January 28, 2015

his 3 month check up;

tok wan tepon tengahari tadi...batuk-batuk takmo nak sihat katanya
rindu aqil lah tu...asik tanya pasal aqil sajaaa
dah pi cucuk 3bulan ke belom..., sebelum2 ni pi cucuk dengan tokwan
risaulah tokwan kot di abaikan aqil, manalah tau..sebok dengan si sulung yang baru bersekolah tu. 


isnin lepas, kali pertama aqil pi monthly check up dengan mama...
kekok sketlah even dah anak nomer 3...2jam lebih oitsss menunggu sambil mengendong
aqil ek..ekk..gelisah terus bagi susu botol...tak perlu nak lari ke bilik menyusu 
ramai juga yang melepok kat bilik yang semakin cantik tu ;)


aqil ni dah biasa...tido sendiri,
takmo di kendong...lepas minum susu, sendawakan pastu mulalah nak suruh kita letakkan dia
kat klinik...cari kerusi hujung2 malap2 sket...sebbaek tak ramai sangat haritu
tepuk2 bontot..dah ngantuk sangat kot...aqil redha jer la tido kat peha mama.
sesambil menunggu tusempat jugaklah melepak kat bilik menyusu
suka aqil baring kat situ...tido seround dalam mendalah tu lepas kena inject kat peha ;D


al-kisah kelas 1intan #1


jiwa mak-mak ni biasalah
kalau boleh hari-hari nak suruh anak cerita segala benda yang dilalui masa kat sekolah
...yang best mama tumpang seronok, yang tak best mama tumpang gelisah tak senang duduk..hehe

macam cerita "nobita & giant" ni :)
.....alkisahnya, tiba-tiba dalam kelas ada watak 'giant' yang suka menyakat watak-watak 'nobita'
sket sebanyak terganggu gugatlah jiwa 'nobita' kami
tapi belum sampai tahap mama kena pi jumpa cikgu kelas lah
setakat ni nobita kami hanya di usik ketika dalam dewan (if duduk dekat2 dengan giant tu)
so...elak duduk dekat2 dialah...dah la hari-hari kena melepak a.k.a melepok dalam dewan sementara tunggu budak kelas pagi balik.

tadi...dah ada sorang mak kepada sorang 'nobita' dalam kelas tu datang jumpa cikgu minta anak dia ditukar tempat duduk...
tengok2 nobita tu cikgu tukar duduk sebelah nobita kami
kawan baik kena pindah dok nun kat belakang...
tapi keluar rehat masih sama-samalah
tadi jumpa mak kawan baik...rupanya esok lusa kawan baik akan bertukar sekolah
harap2 Luqman tak terkesan sangat bila tetiba kawan baik dah takde
pandai-pandai cari kawan baru ye
tu dah ada kawan baru datang dok sebelah tu dah cukup hikmah pada mama
...sama-sama 'nobita' lagi ;D

January 24, 2015

"bekal" as requested!

dah tetengah malam ni gigih lagi menjengok2 blogger yang up entry pasal bekal bento bagai ni
untuk anak bawa ke sekolah...sesambil cedok idea lattewww ;)
comey2 bento...memasing anak gegurl memang semangatlah nak hias bagai

meh nak cerita pasal abanglong kita yang dah sekolah tu
memacam cerita memacam ragam semua ada kat dialah...sayangnya tak terkejar nak tulis sini
super sebok sketlah mamanya ni bila abanglong request nak bawak bekal hari2...sampai sek.men. sampai universiti pon nak bawak bekal..katanya
hamboiii...penangan dapat kawan bawa bekal lah ni ;)

seminggu yang pertama,
bawa duit untuk belanja...beli kat kantin sekolah
bila tanya beli/makan apa tadi kat sekolah...hari2 jawab nasi goreng
kawannya hari2 bawa bekal..katanya
pastu time rehat makayah kawan datang teman makan kat kantin
abanglong pon join makan sekalilah dengan family kawannya tu...makan bekal orang tu sekali
tu yang dapat aura berbekal agaknya.
anyway, tqsm lah kat makayah kawan sebab tengokkan abanglong sekali kat kantin.

masuk minggu kedua..abanglong pon start bawa bekal ke sekolah
menu as requested tau!
selera 3.30pm...minum petang pon makan nasi anakku ini :)
gambar ada 4 jer, khamis nye tak snap...kemainnn, nak bawa nasi ayam
malas mamanya nak melayan..dengan sup kicap semua tu...suruh dia lunch kat rumah kenyang2 
untuk bekal just goreng hashbrown+nugget...tak makan plak dia
laju jer beli nasi goreng kantin sekolah.

ke sekolah KAFA pepagi pon berbekal
seminggu pertama tu dapat makan minum free
masuk minggu kedua dah takde dah...so kena bawa bekal untuk makan time rehat 9.30pg.
dah pepagi sebelum 8 dah sarapan kat rumah
nak bawa apa ye untuk kudap2 time rehat KAFA...mama sila buat list kudap2 yang abanglong suka ;D

January 19, 2015

one and two and three...

come on let me know if you want some more ;)


babai saturdaysunday...
abih dah sesi bangun pagi melepak guling2 depan tv.
welcome...monday!

January 16, 2015

Selamat memulakan sesi persekolahan 2015

...orang ucap selamat2 ni masa isnin first day sekolah aritu kot
hmm,...sebab masih di minggu pertama persekolahan...
mama pon beria lah nak buat gak satu entry ucap2 selamat ni ;D

ringkas jer rasanya...sementara adik aqil tido lagi tu 
haha..memula jom tengok orang first time menjahit lencana mau terkial2...
sebelum ni orang tampal lencana kat mana pon tak pernah nak amek tahu 
jahit jerrr la...nanti2 boleh jer nak cabut ubah2 tempat...
ni dah hari kelima..tengok Luqman tak kesah pon ke lencana tu..kira ok la tu :D


sekeping gambar pepagi isnin...
mesti amek "noted" sebab rasa berbaloi sangat dengan pilihan kain untuk baju2 persekolahan Luqman
yang dibeli secara kebetulan jer mulanya...
baju melayu putih pon kain licin sebab cotton dah abih stock
senang sangat nak iron...tak iron pon takpe kalau tak sempat..hehe

haa, dah beli baju melayu..selamat pergi mengaji...KAFA 8-11am,
dipermudahkan... ada yang dekat2 dengan rumah
tu pon dah kalut semacam...
tak terkejar lah nak ke KAFA kat sekolah even yuran lebih rendah dengarnya
takpelah bayar lebih sket, at least kurang letih nak berulang-alik tu, dengan jammed pepaginye...

dannn...
gambar pilihan minggu ini...di minggu pertama persekolahan
keletihan di malam hari pertama persekolahan..
jarang2 terjadi...pengsan tepi meja makan jer haaa, tunggu ayah tak siap makan lagi...
kes tak berani nak pi masuk tido bilik ke apa ni???
makan nasi tapi apsal tido dengan plastik roti plak ni...


apapun...mama mendoakan semoga Allah sentiasa mempermudahkan hari-hari Luqman
segala urusan pengajian Luqman
ameen 3x


January 12, 2015

"aqil" dah balik...yeay!

salam isnin
salam kembali ke sekolah...memacam ragamlah anak ke sekolah arini ye?
Luqman first day pergi Sk mama tak join?...anak sulung mama tu tau?
sebab...sebab mama kasihankan aqil, tak sampai hati nak angkut dia bersesak kat sekolah tu
lagipon hati mama kata Luqman mama yang bijaklaksana tu.."good boy"punyelah!

 ^
 ^
 ^

Hai!
saya Aqil...ni entry saya,kan ;)


ye...aqil dah balik shah alam khamis lepas...
sebulan jugaklah dok dengan tok&tokwan kat kampung...balik sini terus jadi boboy budiman ;D
seronok mama dengar aqil control2 suara borak dengan mama...sangat budiman.
err..borak?..yes!dah pandai borak aqil sekarang
pastu cakap slow control2 macam nak tackle awek...cool la aqil ni ;)
tak jerit macam time mintak susu...hehe
eh, tu dulu...sebulan yang lepas
now dah bagus...cakap kejap ye mama buat susu...diam jer dok situ perati mamanya buatkan susu.
"take your time mama...takmo kelibut2 satgi tak sedap susu aqil tu" ;D
........apa nak di kata, anak ketiga baru nak belajar bancuh susu formula*




January 7, 2015

ww; bersiap-siap...nak menyambut seseorang

si dia yang dirindui...ehem  ;)


abang long&kakngah macam biasalah, super excited ;)

January 6, 2015

"Fun Time" is an item on *shopping list

di mana ada ayahnye&omaknye...di situ adalah anaknye yang berdua tu
in shaa Allah, sket hari lagi adalah anak yang lagi sorang tu...
guard kat umah pon naik heran, tak nampak aqil dalam kereta,sayup2 dengar dia tanya; "mana baby"?
rindu lah aqil, dah 28hari berjauhan, 
adalah sekali dua dapat dengar suara aqil buat bunyi2 kat phone..tq aqil :)
entry ni takdelah gambar aqil..even kat intro tu asik2 nama aqil.


gambar hujung minggu ayah&mama ditemani abanglong & kakngah...
keluar mencukupkan apa yang belum cukup...ermm, stil ada yang tak cukup ;D  
if barang mama yang belum jumpa...act. 'temporary out of stock'...mama ok jer
tapi kalau keperluan persekolahan Luqman yang belum cukup...;
tak jumpa cari ke tak berapa nak bekenan ke dah sold out ke...mama is tak senang duduk.

err...
cari keperluan persekolahan kat ikea ke ;D
hehe...sambil meyelam kita minum air lah, kata nak "fun time" 
apa yang fun sangat kat ikea yang sesak tu pon tataulah...
sebbaik kaki melangkah ke Daiso masa singgah solat kat surau sebelah metrojaya...
dapat juga 2-3benda yang memang keperluan ;)


kakngah pon macam mama...masa kecik2 dululah,
keluar berjalan mesti nak beli something yang ala2 cute boleh pegang2 sambil jalan2
kali ni dia ambik daisy 1.90 tu,..pilih2 nak color merah,
ok mama setuju ;)...daripada beli belon terbang2..rm5 tu,
sebbaek tak jumpa belon hari tu, kalau tak jenuh buat pusingan takmo lalu tempat jual belon tu ;D


err...err...haruslah mama yang terlebih "fun time" di situ, kan mama yang buat shopping list, haha.

January 2, 2015

gendang gendut tali kecapi.......

ermm...sambung2 ;)
versi asli ya?.....versi merapu sukahati stail orang sekarang pon dah banyak
sampai ke lain dah sambungannya tu,

untuk sambungan entry hari ni, tentulah....kenyang perut sukalah hati :)

cuti new year...tak ke mana2, temankan paksu pi beli tiket bas
pastu singgah beli bahan pizza...
dah kata tahun ni tahun berjimat...anak nak pizza hut...kita pizza hut sendiri jer lahhh ;D

jom ke dapur mama...bersama chef jemputan iaitu "pakSu" yang hebat bab uli menguli :)


anak dara sorang ni...awal2 dah bawa kerusi dok sebelah chef 
takmo terlepas step by step cemana nak buat pizza la tu ;)

alhamdulillah...atas rezekiNYA.

January 1, 2015

a new year a new START!

may you have the pockets of Happiness
that will attract all the good wishes, this year
I am putting first wish in it,
by wishing u'olls a very.......

^
^
^
^
^


the new year is telling us
do not cry for the old year,
Opportunities are looking at us,
GRAB them and forget your fear !!!