June 30, 2014

diary ramadan 2014

Selamat menjalani ibadah puasa kawan2
apa cerita hari pertama berpuasa?.....29 june tewwww :)

"mestilah special" bak kata my Luqman.
Luqman first time belajar puasa...steady bro!
boleh teman mama shopping groceries @giant lagi...tapi dok dalam troli jer la..hehe
...nak anggur, balik rumah aisyah rasmi dulu...huh, menyirap jer kawan...sabar2x

mama?
mama gantung periuk kuali hari pertama berpuasa tahun ni
29 june kensssss ;)
menyempatkan diri ke bazaar ramadhan kat stadium tu
roti john...high class sungguh bebulan pose ni, dengan chessy nya..dengan blackpepper nya meleleh2, kalah burger bakar kot...try sebijik arghh :D
berbukanya kat rumah jer la...selesa aman damai lagi santai gitu dengan anak2 ni

Luqman buat gimik plak time2 dah dekat nak masuk waktu berbuka tu
tup2 air dalam gelas dia hilang..lagi beberapa minit nak azan maghrib...rupa2nya dia dah minum dulu laju2...hadoii la anak, kira tindakan luar kawal lah ye :D
bersungguh lah berbuka pastu..belum isyak dah pengsan huhu

tak sempat nak rasa kek 29jun mama
mama potong berdua dengan ayah jer la kek 29jun tahun ni..awww
makan sorang sepotong pastu simpan peti ais :)
sahur,..Luqman bangun2 terus tanya bila nak potong kek 29jun mama, hari ni dah 30hb dahhh
hmm..kek 29jun jadi dessert sahur lah tadi
sedap lah makan kek pepagi gu plak dengan nasi goreng & ayam goreng kunyit..
masak ikut selera anak je pepagi ramadhan kali ni.
....petang ni nak masak apa ye???


amek mood keledek minggu lepas punya..time gigih mengganti hutang puasa tahun lepas,
alhamdulillah.

June 28, 2014

khabar gembira diiringi perkhabaran duka adik-adikku menjelang ramadhan

khabar gembira pagi semalam, 
Jumaat 27 jun 2014 bersamaan 29 sya'aban 1435H
tahniah...to my lil bro, selamat bertunang untuk kamu berdua
apa punya kakak pon tatau la, kan, adik nak bertunang pon tak balik tengok
cilok gambar fb korang jer la...boh sini sekeping untuk kenangan :D


perkhabaran duka hari ni....
sabtu 28 jun 2014 bersamaan 30 sya'aban 1435H
takziah...untuk 'Zul'(adik ipar) dan keluarga,
al-fatihah...semoga roh arwah pakcik Md.Isa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, amin.


inspirasi lagi....?

hmm...if you want to write, just write
write whatever
just sit down and write
somewhere in all of that u will come up with something.
but at least it's  gets you to write :)


ok la ok la...jom! semangat update blog SEKARANG! :D :D :D

June 26, 2014

Ya Allah, let us reach the month of Ramadhan...



err...azam..jangan tak azam..ye azam :)
"azam" ramadhan Su ;D

June 25, 2014

June 21, 2014

What's on your mind?

insha allah lagi seminggu kita nak sambut raya..eh, chopps!
PUASA!!!
macam tahun2 lepas gak, semangatlah nak settle sedapat yang mungkin persiapan nak raya sebelum start berpuasa...nanti bulan puasa boleh rileks2, puasa betul2 :)
dah lama dok kumpul beli sket2 bajuseluar baru untuk setiap sorang,..tapi baju penting a.k.a baju baru nak pakai pagi2 hari raya belom ada la,acaner tu?..lalalalalala

nak pakai kaler apa tahun ni?  


June 16, 2014

cerita biasa2 penuh kenangan

assalamualaikum n hai, selamat kembali ke sekolah
wahhh, semangat mama pagi ni...seceria luqman yang bersemangat nak ke tadika..alhamdulillah
sebahagia aisyah yang happy dah pandai click2 guna 'mouse'....'pandaiiiiii aicyah' katenya..


sepandai2 aisyah belum lah lagi dapat menewaskan si abang yang berjaya pujuk si adik dok diam2 sebab abang nak belajar gunting rambut...huhuhu
dah masuk kali ke-2 dah ni,...sebbaik cepat mama nampak..baru dogoi rambut depan
jenuh mama nak sorok gunting2 kat rumah ni tau...
last2 tak ingat sorok mana,..tak bergunting misai ayah..hehe

semakin menjadi pelupa ni..tak jalan otak,sesambil melayan thrill ganti pose di saat2 akhir dah ni
klau sebelum ni lengahkan sebab menyusu
now, kesian baby kat dalam...tapi ganti tetap kena gantilah kan
pelan2 kita berlatih ye baby, lepas ni nak pose sebulan tak boleh selang2 dah
semoga dipermudahkan,amin.


petang2 semangat mengkueh...macam gulung2 popia untuk berbuka...superb meriah dibantu anak2
goreng rangup2...sekali angkat..habis, 2x angkat...licin, 3x angkat soroklah 2biji untuk mama nak buka pose..heeee

hari2 nan indah dengan anak2 memang tak pernah habis nak tulis
tapi macam anak surprise kad untuk mama..ohh, harus masuk sini every year


juga tahun2 pertama anak dara mula belajar2 nak cantek2...try baju baru terus taknak buka2


err...errr,pic atas ni bukan nak tayang suarkecik getah dah longgar tu
tapi nak abadikan kenangan si abang beria menggunapakai penyepit2 baju tu..
hmmm...memang tak abis klau nak tulis
jom selit sebarisdua cerita mama plak..hehe


terima kasih ayah yang sentiasa melayan mood tukar angin mama ni
elok2 dah senanglenang shopping barang masak2 kat giantesco semua tu..
nak tukar angin pulakkk
nak pi pasar pulakkkk
pasar pepagi panas pulakkk
nak pi pasar petang...a.k.a pasar malam pulakkkk
sekali pasar petang kat meru tu tadak orang jual barang basah daaa..ikan2 hidupan laut takde.


sebbaik jumpa ni,...yang memang takleh jalan dah kalau tak beli
malam hari ayah makan ni,..semerah semanis kasihsayang kami untuk ayah..heee
perghhh...paling best sebab jumpa dan beli pulut kuning kari ayam,ngidam oihhh
lembuuuuuttt terasa2 keenakkan pulut kuning pakcik tu
tak sabar nak ulang beli lagi..hee

June 11, 2014

resepi: special cocktail for you

cuaca panas-panas ni jomlah kita berkoktel ;)



burger ayam kesukaan kami

 resepi google ala-ala zinger kfc tapi rasa....ala ayam goreng uncle jack dalam giant tu kot :D
boleh taruk aneka sos pilihan yang ada kat dapur 
kureng sket...cheese takde ;(
jalannnnn jer :D

June 9, 2014

Pengalaman '20minggu' pertama

tak seronok la pulak...bila terperasan langsung tak tulis apa2 lagi kat notaharianmama tentang kandungan yang ke-4 ini, mengandung kali ke-4 tapi anak baru nak masuk yang ke-3 lah.
since baby kat dalam dah start jentik2 perut mama menjelang minggu ke-18 ni
kadang ada gerak2 kecil sesekali
mengeras menbonjol comel2 je pon dah beberapa kali..
marilah kita catat elok2 detik2 tu kat sini :)

Alhamdulillah 3x
diberi peluang untuk merasa lagi pengalaman mengandung di kala usia dah pertengahan 30an dah ni
sedar diri dah tua tak pikir panjang dah menonong serah diri ke Klinik kesihatan
papehal buat buku pink dulu
redha jer la bila appoinment kedua dalam rela paksa ku minum air gula---huhuhu
resultnya pulak sudah ditahap kena berjaga2...7>..lagi berapa point jer lagi nak masuk kump. yang kena berulang-alik pi klinik, 4x ambik darah satu hari???
....ya Allah kau permudahkanlah urusanku, amin3x

so, marilah kita menjaga makan
err..actually tak berapa nak berselera makan sangat dah pon selepas berjaya wean off si aisyah
tapi timbang berat naik 2kg sebulan...terlebih makan yang merapu la kot ni
klau masa luqman dulu suka yang masam2, masa aisyah suka yang manis2...
kali ni masam suka manis pon dah start suka dah niii


kalau masa first trimester aisyah stil nyusu...mama memang selera abih makan nasi
hari2 nak bungkus lauk kat luar....langsung takde keinginan nak masak2
aisyah pulak elok2 minum horlick guna cawan...nak wean off punya pasal
sekarang siang malam minum botol lah anak dara nan sorang tu

minum horlick tapi makin keding ku tengok
Alhamdulillah
berjaya jugak susukan anak ke-2 sampai aisyah umur masuk 2tahun 2bulan camtu
terpaksa stop sini ye aisyah...bagi adik pulak :)
aisyah ok jer,..berhenti sendiri2 lepas ayah slowtalk ngan dia..amboi, kemain bonding dua beranak tu ;)
bila datang keinginan dia nak menyusu..nanti dia akan cakap sendiri..."cian mama, mama atitttt"2-3x
bergenang gak la air mata mama ni, laju2 bangun buatkan horlick isi dalam botol bagi kat dia
ooo..aisyah belum terima fm sampai hari ni...memang dia minum horlick+full cream je la setakat ni
sorang lagi anakku yang lain dari anak orang lain,...huhuhu...
rileks aaaaa' spesies mama jugak tuuu :D


June 3, 2014

kalau mama boleh, anak-anak mama "no hal" la kan ;)

bila tengok anak2 kecil kita terkejar2 sedari pagi membawa ke malam mencari ilmu
untuk keseimbangan hidup dunia dan akhirat...laju jer nak cakap kasihanlah budak2 sekarang ni
tapi...eh! kita dulu pon buat benda yang sama kan
pagi sekolah...petang belajar agama kat surau...malam mengaji quran dengan makcik sebelah rumah...
kan sama tu
ada jer masa nak main,..masa nak siapkan kerja sekolah
masa nak jugak pi sekolah petang2 jakun kat piano besarrrr kat bilik muzik..cikgu ajar petik sebaris dua...perghhh!
tu belum lagi campur masa nak pi kawad pengakap petang2..tapi tu dah besar sket dah la
ok..melalut!


so..anak2 takmo manja2 sangatlah..lelagi yang lelaki ni...memang kena hantar kat orang untuk diajar mengaji 
alhamdulillah, Allah permudahkan
Pengetua tadika yang kebetulan tinggal berjiran selang beberapa rumah ada ajar mengaji iqra/quran memalam kat rumahnya.
oh anak,..silalah rebut peluang yang dah ada kat depan mata ni ya
mama doakan...semoga semangat anak2 mama yang berkobar untuk mencari ilmu sentiasa berterusan, amin3x