May 31, 2015

jalan-jalan cari baju raya di Kompleks PKNS Shah Alam

Kalau semalam2 tu entri perancangan si anak bila tibanya cuti sekolah,
entri kali ni..ehemm, perancangan si emaknya lah pulak bila tibanya cuti sekolah...heee

alkisahnya, bila cuti sekolah macam ni lah baru rasa bernafas sket
baru ada rasa nak buat something untuk diri sendiri...macam keluar beli baju raya ke,..eh?
yes!..shopping :D
bertemankan 3 kekanak riangria..kami ke kompleks PKNS Shah Alam.

itu ini itu ini...tak jumpa pun lagi baju rayanya..
pasal baju raya tu...entri akan2 datang lah kita sambung cerita kot
sebab ada lagi benda yang best kat ruang promotion dalam kompleks buat masa ni

The Great Asia Bargain Corner!

asia, bargain,

asiabargain, sale

shahalam,googlepic, may15


baju raya takde...nak cari periuk raya ke pingganmangkuk set gelas jug baru untuk raya..banyaklah :)
harga memang menggoda sangat,..tinggal nak fikir secara waras atau tak sahaja :)
"Spongebob"..macam-macam ada, sebbaik si abanglong tak mintak yang bukan2, 
besar dahhh anak mama.

May 29, 2015

Tips bangun pagi dengan bergaya

Hari terakhir persekolahan,...yeay! esok cuti.
itu inilah memasing dok senarai..perancangan sepanjang 2minggu cuti persekolahan
tak terkecuali anak kS...yang baru sepenggal mengenali apa itu persekolahan.
Alhamdulillah, penuh kedatangannya setakat ni,
exam pertengahan tahun dah selesai, dah dapat keputusannya pun...alhamdulillah.
kira ganjaran sangatlahlah cuti ni...kepada Luqman, tahu apa perancangan pertamanya esok?




May 28, 2015

PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015

May 27, 2015

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA


Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA

RCC STEVIA SWEETNER | Beralih Kepada Gula Semulajadi


Royal Stevia Sweetner (RSS) merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti. 

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq

May 26, 2015

Produk Review | Kambing Perap Sos Ladahitam ZGNS


Kadang-kadang kita tak  tahu nak makan apa kan?
Rasa macam menu sama jer hari-hari..
Rasa macam dah cuba semua menu..
Jemu...

Apa kata kita cuba menu western pulak. Sendiri masak punyer...puashati!!

Jom cari kambing perap sos ladahitam Zulls Grill N Spices (ZGNS), pastu korang bakar /grill dan hidanglah ikut citarasa korang.



May 25, 2015

sesuatu tentang 'kucing' yang kita perlu tahu;

takut,kucing

kamoo yang suka kucing mesti lebih berminat datang baca entri kS kali ni berbanding kamoo2 yang tak suka a.k.a takut kucing, betul tak tekaan KS ;)

May 23, 2015

Harum manis ayah tak kurang hebatnya

Kedah negeri jelapang padi, nun ada sepohon harum manis kesukaan ramai :)

May 22, 2015

REVIEW SAYIDAHNAPISAH | SI CERIA BERPIPI MERAH






Review EFGiers kali ini adalah dia yang mencintai kaler coklat, pink dan purple...



May 21, 2015

REVIEW PRODUK | Q' SARRA BEAUTY SKINCARE

Q'SARRA BEAUTY SKINCARE

Produk Q'Sarra Beauty Skincare adalah produk kecantikan dari Malaysia, selamat digunakan dan dijamin berkesan serta telah mendapat kelulusan GMP Dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tak perlu ragu-ragu jika digunakan.

produk hilangkan jeragat


May 19, 2015

Review Aku Penghibur | "ACIKstyle"

unik,versetail
Aku penghibur? 
Apa yang nak di hiburkan? 
Macam mana nak menghiburkan?


Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com
Unik dan versetail. 
Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. 
Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. 
Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". 
Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging acik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. 
Acik juga seorang yang 'low profile' 

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

May 14, 2015

Review Nota Purba | si kacak 'FR' blogger yang mesti anda terjah!

Anda mungkin sudah tahu apa itu #EFG. 
EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. 
Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.

Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada di 'review'. 
Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.

Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, 
di mana 'rocka' itu menurut Fr adalah kekuatan pada dirinya untuk terus kental dalam menempuh ombak yang  mendatang...tak kiralah dalam kehidupan seharian atau di dunia maya ini sendiri.

pemilik blog penuh misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang tersendiri penuh berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah selepas ini. Sebab apa? 
Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. 

 fr



May 13, 2015

eh, aku sudah 3rakaat ke 4rakaat?

nak berkongsi..sesuatu yang sering jugaklah terjadi kat kS sendiri,
lepas baca ni tak perlu nak was-was lagilah kot, nak solat lagi sekali ke..kena ganti balik ke tak?

apapun, sama-samalah kita berusaha untuk menemukan khusyuk dalam bersolat.

hadis
-fb-

May 12, 2015

Benda pertama korang buat sebaik masuk ke dalam kereta?

YES!..on enjin dan turunkan cermin tingkap..untuk bagi laluan kepada udara panas keluar,
Nak cepat?..jalan je dengan cermin tingkap yang terbuka,berilah sedikit masa pertukaran udara 
di dalam kereta sebelum on aircond.
Jangan terus on aircond sebaik masuk ke dalam kereta...ingat tu!

kenapa?..tahu tak kenapa?
cikgu kat sekolah memandu pon pernah pesan,maasihkah kau ingatt?
Err..kat dalam buku panduan kereta korang pon ada tulis pasal ni, cuba selak balik :)


May 11, 2015

segmen cash by Inani Hazwani

Bismillah.
bersegmen lagi nampaknya si kS di hari ni :)
tak boleh nak taip panjang2...kena fokus lebih kot ada yang terlepas pandang sebab segmen macaroon sedap ni boleh tahan syarat-syarat wajibnya :)

tarikh tamat telah dianjak sedikit ke depan, klik situ..."4 mei 2015 - 22 mei 2015"

http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/05/segmen-cash-by-inani-hazwani.html




Segmen JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ


Assalamualaikum wbt.
dah tak nampak banner pinkish papaG ni kat bloglist,
baru teringat yang kS belum join...cepat-cepat check tarikh tutup penyertaan, sebbaekkk :)

Hi papaglamz,...ehem.ehemss,...here i'm :)

 Jom CatWalk...



Syarat-syarat
Mestilah mempunyai blog-YES!
Follow blog Papaglamz.com yang berwajah baru sekarang ni-DONE
Like FB page Papaglamz yang ada di sidebar sebelah kanan tu.-DONE
Follow instagram Papaglamz sekiranya ada.-DONE
Buat entri tajuk dia
SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ
dan letak banner di dalam entri serta backlink ke entri ini.

Letak link entri di dalam ruangan komen-DONE




May 10, 2015

makan-makan sempena Aqil 6 bulan

Perlu diingatkan!
sila buang semua angan nak tengok kek kalerful 6 tingkat kat sini
dessert menggoda berani mati semua tu pon tak ada kat sini
sebab......
sebab...........
meh letak gambar kuning yang entah bilanya sunday ni dulu sebagai intro;

masak, makan




May 8, 2015

jom berkebun kalau takmo nyamuk datang rumah

biar betulllllll?
kebun dan nyamuk kan ke "bff"
bila halaman sarat tanaman tepi-tepi cucur atap tu siap ada yang berkolam ikan bagai...
tapi bila ikan dah mati jejentik yang bermaharajalela...takmo2x
tahulah nak sambut seruan gst...semua kena rajin bercucuk tanam,kan.
ohhh...abaikan intro takde kaitan lagi beremosi di situ..huhu

nyamuk, takut,bungatahiayam,lavender,
-source-




yeahhhh!
jom tanam pokok-pokok ni sekeliling rumah sekarang,
di katakan...segala suku sakat keluarga nyamuk memang tak berani dekat punyalah..

selain untuk menghalau nyamuk...tumbuhan-tumbuhan kategori herba ini memang elok sangatlah ada di laman rumah penggemar-penggemar selera western macam kita-kita khensss :)

May 5, 2015

Penawar kanser 'payudara'

agak lama juga simpan keratan ni
hari ini jomlah kS kongsikan di sini semoga mendatangkan manafaat kepada yang memerlukan,
in shaa Allah.
kita hanya mampu berusaha,...sesungguhnya Allah Jua Maha Penyembuh, amin.

untuk membuat penawar yang Ustaz Sarhan kongsikan dalam rancangan di TV9 ini;
kita dikehendaki menyediakan daun semalu, akut-akut dan air zam-zam.
menurut ustaz Sarhan, daun semalu yang bila disentuh akan tertutup daunnya itu, sesuai dengan sifatnya daun tersebut boleh mengecutkan jerawat, bengkak dan lain-lain juga.
akut-akut pulak kot ada yang tak tahu...biasanya kita boleh jumpa ia melekat pada dinding rumah kayu,
kelihatan seperti tanah.

penawar,kanser,payudara


cara-cara menyediakan ubat/penawar,
  • ambil 7tangkai daunnya, ditumbuk bersama akut-akut yang bersaiz lebihkurang 3jari.
  • masukkan air zam-zam satu tutup botol.
  • baca surah anbiya' ayat 83(doa nabi Ayub yang ditimpa sakit 40tahun)
  • baca surah Al-Israk ayat 82
surahanbiya'

surah,al-israk

minta pesakit menyapu sendiri/tempek ramuan ubat tersebut pada tempat yang sakit,
pesakit juga disuruh membaca doa Syifa ketika menyapu ubat tersebut.

syifa























buat selalu, pagi petang siang dan malam.
semoga dapat meringankan sakit yang ditanggung....amin.


May 4, 2015

"wagyu steak" pilihan mereka yang bercitarasa

satu lagi makanan yang semakin menjadi viral di laman-laman sosial golongan berada
kepada pencinta steak mesti sudah sedia tahu kot akan wagyu steak
eh, kS pernah suka makan steak juga tapi selepas satu kejadian.........................??? ok, lupakan :)
lagi pula steak yang kS makan tu tak sampai pun 50ringgit harganya.

Kepada yang ingin tahu,
istilah 'wagyu' berasal dari negara Jepun iaitu "wa" yang bermaksud Jepun dan "gyu" bermaksud lembu, rupanya wagyu steak adalah daging lembu yang di import dari sebuah wilayah di negara Jepun di mana Kobe adalah ibu negerinya.
ingat tak pada projek 'lembuKobe' di negara kita sekitar tahun 2006 kalau tak salah?

yang pasti daging import yang ini bukan sebarangan daging lembu import,

me'nate,malaysia











sehingga kini, daging wagyu merupakan daging lembu nombor satu paling mahal.
selain warna, jalinan lemak di sekeliling serat daging yang dikatakan lemak otot(marbling) mungkin antara faktor yang menyebabkan daging wagyu ni sedap bila di jadikan steak.
macamana cara nak ternak lembu sampaikan dagingnya jadi sebegitu rupa,....jom google.
eh! nak ternak lembu kerrr?

selepas google, dapat beberapa fakta menarik, antaranya;
selain diurut setiap hari, wagyu @ lembuKobe tersebut akan diberikan minuman sake/beer untuk mengembalikan semula selera makan yang hilang pada musim panas....???
baca boleh percaya jangan, sila google untuk kepuasan hati memasing, ok :)
tapi, hmmm...macamana dengan perkataan "HALAL" tu?

kebarangkalian restoren di negara kita tidak menjual daging wagyu yang di import?
kerana kita ada daging wagyu yang diternak sendiri dan tidak diberi minuman sake/beer?



















boleh JJCM, kalau was-was baik jangan.
P.E.A.C.E!


May 1, 2015

letih bila hari-hari diaju soalan,...makan mana hari ni?

kS ada idea menarik nak kongsi dengan korang ni...:)
tiba-tiba jadi kS pulak?...tadak hal lah, mcam tak best jer nak taip k.Sue sini, tu jer ;D
tak pasti pulak budak sekolah tahun 2000an pernah tengok ke tak
tapi kalau zaman kS sekolah rendah dulu sekitar tahun 80an ke 90an mesti pernah tengok permainan yang kS tunjuk kat bawah tu, ingat lagi tak?

zamansekolah,




















jom turunkan kepada anak kita generasi hari ni pula ilmu origami yang satu ni
kepada yang bekerja, boleh saja guna idea ni bila sudah ketandusan idea sangat-sangat untuk memilihtempat makan setiap hari.
memang meletihkan bila hari-hari nak kena fikir tengahari nak pergi makan di mana.

kepada yang suka memasak sendiri juga boleh menggunakan idea zaman kanak-kanak kita
bila tiba-tiba macam tak tahu, tak ada idea nak masak apa.
bpleh praktikkan bila nak pilih menu untuk berbuka dan bersahur juga :)

idea,ikanopowercentre
idea

makan

Happy long week end.