December 25, 2015

katil 'double decker' a.k.a katil dua tingkat inspired by #ikea


*IKEA2016
katil besi jer pon, tapi harga dia buat aku pikir berkali-kali 
gembira bila suami sudi teman wife ajak meronda survey di kedai perabot. tak survey sangatlah sebenarnya, sebab bila masuk jer kedai ketiga..#kedaiperabot bersebelahan Petronas@pekanMeru,Klang
dah berjumpa katil dua tingkat ala-ala #IKEA dalam katalogfolder 
dua kedai sebelum pun ada selak katalog juga tapi tak ada pula design inspired #IKEA ni stok memang tak adalah, kena order, 3-4hari katanya.. tapi katil luqman ni satu hari jer, tiba-tiba ada stok...tiba-tiba lori dah call bagitau nak hantar katil
harga pula dalam budget standard katil dua tingkat color black kat Giant tu hari 


lepas jumpa katil inspired #IKEA ni, baru perasan, katil besi black color taklah menarik sangat pun.. hiks
*ayat sedapkan hati hati sebab katil doubledecker hitam tu sebijik design #IKEA 
ehem... katil dua tingkat inspired #IKEA kita tu kan blend baik sekali dengan bilik kuning :) 


pelan-pelan kita deco bagi cun macam gambar #ikea kat bawah ni, okey ;) 
 

December 24, 2015

15.12.15

donut,
lapan biji pemanis sempena 8tahun, kata sidia ;)
8th
Selamat Hari Ulangtahun ke-8 untuk encik almond & puan cheese ;D 
ini pulak pasangan pengantin yang telah 8tahun hidup susah senang berdua
Alhamdulillah, syukur.. terima kasih ya Allah atas rezeki kebahagiaan ini, 
bersama 3 cahaya mata yang comel lagi ceria pinjamanMU...lindungi dan berkatilah keluarga ini, ameennn.



Tempat paling selesa paling bahagia nak makan-makan di hari ulang tahun kali ni ofcourse lah kat "rumahku syurgaku" ni. 
eh, makan kat "rumahku syurgaku" pun best ajer..lagi-lagi bila puan mama diberi cuti masak memasak,
en. Husband order jer...semestinya makanan kesukaan sekeluarga ;)

cousin aku kawen

merahitucinta,
kek merah itu cinta...macam pernah tengokkkk ka?....pi selongkar "EnyAbdullah" sana :)
"Selamat Pengantin Baru Anuar&Haneem"
cerita backdate juga ni, 22 November yang lepas... 
dah sebulan lebih lah kiranya cousin aku yang ni menikah'18/11' dan kawin'22/11'.
dia pun dah balik Sarawak nun sambung kursus ke training ke apa entah program ketenteraan dia tu. 
wife tinggal sini, seronoklah mak menakan aku ada menantu nan sorang  buat peneman hari-harinya 
al-maklum anuar tu sorang jer la anaknya pun.
cepat-cepat lahirkan cucu yang ramai bagi meriah rumah tok timah lepas ni ;) ;) ;)

December 18, 2015

bersiap-siap nak ke tahun baru...


teringat-ingat kat blog...jadi, baik tulis sesuatu malam ni.
gambar bilik sarat semua humban situ membuka bicara...
kalau 2015, bilik hijau ni bilik abanglong, 2016...setelah bincang-bincang, okey..masing-masing setuju untuk tukar bilik...bilik hijau milik aisyah lepas ni.
aisyah dah angkut perkakas dapur dia masuk bilik hijau sebelum sempat dikemas nampaknya..hehe

hobi tukar-tukar suasana ke susunatur ni pada aku selalunya cuma datang mood tu time nak sambut ramadhan lah...sambil-sambil kemas sapu habuk, kita alih-alih tukarlah apa yang patut
tapi sejak ada anak dah sekolah ni...automatik mood tu datang lagi time nak beralih tahun macam la ni 
sambil-sambil kemas siap barang-barang keperluan sekolah tu kan.
kira bagi semangat kat anak jugalah, nak masuk tahun baru...suasana bilik pun barulah serba sikit.

so,...untuk semangat 2016 yang lebihkurang dua minggu jer lagi ni...jom fokus lebih sket ke bilik abang long yang telah berpindah ke bilik kuning.
major project jugaklah pada aku bila dah melibatkan kos..juga kerahan tenaga lelaki begini
suami ada baru project boleh jalan..hiks.

terapung jadinya kelapa nan sebatang tu...nanti kita cari lain lah kot, tak sedap mata si mama ni tengok.
hasrat nak berkatil double decker pun dah ditunaikan encik ayah...
gembira si emak ni haa...berjumpa bed frame yang seakan kat IKEA, jimat banyak di situ.
quilt cover ke cadar tu semua belum jumpa yang berkenan katanya..jadi sarung dulu mana yang ada.

tetaplah bawa juga ke IKEA tu, setakat pilih dan beli apa yang kita boleh angkut bawa balik sendiri :)
nak swivel chair, yang putih tu idaman hatilah dah berhari-hari dok menghafal nama kerusi kat website ikea...
sekali nak pi ambil masuk troli, out of stock sudahhhh, kecewa hati kawan..hihi
kerusi merah hujung sana tu..pilihan mama yang masuk troli akhirnya...ayah belikan juga lagi sebuah yang jenis kuning tu...habuan elak berlaku aksi tak best dek keciwi bila balik rumah nanti.

nasiblah...mama mood merah ang-ang hari tu, yang merah-merah jer la mampu menarik perhatian.
balik dengan senyuman, hati senang perut kenyang makan meatball dan chicken lemon, amboiii! baru hari ke-15 berpantang tu nak oiii :)

December 12, 2015

9hb. 9pg. @tingkat9

*ada sesuatu yang hilang, cepat cari!
hari ke-10 berpantang, ada temu janji untuk repeat scan,
EPAU di tingkat 9, jam 9pagi pada 9hb. ....dua tiga hari lepas baru
untuk makluman, sebelum naik ke EPAU, sila daftar di kaunter pendaftaran kat dewan bersalin tu terlebih dahulu , dah dapat sticker baru naik ke EPAU
kasihan tengok ada beberapa yang datang EPAU lepas tu kena turun balik ke kaunter kat dewan bersalin sana untuk daftar, boleh tahan jauh nak pusing tu.
Aku?... Alhamdulillah, baik-baik aje di hari tu.. bak kata orang putih 'smooth & steady".. aku kan serasi dengan HSB tu.. hehe
setakat sejam dua nak menunggu doktor selesai round katil kat ward lepas tu eh, boleh pulak mesin scan kena sorong masuk ot nak pinjam..hihi.. sabarrr, doa yang baik-baik untuk yang kat dalam ot tu.
bila doktor datang.. mesin ot datang :)
antara ramai-ramai yang datang pagi tu, aku yang pertama di scan, aku yang pertama boleh balik.. eh! mestilah, aku yang pertama datang kot.. ok, tipu.. 
ada jer seorang dua yang lagi awal.. tapi sebab diorang masih kurang memuaskan,  demam bagai.. tercongok terlentok kat kerusi situlah, katil dah penuh, maaf.

terima kasih, tak serik pon untuk ke sini lagi...
err...errr...hanya tuhan yang tahu dia punya dup dap dup dap setiapkali ke hospital sebenarnya ;)

...kasi 'warm-up' dulu

minggu lepas-lepas tu dalam pantang-pantang pun kemain, keluar pula entrynya
lepas tu?.. senyap balik? 
tahu kenapa?
si dia yang ditunggu hari ke hari...selamat sampai ke sisi 7hb tu hari :)
automatik!...telur mata goreng kicap jadi lazat bila makan berebut dengan dia...ehem ;D
masa untuk sendiri-sendiri jadi berlebih-lebih bila anak-anak beralih arah...semua kerumun ayah
tapi tak tersambung pula becerita di sini...huhu,.. kenapa?.. sebok kerumun si ayahnya  juga ke ;>

dan dan keluar gambar baby, anak menakan terbaru nun di kampung.. 
dilahirkan pada 15/11/15 tu hari, bila la mama long nak balik kampung  jumpa Hana ni :) 

December 7, 2015

episod "berpantang"

berpantang dan ditemani anak-anak ribena adalah mencabar! 
tak tipu.
... semua benda kita lah yang mesti buatkan, compare dengan bila berpantang ditemani mereka-mereka yang akan buatkan semua perkara untuk kita..:)
Alhamdulillah, seminggu yang mencabar juga menguji kesabaran itu berlalu juga...
Anak-anak bagi kerjasama yang agak baik sekali dalam hal makan minum, just masak lauk-lauk simple yang anak suka a.k.a mama pun boleh makan sama..macam lauk hospital*gambar atas 
tiba-tiba jadi kesukaan kami anak beranak ;)

bila habis stok ayam dalam freeze, keluar juga ke kedai senyap2 time si kecil tido... 
dapatlah beli telur dan isi ikan talang masin, oh.. anak2 tak makan ni,
aku pun kembang kempis makan telur hari-hari.. 
Untuk keceriaan anak-anak, kita panggil abang Pizza datang rumah :) 
eh,...
abang pizza datang lagi...kali ni suami yang orderkan nun dari kejauhan...terima kasih abang
ada roasted chicken juga untuk orang yang sedang berpantang, konon takut-takut nak jamah pizza ;)

December 2, 2015

"bila kita 'ok' dengan orang, 'ok' jugalah orang dengan kita"



sebenarnya, nak sambung entry sebelum ni...
ke "hospital Sg Buloh" ye kita ;)
28nov., lebihkurang 10malam...aku dihantar ke hospital oleh adik ipar dan isterinya(birasku)
berdebar juga bila di ingat komen-komen panas kat fb tu walau hanya kerling2 masa scroll je ;)

Ku tabahkan hati, bukan sekali dua aku ke situ...tak terkira dah pon, 
Alhamdulillah...belum sekali rasanya terasa dianiaya di situ.

tawakkal...
kat kaunter pendaftaran...okey, dilayan seperti sepatutnya
nurse kat kaunter cakap lembut, sopan walau orangnya nampak tak berapa nak lembut ;)
tengok muka dah boleh agak,..cucuk sket mesti melenting punya...jadi, pandai-pandailah bawa diri,
dah sakit tu buatlah cara sakit.
masuk kat pintu dah ada kerusi roda menunggu ;)
berdebar macam selalulah bila kaki dah pijak lantai "dewan bersalin" ni
di bilik manakah pula aku akan diproses kali ini...huhuhu
aku disorong terus ke hujung dewan, dan keluar dari dewan bersalin, 
beri senyum kat makcik guard yang mengantuk depan operation room...dia balas senyum.
lintas lif untuk naik ke ward...disorong ke lif kat satu ruang lagi...
naik ke tingkat 9, sunyi sepi...tak berorang kecuali sorang kakak guard  yang mengantuk
di mejanya.

EPAU'
aku disorong ke situ...dan disuruh menunggu di situ.
muncul seorang nurse yang manis dan lemah-lembut check tekanan darah
kemudian ke bilik air tukar ke kain sarung pink dan kencing dalam botol untuk check upt
muncul pula seorang doktor lelaki melayu muda manis tersenyum jemput aku masuk ke bilik pemeriksaan
wallaweiiii...terkedu sekejapan,
lega bila tiba-tiba keluar pula seorang doktor perempuan islam bertudung lagi cantik tapi nampak tegas suruh aku masuk
sambil berbual ringkas bertanya khabar..aku disuruh baring dan di scan perut, scan bawah
aku rileks,..tenang sangat diperiksa doktor cantik...langsung tak de rasa takut..
doktor yang lelaKi hanya jadi tukang tulis di meja berdekatan kepalaku
doktor perempuan tu bagus sangat, mulut itik(speculum) tu langsung tak menyakitkan
pendekata semua positif-positif saja malam tu...dah siap diproses, aku baring di bilik yang ada beberapa patient lain...dan diberi suntikan untuk kecutkan rahim, kata nurse lemah-lembut tadi.
perut kembali sakit dan aku baring sejam lebih di situ.
lepas dapat surat discharge...aku bangun bersihkan diri dan turun pergi ambil ubat di farmasi kecemasan,....jumpa biras dan balik dengan senyuman...

debar sket untuk temujanji seterusnya...repeat scan, semoga aku ditemukan dengan hanya yang baik-baik saja..ameen.


Shhh...secret november

seluar tido saksi kejadian...sampai ke hospital dengan seluar seluar tido ni ;D

28 november yang lepas.....
ada juga terdetik rasa tak perlu tulis tentang ni
segan, entah siapa-siapa juga singgah baca nanti
eh, kita pikir positif sudahhh!...okey ;)

ini tentang kehamilan kelimaku yang aku sendiri tidak sedar akan kehadirannya...sob..sobb..
sedih konon, padahal suami sudah menjangkakannya sedari awal tetapi hati ini sahaja yang sengaja menidakkannya.
5 november, turun tanda...membawa ke 10november, 15november bersambung sehingga 20november...genap 15hari, aku mandi dan solat zohor
cuma 1waktu sahaja..petangnya kembali turun tanda.
aku menjalani hari-hari seperti biasa bersama anak3 tanpa terfikir ke situ....
walaupun kadang-kadang terperasan badan agak lemau.
21november dan seterusnya...sepertinya normal, sehinggalah 28november, 
sudah hari ke lapan, darah semakin banyak...hairan juga risau
sedikit senak di bahagian peranakan...sempat main doktor2 lagi dengan anak-anak
minta anak sapukan minyak angin, urut picit cara anak-anaklah
terasa darah membuak-buak keluarnya...berketul-ketul darah beku merah hitam
seram sejuk di bilik air...risau pitam sorang diri,
syak sesuatu...ini bukan period biasa
8malam...masa tukar pad, tengok dah keluar ketulan utama...sekali kantung semua,darah jangan ceritalah....perasaan ketika itu???.....aku hanya ada DIA saat itu, aku perlu kuat!
dalam menahan kesakitan, aku baring dan berfikir.

wahhh...macamana ni, siapa nak tolong hantar ke hospital...?
dalam keadaan begini aku tak punya kekuatan untuk drive sendiri ke hospital.
bagaimana dengan anak yang bertiga ni?

Alhamdulillah, 
ada along dan iparduai sebelah suami yang sudi membantu walau masing-masing punya masalah sendiri.
saat dipisahkan dengan anak3 yang tak pernah berenggang agak drama jugaklah sekejap
anak-anak dibawa ke rumah atok...kebetulan ada atih&paktih balik berhujungminggu 
si mama dihantar ipar dan biras ke hospital sgBuloh yang sangat kontroversi dekat fb tu...
sebenarnya, aku yang nak ke situ,...serasi katanyeeeee  ;)



December 1, 2015

telus


tarik nafas... Lepas. tarikkk.....lepas, tarikkk........lepas!!!
bismillah ;
:)
tanggal 1december, bulan penutup 2015.
3.21petang.
sungguh...kosong, tapi aku mahu melawan kosong itu
aku mahu mulakan semula...aku mahu menulis petang ini
aku punya macam...bermacam-macam untuk ditulis sebenarnya

kuat!
Please kuat untuk aku...melawan kosong ini
sekuat aku berusaha untuk kuat, bertabah demi kegembiraan kecerian sebuah kehidupan ;)

October 28, 2015

oct.28, 2015

"tempat jatuh lagi dikenang"...hihi
"jadilah bak teratai yang walaupun berkembangnya di dalam lumpur"...seindah nama secantik rupa, ehem ;)
"Aqil turn's 1"
"setahun" umur aqilFirdaus hari ni...jom belanja jalan-jalan shopping mall, cuci mata tengok lampu warna-warni...tengok orang begitu begini :)

October 23, 2015

siri cuti jerebu....


Finally,
selepas 4hari sekolah ditutup berikutan jerebu, jumaat sekolah dibuka...
wallaweiii..6hari cuti, study week la konon ;)
jumaat terus jawab last paper..matematik.paper sebelum-sebelumnya..semua dibawa ke minggu depan..hopefully, jerebu tak datang lagi..bertangguh lagi exam...maunya bertangguh cuti hujung tahun plak nanti..hihi
takde apa sangatlah aktiviti masa berkurung especially time ipu bertukar ke oren tu...
alhamdulillah anak-anak okay la, redha dikurung dan mampu bawa diri tapi rumah jangan ceritalah...mainan di mana-mana, lepas tu habuk pon ada jerrrr even sapu lantai pagi petang...campur habuk serdak biskut kek yang pantang mama toleh belakang..confirm adik aqil kutip belek pastu ngap..arghhhh!

Mak kat kampung yang hari-hari berulang alik ke hospital cuci kaki pon teringat nak bertanya khabar ada makan ke idak anak cucu dah menantu nun belum tahu khabar berita,..jerebu teruk celah mana nak keluar cari makannya,
nasiblah hidup merantau di bandar
tidurkan anak-anak kemudian keluar senyap-senyap pi cari makan...macam burung tu, Allah hantar burung tu singgah di balcony..bagi pencerahan :)
terhibur anak-anak,
selalu tengok burung yang terkurung...
sesekali burung pulak singgah tengok kita terkurung,..hiks.

October 21, 2015

angkara "jerebu"

Shah Alam kehilangan stadiumnya...
bawah pulak gambar yang tiba-tiba wujud dalam gallery hp, mai kot whatsapp la mungkin, betul KAH kuning begini sekali Kuala Lumpur di hari semalam...Allahu akbar! teguran dariNYA;


7 tahun @ tanah tumpahnya darah

hahaha!
genap sudah sebulan yang lepas punya kejadian...can't keep calm lah if tak pilih barang sekeping dua pics hari tu tempek kat 'notaharianmama' ni ;d...happy '21 september' yang ke-7 emir Luqman.

kebetulan 21 sept. tahun ni adalah cuti sekolah...dah balik kampung mama pon time tu, sehari dua sebelum raya haji rasanya...just beli kek tunjuk-tunjuk kat kedai kek tersohor di pekan Jitra ;)
abang long tak minta bebukan dengan si mama, taknak susahkan si mama...ada kek pon dah okay, alhamdulillah...goodboy sangat dah abang long mama ni.
first time, birthday cake abang long ada "candle", mama langgar pantang semata-mata nak bagi abang long merasa feeling tiup lilin walau abang long tak pernah minta..kesian pulak asyik dok bercerita birthday cake kawan-kawan semua ada "candle".
cucuk seketul tu pon senak rimas perut nak bagi anak tiup lilin tu, ikut hati nak jer suruh  abang long kipas dengan tangan jer untuk padamkan api tu..haha.


kek vanilla coklat katanya...dok bayangkan kek marble jer kot, sekali potong..checkerboard cake,
macam surprise sketlah kepada si mama yang sekian lama dok aim resepi dalam kitab resepi mak ada buat kek lagu ni...tapi tak terbuat sampai ke la ni, haha...sedap keknya, macam homemade.


October 20, 2015

jerebu lagi, sekolah ditutup, exam ditangguhkan

yay or nay?
semalam...membawa ke hari ni, 2 hari sekolah ditutup
jerebu kelihatannya semakin teruk dari sebelum-sebelum ni...walau bila check bacaan ipu biasa-biasa sahaja rupanya,..eh! kalau dah samapi tahap "tidak sihat" mana ada biasa-biasanya lagi, dah kuning tu!

peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya bermula semalam di kebanyakkan sekolah terpaksa  ditangguhkan sehingga ke hari sekolah dibuka semula..mungkin esok, mungkin lusa...
sementara kertas-kertas soalan yang sepatutnya dijawab pada hari semalam dan hari ini akan dibawa ke minggu hadapan mengikut hari dan waktu yang sama...
moga-moga jerebu cepat-cepatlah beransur pergi, anak-anak dah tak sabar nak ambik periksa pon, dah tired buat revision, katanya ;) 

October 19, 2015

exam week!

Hey!
To reach the top...
you don't have to be a book worm!
just stay cool and give your Best!

My best wishes are with you!

luv, 
mama :)

October 18, 2015

Hello 'beautiful'


For beautiful eyes, look for the good in others; 
for beautiful lips, speak only words of kindness; 
for poise, walk with the knowledge that you are never alone.

October 17, 2015

selamat berhujung minggu

mood cute di hujung minggu yang mendebarkan sebenarnya...
next week adalah minggu peperiksaan akhir tahun, automatik si mama pon berdebar tak tentu hala
si anak rileks; chill...as always la pon...semua dah tahu semua dah faham ;D
jadi..percubaan demi percubaan untuk memaksa si anak duduk di meja tulisnya dan belek buku adalah tak perlu..buat stress aje :)

Keep calm & enjoy your weekend!

October 16, 2015

Batik Songket Sarawak

corak baru,
...perasan juga ramai yang buat baju raya ber'material'kan batik songket Sarawak tahun ni
masa tu pandang sebelah mata jer,
mungkin design yang tak menarik perhatian..
mungkin juga sebab color kot...

raya haji bulan lepas...
eh, adikku cekDa rupanya diam-diam sudah memesan helaian ke-3 ke-4 ponnn dengan cousin kami yang kebetulan sedang berkursus di Sarawak..
balik cuti raya haji tu hari dia bawa baliklah batik songket sarawak tu..tiba-tiba je, nak jugakkk :D
bersabar lah tunggu anuar balik cuti kawen bulan 11 nanti...design pun harap anuar yang pilihkan!
padahal suami sendiri sebulan entah berapa kali terbang pi mai pi mai ke Sabah Sarawak tu..hihi

laaa..baru terfikir nak google, dannnn?
jumpa ni ;D

service tip top...suka saya berkongsi di sini untuk korang yang teringin nak berbatik songket Sarawak...fb: F&M batik songket Sarawak

saya punya...?
baru tengok diorang punya facebook cover..terus jumpa yang berkenan di mata...
color seakan merah bata 'corak bunga api' katanya
sayangnya...pilihan pertamaku ini dah tak ada stok..huhu, di whatsapps nya saya color kuning diraja kat bawah ni...masih 'corak bunga api'...dan dan berkenan, siap ada model.
sepetang menunggu diorang check stok...hampa, pilihan kedua pula sudah kehabisan color kuning....
ilekkk ;(
berkenannya pattern bunga api..
raya dah lama berlalu..mana la nak cari bunga api pon lahaiii..hihi

akhirnya...semoga adalah rezeki nak berbatik songket sarawak...dengan pilihan ketiga...dapat 3helai terus..haha!
cadang nak buat baju sama..dengan anak, tu ambil biru 2 keping, sekali si Aisyah of course lah nak yang merah...yang cantekkkk di mata dia, kannn?
cancel terus niat asal si mama beli rose maroon tu untuk mak mama, sekali sampai kainnya merah ang ang, kalau bagi mak nanti dia mesti sedekah ke sapa-sapa..hmmm, beli lain lah untuk mak, hiks ;)