April 29, 2015

para 'isteri' di luar sana mesti baca ni

saat kau sudah menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suamimu ketika ia terlelap.
itulah orang yang tiada hubungan darah denganmu namun terus berusaha mencintaimu.

sesekali saat suami pulang dari bekerja atau dari tempat perusahaannya,
pandang wajahnya, cium tangannya.
itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk menafkahi dirimu dan anak-anakmu.

padahal, sebelum akad nikah dia tak punya hutang budi terhadapmu
bahkan dia mempunyai hutang budi terhadap kedua ibubapanya.
dia memilih dirimu sebelum sempat membalas seluruh hutang budi kedua orang tuanya.

Sesekali saat kau berdua dengannya,  lihatlah suamimu,
pandanglah wajahnya dengan penuh kasih sayang.
itulah peribadi yang boleh jadi selalu menutupi masalah-masalahnya di luar rumah,
agar kau tidak turut sedih kerananya.

Ia berusaha menyelesaikan masalahnya sendiri agar kau tidak turut terbebani.

sementara kau sering mengadukan masalahmu kepadanya,
berharap ia mahu mengerti dan memberi pilihan.

padahal boleh jadi saat itu masalahnya adalah lebih besar daripada masalahmu.
namun, kau tetap yang diutamakannya.

semoga Allah s.w.t jadikan keluarga kita sebagai keluarga yang Sakinah Mawaddah Warahmah
In shaa Allah.

April 27, 2015

Selamat Maju Jaya #EFG


blogSEO,blogmobilefriendly

awesomeEFG
Keluarga Besar Kami 


Apa itu EFG?
-EFG adalah Exchange Feed group.
-Pertukaran Feed weekdays
-Blog SEO 100%
-Blog Mobile friendly
-kemahiran ENTRY SEO 
-EFG merupakan perkongsian tanpa sempadan dan saling membantu meningkatkan prestasi blog antara ahli EFG
-EFG merapatkan ukhuwah antara blogger. Walaupon jauh, tapi dekat di Group Whatsapp 😄
.
EFG BUKAN SEMBANG KOSONG
.
.
@rayyankata @anizz_annisaa @arzmoha @inanihazwani @zaidalifah_aisheteru @nazleeismail @akifimtiyaz @wayne_harraz @anajingga @aswaleylaismail @adkdayah93 @sayidahlurvechoc @nshahira88 @orangekecik @nfa.nikainaa @cikgunorazimah @aisya816 @shamieraosment @_miminadam @enyabdullah @dramaticuniq @khatyaiman1 @norazilah72 @mummy_aisy2mar @eryati @cik_iput @aerill_hassan @safurara @iris_nur @mas2986 @papaglamz

#exchangefeedgroup #efg #awesomeEFG #blogSEO #blogMobileFriendly #bukansembangkosong


List blog EFG

1. Irra
www.irrayyan.com
2. Anis
www.adnan-daughter.blogspot.com
3. Arz
www.arzmoha.com
4. Nani
www.cikmanissweet.blogspot.com
5. Bonde
www.kumahuitu.blogspot.com
6. Pcl
www.nazlee.com
7. Lya
www.akifimtiyaz3.blogspot.com
8. Ewan
www.wayneharraz.blogspot.com
9. Ana
www.anajingga.blogspot.com
10. Lela
www.isolabellaz.blogspot.com
11. Dayah
www.kanvaskehidupanku.blogspot.com
12. Kc
www.memburucintamu.blogspot.com
13. Sha
www.awansayatasana.blogspot.com
14. Cc
www.cikcandysour.blogspot.com
15. Aina
www.nikainaa.blogspot.com
16. Aisya
www.jindrisska.blogspot.com
17. CN
www.cekgunorazimah.com
18. Aami
www.shamieraosment.com
19. Mimin
www.miminadam.blogspot.com
20. Syira
www.syirasophie.blogspot.com
21. Eny
www.enyabdullah.com
22. Ain
www.dramaticuniq.blogspot.com
23. FR
www.notapurba.blogspot.com
24. Khaty
www.khatyaiman.blogspot.com
25. Azi
www.mirabeads-azi.blogspot.com
26. CikT
latitude292.blogspot.com
27. KG
www.eryati.blogspot.com
28. Efa
www.ibuadambatrisya.blogspot.com
29. Mia
www.diariemil.blogspot.com
30. Angah
www.diarijejakahangat.com
31. Nizam
www.bahejabella.blogspot.com
32. Rara
www.safurara.com
33. kakSue
www.notaharianmama.blogspot.com
34. Mas
www.masturadin.com
35. PapaG
www.papaglamz.com
36.Acik
www.akupenghibur.com
37.RahimAim
www.rahimaim.blogspot.com

38. Maisarah25
http://maisarahmyblog.blogspot.com/
39. YanieYusuf29
www.yanieyusuf.blogspot.com
40. SuriaAmanda37
http://suriaamanda.blogspot.com
41. Safwan23
http://dearfragileheart.blogspot.com

Nantikan aktiviti menarik kami #EFG bermula Mei ini;............tungguuuu :D


April 26, 2015

aura menulis

bila tiba-tiba tak datang idea nak menggedik di sini entry santai-santai di hujung minggu
sebegini pun boleh...harapnya dapatlah membangkitkan semula mood yang entah kemana tu.
ambil aura katanya :)

jurnal

April 24, 2015

Cara buat sambal tumis sedap dan kurang pedas

Mungkin ada yang belum tahu cili kering pon ada jenis-jenisnya.
ada cili kering pedas, ada cili kering sederhana pedas dan ada juga cili kering yang tidak pedas.
Antara 3 jenis cili kering ini saya belum berkesempatan mencuba cili kering yang tidak pedas itu, 
belum pernah jumpa sebetulnya.  
Terpikir juga kenapa nak masak sambal kalau tak mahu rasa pedas.
tentu mereka ada alasan tersendiri.
seorang kawan ada bercerita yang cili kering dari jenis tidak pedas hanya boleh didapati
di negeri Kelantan...kena sangatlah seperti yang kita sedia maklum iaitu makanan di negeri Cik Siti Wan Kembang kebanyakkannya manis-manis belaka, sambal tumis pun manis, betul?

Panjang betul mukadimahnya,
bak kata cikgu saya di whatsapp...blogger perempuan mukadimah mesti panjang :)

Sebenarnya semalam saya sudah terbeli sebungkus cili kering(rm2.99) yang paling pedas dek kerana tertarik kepada warna merahnya yang menyerlah.
sekali pandang cili kering tersebut sememangnya berkedut seribu, bukankah itu antara ciri-ciri cili kering sederhana pedas?
tapi bila saya asyik terasa nak bersin sejak di awal proses menggunting, membersihkan dan sebagainya itu, memang tak syak lagi...cili kering itu dari jenis  paling pedas.
Jangan membazir!

Nak tahu bagaimana cara untuk kurangkan rasa pedas pada tumisan sambal saya,
jom ikuti tips ini;

  • 1/2 bungkus cili kering di gunting untuk memudahkan proses keluarkan biji, dibersihkan dan rendam dalam air mendidih atau rebus sehingga kelihatan lembut.
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak yang berfungsi untuk menghancurkan biji cili yang tertinggal
  • air secukupnya 

Campur semuanya ke dalam blender dan kisar halus.
Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan biarkan kisaran tersebut terperap sehingga 1jam atau lebih kerana lebih lama terperap lebih sedap sambal tumisnya nanti.
Ini kerana bahan kisaran tersebut telah sebati bergaul semasa dalam proses pemerapan berbanding jika terus ditumis selepas dikisar, nak tahu betul atau sama sahaja rasanya...sila lah mencuba tips ini.
Bila mahu menumis sambal cuma tumis sebahagian yang diperlukan, bakinya boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Tumislah seperti biasa kita membuat sambal tumis...jangan lupa tambahkan gula garam secukup rasa juga air asam jawa atau sekeping dua asam keping.
Bila tumisan sudah pecah minyak boleh juga masukkan hirisan bawang besar.

Selamat mencuba :)

April 19, 2015

Siti Saleha & hujung minggu

eh,tiba-tiba....macammmm
terfanatik ke Siti Saleha...acaner tu?
istighfar2x...takmo nak fanatik sangatlah, cukup setakat suka tengok lakonan dia, kan :)

hmm...semalam, hari ni, dan esok pon siang malam ada dia kat tv tu
abislah..berhujung minggu bersama Siti Saleha jer lah ye?
paling win jumaat malam sabtu...sebagai Ayuni Safira yang super havoc ;D


baca sinopsis..Ayuni Safira ni nanti kawin dengan En.Zafran tu
hmmm...kisah rumahtangga lagikkk, haruslah nak tengok dan tengok episod2 seterusnya.
bakal terusikkah hati perempuanku ini..jeng jeng jenggg ;)

Sabtu dan ahad tetengahari plak ada ulangan Nora Elena ni...episod akhir dah rupanya semalam.
kemain laju jalan ceritanya...banyak part dah di potong
scene yang agak terkesan sejak first time tengok dulu pon takde...alaa, yang drive kereta sambil tahan sakit nak bersalin tu, sampai jugak ke hospital :)
tapi...takpe, sebab dah kira bonus dah tu..ada Aaron Aziz, kannn..hehehe


ahad...takde Aaron Aziz dahhh..abis dah Nora Elena.
boleh keluar jalan-jalan jommmm :)
tapi balik awal sketlah...malam nanti ada Siti Saleha lagi
dengan Remy Ishak plak.
penggambaran kat Kota Mostar...suka tajuk diaaa "Cintaku Tertinggal di Mostar"


















Kota Mostar tu kat Bosnia Herzegovina rupanya...cantik pemandangan kat gambar tu.
feeling2 tengok "cinta jangan pergi" la pulak
see..siap print screen dia punya sinopsis ;)


























dramaaaa sangat :D

April 18, 2015

camne nak habiskan roti gardenia yang dah nak expired tu?

lagi idea cemana cara nak abihkan roti gardenia kat dapur tu...
paling penting...simple senang dan cepat nak buat...
terpaling penting...berebut2 plak nak menikmatinya...cuba lah ;)
salut dengan badam cincang pon menarik juga..terus jadi biskut raya.



terima kasihlah datang jenguk sini hujung2 minggu ni..
meh belanja 'joke' seketul :)
Happy week end ya.



April 16, 2015

Dotters of Mohd Din Birthday Giveaway

lagi giveaway dari ahli #EFG
comelsssnye..laju-laju copy tempek sini :)


"Happy Birthday in advance...untuk dua budak comel"

JINDRISSKA First Anniversay Giveaway

Assalamualaikum...
hari ni nak join giveaway dari ahli #EFG yang sorang ni dulu...
ramai plak ahli #EFG pakat buat giveaway...kata geng, haruslah join tanda sokongan :)




Syarat-syarat penyertaan giveaway ini adalah:

  • Follow blog JINDRISSKA ni, dan bagitahu follower ke berapa (nnt aku check tau!) DONE, follower ke 480
  • Buat satu entry 'Jindrisska First Anniversary Giveaway' DONE
  • Tepek banner, dan backlink kan ke blog JINDRISSKA. DONE
  • Lengkapkan slogan : "Saya nak menang giveaway ni sebab..."
  • saya nak hadiah pergi germany,hehe...
  • mestilah sebab nak hadiah dari germany tuuu
  • Tinggalkan link entri korang di ruangan komen bawah ni.
  • Komen sekurang-kurangnya 3 entri dari blog ni(entri yg lama-lama pun ok!)
  • publish dulu yang ni...satg k.sue pi komen ;)
  • Komen mestilah komen baru, masa join giveaway ni. Sebarang komen dulu-dulu tak dikira. Kehkehkehkeh
  • Sila komen entri selain dari entri Giveaway ni :D
http://jindrisska.blogspot.com/2015/04/jindrisska-blog-anniversary-giveaway.html

April 11, 2015

potong kuku ikut giliran

dah chek kuku anak-anak?
alahai...semalam jumaat boleh pula tak ingat nak ketip kuku anak-anak...
bawa ke sabtu macam tak best sketlah
eloknya jumaatlah kan :)

tengoklah memasing punya kuku...kang berlonggok adik beradik hujung2 minggu ni mulalah nak gurau senda..end up gaduh rebut itu ini...silap haribulan ada pulak yang calar sana sini
omak jugak yang salah..asik lupa nak ketip kuku tu kannnn :D


si abang long paling win lah satu2 jari di sua ke mama untuk di ketip
sebab mama tu tak pernahnya nak ikut adab potong kuku macam abang long belajar kat kafa
tengok tengok..betul semua tahu tak :D


ok lah..snap sekeping dari buku teks untuk rujukan hari depan :)
selamat mengetip kuku secara beradab...


April 10, 2015

kongsi seketul gambar dengan 3 cerita

tetiba teringat entry hari rabu yang masih kat draft...
type lepas tgkap gambar kurma dlm kuali



























Takde apalah sgt nk huraikan kurma dlm kuali ni..just nak letak caption..sedappp menjilat pinggan..haha; giteww;)..,penangan gst nih!..tak bleh makan laukpauk luar satgi kpla bdenyut..haha

aihhh,jgn smpai angkat pinggan dah la..buruk plak nengoknya..just calit palit dgn jari cukupla..
ayu kasi control naaa

ok..stop merapu,nk tulis sket pasal chu ah sepupu mak dari kg yang 2-3hari sakit 
dah kritikal kat hospital klang.
act. xpi mlawat lagi ni..tengah tunggu info..tunggu punya tunggu smpai siap satu entry dah nmpaknya
Mana informer xreply2 pon lagi
tup2 mak call chu ah dah takdak..inna lillahi wainna ilaihirojiun

Dah msuk bln april...dua hari lepas,menatang yang dok sereyau tu mai dah sekoq..mmg mnjerit la sorang2 kt dapur..pastu beristigfar banyak2 kumpul kekuatan kasi lenyek itu lipan dengan batang penyapu..sebbaek jumpa dia dlm sink so dah penyet buka air bagi dia masuk balik ke saluran sink tu..sila berkubur di tmpat asal k..uishh dia punya gleman smpai rini dok ada lagi ni tau
dan dan teringat cerita wa timah, mak sedara yg kami pi tumpang kuarantin masa dlm pantang bsalin aqil hujung tahun lpas..
tambah seketul gambar ;)



cerita dia pasal binatang2 menjalar yg kluar dari sarang..bulan 4bln5 ni la
Umah dia kat kg skali dua pasti dimasuki ular2 berbisa. Di bulan4 ke bulan5 ni selalunya..
celah2 bawah pintu pon dia boleh menyelit masuk tauuu klau dia nak msuk apalagi segala lubang saluran air smua tu wajib beringat xbleh cuai walau seminit..tu yg elok pelihara kucing dlm rumah bleh depa tolong tengok untuk kita
Jom google knapa mengapa bln4bln5 &haiwan mnjalar berbisa..discovery channel sat:P


eh!...atas sebab tak dapat dielakkan...gambar kurma tak dapat dipaparkan...sebagai ganti buh gambar bawang 3ketui dah blend tumis kurma seketui 
...mari teka berapakah harga 3ketui bawang itu ;D

April 5, 2015

jom bijak ber "gst"

inna lillahi wainna ilaihirojiun
allah...berita sedih lagi malam ni...heli plak
meletup berkecai di udara lagi...menurut kata saksi kejadian,..opsss! takmo komen lelebih
al-fatihah dan salam takziah untuk mangsa dan keluarga.

-google-
balik ke tajuk kita ;)
entry pertama untuk bulan april haruslah "gst"!
tak perlu panik pon dengan kewujudan gst ni katanya...

rileksss...pastu jom bijakkan diri dengan amalan "4M"...nak jadi pengguna bijak takkkk?

"M" yang pertama..."Mendidik"
didiklah diri, keluarga...kawan dan semua2lah...memasing jom siap sediakan diri dengan sebanyak mungkin dengan ilmu berkaitan "gst" ni

"M" yang kedua..."Memilih"
yang ni memang dah bijak lah kan...bijak memilih barangan keperluan harian
keutamaan kepada keperluan baru kehendak...napsu membeli tu letak tepi dulu ;)

"M" yang ketiga..."Memboikot"
angkat geng boikot barangan yang sengaja dinaikkan harga dengan alasan "gst"
err...err...mcD dah kuar list boikot ekk...ramai betul sejakmenjak dah turun rege ni, tergugat iman chek;)

"M" yang keempat..."Melapor"
sesambil boikot tu..kita cepat2lah membuat laporan kepada pihak/saluran yang betul untuk diambil tindakan...

pendekata...jom kumpul maklumat tentang "gst" sebanyak mungkin
barulah amalan 4M ni lancar jadinya
*in shaa Allah saya akan link kan maklumat yang dapat dikumpul di bawah setiap "M" yang disenaraikan di atas dari semasa ke semasa.

kesimpulannya...jangan memain ada kesimpulan malam ni..hehe
jomlah kita belajar mencontohi pengguna2 bijak di negara2 yang telah sebati dengan gst dalam kehidupan seharian...tengok cemana mereka bergabung sebagai pengguna bertegas bagi memastikan peniaga2 tiada kesempatan sama sekali untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya.

sedarkah yang sikap tak ambik kisah, sikap malas itu malas ini, sikap sambil lewa sebab kita duit banyak..alahhh, setakat naik seringgit dua apalah sangat....itulah sebenarnya yang mendorong peniaga menaikkan harga.

stop kejaplah pikirkan diri sendiri semata tu..cubalah pikir kami-kami yang kurang banyak duit pulak
yang hari ke hari membilang sen demi sen yang naik sana sini.

jomlah kita pengguna sama-sama menewaskan mereka "pensabotaj ekonomi"!
jangan biarkan mereka mengambil kesempatan atas alasan "gst"...........................................................

wahhh! semangat(3x)!!!