak ada "magic art blow" mungkin.
In shaa Allah, ada rezeki nanti...ada la pulak orang tu datang jual kat sekolah...bolehlah abang long beli lagi satu ye, pujuk si mama.

Pendaftaran Haji untuk ahli KWSP

BangunanTabungHaji, KualaLumpur
*kredit google
Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jikalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.
Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.
P.s. Usah pedulikan tahun peruntukan giliran menunaikan haji, its just a number by the way. Bila dah tertulis anda akan tunaikannya, insyaAllah Dia akan buka jalan ke arahnya. Kecuali orang yang tidak melakukan apa-apa.
Because a journey of a thousand miles begins with a single step. Apa yang pentingnya satu langkah ni? Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan keluar dari rumah untuk menuju ke Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam airport. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan menunggu di dalam departure hall. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan di dalam aerobridge untuk masuk ke dalam kapal terbang. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan merasai panasnya berada di padang pasir tapi nyamannya angin saat turun dari kapal terbang di airport Jeddah. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan kaki di celah-celah hotel yang tinggi-tinggi menuju ke Masjidil Haram. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Masjidil Haram melalui pintu 1 King Abdul Aziz. Kalau tidak kerana satu langkah ini, kaki anda tidak akan terhenti, kaku dan air mata tiba-tiba mengalir saat kali pertama anda melihat Kaabah. Kalau tidak kerana satu langkah ini, mana mungkin kaki anda melangkah menuruni beberapa anak tangga menuju ke dataran tawaf. Dan kalau tidak kerana satu langkah ini, tentunya anda tidak akan dapat mengelilingi Kaabah untuk melakukan ibadah tawaf bagi menyempurnakan rukun Haji yang menjadi ibadah yang anda lakukan ini sah dn diterima Allah. Betapa pentingnya satu langkah.
Pendaftaran Haji Ahli KWSP
Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Syarat-syarat Kelayakan
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.
Kaedah Pelaksanaan
Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.
Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.
SOALAN LAZIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP
1. Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
2. Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka?
Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.
3. Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP? Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
4. Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.
Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)
5. Di mana ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP?
Ahli boleh mendapatkan Penyata Ahli KWSP daripada:
i. Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
ii. Kios KWSP
iii. Laman web myEPF – pengguna i-Akaun
iv. Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui mel
6. Bolehkah ahli membuat pendaftaran haji di bawah kemudahan ini bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak ahli?
Tidak. Kemudahan ini hanya bagi pendaftaran individu ahli sahaja.
7. Bila kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa?
Kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.
8. Bolehkah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dibatalkan?
Boleh. Terpulang kepada ahli KWSP.
9. Bolehkah ahli yang berumur 55 tahun ke atas menggunakan kemudahan ini?
Tidak boleh, hanya ahli yang berumur di bawah 55 tahun layak menggunakan kemudahan ini.
10. Mengapa ahli yang berumur 55 tahun ke atas tidak layak menggunakan kemudahan ini?
Pada umur 55 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP pada bila-bila masa. Oleh itu, mereka bolehlah membuat pendaftaran sendiri dengan Tabung Haji.
11. Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.
12. Bolehkah ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini?
Boleh. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada. Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.
13. Adakah pendaftaran haji ini terjejas sekiranya ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan KWSP seperti Pengeluaran Hilang Upaya atau Pengeluaran Pekerja Berpencen?
Pendaftaran haji tidak terjejas dan kekal seperti sedia ada.
14. Bolehkah ahli yang membuat Pengeluaran Hilang Upaya diberi keistimewaan untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dengan syarat mereka mempunyai simpanan yang mencukupi?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.
15. Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.

Kenapa anak "mengamuk"?

adakah kita antara ibubapa yang sedang menghadapi frasa anak-anak yang seringkali mengamuk,
mungkin tips ini sesuai untuk dipraktikkan.












#syukurselalu

july2015
july 2015

hidup ini umpama roda..
kadang kita di atas..kadangkala kita di bawah...
bila kita dibawah,kita kena selalu pandang ke atas..
untuk kita berusaha untuk naik ke atas...
dan bila kita di atas,jangan kita lupa pandang ke bawah..
agar kita sedar di mana letaknya diri kita..
dari mana asal usul kita..
agar kita tak lupa pada insan yang ada di bawah..
untuk kita bantu mereka
agar bersama-sama kita meniti saat manis bersama bila kita di puncak kejayaan.

dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang, kita tak kan lepas dari di uji..ada sahaja onak dan duri yang akan kita tempuhi...hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya...sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai....


July 30, 2015

Kehilangan MH370 bukan lagi misteri?

Pic credit mforum.cari.com.my

Misteri kehilangan MH370 mula dibualkan semula
berikutan penemuan satu serpihan bangkai sayap pesawat  sepanjang 2 meter di perairan kepulauan
La Reunion di Lautan Hindi semalam.
Lokasi berada di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar.

Serpihan itu dikatakan sudah agak lama berada di dalam air berdasarkan permukaannya yang diliputi cengkerang...lebih menguatkan lagi untuk dikaitkan dengan komponen Boeing 777 yang hilang pada tahun lalu.
namun ada laporan yang menyebut terdapat juga beberapa kemalangan udara membabitkan pesawat Boeing dan Airbus di kawasan berkenaan termasuk Yemenia Airlines pada tahun 2009.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Pesawat B777-200 itu membawa 239 penumpang yang terdiri daripada 227 orang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Operasi pencarian pesawat berkenaan masih berjalan di selatan Lautan Hindi selepas diisytiharkan berakhir di kawasan berkenaan.


Jika benar itu adalah serpihan sayap pesawat MH370 yang di cari-cari selama ini, terbukti betul lah kawasan liputan carian di lautan Hindi setakat ini yang dikritik tidak masuk akal itu.

Kuala Lumpur telah menghantar pihaknya ke lokasi penemuan untuk siasatan lanjut dan sama-samalah kita tunggu keputusannya yang bakal diketahui beberapa hari lagi.

sebelum ini memang tidak pernah terpanggil untuk berkongsi tapi penemuan kali ini terasa nak sangat tercatat dalam notaharianmama ini, siap berdebar-debar tunggu keputusan lagi :)




Chicky & Friends Rainbow | Happy Birthday


anak-anak suka makan KFC?...jom tengok pakej untuk party harijadi yang ada di KFC.


#Like FB


wordless wednesday :)

Persediaan mental juga fizikal

beryl's
tips hebat untuk mental dan fizikal yang bagus is jom makan coklat banyak-banyak :)


Anak sakit..sambil jaga anak sambil si mama buat entry...komitmen katanya walau sangat tak ada hati tak ada perasaan nak menulis langsung sehari dua ni...

ini baru betul-betul #cabaran!

Hari kedua terakhir di bulan july, mampukah misi 31 hari=31 entry dilaksanakan?

July 27, 2015

lebaran & E1




Syawal 5....pagi yang sejuk seawal 7pagi dalam kelebatan hujan yang mencurah-curah
kami bertolak balik ke Shah Alam,
2hari ja kat kampung? ...si abang long lah ni nak jugak-jugak ke sekolah rabu esoknya tu.

Hujan hampir separuh perjalanan rasanya
syahdu syahdan..diulit perasaan dialun lagu raya di corong radio kereta
kenderaan semua pun bergerak perlahan...masing-masing menghayati perjalanan di dalam hujan yang sekejap-sekejap lebat...meredah gunung-ganang yang diselimuti kabus...perghhh ayat ;D
lapar?...sebakul mak bekalkan kuih ke kerepek kek raya semua ada, mengunyahlah kerjanya
en.driver pon sempat lagi memandu sambil krup krap krup krap sebalang maruku di kepit celah peha.

anak-anak ketiduran lah hujan-hujan sejuk begitu, dok dalam aircond lagi.
si mama?...sebok snap gambar pokok-pokok kebasahan selepas hujan berbalam kabus...hehe

pastu nampak sebuah toyota tersangkut kat bukit sebelah highway,..uishh..macamana boleh melompat ke situ, nauzubillah
lega nampak 3-4 orang lelaki muda mudi lagi nampaknya mencakung sambil berpayung merenung ke kereta mereka yang tersangkut tu, harap cepatlah datang bantuannya sebelum kereta tu terjun ke lurah bukit kat bawah sana.
perjalanan kira ok lah selasa tu, tersangkut sekali dua dek kerana lori-lori sarat muatan yang bergerak sangat perlahan, tu jer...
singgah makan tengahari di rnr uluBernam...sampai rumah kul 3petang.

sebuah rumah di tengah sawah




pandang depan toleh belakang pusing kiri pusing kanan...sawah padi menghijau saujana mata memandang...seindah mencicah ketupat palas dengan serunding wa Tom, tak sedar habis sepiring ditambah sepiring ;)

syawal ke-4 berkesempatan bawa aqil ke rumah tokwa nya,
berjumpa semula dengan makNgah not & makNgah ton yang menjadi babysitter dia hujung tahun lepas, masa si mama dan si kakngah dia kena chicken pox.

now, aqil dah lapan bulan lebih umurnya,
dah pandai bergerak sendiri ke sana ke mari..bebas menyelongkar segala sudut di rumah tokwa
dulu baru lahir hitam bekulat la dah hensem kata makNgah not :)

 

July 26, 2015

Durian kenangan menyambut kepulangan




Tahun ni, raya dan durian berpisah tiada...di mana-mana pasti durian antara yang terhidang
masing-masing melepaskan geram pada durian yang kena musim di bulan puasa lah agaknya ni.

seminggu dua sebelum raya bertelefon dengan mak, katanya durian pokok-pokok peninggalan tokwan dah mula luruh...sibuklah mak telefon anak-anak cucu cicit arwah tokwan suruh balik ambik buah, mak sendiri dah lama say NO! kat durian.."cukup-cukup sudah"...kata mak :)

pagi raya ketiga tu adalah sebijik rezeki baru luruh, alhamdulillah merasa jugak
pulun makan lupa nak snap keindahan durian kenangan, melingkar kekuningan si isi bak kucing tido,..dalam gambar tu antara yang adik-adik beli buat tambah.

July 25, 2015

Dari Parit Tok Kib ke Parit Tok Ngah, makan tengahari istimewa di Taman Berlian


Singgah 3 tempat tu semasa dalam perjalanan balik ke Kedah di hari raya kedua...
satu perjalanan balik ke kampung yang sangat jauh luah si en.driver,..double triple letih katanya.
memandu seharian seusai subuh...hingga ke sore....#inikanraya
Tak raya lah kalau tak singgah menyinggah.
Mulanya menjengok tokPah, pastu diajak ke Parit tokNgah menziarah makNgah yang kehilangan pakNgah seminggu sebelum raya...al-Fatihah untuk arwah.
tenang jer makNgah, pelbagai juadah raya terhidang semeja..
maruku bercheese dan kek coklat kukus lapis cheese sungguh menyelerakan...
dan dan rasa nak buat juga bila balik rumah nanti :)
Pastu beramai-ramai join family pakLang Cheras pi makan  kat Taman Berlian..
rumah pakTeh insurans yang kayaraya, majlis tertutup untuk sedara mara, konsep layan diri makan di ceruk dapur jer haritu..
en.suami kena bebel seround dengan pakTeh sebab tak bawa atok balik kampung..mau ka takmau ka kena heret jugak bawa balik kampung la nampaknya lepas ni..hihi
tapi, tu lah;
kesianlah kat atok bila nak tinggalkan atok kat Perak berhari-hari sementara kami teruskan perjalanan balik beraya di Kedah pulak. 
sesekali balik Kedah..si menantu ni naklah stay kampung barang 4-5hari la kalau boleh
kasihanlah atok melangok menunggu kat Perak tu, kan...
alahhh...atok tu,..anak kereta best-best..estima sedondon baju raya Luqman tu..ajak balik kampung sedappp tu tok :D

Raya 2015 | pagi raya di rumah mertua


Tahun ni beraya...ada new baby, hai adik Aqil (8mths)
Abang long cakap adik Aqil muka tak happy sebab tak ada baju melayu raya.
eh, abanglong dengan kakngah dulu pun sama,..selagi belum setahun umurnya si mama memang tak pakaikan baju melayu lagi-lagi jenis kain licin tu.
Mama?..si mama happy jer walau tak ada baju raya sedondon, tak sampai hati nak beli baju raya Jovian yang cun tuu,..yang kaler sedondon baju melayu anak&suami tu la, apa nama ntah :)

tahun ni gilir beraya kampung en.suami, kat shah alam jer pun
atok tak balik Perak tahun ni.
Seperti biasa semua anak menantu dan cucu yang bertebaran serata ceruk balik berkumpul di rumah atok di pagi raya..cuma keluarga maklang kat johor dan acik sekeluarga kat Taiping yang tak kena gilir tahun ni.

Juadah santapan pagi raya tak muat meja atok, menantu perempuan pakat masak nasi special tahun ni
walau saban tahun atok dah ingatkan dia lagi suka kalau masak nasi putih...atok pasrah
nasi special menantu sulung saban tahun jadi pilihan, air tangan si sulung memang tiada tandingan.
menantu alamImpian masak rendang sedappp sangat...rugi makan sket jer paginya..
membawa ke petang sket tiba-tiba rendang tu dah ada bau tak enak, sayangnya terpaksa buang.
menantu Padang Jawa dengan hidangan jawanya, sayur goreng ada suun tu kini jadi kesukaanku.
Menantu Kedah sorang ni?....tukang clear hidangan penuh semeja tu lahhh,
makan makan makan..huhu

menu wajib ketupat lemang rendang semua-semua tu berjenis variasi pon ada.
tahun ni juadah istimewa atas meja atok is "rendang rusa" youuu.
bihun singapore ateh untuk anak-anak buah yang takut cili..hee, aisyah lah tu.
Ateh bawa durian dari Perak..Luqman masuk je rumah atok terus bersila makan durian,
tak sempat salam dahhh.
Acu dengan sekotak besar pelbagai koleksi Beryl's..alang-alang biskut raya mahai bebenor..baik hidang aneka Beryl's yang confirm sedappp..nyum nyum nyum.

July 23, 2015

BRT Sunway Line | South Quay station

mydin

Sehari sebelum raya hari tu kS ke mydin usj beli groceries, nak raya kan.
kat dalam mydin taklah ramai sangat, selesa lagi lah nak cari barang
tapi parking  penuh sampai ke hujung...kami parking nun bawah 'South Quay station'..feeling2 kat singapore kejaplah ;)

Baru tahu rupanya BRT(Bus Rapid Transit) atas tu.
Mula beroperasi sekitar awal bulan june dan percuma :)


July 22, 2015

satu hari di GM Klang


si mama semestinya menggunakan peluang adanya si ayah di sisi...apalagi?
jalan-jalan cari t.shirt raya katanya,
anak-anak yang bertiga ditemani si ayah penuh sabar menunggu sementara si mama sila pergi shopping dari satu level ke satu level, pilih-pilih tengok mana yang berkenan, pilih size dan bayar.
puashati dapat yang dicari baru turun tengok anak-anak juga ayah si anak yang berjanggut berakar menunggu kat bawah..siap pakej makan minium di khalayak lagi.
pastu baru acu sorang-sorang apa yang di beli, sempat lagi nak naik tukar mana yang tersalah size tu.
yup! itu satu contoh kS membeli-belah di musim dekat-dekat nak raya hari tu...
nak mengangkut anak yang bertiga dari satu level ke satu level memang taklah...
sesak melampau GM Klang tu,
tapi ok jugaklah sebab pergi sebelah pagi...ok lagi berbanding bila dah tengahari membawa ke petang.
cemana pulak cara korang pergi shopping keperluan raya..especially yang terpaksa bawa anak-anak kecil sekali tu?
kongsi jom!

Kad Raya 'Suria Amanda', Ko Ado?

aidilfitri, kaducapan

tqsm SA di atas kad ucapan selamat hari raya ni,...macamana nak dapat kad raya dari SA????
jeng jeng jenggg, pi tanya dia sendiri lah ;) 
eh!kalau SA letak pantun "pecah kaca pecah gelas" tu, boleh main pos-pos kad raya, kan
..takpe2x, raya haji la pulak kot kita pulak pos kad raya kat SA..hehe

sambil-sambil tu nak ambik aura Suria Amanda yang sangat rajin update blog
harap-harap ini merupakan satu permulaan yang baik...dan berterusan, 
lagipun, banyak dah kot kumpul gambar raya;...tengah 'Q' nak masuk blog notaharianmama ni
kita ganti balik, al-maklumlah bulan puasa hari tu gambar-gambar yang di upload boleh kata hari-hari pon "kredit to google".

#cabaran 20Hari | Pengalaman main mercun masa raya

Akhirnya!
wujud jua entry #cabaran 20Hari tajuk terakhir..."pengalaman main mercun masa raya"


sebenar-benarnya kS adalah jenis tak berapa sangat dengan segala bentuk bahan bakar berapi ni..
jangankan mercun, bunga api pon tak pernah ada teringin nak membeli ..faktor jantina barangkali.

Zaman kanak-kanak dulu banyak pula stok mercun bapa sedara bawa balik selalunya..pastu yang main bapa sedara dan abangnya lah iaitu ayah kS :)
tukang tengok je la kS ni..tukang pasang pelita bolehlah..hehe
sampai ke la ni...lagi lah nun kat kampung keliling kelalak pakat dok main..
berdentum dentam.
...kadang kesian tengok anak-anak dok peratiii ja orang main, maknya trauma tak bertempat.
tunggu adik-adik kS je la kot ada yang teringat nak belikan & sanggup nak melayan anak-anak ni.
adik kS yang lelaki berdua tu banyaklah pengalaman mercunnya, dengan meriam buluh pon pernah ada di buatnya...bergegar kita yang dok kat dalam rumah sebok-sebok di malam raya.




July 15, 2015

#cabaran 20hari | senarai kuih raya pilihan hati

senaraikan kuih raya yang menjadi pilihan hati?
biskutraya

rasanya hari apa entah dah pernah bercerita pasal kuih raya kegemaran...
rempeyek jadi pilihan,
kuih ke?...kuih la tuuu..kan orang masuk balang hidang kat ruang tamu..hehe

pastu ada pulak dua tiga hari lepas ada pulak dok senarai kuih-kuih raya kesukaan yang arwah tok suka buat bila nak raya...macam coq peniram,bahulu, halwa maskat juga dodol..
set set payah nak buat tuu semua tuuu,kan.

Jadinya untuk tajuk #cabaran 20Hari hari ni,..tajuk second last dah ni tau ;)
rasanya nak bercerita kuih-kuih moden la pulak kot,yang orang kl panggil biskut raya tu :)

Selain jenis yang bersalut coklat, biskut raya yang digolek dalam susu tepung antara yang menjadi kesukaanlah macam makmur dan ulat bulu,...ulat bulu???
ulat bulu tu bentuk lonjong macam makmur juga tapi kaler dan berperisa coklat pastu bersalut susu tepung...like 10x :)
yang bersalut kacang macam batang buruk pon suka..
set set berserbuk serdak tu kegemaran kS la tuu, tapi bukan serdak kuih raya hancoq naaa :D
Biskut yang berinti jem..of course lah suka..tart nenas ke blueberry ke strawberi ka semua suka jer.
Kalau dulu kek je buh cheese, la ni biskut pon dah ada yang bercheese, tahun lepas buat samprit bercheese, sedapppp sangat walau tang rupa tu tak seberapa :)
Cukuplah kot senarai takat tu..kata nak serba sederhana ja tahun ni, kan.




July 14, 2015

#cabaran 20Hari | nostalgia kad raya

hari untuk #cabaran 20Hari dengan tajuk no. 3 terakhir, means;
  • cuma tinggal 2 tajuk lagi untuk mneghabiskan cabaran 20hari ini :D
  • cuma tinggal 2 hari lagi ramadhan untuk kita :(
  • cuma tinggal 2 hari lagi sebelum kita melangkah ke hari raya, Selamat Hari Raya :)
kadraya, nostalgia

kalau dulu zaman 80an ke 90an...bila hampir menjelangnya hari raya macam ni
memang sibuklah masing-masing mengeluarkan koleksi kad raya yang hampir sebulan di kumpul
hasil bertukar-tukar kad raya dengan kawan-kawan kat sekolah
'by hand' je takde nak pos-pos bagai.
adalah juga yang posmen bagi...suka kemain bila posmen datang rumah bulan-bulan puasa ni.
esok lusa nak raya keluarkan semua untuk di gantung kat ruang tamu,
ada yang lagi kreatif  gantung kad raya pada ranting kering, berkenan sangat nak buat
ala-ala mat saleh buat pokok krismas tu???
tapi entahlah mak kS dulu...anti sket dia pada semak samun lagi-lagi nak bawa ranting kering masuk ke dalam rumah?...memang tak boleh la jawabnya.
sekadar gantung senget-senget kat dinding.pastu kawan datang rumah ajak bergambar kat situ, sekarang orang kata photo booth kot :D

Bila hari raya, berjalan dari rumah ke rumah...boleh tengok macam-macam idea kreatif orang gantung kad raya...terasa lebih keseronokan raya bila ada kad raya bergantungan kat ruang tamu,
ada lampu lip lap sekali..perghhh, seronoknya hari raya masa tu.

sekarang dah ada anak-anak, rasa macam teringin nak buat pokok kad raya yang diidamkan tu
dengan anak-anak, takde dapat kad raya?
beli sendiri aci dak..:D :D :D




July 13, 2015

#cabaran 20Hari | menu wajib pagi Raya

Menu wajib pagi raya;
Tajuk #cabaran 20Hari no.4 terakhir...gittewww; count down pulak dia ye
excited wooo,nak habiskan..;)

menuraya


dari kecik dah di biasakan..sehari sebelum raya mesti buat ketupat palas...
selain dodol dan kuih bahulu. tp dodol dan bahulu lagi 2-3 hari nak raya dah buat siap-siap dah,..eh!satu lagi cucoq peniram..sedappp tuuu. satu lagi kesukaan kS sebab arwah tok suka buat bila nak raya.."halwa maskat"..
..cucu tok,makanan kesukaan pon haruslah makanan tok tok..hihi
la ni kot teringin nak makan kena la pi cari beli kat Pekan Rabu..err, pekan rabu dah berwajah baru ni entah ada jual halwa maskat lagi ke tak  agaknya?

Tapi bila dah nama orang Kedah ni...pi la mana-mana rumah pon, mesti ada kot menu wajib ni,
ketupat palas is a MUST' la di pagi hari raya..cicah dengan gulai ayam pekat mak kita..perghh..glupp!
OK!
Balik ke dunia realiti,.......ketinggg!
tak payah nak glupp glupp sangatlah,
tahun ni in shaa Allah beraya kat shah alam...mak mertua dah tak ada..kami makan ketupat segera je la..rebus beras dalam plastik tu.
Selain tu?
Apa ya menu nak masak untuk juadah pagi raya nanti???




cabaran 20Hari | aktiviti di pagi raya

cepat2..lagi 5 entry #cabaran 20Hari perlu di publish sebelum menyusulnya
entry raya yang sebenar :)
kiranya ni nak bagi kita peluang throwback raya lepas-lepas la nampaknya ni...

di mulakan dengan entry #cabaran 20Hari hari ke-16...tajuknya aktiviti di pagi hari raya.
Pagi raya kS ada 2 stail , biasalah orang yang dah kawen ni mesti ada gilir pagi raya di rumah mertua dengan gilir pagi raya di rumah parents kita,kan.
Rasanya ada je setiap tahun cerita raya kS dalam notaharianmama ni, boleh klik Label "raya" kS, setiap tahun ada ceritanya tersendiri.
yang pasti aktiviti wajib macam makan-makan, bersalam-salaman, pastu sesi bagi duit raya..pastu bergambar kenangan tu antara perkara mesti lah tak kira pagi raya di rumah mertua atau di rumah parents.
solat sunat hari raya kS memang tak pergi, tunggu anak-anak besar sket katanya..huhu.
kebiasaan macam pagi-pagi raya ziarah kubur sebelum solat sunat hari raya pun tak dapatlah nak buat...lagi pun kat sini kawasan kuburnya diasingkan, tak macam kat kampung..
kuburnya di belakang masjid.
en.suami kS sendiri kebiasaannya akan ke kubur bonda pagi-pagi lagi 2-3hari sebelum raya,
dapatlah merumput bersihkan apa yang patut... raya nanti taklah ralat sangat bila adik beradik yang lain datang menziarah.

Panjang pulak cerita kuburnya,motif?

shahalam

nak buh gambar kat "tanah perkuburan" rupanya,
syahdu jer bila berada di tanah perkuburan...dalam bergembira jangan dilupa pada yang telah tiada,
kubur juga mengingatkan kita akan kematian.

...jangan nak takut tengok kubur sangatlah :)



July 12, 2015

Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega raya 2015

Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai. 

Serlahkan kejelitaanmu dengan Helenz Signature

Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015

1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)
2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)
3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)


Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 (RM100)

47 - AMY J
http://www.amysyeera.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
48 - NOOR NAJWA
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
50 - MIRABEADS AZIE
http://www.azirahman.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
52 -ZAIDALIFAH HUSSIN
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
54 - ENGKU MUZAHADIN
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
61 - AKULA
http://anakbonda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
66 - UMMUL AZKEE
http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

128 - SAYE NIZA
http://nizatuangcerita.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
129 - RIANA LITTLE CUTTIES
http://rianalittlecuties.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

170 - LELA NURJATI
http://leylanurjati.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Kepada semua pemenang di minta whatsapp mommy irra 0133560192. Berikan detail
-url blog
-nama
-no akaun maybank/cimb
-email
Lagi cepat korang beri detail, lagi cepat korang dapat duit raya.



Terima kasih kepada semua penyertaan (SENARAI PESERTA) , semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.


Terima kasih kepada penaja UTAMA:

Selamat hari raya maaf zahir batin!

July 11, 2015

#cabaran 20Hari | Gambar dan ucapan Raya

#cabaran 20Hari untuk hari ke-15

dengan ingatan tulus ikhlas
catatelok-elok

teristimewa untuk kamoo kamoo kamoo dan kamoo yang sudi menerima notaharianmama seadanya
tak dilupakan kepada yang sekadar singgah ke sini
terima kasih daun keladi,...sudi-sudilah singgah lagi :)

 

#cabaran 20Hari | memori raya zaman kanak-kanak

assalamualaikum wbt.
#cabaran 20Hari kita dilupa jangan
sepatutnya hari ni dah tajuk no.15, tapi kS dahulukan dengan tajuk 14 ye *semalam punye ;)
bukan sesaja...tapi menunggukan adik wassap gambar raya beramai-ramai di zaman kanak-kanak dedulu nak buh sini, sayangnya tak jumpa pulak gambar yang dicari...
tak dapatlah nak tunjuk gambar zaman kank-kanak kS tu kat sini nampaknya.

kampung, balikkampung
gambar ni aci tak?
suasana kampung dalam shopping mall, bolehlah nak ambik feel berjalan celah-celah rumah kampung tu kan, antara cara anak-anak di perantauan melepaskan rindu kat kampung KAH

kalau zaman kanak-kanak dulu syorgaaa nya lahai beramai-ramai serbu rumah ke rumah pepagi raya tu, kan...kutip duit raya..zaman kS dulu ada la beberapa rumah yang bagi 'not singgit' tu
kebanyakan bagi syiling..dapat syiling paling besar '50sen' tu syok abis dahhhh.
lagi tak berat handbag tak balik aihhh
tapi kebiasaannya dalam kul 12tengahari tak balik lagi..dah agak dahh kejap pastu boleh nampaklah ayah kS naik motor meronda kampung cari anak dia, 
kalau terserempak abislah kena culik bawak balik rumah..hihi
mandi tukar baju nak pergi beraya kat rumah tok&tokwan sebelah mak kS pulak...camtu juga kalau sebaliknya. bila beraya rumah tok&tokwan sebelah mak dulu...petang hari raya pertama mesti balik rumah tok&tokwan sebelah ayah pulak. 
kira hari raya pertama tu dah dapat jumpa makbapa sedara sepupu sepapat kS untuk kedua belah mak dan ayah...semua sekali harung dahhh
hari raya kedua baru mula nak berjalan ke rumah sedara mara pupu-pupu pulak..hehe, sepupu sepapat mak ayah kS lah maksudnya tu lebihkurang :)
camtu lah lebih kurang seingat di ingatan...memori hari raya di zaman kanak-kanakku.

 


July 9, 2015

#cabaran 20Hari | kuih raya paling best

tajuk ke-13 untuk #cabaran 20Hari PuasaRaya 2015

bila tengok gambar, boleh agak tak apa ke nama kuih yang menjadi pilihan ter 'best' di hati kS ;D
yup! "REMPEYEK",...kuih goreng-goreng juga yang jadi kesukaannya pun,
nak buatnya pon senang katanya...tapi seingat di ingatan tak pernah la pulak buatnya pon..haha
so, situ letak siap-siap #3tips kalau mahu berjaya dalam projek rempeyek hebat ni suatu hari nanti
boleh tengok kat gambar akak cun ber t.shirt merah tu, #pinjamgambarkatsuratkhabar
sila baca tulisan kaler merah tu
kepada yang jenis kaki cepat semut-semut tu... maybe kena curi-curi melunjur sesekali kot :)
buat sendiri paling terbaik,..boleh ikut selera nak letak kacang berapa biji lagi-lagi yang sensitif makan kacang keluar jerawat tu ;D
nak letak ikan bilis berapa ekor, ikan bilis mahal ke ikan bilis mata biru ke?
satgi boleh buh nama rempeyek bilis mata biru...awwww :D

ok, dah-dah la merapu sangat la pulak ayatnya pon,... esok-esok boleh dah, elok sangat dah kalau nak mula pi cari beli stok rempeyek tuuu :)

 

July 8, 2015

#cabaran 20Hari | Budget raya

#cabaran 20Hari untuk hari ke-12 


Budget raya?
nak cerita apa ni, serius tak ada idea...tak kan nak bentang budget ala belanjawan Perdana Menteri kot..hehe
Dalam kepala..dok nampak "shopping" ja la bila sebut budget raya ni, ya la..peruntukkan untuk persediaan nak raya,
nak beli itu nak beli ini katanya...tapi bercintaaanya lahai nak keluar pi mencari belinya pon di bulan puasa ni..tambah lagi bila nak membeli ditemani anak bertiga ni,
aci dak kita pakai apa yang ada aje laa???

jangan dilupa sedia juga sket peruntukan untuk duit raya nak masuk sampul,
pastu peruntukan nak book tiket balik ke kampung, tak dapat tiket baru pikir ke duit minyak duit tol...masalahnya, ada kekuatan ke nak drive sampai kampung???
ikutkan hati "jualikan" ku ini..dok diam-diam kat umah ni je la, jimat segala..masak makan tengok tv tido..kera sumbang sangat kot camtu....kesiannn uittt kat anak-anak.

Apa pon, ada masa lagi ni..chaiyok!!
semoga aidilfitri tahun ni dapat diraikan secara bersederhana tapi dipenuhi dengan kebahagiaan juga keceriaan untuk kita semua, in shaa Allah.






July 7, 2015

#cabaran 20Hari | lagu raya pilihan


#tibamasamainlaguraya


yeahhh!..#cabaran 20hari dengan tajuk paling menarik.
Jom dengar lagu raya  "koleksi lagu terbaik puasa raya dulu dan sekarang"
tengok..tajuk pon dah dekat-dekat tu..dengan cabaran 20 hari puasa raya 2015 efg-kbba :)



July 6, 2015

#cabaran 20Hari | tetamu raya paling ditunggu-tunggu

#cabaran 20Hari untuk tajuk ke-10...tetamu raya paling ditunggu-tunggu?


Asiklah menjawab cabaran dengan mengenang kenangan silam,..
jadi untuk tajuk hari ni jom try jawab secara pandang ke depan pulak...
In shaa Allah lagi 2minggu camtu dah nak raya..so, siapa tetamu raya yang ditunggu-tunggu tu? rasa-rasanya???
seakan menjadi trend sekarang ni kalau nak datang beraya mesti telefon dulu bagitau tuan rumah,
macam nak kena minta izin datang beraya pulak bunyinya...
satu sebabnya risau menyusahkan, jadi kita call dulu kalau suara tuan rumah macam mengundang tu sedap hati sket la nak datang,kan...hihi
siap bagitau tak payahlah susah-susah masak apa-apa la..
risau membebankan tuan rumah nak menyediakan hidangan, ke nak bagi masa kemas rumah ke sket al-maklumlah ada anak2 kecil tu kan, hihi
dan..itulah tetamu yang ditunggu-tunggu pada kS, tetamu yang tetiba teringat kat kita dan sudi datang menjengok sahabat ke teman ke kawan dia tanpa perlu dijemput..
walaupon ada yang berpendapat kalau nak kena call bagitau dulu sebelum datang tu rasa macam segan..macam akan lebih menyusahkan tuan rumah nak kena sediakan juadah itu ini..
eh,itu tuan rumah punya pasallah...ada rezeki kita, adalah juadah terhidang..klau sebaliknya pon..
ingat niat asal kita nak menziarah,kan..
tapi bila bawa anak-anak macam kS ni..mulalah mulut sorang-sorang tu kan
nak air la,kuih raya takde ke?...hehehe,sabar jer la.

tapi tu lah,kalau kS sendiri lebih suka kalau di bagitahu..sempatlah nak sediakan apa-apa yg patut, nanti tetamu dah sampai bolehlah terus duduk berbual-bual tak perlu nak terkocoh kelibut buat itu ini lagi kat dapur.
kS juga akan rasa lebih selesa menerima tetamu bila rumah sempat dikemas lebih kurang...

macam lari tajuk sangat la pulak ni
...meh nak ulang lagi sekali...tetamu raya paling ditunggu-tunggu tu pada kS adalah
tetamu yang dah call bagitau nak datang tapi tak sampai-sampai pon lagi..
memang tertunggu-tunggu la tuan rumah :D

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup


#cabaran 20Hari | kenangan terawikh di surau/ masjid masa zaman kanak-kanak

#cabaran 20Hari untuk hari ke-9
Baru nak publish cabaran semalam?
ayyooo,lambat!
nampak sangat zaman kanak-kanak tak pergi solat terawikh kat masjid,
jangankan kat masjid, kat rumah pon tak buat..dah nama pon kanak-kanak, ye dak :)


eh, chopps! walaupon tak solat terawikh tapi masjid hari-hari kS pergi tau..
sebab masa kanak-kanak duduk dengan arwah tok&tokwan
arwah tokwan kS siak masjid..automatik kS dan tok wajib ke masjid setiap hari especially untuk solat  sebelah malam dan subuh.
solat je mana yang nak, takmo solat baring ceruk dinding baca majalah al-ain...banyak tokwan kS kumpul kat satu sudut masjid tu...cucu dia ni lah rajin dok kelebeknya pon..hihi
pagi-pagi pulak ikut tokwan bersihkan halaman masjid..tokwan mesin rumput kS cakar dan kumpul daun kering..trim dan siram pokok bunga juga
pagi jumaat lagi seronok boleh main air sambil temankan tokwan cuci bilik air juga bilik orang ambik wudhuk tu,..ada kolam besar sangat untuk wudhuk celup-celup tu tapi kanak-kanak di larang keras naik ke situ.
..pastu vacum carpet dalam masjid..bila vacum kat tangga mimbar ada chance la naik duduk kat kerusi macam kerusi raja-raja atas mimbar tu sambil pegang tongkat sakti yang tok imam pegang sambil baca khutbah tuuu..
pastu on microphone test suara..onetwothree, bergema suaraku seceruk angkasa..haha
pastu nampak tokwan cekak pinggang berdesup turun tangga mimbar..
indahnya kenangan zaman kanak-kanak bersama tokwan..
al-fatihah untuk arwah tokwan yang juga telah dijemput pulang ke rahmatullah di bulan ramadhan yang mulia ini.

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup