February 28, 2014

selipar pasar malam jugak yang ku terkejar2

jom kita tutup february dengan entry yang happy2 sket la :)
meh sesekali kita buat balik perangai lepas2,...dua tahun tiga tahun lepas..tangkap gambar barang yang dibeli just suka2 pastu buat entry...hee
macam syok pulak bila baca balik dua tiga tahun kemudian...
alahhh..benda murah2 nawaitu kata nak show off tu buang tepi siap2 la kan


err..camni la lebih kurang selipar plastik memori zaman tadika dok pujuk tokwan ajak beli kat 
kedai syarikat.
sekali dapat 2pasang grey & maroon tokwan suruh tok belikan
comel sangat saiz bebudak selipar camtu
ala2 jelly bunny ke memacam dah nama kat pasaran sekarang tapi harga puluhan juga
sekali terjumpa kat pasar malam...laju jer singgah membelek...rm5 gituuu :D
baru sebijik ala selipar kenangan
aisyah belom ada saiz, saiz mama pulak yang terlebih pilihan
ambiklah sepasang...sengaja pilih color seakan selipar kenangan

lip lap kemain bila pakai keluar memalam..nak pi kedai runcit ke nak singgah mamak makan nan cheese ke...sarung yang ni puashati dah...hehe

February 26, 2014

kali ke-3 untuk tempoh tak sampai 2bulan

yang sulung demam plak dah
kali ke-3 dah ni untuk tempoh tak sampai 2bulan..huhu
start panas badan petang ahad...err, anak2 tak ikut pon mama ke pasar stadium pagi ahad tu
so tak boleh nak sabitkan dengan dek berjemur main panas la kot
lagi risau kot sebab nyamuk yang meriah nya esp. memalam lah

so,...dah 3hari tak ke kindy
kali ni teruk jugak..siap muntah2
pastu takmo makanlah takut muntah lagi
minum air ke ubat demam semua keluar balik sebab perut tu kosong kan
cadang mintak suami bawa gi spital drip air..cepat sket segar badan tu
tapi suami takde masa nak berlama2 kat spital tu
mama pulak memang tak bolehlah..ni adik sapa nak tengokkan

so pi klinik je la ambik ubat angin
ubat demam yang masuk kot bontot sudah
antibiotik lagikkk..aduhhh, jenuh nak abihkan ye Luqman.

kesianlah dia baru nak seronok2 sebab dah weight gain sket..timbang semalam dah turun balik :(

masaklah simple2 janji berkuah...sup camtu
berselera gaklah menghirup semangkuk dua...takpe la, asal nak jamah sket before makan ubat.


February 25, 2014

bila terpaksa berkata "tidak" kepada emak

seorang anak perempuan,...
bila sudah bersuami, ibu ayah jatuh no.2,...semua orang tahu tu


beratnya hati nak keluarkan "tidak" kepada emak petang semalam
mujur emak cepat tangkap kiasan si anak dan sebagai emak yang tegas yang tak betah meleret2
pantasnya membuat keputusan..."kita cancel dulu lah"
even hanya di talian tak boleh tengok muka tapi boleh rasa riak kecewa tang hujung2 suara yang cuba diceriakan...huhu
maaf mak,
in shaa Allah ada rezeki kita on balik plan yang dah dirancang cecantek tu secepat mungkin, amin3x

February 24, 2014

terima kasih atas rezekiNya

tema makan luar hero utama weekend semalam dan semalamnya
yang lagi2 berterima kasih...si mama lah yang suka dapur tak berkecah...
2hari periuk belanga tergantung rapi :)


sempat ke pasar malam di petang sabtu..lepas rindu dendam pada tongkeng&rangka ayam goreng berempah, pilihan gerai yang tepat, sedap :D
boleh beli lagi...
hari ahad digelakkan suami...eh, takkk. suami saya bukan jenis gelak kahkahkah
first time kot bini dia keletihan sampai takmo ke mana dah selain nak balik rumah, rehat 
padahal terlebih jam meronda pasar stadium jer pon,...salahkan cuaca lagi :)
abis plan petang ahad...postpone ke next weekend la kot



February 21, 2014

lagi cerita hati si ibu

sesekali ke tesco berkenan pulak dengan sayur mayur yang di pek cantek lagi bersih gemoks plak tu


kalau sebelum ni bukan main rajin ke pasar pagi puashati nak pilih2 sayur...
tapi dek penangan cuaca yang melampau teriknya
baiklah pilih utk beratur panjang 'q' nak timbang sayur...lah, ada aircond ;d
macam eh jugaklah err..bukan macam tapi memang sebenarnye..hee, memang mahal
tengok 99sen laju jer kautnya..tengok ke kuantiti,...redha je semua mahal sekarang lagi la yang datang dari tanah tinggi ni.

ok,cerita lain pulak....
si sulung yag excited tak sabar nak berombongan tadika...
siap request nak beli camera yang gantung kat leher, kemaen
ye,...nak beli yang kecik sesuai untuk luqman je,
sebbaek tak request nak pinjam camera ayah..huhu

tup tup teringat dulu my adik bongsu nak bawa camera pi rombongan sekolah
bila balik  camera tinggai tali bak kata my ayah...hehe

tapi..comel lah sangat tengok bebudak tadika gantung camera kat leher kan
jalan2 snap gambar haiwan2 kat zoo...alololo, superb comel tau
ayah,...what say you ;d


February 20, 2014

rutin memasak dan keciwi si anak

klik2 cari idea apa nak dibuat dengan mission wraps& kulit popiah yang dibeli berhari sudah,
terklik pulak masuk ke blog sendiri...heee
meh la kita taip sepatah dua...mood nak masak tengah on ni
mari hangatkan lagi dengan meletak pic masakan hari apa ntah...yang pasti asal masak sotong jer dan dan teringin teringat..ke lagi ada kesempatan nak snap gambar bagai,kan


sian le lelain ayam ikan daging semua takde chance enterframe sini..hari2 masak katanyeee
idaklah rajin mana cuma....
anak yang girl tu takmaunya makan food luar
nak yang panas2 dari dapur mama jer...jadi memang kesian sangatlah bila makan kat luar kejenya tau nak merasa air orang tu air orang ni...suap apa memang luah balik
tetiba meja kitaorang dah abis makan baru terpisat2 nak order air,..aci la, kan
air kosong memang dah siap2 bawa plak tu :D

mesti sebab kat umah memang tak berapa ke jarang sangatlah nak hidang air manis2 time makan
tapi ada la dalam peti, lepas makan baru boleh minum..hehehe
tu yang bila ada yang bertamu memang sakan lah 2beradik ni mengambil kesempatan..minum bersungguh...sesekali mama hidang air manis atas meja katanya

February 19, 2014

resepi "pancake" yang saya suka

wahhh...banyak2 resepi penkek yang pernah dicuba,...yang ni paling mengena dengan selera setakat ni
dan dan la...salin resepi masuk dalam blog
act. ada la adjust sesket dengan resepi asal,...masak ikut gerak hati katanyeee
wah..wah..wahhh..dalam gambar tu emaknya yang punya la tu...selera savoury pepagi kannn :)
"masih dalam musim takleh bau telur dalam masakan"


jomlah tengok resepi penkek yang saya suka sangat tu....:)

11/2 cawan susu dicampur dengan 4sudu cuka, kacau sket dan biarkan sekejap...
4sudu mentega dicairkan 
1 biji telur
*2cawan tepung gandum + 4sudu gula(kurang lebih baik)
*1suduteh baking powder
*1/2suduteh soda bikarbonat
*1suduteh garam
err...saya campur 1/2suduteh esen vanilla juga..hee

gaul sebati bahan bertanda *
dalam mangkuk yang lain...pukul telur dengan mentega yang telah dicairkan pastu + campuran   susu&cuka"sourmilk"
pastu masuk campuran bahan bertanda* ke dalam mangkuk adunan telur sedikit2 sambil digaul 
supaya tak berketul...dah puashati dengan adunan bolehlah disendukkan ke dalam non stick pan yang dah panas kat atas dapur tu.

ok ok...buat penkek pon beria nak bagi cara memasaknya pulak 
asal tadi nak share resepi jer kan :)

err..ke ada yang lagi special resepi penkek nya, share la ;)



February 17, 2014

sepetang di sungai Sendat

semalam "sunday" february 16 adalah harijadi aisyah'
"Happy 2 years old"

sooo..untuk orang yang sangat suka air...sehari entah tak terkira berapa kali menyorok diam2 main air dalam bilik air..hari sabtu the ayah bawa kami pi berendam kat sungai Sendat, @hulu Yam baru,serendah.

menggigil mengeletar makan aiskrem pulak :) 

yang mama ni was2 je masa on the way tu, kot takde air la sungai tu 
musim panas dah sebulan tak hujan ni
dengan tak jumpa sebiji kereta or seketul manusia pon masa masuk ke hutan tu
orang asli ada la sekampung dua tetepi lorong masuk tu
pastu lorong semakin mengecil
Luqman dah takut ni ayah...kata si anak.....4km kemudian, wahhhhhhhhhh!
di sambut senyuman auntie guard/bayar ticket masuk yang mesra lagi peramah
ramai sangat dia bagitau bila weekend ni..takpe2 biar ramai jangan tak berorang..seram :)
siap pesan mandi baik2...biasa la bila google, ada jer kes2 lemas kat sini

girang hati mak bila nampak bersusun kereta motor
siap ada group berkhemah bermalam dalam tu

ok, boleh bentang tikar dan makan bekal dengan hati yang senang,....enjoy!



February 14, 2014

start from today

tiba2 je ada orang tu yang sebelum2 ni tak pernah abaikan tugasnya memastikan stok roti gardenia mesti ada setiap pagi di meja breakfast...berkata 'i takmo beli roti dah'
means.....
dah tak makan roti la kita pagi2 ye anak2...
alaaaa, mama suka roti..berjela resepi roti yang dibakar garing dalam kepala ni haaa, heee
nak suruh masak memasak pepagi le tewww

sayur ni best tapi idaklah untuk di cucurkan..di goreng untuk dinner
kawankan dengan sambal bilis..anak tuang bedak serumah pon takpa,mama tak marah..hehe
pagi jumaat buat le cucur bawang...kesukaan anak2
takda kucai or taugeh...buh kobis yang rangup pon ok..bhg tetengah orang buat ulam tu
tapi mama tetap ada simpan risau bimbang anak yang ke sekolah tu cepat plak laparnya sebab tak breakfast roti..kenyang lama sket sementara nak kul 10.30 baru ada break untuk makan
tiba2 nak bawa bekal sebab kawan2 bawa bekal
...aci dak if mama cakap tak perlu,kan cikgu ada sediakan makanan dan air kosong,
bawa air  manis dah la..ni kes mama malas ke mama berkira ye.. hehe


cicah plak dengan kuah sate kajang...memang utara abih la.

apa khabar di sana

sejak zaman sekolah2 dulu lagi dok lah berimpian nak buka lorong yang menuju ke jalan besar ni
tapi ditentang penduduk sekampung...huhu
alasannya...bahaya bila banyak sangat buka jalan keluar masuk ke kampung
err..kita buat gate la tapi kampung tak main lah pagar2 kawasan kot
hmmm, impian tinggal harapan sudahnya


terima kasihlah pada makcik liah yang berumah kat sebelah lorong tu
bersangka baiklah pada keringatnya
saban petang meluangkan masa menyapu membakar dedaun kering kat tanah tinggalan arwah tok...hanya allah jualah yang dapat membalasnya
nanti musim buah sama2 lah kita nikmati hasilnya...in shaa allah

mak yang stil baring sekali lagi dibawa ke hospital...
sekali lagi masuk air tapi kali ni sebotol saja
sekali lagi di x-ray...semoga cepat pulih ya, mak..al-fatihah.


rumah tinggalan arwah tok yang kini dihuni emak sedara
tinggal sendirian di usia lewat memang kasihan...sebbaek ada juga seorang anak yang saban hujung minggu balik menceriakan si ibu..pagi petang bawa ibu keluar berjalan
harap berterusan lah bila dah kawin...jangan asik nak jenjalan ngan bini sajorkkk
susahlah anak2 lelaki nak cari isteri kot, orang2 pompuan kemain demand sekarang
sebelum kawin seboklah bertanya khabar bakal mak ayah mertua...lepas dah kawen mula lah rimas malas even sesekali diajak balik menziarah mertua...eh, dah knape membebel plak ni
jom beristigfar seketika....




February 12, 2014

Plan C, sampai juga kami ke kampung

plan A, nak balik dengan anak2 je lepas balik sekolah tu nak gerak..tapi suami nak balik sama 
...tukar plan B lor..gerak lepas solat jumaat kul 3-4 camtu
sekali tunggu punya tunggu punya tunggu,
lepas asar baru suami sampai balik...kul 6petang baru gerak,..kiranya plan C la ni.
plan C pon plan C lah, asal boleh balik jengok mak yang khabarnya dah 2minggu demam tak bangun2 kat kampung sana.



memang jaranglah ke tak pernah kot gerak balik kampung petang dah nak ke senja ni
sempatlah layan syahdu tengok matahari senja dalam sebok2 melayan anak

singgah @r&r sebelum simpang Pulai yang ada Mydin tu
tapi dah malam memang tak masuk pon mydin tu..cari makan @Singgah,..maghrib isyak siap2
selesa sangatlah time tak berapa nak ramai ni..tapi ramai juga benarnya..baru best kan
anak2 pon happy makan kenyang2..main kat playground 2-3round
masuk kereta cepat sket lelapnya


seram sunyi jer travel jejauh memalam ni
doa minta jangan apa2lah tetengah belantara tu kan
jammed sekali kat tol sebelum terowong..ada xcident dengarnye
abis merentas belantara..lega lah nampak rumah2 bandar semua kiri kanan highway
meriah malam tu
sepanjang jalan dari Ipoh...sampai Penang..membawa ke Kedah..tembakan bunga api sana sini
mengiringi kepulangan kami..ecewahhh wah wahhh :D
makin ke utara..lagi lah..dah nak ke tengah malam..lalu sp, alor setar..sampai jitra, masuk jalan dalam
dah kul 12camtu...sampai tetengah pembahagi jalanraya tu pon depa dok sebok bakar bunga api
ada sambutan tertentu malam tu kot, ramai2 depan rumah..meriah tanglung segala.

masuk kampung terus suram kelam
selalu balik mak dah tunggu buka pintu..kali ni kena cari dalam bilik..dok terbaring jer
berpimpin bertongkat nak ke bilik air
makan pon bubur jer..sebab sakit bila bergigi palsu
ermm..mak pesan jaga gigi elok2, jangan dok syok kata takpa gigi rosak boleh pakai gigi pelesu
sekali sakit..yang pelesu2 tu semua takmo dah

alhamdulillah...demam mak dah reda
ahad pi x-ray pon alhamdulillah takdak apa2
dalam proses nak pulihkan diri..orang tua2 ni eloknya selalu2 bawa kuar jalan2 gembira2
asik terperuk kat rumah jangankan orang tua, sapa2 pon boleh jatuh sakit
anak2 dah sebok kerja...yang lapang2 tu dok jauh plak
bila suami cadang2 nak caribeli rumah kat utara sana..setuju jugaklah
idaklah terkotang konteng dengan anak2 jer sementelah suami makan bulan sesekali ke laut dalam nun.

balik kampung dan dan la pi nat, orang kl cakap pasar pagi :)
on the way balik singgah tepi jalan beli ayam bandaq yang di'layoq', 20sen dia charge
lebih sedap kata my ayah bila di tanya beza ayam layoq dengan tak layoq ni
...biasa orang layoq ayam kampung je kan


3malam kat kampung..isnin pepagi bertolak balik sini
panasssss sepanjang jalan..sampai pening pala cek...dengan anak2 lagi
apsal tak terpikir nak balik awal kelam pepagi kul 3-4 pagi camtu..ke balik petang2 sket pon ok,kan.
next2 trip..sila rancang perjalanan :)


till we meet again...babai

February 7, 2014

we left you something...

terima kasih pada yang sudi singgah2 ke blog yang dah knape jadi dengan ownernya ni???
...kosong terus idea merapunya :)
mungkin asik pikir itu ini serious belaka lately
sampai boleh ter'skip' moment2 "to make life enjoyable as i can, as i want"...huhu


"thought we left a trail, back to the way that it was..."
happy week end :)

February 5, 2014

sayangi diri

ada yang cuba-cuba memasang api pencetus kemarahan.....


tapi.....
saya tak marah tak mahu marah pon..bukan takot kena jual
sebabnya...kalau marah tandanya saya menghukum diri atas kesalahan orang, 
nak kesiannya lah hai kat diri sendiri atau kesian kat orang yang letih penat otak pikir cara nak sakitkan hati kita??? 

February 4, 2014

cuti di permulaan february

awal2 bulan ni mari pasang harapan....
"semoga perjalanan di bulan kedua ini lebih baik dari bulan pertama"

sepasang budak selsema bekerjasama nak buka tutup bekas aiskrim yang ketat...bila tak sihat aiskrim pon takmo orang makan dia, percaya tak :D
@klinik,again?
february girl, selsema tapi mesti ceria!
bertabah untuk menghabiskan antibiotik, chaiyok!
sekeping pic weekend-cny#2014 :)