June 30, 2015

#cabaran 20Hari | menu wajib bulan puasa

#cabaran 20Hari masuk hari ke 4..dengan tajuk "menu wajib bulan puasa"
bila macam dah terlambat,..dah petang pon..idea tak mari pon lagi ni...
tengok kat bloglist...efgiers semua dah publish plak tu
mulalah nak jengok blog orang tu orang ni...cari idea lah kononnya
tapi.............

Bertabahlah hati...
tak aci tauuu..adikabangkakak efgiers, awat upload semua gambar makanan best sangat,
kenyang telan air liur dah ni haaa ;)



pastu...pastu idea yang dicari tetaplah tak dijumpai..kenapa pikiran sangat tak sporting ni???

untuk tak menghampakan tetamu yang sudi singgah ke blog kS pada hari ni...

menuwajibbulanpuasa

sebbaek ada sekeping gambar juadah ringkas untuk berbuka ni
tapi sebetulnya, kat rumah ni hanya kurma yang menjadi perkara wajib ada untuk berbuka
bubur lambuk kebetulan sahaja adanya..sesekali singgah ke masjid adalah ambik sebungkus dua.
ribena sejuk pula atas permintaan anak-anak yang berpuasa sekejap-sekejap..hehe
sebok melayan kerenah anak bertiga di saat-saat nak berbuka...tak ter'snap' walau sekeping pon lagi juadah ramadhan kali ni...entahlah, apa cerita sudahnya diari ramadhan tahun ni???


June 29, 2015

#cabaran 20Hari | Resepi hidangan sahur paling ringkas

#cabaran 20Hari Puasa Raya 2015 masuk hari ketiga.
nampaknya tajuk yang diberi masih berkaitan dengan cerita sahur..kira kalau nak buat sambungan cabaran semlm pon boleh ni..tapi, tapi bila ada perkataan "resepi" kat tajuk tu
silalah kembali ke pangkal jalan, ke ceruk dapur tu haa jangan nak berangan sahur kat luar bagai..hihi
sila balik ke ceruk dapur selongkar apa ada...ketung-ketang-ketung-ketang ketuk-ketuk kuali

dann taraaaa..

stok vono memang sentiasa ada dalam kabinet dapur tu untuk sarapan anak2, ke makan tengahari ke petang pon boleh...janji ada benda nak hidang bila anak minta makan.
stok penyelamat bila terlambat bangun sahur, pastu blank taktau nak masak apa..
cuma perlu grill roti kat kuali sapu planta tabur garlic sket ke oregano ke sket..haa,terus jadi omputih
ber"mushroom soup" bagai..hihi
nak buat garlic bread tu kalau guna roti wholemeal lagi terangkat rasanya..
sedap jugaklah..bleh la nak buka selera sahur hujung-hujung dekat nak raya nanti...selalunya mood makan nasi pepagi dah hilang bila di hujung-hujung ramadhan.
yang pasti,..tetaplah tak boleh nak lawan dengan si pembuka selera goreng gelama masam kul 5pagi,
dia punya semerbak menusuk tu boleh buat jiran bangun cari nasi kot..hehe

ohh..maaflah gambar garlic bread dihidang bersama mushroom soup vono masih dalam angan sebenarnya...masih dengan selera tekak melayu buat masa ni

resepi?
nak buat mushroom soup tu..cuma perlu ikut jer apa yang tertera kat belakang kotak
tapi kS selalu adjust ikut siapa nak makan..kalau untuk anak-anak elok lebihkan sket air panas tu,
biar cair sket supnya, dah nama pun sup segera, paham-pahamlah kan.
tak lengkaplah hidangan mushroom soup tanpa garlic bread...cemana nak buat?
dah ada kat perenggan kedua tu..garlic bread cara kS, cubalah :)

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

June 28, 2015

#Cabaran 20Hari | Pengalaman bersahur

Tajuk #cabaran 20hari | Hari Kedua adalah "pengalaman bersahur".
Semalaman jugaklah dok memikirnya..huh, memang terasa mencabarnya #cabaran 20Hari di bulan ramadhan ni gu pulak dengan mood menulis yang tak seberapa ni.

janganlupa,bangunsahur
#inikanpuasa

nak cerita pengalaman bersahur yang mana satu ni?
haha..bunyi macam banyak sangat pulak pengalamannya...pengalaman alarm handphone hilang deringnya kah atau pengalaman mimpi sedang aminkan doa imam kat surau,..bila tersedar diri rupanya memang betullah ada suara imam surau baca doa selepas solat subuh daaa pon?
hurmmm..tu pengalaman tak best tu.
meh nak cerita yang luarbiasa sketlah...macam bersahur kat luar, mencabar tu kalau dengan anak kecik sederet nih..padahal nak pi mamak jer ponnnn.
jadi memang jarang sangatlah nak keluar bersahur kat mamak tu.
tapi ada satu lagi jenis pengalaman bersahur kat luar yang sangat kS tunggu-tunggu ialah bersahur dalam perjalanan balik kampung untuk berhari raya..yeah! mood raya!!!
memandangkan en.suami suka memilih untuk memulakan perjalanan balik ke kampung selalunya pun di kala hari masih gelap 3-4pagi...jadi pilihan menu untuk bersahur kat drive-thru sahaja.
haaa'haa..pecah rahsia tak boikot mcD *time darurat jer tau.
musim perayaan memang tak boleh nak merancang bersahur kat RnR...sesak oihhh, jangankan nak beli makanan, nak park kereta pun payah tu tak campur lagi kalau anak tetiba bangun cakap nak buang air..kelibut sarungkan diapers..hehe.
silap haribulan bersahur dengan roti beli kat Petronas..huhu, memang kena standby siap-siap dah yang tu bila bawa anak-anak kecik berjalan jauh-jauh ni.
yang penting dalam hati tetap gembira sebab nak balik kampung,kan..sahur apa-apa pun ok je..hee
nanti dah kat kampung dapat bersahur bersama mak ayah yang dirindui..sabar2x
aippp..pikir perut en.driver a.k.a en.suami tu sama...sedih tau orang tu tak dapat beraya bersama adik-beradik di samping ayahanda tercinta lah dia kalau kena gilir beraya kat Kedah..heee.

ok, dahhh..nak blogwalking baca pengalaman bersahur kawan-kawan pulak.
Selamat Berpuasa :)

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

June 27, 2015

#Cabaran 20Hari | Erti Puasa aiezzaSue

dengan lafaz Bismillah, kS memulakan cabaran untuk hari pertama ini.
dengan penuh pengharapan...semoga tidak kecundang di pertengahan jalan.
bukan saguhati yang dikejar...opsss, bulan pose takmo cakap tipu..takde sapa takmo hadiah aihh, heee

cabaran20hari, ertipuasa
 
#cabaran 20Hari | Hari Pertama
Bila bercakap pasal puasa, macam-macam jenis puasa pon ada tapi untuk cabaran ni..
semestinya bila tibanya bulan ramadhan menandakan tibanya....

*bulan yang diwajibkan kita untuk berpuasa...menahan lapar dan dahaga di siang hari

*bulan di mana setiap amalan baik yang kita lakukan akan dilipat gandakan pahalanya

*bulan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, memohon keampunan taubat atas segala dosa

*bulan yang bukan sekadar mengajar kita menahan lapar dahaga tetapi juga
bulan untuk kita mendidik hati dari melakukan kerja sia-sia seperti mengumpat, membuat fitnah, mudah marah dan macam-macam lagilah benda-benda negatif tu.

*bulan yang banyak mengajar kita erti kesabaran yang sebenar...jangan dilayan stress, marah-marah dan sebagainya tu yang boleh mengganggu ketenangan otak dan organ badan kita kerana bila perut kosong jika otak stress kesihatan kita boleh terjejas.

*bulan yang mengajar kita untuk berjimat cermat, sebab tu kita digalakkan membuat persiapan menyambut ramadhan dan syawal sebelum menjelangnya puasa, sebab bila di bulan puasa ni dah kurang mood nak membeli-belah tu..hehe, cuba check hati masing-masing...kalau masih ke arah yang sebaliknya tu, muhasabah diri cecepat...*peringatan untuk diri sendiri juga :)

*bulan ini juga bulan yang mengajar kita untuk menjaga kesihatan.
kalau sebelum ni asyik makan sahaja kerjanya, kini tibalah bulannya untuk kita memberi peluang segala organ badan untuk berehat, organ penghadaman, organ pencernaan, organ hati untuk aktiviti pembersihan,menukarkan lelemak lebihan dalam badan menjadi tenaga,..ok bab ni jangan lelebih,
seelokknya kita bagi yang lebih arif untuk menerangkannya.
pandekkata..badan kita pon nak service juga..bukan kenderaan saja :)

alhamdulillah, berjaya senaraikan sehingga 7 erti puasa yang difahami setakat ni...sekiranya ada tambahan sila tambah ya, kS sangat menghargainya.

Marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan tanda kasih sayang kita kepadaNYA..buatlah yang terbaik untuk Allah swt. kerana kita sayangkanNYA,
bukan semata-mata kerana perintah.
amin.

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

#Cabaran 20Hari Puasa/Raya 2015

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. 
Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari ini, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 
Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

June 25, 2015

3 fasa di bulan Ramadhan


thursday ponnn bolehhh...wordless, ganti semalam punya tak buat.
hiks ;D

Bayar tunai jer sekarang...

entry copy paste nampaknya hari ni...???

danbo, robot, kotak

sama-samalah kita berpesan-pesan,
janganlah ada sinis apalagi mengumpat mengata pada orang lain
sebab setiap apa yang terjadi kepada kita adalah takdir Allah swt.
kita hanya mampu merancang tapi yang menentukannya adalah Allah swt.

apa yang kita sinis-sinis, umpat semua tu akan dibayar tunai kalau bukan hari ni,
mungkin esok atau lusa...
kalau bukan kepada kita mungkin kepada anak cucu kita.

sebenarnya..inilah yang telah terjadi kepada diri sendiri..rasakan..rasakannnn
inilah akibat yang diterima sebab sebelum ni ada tersinis walau hanya di hati...
masa lalu punya ceritalah ni......
kekononnya...*masa tu la,kan
kita ni hairanlah...apalah korang ni kalau setakat entry copy paste..siapa-siapa pon boleh buat
baik tak payah buat blog kalau setakat nak copy orang punya pastu paste kat blog kita, ye tak?
pastu lagi membuak-buak rasa sinisnya ke blog copy paste bila terbaca pulak kat blog sorang hamba Allah tu...dia sound direct jer
lagi-lagi kepada yang letak iklan bagai tu katanya...tak terfikir ke akan keberkatan hasil yang diperolehi dari iklan tu kalau entry setakat copy paste orang punya???

dan..kini blog si mama notaharian pon dah berkecah dengan entry yang di copy paste
kenapa?
apa yang dikejar si mama notaharian tu agaknye ye???


rasakan, rasakannn...
rupanya apa yang terdetik tersinis dalam hati suatu masa dulu dah dibayar tunai sekarang
sudah sampai kunfayakunnya..itulah yang ditakdirkan kepada kita.
namun ku rela berkongsi di sini
demi sebuah keampunan demi berbuah-buah peringatan.

Kita ini hamba kalau boleh janganlah sesekali mempertikaikan kehidupan orang lain
apatah lagi sinis-sinis kepadanya walau sekadar dalam hati.
Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

June 24, 2015

Kecantikan semulajadi bersama Madeena Skincare by Helenz Signature

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

 

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Khas untuk pembaca blog "catat. elok-elok", saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'.
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.
Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Bubur lambuk ala Kampung Baru

siapa ada pengalaman beratur panjang untuk dapatkan sebungkus bubur lambuk Kampung Baru???
macam mana rasanya, eh?

kS ada simpan sekeping resepi bubur lambuk ala Kampung Baru katanya
tak ingat printscreen kat mana
mohon izin kongsikan di sini...
jom lah cuba resepi mudah ni,

KampungBaru


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

June 22, 2015

Kisah "kami dan kerusi"


Luqman si abanglong - 2009 #mainbawahkerusitu
aisyah si kakngah - 2013 #mainbawahkerusitu
Aqil si baby - 2015 #mainbawahkerusitu

motif entry???
looking forward,..mana tahu lepas ni tetiba takde dah kerusi ni..ehemmms

nak minta kerusi raya lettewwwww :D :D :D

June 21, 2015

Giveaway bersama Wayne Harraz

Assalamualaikum wbt.
jom join giveaway...
hadiah makan-makan di bulan ramadhan adalah sesuatu yang menarik perhatian :)



klik banner di atas untuk sertai

Penyertaan di buka dari 18/6/2015 - 30/6/2015

June 19, 2015

Hadiah gembira di jumaat pertama Ramadhan

Diari ramadhan masuk hari kedua...
Alhamdulillah sahur hari kedua ada rezeki makan nasi...
hari yang excited,
last day anak exam kat KAFA..seminggu anak exam seminggu lah malam-malam mama mengulangkaji..
bukan jenis nak baca buku si abang long ni bila sensorang..sbb dia dah tahu semua katanya..
confident level tu tinggi sangat, tu yang merisaukan tu


petang pulak "report day" 

jom ke sekolah jumpa cikgu ambik "report card" si abang long.

Alhamdulillah, syukur terima kasih..satu permulaan yg baik untuk abang long,
Cikgu kagum..parents kawan2 respek
abang long dapat nombor 1 dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ni.

lepas ni tak perlu nak takut budak itu budak ini dah..cikgu kelas pon dah pesan...part ni si mama setuju lah sangat kalau confident level nak menggunung kinabalu pon.


ohh..smpai masanya untuk kS mengolah ayat mengikut tatabahasa yang sepatutnya..di notaharian ni sebab si abang long sudah mula berminat untuk membaca kisah silamnya sejak 6tahun lepas..
sendiri tulis pon langsung dah tak ingat apa yang ditulis masa tu???



June 18, 2015

ramadhan 1 penuh kesederhanaan

Assalamualaikum wbt.

Berlalu sudah ramadhan pertama,
...alhamdulillah berjaya melepasinya walau agak kelibut jugaklah nak menyesuaikan diri
hari pertama harus berjela kalau nak cerita kelibut ramadhan si emak beranak 3 tahun ni
memasing ada karenahnya
dengan si kecil pon dah mula bangun berpaut nak berdiri meniti bertatih
pantang kita toleh belakang sekejap dia dah terlentang...alahai cian adik aqil,
bergegar kepala terhempas ke lantai.
abanglong dan kakngah pasti itu ini ceritanya, tak terkarang dah si mama kat notaharian dia sekarang :)

Paling sentimental untuk dikenang di ramadhan pertama tahun ni...si mama terlewat bangun sahur
salahkan alarm hp yang tak berbunyi..hehe,
dah tak cukup masa kalau nak masak...makan roti sapu mentegakacangcoklat :)
dan minum calciyum la kita
takpe..makan kurma pon dah lebih dari cukup sebenarnya, kan...heee

kurma,madu

kapaltangki,hilang,ditemui

Lega hati dengan berita penemuan kapal tangki MT Orkim Harmony semalam
kapal yang hilang sekaj Khamis lalu telah di sahkan ditemui di perairan Kemboja pada 1 ramadhan.
dengan kesemua anak kapalnya selamat.
sapa tak risau,kan..lagi lah sejak menjak kebelakangan ni negara kita asyik dilanda ujian demi ujian.

apapon...
"sesungguhnya yang baik-baik itu datang dari Allah  dan yang buruk itu datang dari kita sendiri".

June 17, 2015

Ramadhan tiba!

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.


Review | Bizkad Murah beli 10 percuma 10

KAD BISNES MURAH | BELI 10 PERCUMA 10 | Wooowwwww ! PROMOSI TERLAJAK MURAH SEMPENA RAYA YANG BAKAL TIBA NI. Dengan hanya membeli 10 kotak bisnes kad anda akan menerima 10 kotak lagi!!  Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan ni ! Kenapa perlu ada Bisnes Kad? 
  • Salah satu medan promosikan produk jualan anda.
  • Satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  • Menambah kenalan dan network lebih luas.
Kepentingan kepada Blogger, bisnes kad atau blogger kad ini sangat penting. Lagi-lagi blogger #retis dan #otai amat memerlukan Bisnes kad bagi meningkatkan lagi branding Blog disamping menambah kenalan blogger. Pasti susah jika rakan baru mahu mengingati nama blog anda, bukankah Bisnes kad banyak membantu?

Sekiranya anda mahukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah pakej yang lain:
  1.  1 box/100pcs = RM26
  2.  3 box/300pcs = RM53
  3.  5 box/500pcs = RM75
  4. 10box/1000pcs = RM110 (Free 10box)
*harga tidak termasuk design dan postage
bizkad murah

  • Material : Art Card Matt Lamination
  • Jenis : 260gsm art paper
  • Kalis Air
  • Elegent dan profesional 
  • Tahan Lama berbanding kertas biasa 
  • Laminate yang tidak licin dan tidak bersinar
  • Warna lebih tepat dan cantik
Sticker murah

Sekiranya anda mahu selit tempahan sticker, pakej kad kahwin murah, banner, bunting, dan lain lain perkhidmatan printing.. Boleh hubungi:

Dalizgrafix
IG :  @dalizgrafixWhatsapp: +6012 3644 805
WechatID: dalizgrafix2
Facebook : Adam's Print Shoppe / dalizgrafixEmail: dalizgrafix@gmail.com

June 16, 2015

AWAS! amaran buat wanita yang obses pada kecantikan dan ibu menyusukan anak

Promosi Shaklee untuk wanita, ibu yang ingin cantik dan menyusukan anak

JANGA ABAIKAN MESSAGE INI
Tunggu.....!!!!
Jika anda wanita yang amat mementingkan PENAMPILAN, KECANTIKAN disamping kekal SIHAT serta IBU YANG MENYUSUKAN ANAK,
Ada sesuatu yang anda perlu tahu dari kami
Nanti......!!!!
Teruskan pembacaan anda. Mungkin dengan pembacaan ini akan mengubah persepsi anda tentang kepentingan pengambilan makanan yang baik lagi menyihatkan. 
Nak tahu...!!!!
Baiklah.. Kami bagi tahu..
Bagi mereka yang mementingkan kecantikan dan penampilan, anda mungkin perlukan beberapa perkara di bawah:
1. Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan protein non-GMO yang pastinya selamat untuk di ambil serta keberkesananya yang di jamin. Sangat bagus untuk mereka yang inginkan KULIT HALUS JELITA dan juga IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK.
2. Vivix
Ya.. anda tidak boleh MENYEKAT PROSES PENUAAN. Tapi anda BOLEH MELAMBATKANNYA. Dengan Vivix, ia mampu mengekakan khasiat kulit berseri, rambut , kuku dan juga otot yangsihat di samping MENGURANGKAN jeragat dan juga meningkatkan sistem immun tubuh anda. Ini lah TONIX AJAIB dari Shaklee
3. Vitamin-C
Oh Vitamin-C tentunya sudah ramai yang mengatahui akan kebaikanya. Tapi, kelebihan Vitamin-C keluaran Shaklee amat BERBEZA. Ia mampu menjadi sumber Vitamin-C sepanjang masa kerana sifat SUSTAINED RELEASED hasil dari inovasi Shaklee sendiri. Memang TERBAIK...!!!
4. Alfalfa
Kulit anda pastinya tidak boleh mengelak dengan rasa gatal-gatal, kusam, kurang bertenaga, keradangan dan alahan. Dengan Alfalfa, masalah kulit anda pasti dapat di atasi. Dengan formulasi Alfalfa yang tersendiri dari Shaklee, ia umpama RAJA HERBA yang harus di miliki oleh setiap wanita disamping khasiat utamanya untuk mengawal MASALAH DALAMAN WANITA. Satu lagi kahsiatnya ialah untuk MENAMBAH kuantiti susu badan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
Nah itulah 4 produk utama dari Shaklee yang wajib anda PARA WANITA DAN IBU yang mementingkan kesihatan serta kecantikan.
Tapi TUNGGU....!!!!! 
Teruskan membaca. Ada banyak promis-promosi hebat yang Shaklee tawarkan pada anda bagi menghargai pelanggan setia kami.
4 Perkara yang anda patut grab cepat-cepat bulan ni
1. FREE Vitalea yang berharga RM 90.00 dengan pembelian mana-mana produk yang anda suka dan daftar keahlian.
2. Dapatkan FREE membership dengan pembelian melebihi RM 700 - 800  
3. Pastinya setiap pembelian dengan Papaglamz anda akan mendapat POSTAGE FREE. Biar kami menanggung kos penghantaran barang yang anda ingin kan.
4. Pastinya dengan menjadi ahli, setiap pembelian Shaklee akan memberi mata ganjaran cash pada anda. Terbaik kan? Dapat sihat.. Dapat cuba produk.. Siap dapat cash back lagi. Lagi best kalau sama-sama menjadi agent. Tiap-tiap bulan masyuuukk..!!!
Itulah 4 perkara yang harus anda grab bulan ini. Cukup tak? Tak cukup...??
Nanti..!!! Ada lagi tawaran khas dari Shaklee yang best...
Dengan pembelina set-set kesihatan seperti di bawah, anda berpeluang mendapat pengurangan harga sebanyak 5% dari Shaklee. Di tambah jika anda mendaftar sebagai ahli, anda juga berpeluang menikmati harga ahli untuk semua produk shaklee iaitu 20-25% lebih rendah dari harga asal. Memang berbaloi la.
Ada lagi Papaglamz nak kongsikan pada anda semua.
Tentunya testimoni pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan produk-produk dari shaklee
Nah itulah tadi promosi-promosi mega dari Shaklee untuk anda semua. Jika anda perlukan sebarang maklumat atupun nasihat tentang nutrisi, jangan segan hubungi kami, "RAKAN NUTRISI ANDA"
-sekian-