August 28, 2014

Malaysiaku MERDEKA!


Bagaimana mahu rasa bersyukur?
"ketika berada dalam kesusahan, lalu kita mengeluh kerananya
maka lihatlah orang yang lebih susah darimu
maka nescaya anda akan bersyukur kerana berada jauh lebih baik daripada mereka."
-PM-

August 27, 2014

pinggan mangkuk moorahhh!...kat mana???

semua gambar ambik kat fb
orang ni borong banyak sangat...tokey restoren kot :)
kita ni belum la bercadang nak bukan restoren...tapi nak la tengok2 kot jumpa yang berkenan di mata,
yang special lain dari yang lain gitewww.


satu tempat yang dok teringin sangat nak pi kalau balik ke kedah
tahun ke tahun dok dapat info pasal ni
kengkawan kat kedah dah tak terbeli dah pon
kita tak sampai2 lagi...sebab selalu tau selepas kejadian, hari lelongan dah ditutup 
4x je dalam setahun...agak2 dapat sampai ke tak kali ni?

 

jom la kita-kita ;)

August 26, 2014

the last day of Syawal


gambar harus goyang,...bukti kegembiraan sebenar, terubat hati yang rindukan mcD ;)
pic bukti kegembiraan mama pon ada...tudiaaa....dapat jugak buat lintas hormat ke lorong kesukaan ;D

ok, dah2 la beraya tu
bangun pagi perabih red velvet yang sedap sangat tu
tup tup.... nurse kk pon telefon, means?......result mgtt dah keluar!...jeng jeng jenggg!
bila nurse dah call tu....pepahamlah ya?
nak bagi date suruh datang buat 'Blood Sugar Profile',..selamat ber"BSP" lalalalala

no more dessert2..kek lagi pasni...alahai, stuck kejap ngidam nak projek kek batik, 
bahan dah ready plak tu!
no more susu pekat manis sapu atas roti dahhhh
selamat bersup sayur...tetiba teringin nak makan peria goreng tepung plak 



August 25, 2014

a minute's silence on friday 'mourning'

selepas 37hari...err, act. tak kira pon
tapi dengar sana sini sinun yang cakap...
dan 22 ogos 2014..........sekali lagi, beria mata masuk habuk :(

al-Fatihah & salam takziah......


August 20, 2014

Lambakan gambar di hari rabu

gambar adalah beberapa...tapi tang caption tu macam dah ingat2 lupa
hmm...jom kita panaskan enjin mengarang dengan sekeping dua yang di snap siang tadi

sebolehnya,...takmo cakap pasal politik selangor ni...politik parti warna alam etc etc.
padahal nak taknak itulah yang dihadap bila jengok fb sejakmenjak ni
err...tengok! awan pon dah bagi sokongan penuh,..abih ditenggelamkan si biru langit ;)
moh ler kita bagi sokongan kat parti warna alam tu..
tak kisahlah kita suka royal blue ke emerald green ke?...jom pakai hijau hari ni :D

pakai skirt kumari...feeling karismakapoor sesekali
...kat klinik kena belek dengan 'mageshwary ke apa ntah nama dia...
kenan eh?..hehehe
kandungan di usia 29weeks,..lega...selesai dah sesi minum air gula
saje la kan...bagi date untuk mgtt di bulan syawal...means, raya2 jugak...pemakanan silalah jaga :)
now,..berdebar2 tunggu result, harap2 tak kenalah BSP
takmolah berulang-alik pi klinik 4x sehari..jauh kot seksyen7 tu.

ok, setelah masuk kali ke-5 mengumpul pengalaman minum air gula
kali ni rasa dipermudahkan sangat,..alhamdulillah
bila dapat minum air gula yang masih panas2 selepas dibancuh cik nurse
lebih mudah nak menghabiskannya...berbanding sebelum2 ni air gulanya dah suam2 kuku
sebab dah 5-10minit terhidang bawah kipas..dah sejuk makin pekatlikat la air gula tu kan
.....err...ke sebab dah immune kes terlebih makanminum manis2 time beraya?
hoho, i is risau tunggu result keluar.

ini pulak cerita di hujung minggu
pagi sabtu nan sejuk...mencurah2 lebat hujannya...kami semua tetap berkumpul kat tempat yang ditetapkan..untuk sukan tahunan 2014
hijau putih tema cawangan kita...tunggu punya tunggu...takde la sukan 2014..eh ada!
tapi memasing balik bersukan kat cawangan memasing la ye..padang dah lecak sangat tewww

ok, seperkara lagi..kena settle sebelum 31 ogos....noted!

"Pengesahan" untuk kemasukan ke tahun1 - 2015
lemah pikiran mengenangkan jammed yang kena ditempuh bila anak dah start sekolah nanti
semakin dah tak best nya dok area sini...nak jer ajak suami cepat2 cari rumah area klang ke?
...kampung sket pon takpa lah...janji jiwa tenang.

opsss!...apa susah, nak tenang jiwa raga?...makan cheese banyak2 :D
syoknya lahai...selera cheezy mezzy sudah kembali
anak beranak suka cheesecake biskut mama tauuu...baru makan sket dah tanya bila mama nak buat cheesecake biskut ni lagi mama?

dan...sekeping pic rambutan mahal dari kampung...
puas berdukung cik abang poslaju sekarung rambutan mai hantar kat kami
mahal ooo...rm50 paklang kena bayar untuk kos abang poslaju nak dukung ke sini
sebbaek rambutan atok kg ni A'class ayah kata :)
Luqman yang terharu..paklang sudi pos rambutan untuk dia..terus ajak ayahnya pi beli kasut kawen nak pos kat paklang...huhu, paklang beli sendirilah kot kasut kawen dia :D
nanti kita beli apa2 la untuk hadiah kahwin paklang 
syok abih dia..tak sabar2 nak balik tengok paklang kawen dengan bakal maklang yang sedikit gemuk tapi chantekkk :)
satu hari dia boleh abihkan setepawe aiskrim tu buah rambutan yang mama dah siap2 buang kulit pastu sejukkan dalam peti ais...huhu, harus mama awasilah selepas tu :D.


August 12, 2014

menjengok mertua @shah alam


aidilfitri tahun ni...raya ke-7 baru sampai umah mertua...huhu
seperti selalu 'abah' sensorang kat umah..baru selesai makan nasi goreng tengahari tu
dalam diam...memang ada rasa kasihan pada abah selepas dia buat kata putus takmo dah mencari pengganti emak sebab ada antara anak2 yang macam kurang bersetuju
tapi..petang tu dia nampak happy bercerita raya dia tahun ni
anakmenantu yang kat jb dan taiping semua balik beraya kat shah alam tahun ni..kira malam raya tu
meriahlah kat umah abah...gembira mendengarnya,
even keluarga kami jer la yang takde kat umah abah pagi raya pertama hari tu.


eh, ada jugak rupanya kenalan2 lama dalam list fb yang baca blog ni...segan ciksu ;)...*read:Pn.Sue.
err...gambar raya kat kg nampak muda eh?...camni la rupa ciksu yang tengah pregnant anak no.3 ni...muka dah berumur sembab plak tu, janji anak&ibu sihat, kan ;)
...in shaa Allah, semoga dipermudahkan semua urusan, amin3x


kelek sebiji cempedak dari kg yang dah ada bau tanda2 dah masak ke umah abah
kalau anak2 ok..mood baik lepak lelama umah atok bolehlah goreng cempedak petang tu
tapi atok cakap dia lagi suka makan camtu jer...
ermm..tak payah gorenglah kalau camtu..biar atok simpan peti ais, boring2 boleh dia makan.
lepak2 makan kuih raya atok yang macam2 jenis ada atas meja tu,
yuk kita ke umah ngah Atah(adik abah) plak...dekat2 tu jugak umahnya.
err..tapi nape isterinya kami panggil makcik Rose plak..dah sorang pakngah sorang makcik di situ?
makan rambutan kat umah dia...siap dapat seplastik untuk dibawa balik, aisyah jumpa rambutan,,makan bukan tau berhenti :D


balik umah...check semua cempedak yang dah ada bau...suami bukakan siap2 masuk tepawe
simpan dalam peti ais
bermulalah sesi menggoreng cempedak pagi dan petang
Luqman punya jamuan hari raya kat tadika pon kubekalkan cempedak goreng bersama
sebekas kek pisang :D


tak puas makan, hadap sepinggan cempedak goreng panas2 bila dah balik shah alam ni
dok teringat pulak kat juntaian cempedak nun kat kampung
hari tu kat kampung...hari2 pagi petang siang malam goreng cempedak jamu tetamu yang mai beraya
sendiri makan seulas dua...dah balik sini, mulalah teringin balik..iskhh!
mak tak boleh tau ni..satgi jenuh abang pos laju nak dukung cempedak hantar kat kami..hehe
semalam dia call bagitau ribut kuat kat kg, patah sedahan rambutan yang baru start masak,
raya tu hari lom masak lagi, 
atok kg ambik jugak yang masih hijau tak masak tu bagi aisyah yang makan rambutan tak tau nak berhenti tu,
tu dah nak pos mai dah tu :D :D :D

alang2...boh sekeping lagi gambar makanan ;D
balik shah alam..start masak simple2 balik laa...masih malas nak masak beria di sianghari. 
buat nasi lemak..sambal telur ekspress habih,tak sampai 5' siap ;D


August 10, 2014

meronda jambatan bersama 'pakcik biru'

gambar seminggu beraya berbaki lg ni...macam2 boleh diceritakan
nak meriah kena boh gambar ramai2,kan...cerita pusing2 sekampung...ok; next2 raya kita buat..hehe
sayang sket gambar banyak yang blur...luqman kena practice lg tau camne nak snap gambar


entry hari ni jom boh gambar jalan2 ke penang yang jerebu
sebelum tu boh sekeping pic negeri jelapang padi yang sejuk damai sangat raya kali ni, hari2 hujan
sejuk mata memandang sayangnya ada hati pesawah yang tak tenang kerana bendang kena bom..
*read;...serangan sejenis makhluk perosak bila buah padi dah masak kuning
taklah berkesempatan menengoknya tapi dari yang diceritakan sedara mara kat kg, ladang hitam terbakar macam kena bom kat gaza tu lah yang ku imagine..tak pon terbakar macam belukar tempat mh17 ditembak jatuh tu..nauzubillah.


ok;...dah sampai penang...yuk lalu jambatan pertama, sebab dari utara jumpa jambatan pertama dululah kan..heee


jambatan kedua pon berbalam2 nun haa...tak sabar2 nak lalu jambatan kedua plak..hehe


sampai penang,...pusing2,singgah situ sini kejap2...cari makan nasi kari mamak sorang sepinggan
tak nyempat2 lajuuu jer ke jambatan kedua



walau berbalam2..bolehlah nampak jambatan yang sedikit berbengkang-bengkok tu
lengang dan terasa lama sangat 25' kat atas jambatan tu
dah la seram tengok screen gps ayah tu...jambatan kedua belum ada dalam database
pakcik biru dah gaya terapung dalam laut la plak..huhu


abis lalu jambatan yang sepi ni...yuk teruskan perjalanan balik ke sarang :D

August 7, 2014

xtvt anak cucu kat "soyok" atok kg

pagi hari raya kedua...cadangnya nak la keluar beraya ke umah mak sedara(kakak mak) yang tak mai beraya ke rumah di hari raya pertama
pastu suami pon macam ada plan nak ke kg tokpahnya kat KualaKurau...
pastu macam malas nak drive plak..huhu
...pastu my adik perempuan plak dah nak balik petang tu, esok dah kerja..terus decide masak2 untuk makan sekeluarga kat rumah je la tengahari tu
atok kampung tangkap ayam kg...3ekor disembelihnya...paksu yang rajin pon siat2 bhg isi untuk dibuat sate, selebihnya di masak rendang dek makNgah(my adik yang pompuan)
dah perap dah cucuk kat lidi, kukus plak sekejap kot2 la liat sebab ayam kg.. alhamdulillah sedap macam satay ayam bandar..hehe
menu di hari raya kedua..baru hidang nasi himpit&kuah kacang,satay ayam kg...ada rendang ayam kg
dan nasi minyak hujan panas yang dimasak seperiuk lagi petang hari raya pertama..untuk tetamu yang mai beraya sebelah malam.

berebut2 anak cucu makan satay...100cucuk celah gigi la plak
makan bersila..berhidang sekeluarga kat 'soyok' bahagian tepi umah atok kg
elok abih jer satay...sampai mai paksu(adik mak) &maksu sekeluarga
sudahhhh...nasi dah diperabih:D
perut dah berat...nak bangun sambung masak lagi...alahaiii
hidang nasi himpit kuah kacang tanpa satay, sebbaek rendang ayam kg belum abih diratah
sempatlah maksu rasa seketul dua..cicah dengan ketupat palas sedap oiiih!


petang tu senyap2 my adik perempuan balik berdua dengan suaminya....
anak2 yang dua orang tu tinggal kampung sebab pengasuh masih bercuti raya...sessi bakar mercun main bunga api lah cucu2 kat 'soyok' atok kg di malam hari
tengok Luqman main bunga api sambil duduk sebab takmo bungapi menitik atas kaki lagi..
menitik atas carpet tokwan no hal ye?..Luqman, carpet kesayangan mama tu..even dah 3-4kali tenggelam banjir tetap cun di mata mama ;D

August 6, 2014

Selamat Berhari Raya

Pagi 1 syawal 1435H

Balik dari masjid, baru nak ajak bergambar
tengok2 atok kg dah ilang jubahnya...panas lattewww :)
salute dengan Luqman...sampai ke petang tak tanggal2 songkok rayanye tu..
masuk bilik air pon songkok lekat kat kepala, risau songkok terjun kolah kat bilk air tok jer la...jenuh nak pi caribeli dan dan tu plak :D


aisyah dan mini cupcake cokelat,..ngulang makan tak dan petang raya...licinnn :)
tetamu raya pertama je la sempat jumpa cupcake cokelat tu.
lepas bergambar,..salam2 anak2 kuar meround kampung ditemani ayah dan atok kg...pergi 3-4 rumah..dah balik perut dah sengkak...mama lagilah..mampu pi makan laksa kat umah tokwa jer..
pastu dah mengah tersandaq...tu yang tak berapa nak meronda kampung sangat time mengandung ni, satgi klau tak makan risau kot esok lusa teringin pulak..kacauuuu :D


cilok kat fb depa...my adik perempuan & family di hari raya pertama
beraya dengan mertua dulu tahun ni...petang raya baru sampai balik kampung
legaaa dah ada orang tolong hidang air...almaklumlah tetamu raya pertama penuh satu rumah,
mak hidang nasi minyak hujan panas lengkap dalca daging"harimau menangis", acar timunenasemuatu...tak lupa ayam goreng berempah...memang terceruk kat dapur menggoreng ayam jer la selagi tetamu dok sampai mai :)

Luqman manja2 dengan 'pakLang'...my adik lelaki yang bertunang sebelum posa hari tu
nak ajak pi beraya umah bakal 'maklang' lattewww....petang tu pi la depa dua beraya ke rumah
bakal 'makLang'...bawak balik duit raya berset2 ;D

Lagi sorang my adik lelaki,..yang bongsu takdak langsung gambar yang berbaju raya
orang kuat dapooq yang tu..balik jer dari masjid terus tukar uniform masuk dapur potong ayam.
takpa2..next entry..kita boh gambaq dia kipas sate di hari raya kedua :)

August 5, 2014

sabtu&ahad...hari2 sebok menjelang hari raya

sekeping gambar pon tak ditangkap...huhu
pagi2 sabtu start misi mengemas rumah...sebok mintak tolong orang tu orang ni alihkan kerusi meja termasuk peti ais dan cabinet2 boleh alih kat dapur mak
pastu gigih sapu satu rumah,..pehtu sakit belakang..hehe
pastu mulalah nak arah orang tu orang ni sambung mengemop mengelap bagai
memang tak senang duduklah adik2ku bila kakak sulung depa ni balik kampung..hehehe

sebelah petang plak...adik yang perempuan galas tugas masak memasak juadah untuk berbuka
yang kakak ni tersandar ceruk dapur menguli mengentel kuih siput,
ngidam nak rasa buat sendiri gitew ;)
malam tu semua pengsan.

pagi ahad lepas sahur berkumpul kat dapur...sempat la siap 3jenis kuih raya..ada samprit cheese, cupcake coklat dan muffin strawberi...sebelum mak start kacau pulut untuk dibuat ketupat palas.
seboklah menumpang balut ketupat..sesekali kena la asah balik skill balut ketupat tu
alhamdulillah, menjadi ketupat palasku even 2tahun sekali buatnya ;)
buka puasa petang terakhir ramadhan tahun ni...puashatilah makan ketupat palas cicah gulai ayam pekat mak :D


malam raya...api bunga api menitik kena jari kaki Luqman,
lepas sapu minyak terus masuk tidur orang tu ;D
malam2 seterusnya dia cuma nak pegang jenis besi ni jer..yang merah kuning asap berkepoi2 menyala macam lilin tu langsung tak pandang dah..

August 4, 2014

raya kampung mama tahun ni :D :D :D

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin :)

jom update cerita raya laju-laju
semacam plak bila tengok previous entry..pehal pulak nak suruh orang menangis time2 nak raya tu hari, erk?...err, ingat2 lupa camtu, mood terbawa2 dek kejadian2 susah diterima akal di bulan ramadhan tu hari barangkali...al-fatihah untuk mangsa2 MH17 dan saudara2 kita di Gaza sana.

......."raya kampung mama tahun ni"....yeay!
siapa paling happy?
for sure 2 orang tu, alaaa yang tanah tumpah darahnya kat Kedah darul yang aman tu lah ;)
oppsss...abislah kalau ayah baca ni, hehe...let's buat ayat ngambek hati ayah sket..ngeee
....ayah dah kenal mama kot?
..kalau bab raya ni paling happening pada mama is sehari dua menjelang raya tu
macam2 mama nak buat if mama kat kampung...heee
siap berharap2 raya jatuh hari selasa tau dak?


ada orang tu mulanya tak berkenan dengan persalinan untuk pagi hari rayanya...
tapi mama dah tak kuasa nak meronda meredah lautan manusia.....boleh la ye ;)


sebelum balik kampung, harus menjenguk pusara nenek dulu
eh, kalau tak balik kampung pon kitaorang memang akan jenguk pusara nenek time hujung2 ramadhan jugak...boleh pergi awal2 pagi, boleh dok lama sket situ..lain woo feeling dia,
nak pergi pepagi 1syawal memang taklah, selalunya pon sebok yang amat :D


Perjalanan balik kampung kali ni tertangguh2 jugak..kira dari plan A jadi plan C jugaklah
mula2 "pakcik biru" mogok sebab ayah buat2 lupa nak belikan dia kasut raya :D
ok la ok la..betukar jugak tayar pakcik biru kita even sebelah kaki saja dulu..haha
tukar bateri kering terus...tup tup benda lain yang rosak benornye, rugi sket tapi takpalah
belajar dari pengalaman :)
mama pon ada dup dap dup dap jugak hujung2 ramadhan tu
check up 6mths @KK, ingatkan dah nak kena tahan masuk ward
terus kena masuk bilik doktor untuk scan..then,semua normal, alhamdulillah...boleh continue happy kemas beg nak balik kampung.
pagi Jumaat...tertangguh2..ayah nak gerak sebelum sahur tapi mama nak gerak lepas solat subuh
++++ayah pening2 lalat sambung tidur sampai kul 10.00pagi baru gerak tu pon lepas dah kena paksa dengan si Luqman yang dah bangun mandi bersiap seawal 4pagi..pastu penuh sabar tunggu ayah sembuh dari sakit pening..hehehe.


berdebar2 jer bila jammed, sebab dah tau ada excident kat depan la tu....

kali ni ayah singgah solat jumaat kat Kuala Kangsar, sempatlah mama cuci2 mata tengok labu sayung tapi sekarang dah tak minat nak membeli dah pon :(


sampai kampung..masuk rumah salam2, azan maghrib pon berkumandang,
hidangan terhidang macam2 ada sebab paksu dan anak2 pon mai berbuka kat situ bawa macam2 juadah plak tu :)
Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung :)