November 27, 2013

sejenis bubur di bulan muharam

baru lepas makan buboq sora'
merasa juga walau dah hujung2 muharam...alhamdulillah
jauh datang nya...airtangan orang kampung bergotongroyong kacau bubur ni di laman surau kampung petang jumaat tu hari
sabtunya..my ayah bawak datang Lumut,..transit dalam petiais Lumut 3-4hari
then petang tadi naik Plusliner datang shah alam
hebak sungguhlah mu ni..;D


November 26, 2013

coba-coba bercinta dengan alam

bismillah...
dah berapa hari tak ber'update' nampaknya..sayang pula ada scene2 best yang terlepas tu
tersebok pula cuti2 sekolah ni, err..sebok main cikgu2 yang lebihnye pon.heee
ni..terajin sket dapatlah edit sekeping dua pic sesi beraktiviti luar bersama 'cikgumama' ;D


plan asal nak bentang tikar kat pulau pokok kelapa yang orang tak pergi tu
macam cantik jer macam tenang jer pulau tu tengok dari area playground yang selalu pon meriah
sampai situ..tengok2,...tiba2 datang satu rasa macam tak sedap hati nak kacau ketenteraman pulau nan indah lagi tenang,err..rasa something kot,...kami beredar.
patah balik singgah kat satu pondok dalam taman budaya


ok lah sini...stil hadap tasik, tinggi dan ada tembok batu
lebih selamat untuk anak2 juga dari diseranghendap dek hidupan tasik yang boleh buat mama lintangpukang plak kang..hehe
baru nak bentang tikar..datang pulak orang sapu kemas2 sampah bersepah sekitar pondok...lega
dah boleh bentang tikar dengan senang hati


masa tengah selera bersarapan tu..
sesekali merayap datang sekor dua semut hitam saiz kerengga tetepi tikar tu anak2 dah cuak
terbang mai plak anak2 burung 'cak' yang comel tapi bising kemain singgah kat alang pondok..laju2 aisyah pindah duduk di riba ayah
risau juga kalau2 group gagak2 hitam tu pon teringin nak datang singgah tengok kitaorang bersarapan
sebbaek takde :)
tapi memang best la bersarapan@taman camni, sedar2 makanan dah abih..eh, baru cikgumama ni teringat nak snap gambo, dapatla sekeping pic aisyah dah main2 dengan kuah dal

act. risau pon lebih...anak2 ni selamba jer pijak kerumunan kerengga dekat2 situ
bewok di sana-sini memang tak ler nak jalan2 tepi2 tasik tu
tengok dia berenang laju ke arah kita pon rasa semacam inikan pula if tengah jalan2 dan serempak dia merangkak kat tanah dengan lidah exotic nye tu....ok, cerewet sangat ni :D



November 22, 2013

suami gatai

ya ampun,...provokasi sangat tang tajuk tu kot..tak sopan plak pepagi jumaat ni lahai
hurmm..balik2 pi balik asik pon ulangalik cerita anak yang sepasang jer kan
sesekali nak jugak ada selingannya ;)

cerita "cinta bandar tasik shah alam"
selit cerita sang bapak ni seronok juga...even;

"haipp! awat yang gatai dok buka cerita rahsia laki hampa ni paseipa?"

haa..garang tak garang tak..kena wak keluar loghat pekat kasi lawan gugup kelu bisu..hehe
act. tak eloklah nak cerita yang burukbusuk suami 
cuma...cianlah tengok sidia tegaru2 tapi separuh badan jer katanya..err..err, tapi ada perasan you ralit abih garu m****t malam tadi ;D

tiba2 elergic telur buatku heran
mistik sangat bila katanya...semakin dekat nak sampai balik rumah semakin kuat gatal2nya
haihh..mulalah nak pikir yang bukan2
tapi jangan aihh..sebolehnya takmo bila mintak nak tepuk2 calamine lotion kat badan tu
dah masuk hari ke3...tak sampai hati plak nak pi bercuti & tinggalkan suami menggatal i tu..huhu

November 20, 2013

sedia ke sekolah

masuk hari ke 4 dah unhappy 'school holiday'
rindu nak ke sekolah cum bosan terperuk kat rumah
dah le jenis tak berapa  nak melangut depan tv tak tido siang pulak tu
...kena list macam2lah aktiviti bagi orang tu rasa excited ;)


so...buatlah sudut belajar dalam playroom
buka meja dan kerusi untuk adik juga
selamat main cikgu cikgi ye mama


teringat dolu3x..ayah siap gantungkan papanhitam kat dinding kat ruang makan
...belikan kapur tulis ..duster bagai
kat papan hitam tu la kami menghafal kali-kali(sifir) siang malam pagi petang
takut woo...dah la kena berdiri atas kerusi..dapat jawab baru boleh turun, salah jawab cikgu pulas perut

hmmm..ikea chalkboard tu macam nak masuk wishlist lah kan, baru best nak main cikgu cikgi ni ;D

November 19, 2013

on the mood 'ketinggalan'

tak suka?
tak boleh buat apa dah..
layan yo la tengok sorang ke sorang post entry resepi ber'yogurt nestle' tu
next2...MESTI join ya!

plan nak le try dengan puding laici yang dikurangkan gula tu
saje la sebab untuk luqman bawa ke jamuan last day..bebudak takmo kot makan manis2 sangat
masalahnya...kawan2 bawak sumijelly over manis beli kat supermarket
dan dan tak best puding setakat manis2 buah mama tu

banyak sangat makan manis..jom try potong dengan yogurt asli nestle
...so, here we presenting you....'sweet sour laici pudding'..try meh ;)
..resepi malas nak taip ketinggalan katanya..,<>laici dangdut jer kot 



&


&


&

"happy school holiday" ;D

....dapat jemputan cuti-cuti malaysia
excitedlah tiga orang ni nak p tapi apa2 pon kena refer pihak atasanlah dulu...
what say you...pa ;D

November 16, 2013

semusim kenangan


 di situ kita berkenal-kenal dengan si pink yang pemalu..tapi awas! garang woo;

 di situ juga tetiba si mama ditawan hatinya dek geng juntaian ijo2 ni

 ...dan si renek purple yang sangat2 buat kami teringat2 kampung halaman..dan2 topik bila nak balik kampung didiskusikan mengiring perjalanan..tetiba, eh! dah sampai ;)

rehat kejaplah resah aisyah setiap tengahari,...dapat tido siang dengan tenteram
juga kelibut nak melawan debaran tiapkali bertembung pandang dengan si dog anjing bekeliaran yang suka nau la buat lintas hormat area school abang, kan aisyah;


tamat sudah semusim pengajian Luqman di kelas 'excel'
setahun yang indah untuk di kenang...penuh kenangan untuk Luqman, untuk mama, untuk ayah
tak terkecuali...aisyah jugak.
anak pertama di tahun pertama mengenal "sekolah" ;D

November 13, 2013

hampir sampai ke hari tu.......




hari ni dua subjek menarik lepas camtu jer dengan alasan kejap lagi baru nak buat
nan hado la sepasang tekukur tu nak tunggu sat kamu tu
sayangkan..sesal kendian2 dah takde maknanya...dah lama kan tak bersua dengan pasangan jinak2 tekukur tu,..terhibur lah bila pasangan tu datang dekat2..kena spare bawak beras segenggam kot,
bila kita boleh bersua lagi ye ;D

takpe lah..ada satu lagi subjek..."miss pink semalu-malunya" 
ada 3hari lagi untuk ke tempat tu..jom pujuk hati snap subjek kedua ni

tak paham?...maaf, sebulan sekali akan adalah kejadian begini
terkecur2 nakkan asam tu, sebaek suami dah tersuka sama...dah macam mak buyong dibelikan apa yang diidam lah gayanya bila tetiba suami belikan :)

November 11, 2013

rumah idaman #laman tepi

mari mengumpul bahan storyboard untuk single storey idaman
mesti corner lot sebab saya nak dapur saya terjulur ke laman tepi macam ni


suka sangat dengan tangga seakan amphitheatre pada saya
nanti bolehlah nak atur pasu2 tanaman masakan kat bucu2 tangga tu
ada budget boleh tambah mini kolam ikan ada air mengalir menuruni batu2

sofa tu nak ganti dengan bench berkusyen ala2 pic bawah ni...
duduk2 minum petang ke
sambil masak boleh jenguk guide anak2 buat homework kat situ


wahhh...tak sabar nak draft layout plan ;)

*pic from google

November 10, 2013

kandaq special from mylorong dapur

perangat gulai udang malam tadi
goreng terung goreng tenggiri
tumis sambal bilis goreng rangup2...dan goreng sayur terbaek
suka sayur ni,..almost 2weeks dalam peti maintain jer tak kecut lagi rangup selepas dimasak sayur goreng..sayur cameron tahan la dia bila simpan di tempat sejuk,...agaknye la
dan dan kalah kobis kunyit mamak ;)...err..tak dilupa  cha chap kicap lemak manis


hari2 kandaq
idea paling bijak nak elak meja juga lantai berkecah makanan
bosankan bila tiap kali abis makan nak sapu mop bagai..5-6x sapu mop satu hari?
dulu gigih now berketang,..biar anak-anak nak explore katanya..huhu

time ayah ada kat rumah ok lah kita berhidang makan di meja
even lepas makan yang sapu yang mop maknya la jugak
takpe..i ok jer buat semua tu, u handle anak2..tak kose tau nak berebut batang mop 4-5x sehari ;D

dannn..bila ayah takde
kita kandaq sorang sepinggan bersila atas tikaq evamatic depan tv
of course banyak yang tumpah compare to yang masuk mulut..tak elok asik la dok buang makanan
lagi advance..bila kandaq sepinggan penuh..suap abang suap adik
kadang tukang suap pon tersuap sekali
pastu teringat pesanan drFazilahKamsah...ibubapa jangan sesekali abiskan makanan anak2
so..part yang terlebih kuah terlebih sambal suap mulut mak dulu
pastu baru suap anak2 biar diorang yang abihkan nasi tu
memang licin bila disuap lagi berebut2 kena tambah lagi
***anak2 yang selalu ketiadaan bapa seharusnya di double manja oleh si ibu :)

November 6, 2013

cuti 3hari jadi 5hari...wow!

bila hari2 pon beraktiviti ke sana ke mari..sekejap jer, dah last day
ada macam2 jugaklah if nak cerita...sinopsis lah serba sket untuk kenangan/ref. di masa depan 

sabtu yang deepavali tu cousin en.suami bertunang
pagi2 lagi kitaorang dah sampai umah pakcik dia..ok jugaklah sebelah umah ada playground
juga sederet kedai runcit...menabung situlah, apalagi ;D
berpeluh2 main kat playground sementara tunggu rombongan meminang sampai...baru masuk semula ke khemah ready untuk makan :D

abis majlis..gerak ke umah atok, zohor siap2 kat situ
pastu gerak ke seksyen24 menjejak 'dewan Dahlia'
sesekali serempak laksa jitraMai haruslah singgah menapau,..nak cendol juge ;)
pastu hujan..telan air lior dalam kereta dok hidu sedapnya bau kuah laksa
senyap2 buka bungkusan cendol..slruppp..dapnya :D


sedar2 dah sampai pekan meru
hujan renyai2 selamba redah dengan Luqman nak ke kedai yang cikgu suggest untuk beli t-shirt putih murah2 dah la untuk pakai hari 5nov. tu
oh...mama mahu datang lagi...berderet kedai harga murah yang mahu dibelek kat situ
hidrangea yang nampak mahal tapi murah plak kat situ..mahulah 3-4 ranting aihh :D

Pagi ahad macam biasa nak la ke pasar tani mencari barang2 basah yang freshhh ;D
at last decide untuk lalu je..act, terpaksa...sebab dah tersekat dalam kesesakan kemeriahan rombongan penyokong kelantan&Pahang
dengan homedeconya lagi...ke tesco jer la kita
balik tu singgah restoren kesukaan nak tapau lauk untuk lunch..alahai belum kul 12 lagi yang best2 semua pon dah licin..huhu


isnin sepatutnya sekolah..semangat last day nak practice
sekali demam la plak..selsema sekali..
cuti kan & rest kat umah...cepat2 sihat esok boleh join persembahan
baju seluar semua dah ready, dewan Dahlia pon dah jumpa lokasi
ada la rezeki Luqman nak buat persembahan "cock ayam jantan cock cock"
dah seminggu kot terjerit2 practice dalam bilik air :)

Alhamdulillah
pagi2 selasa tu, kul 6 dah bangun cakap dah sihat..ok, jom lah kita!


seronok tengok comel bebudak 6tahun berjubah naik pentas ambik sijil
pastu lepak hiburkan hati tengok persembahan kekanak rebina ni yang berbagailah keletahnya
meriah sangat...bila semua cawangan bergabung nak menunggu turn anak buat persembahan memang sakitlah..kul 12 kot baru keluar group 'cock ayam jantan cock cock" tu.


happy orang tu buat persembahan pertamanya di pentas dewan Dahlia.
no.2 tepi meja itu la Luqman :)..snap masa cikgu masih susunatur bebudak...pastu video la kan buat kenangan.


hari ni..cuti lagi 1hari..cuti peristiwa katanya
sempena hari penyampaian sijil dan persembahan diorang semalam.

November 1, 2013

aura cuti-cutian

beria type sebab jarang sangatlah dapat update 1hb ni
sekali bila publish...ermm, dah 2nov pon
dengan tak bersalah...click "set date&time"...lalalala


lately...macam kurang kata-kata,..type dan padam 3-4x; tak puashati.
bila mood begini..sukalah nak jalan2 snap2 takpon jalan2 ke blog2 happy..yang menulis cerita biasa tapi penuh rasa bahagia

selamat datang hujung minggu yang panjang kepada yang cuti hari isnin
isnin kitaorang macam biasa kot...sebab busy berlatih untuk persembahan pada 5nov
semoga semua seperti dirancang hendaknya.
err...nanti2lah baru cerita :)

Selamat melangkah ke Tahun Baru 1435Hijrah.
ingat2 untuk doa akhir tahun dan awal tahun,..in shaa Allah.