July 30, 2013

eh,..minggu depan dah nak raya tauuu

Oihh..cukup2lah tengok gambar longkang berkilat tu kot
meh tengok gambar yang best sket,..mood nak raya dah ni,kan ;)


lalalala..lega la hati serba sket persiapan raya untuk anak2 dah ada
dah dapat baju melayu.baju kurung sorang sepasang untuk pakai pagi raya
selipar senang sarung sorang sepasang...even dah rasmi dulu, ok jer
harap tak bersongeh janggal nak jalan pakai selipar baru pagi raya nanti
seliper jer ponnn..a day before raya sempat kot cuci sket, baru balik la selipar tu ;D

bab mencari beli kurung pertama aisyah pon sket mencabar
at last ambek yang tak matching sangat..ombre la keluarga kecik 4ketul ni
comel berseri dipakai dek tuan punya badan..ok la tu

tempat lepak kesukaan untuk menonton tv..sambil makan biskut..comot sofa chek oii!

untuk rumah,..nak jugakla tambah sket aura raya tu,kan
even dinding sofa semua kusam berselirat hasil seni koliaq anak
tengok la kot2 bertenaga memberus time2 bulan raya nanti ;D

err..dah masuk 10 terakhir ni..terasa dah la berat sket dari segala segi pon
except..badan jer yang semakin kurang berat..alhamdulillah selera makan ok
semoga dugaan demi dugaan dapat dihadapi dengan tenang
alangkah indahnya hikmah yang dinikmati selepas satu demi satu cabaran di atasi,
in shaa Allah.


July 23, 2013

ramadhan & melayan kerenah hujung minggu


lama tak update,...pic longkang pembuka kata
jangan risaulah.longkang kering kontang berkilat gitu...tumbuhan berjuntai tu agak berkenan untuk dibawa ke gantungan hiasan balcony laman..ehem ;)
eh..jerebu datang balik laa..takmo sesakhati tatap kelabu jerebu..tengok sumthin menarik dalam longkang pon ok juge :D
terik juga sehari dua kebelakangan ni kat sini...penuhsabar menanti anak keluar dari kawasan sekolah :)

ok..takde idea..sungguhhh,jomm...meh tengok gelang raya untuk mama,Luqman buatkan di sekolah hari ni.

cerita pasal Luqman,
weekend..bawa Luqman gunting rambut di kedai atok..as requested lah :)
yang pakai serba putih tu la atok, err..atok?..alaa..dah pakcik tu pangkat atok2 la dengan Luqman,kan.
ok..dah boleh sabar dok dendiam tunggu siap tapi kepala senget2 ikut rentak gunting
kan dah kena cekik dengan ayah...nak tegakkan kepala punya pasal :D


lepas dah handsome...dapat makan mcD seround..eh?
sebab misi mencari baju melayu raya plak lepas tu
tengok juga kat kompleks tu..meriahnya amboiii..as always la pon :)

sekarang,..semua nak pakai sama dengan ayah..dari rambut sampai hujung kaki la
sebbaek..suar kecik terkecuali, kan ayah  :D
so...baju melayu pon...kena sebijik kaler dan design.ada liplap ka..kat leher tu..semua kena belek
satgi rugi ja dan kata takmo pakai..memang takkan pakai..adoiii, jenuh melayan anak bujang sorang tu


aisyah yang setia menunggu dalam stroller tengok abang dan ayah pilih baju raya
..baju raya aisyah tak nampak bayang lagi ni,
tak boleh jadi ni..sempat tu dia tarik satu slingbag kaler pink ada teddybear untuk diri sendiri masa lalu kat area purse/bag..dan jerit2 takmo letak balik dahh..bayarkan jer la ye ayah :)

July 18, 2013

air kosong dah laa...


amboiii...berkenan sungguh tengok pokok daun bentuk hati kat blog header akak D'nas aihh,
dan dan teringat pokok daun bentuk hati yang tersorok diceruk tu...alahaiii..hai..haiii
takmo dok dalam ayaq dah kot?
sabaq sat naaa, esok2 kita alih masuk pasu,..nak berjemur bawah sun kot :D

eh,..lari tajuk sangat ke?..tersirat kot :D

July 16, 2013

4 5 6...ramadhan ;)

betul-betul...betul punya diari laaa, hari-hari pon mau sinopsis kot ;D
err..tak ter'snap pon lagi masakan berbuka/bersahur...awat ntah?

...sejuk-sejuk ni sungguh seronoklah tengok sakura sekeliling perumahan ni..
meriah berkembangan.,eh..sejuk-sejuk baru nak berbunga pokok ni ye?
so..ok kot panggil dia sakura sebab tak jumpa lagi nama pokok ni ;D


sekeping dua gambar sekitar hujung minggu...jalan-jalan shopping mall jer la bulan-bulan pose ni yo,
nan hado la nak ke pantai..ke tasik ber'picnic bagai
lalu food court, singgah main kereta merah tu jer..dah makan nasi goreng siap-siap kat rumah
sebelum keluar dua orang tu,err..tapi nak ice lemon tea plak si abang ni.

lengang la plak AEON di hujung minggu...apsal tak ramai orang shopping ni?
terpaksalah mama menshoppingkan diri..siap dapat seketul penyeri nak letak kat kitchen cabinet tu
tq..lah en.suami :)

alhamdulillah..dah berpuasa dua hari..hari-hari berbuka makan biskut ;D
cheesekut la...semalam buat puding oreo plak,..makan dessert sejuk-sejuk,dapat pulak tekak perit
di sianghari, alahaiii...
buat cekodok jer la lepas ni :)

July 12, 2013

1 2 3...ramadhan

act.kite stil dalam mood "mama kan istimewa" ;)
bila kat rumah dengan anak dan anak memang masakkk jer kejanya..sat2 bunyi menggoreng fries sat2 semerbak tumis menumis plak
siap memasak..apalagi?..makanlah anak beranak..oish, boleh tergugat en.somi if dia ada kat rumah :D

en.somi sebok sket..alhamdulillah rezeki
memang tak balik berbuka kat rumah,..
lebih molek singgah berbuka dengan atok drpd cecepat balik sudahnya berbuka dalam kereta juga.

so,..wife, bangunlah masak makanan panas untuk suami bersahur
memang masak lebih, segan kot nak menumis sambal bagai sianghari
hidu dek jiran,..ni anak ke mak yang nak makan ni?
hari ni adala suami tinggalkan 2-3 udang tu untuk wife dia nak bangun pagi seluk periuk..heee


flashback sket..first day puasa,
rabu tu pepagi 830 ada check up aisyah..apsal nurse bagi tarikh awal sebulan ntah
setahun 5bulan baru tapi dah cucuk siap2 suntikan untuk 11/2tahun tu
sebulan lagi memasing..dengan kita dengan nurse semua sebok nak raya kot ;D
tak nangis pon masa cucuk tu
siap jumpa dietrian pulak lepas tu, berat naik secoet jer timbang kali ni
dah lonjong pon sekali pandang
balik tu aktif macam selalu,..malam merengek badan suam2 camtu
mandi pagi esoknya.. terperasan benjol semacam kat bekas cucuk tuu
alamak,..bengkak sket.
otomatik mama cuak la..try tuam sket2...cepatlah surut hendaknya,
hari ni macam dah tak benjol sangat,..tapi stil merah & keras lagi sket2
bahaya tak ni,..sapa ada pengalaman..share la sket, please?


July 9, 2013

err..diari ramadhan dah nak mula ni ;)

tiba-tiba macam blur
langsung takde semangat nak main masak-masak lagi lah..dah nak ramadhan esok, bahaya tu!
eh!...siapkan juadah untuk berbuka/bersahur pon ibadah,kan :)

orang memberi kita merasa, terima kasih.
sooo..di samping bersiap sedia dengan pembuka selera paling asas tu,
jom la share blog2 mana eh,.. yang rajin menepek gambo makanan senang di masak sedap di makan
kau sumber inspirasi...ku :)

sinkey gigi,kah tengok ikan masin ikan masam...lama tak makan, tak sabar nak goreng :)

err..posa pon belom..tetiba dah teringin biskut raya...:)


..selamat menyambut kedatangan ramadhan,
selamat berpuasa...jangan lupa niat sebulan berpuasa malam karang :)


July 7, 2013

bawa diri.....

berakhir sudah satu hujung minggu yang sendat...sendat di mana-mana
sendat dengan kita2 yang berebut untuk bershopping keperluan di saat akhir
persediaan menerima kedatangan ramadhan
shopping keperluan raya juga..ramadhan nanti dah tak payah sebok2
tumpu untuk ibadah pula sedapat mungkin, pesan ustaz.

lari dari sesak sarat sendat itu membawa kami ke satu puncak bukit
hanya kami di situ..berempat
err..tipu ;)...ada guard di pondok jaga..juga seorang dua yang berjogging naik turun bukit 

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
ber picnic' lah kami minum petang di situ
err..kami kan suka picnic :D ;D ;D
sarapan 'picnic',...makan tengahari 'picnic'...err, terik sangat la nak picnic tetengahari sekarang 
sooo...kali ni picnic minum petang pula 
tapi tak berapa nak enjoy...sebab mama cepat seram kat tempat takda orang ni
anak2 pon macam tak suka
si abang ajak cecepat gerak ke shopping mall...hee, anak mama tu ;D
mananya mau sangat nak nikmati alam bagai ni
si adik memang tak cukup tanahlah ligatnya..sampai tercium tangga
nak elak mama snap gambo dia la konon..kan dah tertomoih
sebbaek mama dekat dan la sambut 
terus jerit takmo mama...anak ayah tu nak ayah dukung baru senyap,
marah mama ...mama kacau panggil2 nama dia nak snap gambar la tu,..kan dah jatuh :D



July 6, 2013

cerita 7keping gambar

tak rasa nak tido lagi..dah kul 1pagi ni
hmm..ni jer pon waktu yang boleh nak congok depan pc tanpa gangguan
jengok blog mereka2..musim memalas rasanya, takpa2..jom update blog kita jom :D

yang dirindui...gumpalan awan yang setia menutup terik mentari untukku..kemain ayat ;)
suka jer hati keluar tetengahari sehari dua ni 

kerjatangan minggu ini,bertambah koleksi 'yellow' mama :)

ahhhh, sudah!...terasa2 nak lagi mendalah ni
walau sudah edit kasi effect kurang menyelerakan...tetap telan airlio tengok ni
meatball ikea sah-sah kalah *kerap nau samaknya

eh..eh! ini orang ajak balik kampung lepas balik sekolah tadi
balik sambut puasa kat kampung,..bestnya
kita?
tengok gambar kampung jer la dulu ye, mama bukan gemar balik sat2 ni..kurang2 seminggu
biar berbaloi 6-7 jam dok kematu dalam keta tu :D


err...tang mana yang cun sangat pokok lidah boya tu eh,
cuba habaq mai sket
*kesan akibat banyak sangat lidahboya ni kat belakang umah tok guarnapai suatu masa dulu,
  tak berani dekat sebab tok kata ada ular hitam sembunyi dalam tu..eiiiiii

ohh...si kakihutan mohon dilenyapkan gambar2 seksinya kat fb
ok, dah!...selak balik album fb tu..oihh..banyak juga gambar sendiri tayang lengan



lately,..suka nau belek gambar kampung halaman kat blog mereka2...
lagi2 kalau kampung tu di kawasan perbukitan...sedikit nyaman lah feeling2nya
kampungku di kelilingi bendangan..feeling lit lit gitew

tetap suka dengan anyaman jelapangan tu,
balik ni nak minta sekeping bawak balik letak kat balcony sini lah :)


July 2, 2013

akibat berembun,..plus main panas la niiii....

kan?
kan cikgu dah cakap..kementerian arahkan semua xtvt luar dibatalkan untuk tempoh 2minggu ni
Hari sukan sekolah abang pon dah cancel..postpone bila eh?..kalau lepas raya nun dah jadi
Hari sukan hujung tahun la kot?

err,...camne mama boleh teringin nak makan kat laman plak?
sudahnya malam tu merengek berkepit lah dengan si kecik tak boleh tido..selsema youuu!
kul 4pagi suap 6ml panadol syrup,..dan dan nyenyak sampai 8pagi baru bangun nak escort si mama ke pasar pagi :D

Act. tak elok la bagi ubat2 gini untuk anak bawah 2 tahun,....

tak ikut mama ke pasar pon, ayah bawa gi main, puas main panas,
kul 11pagi takmo balik lagi..nangis jerit giteww


tengahari tu, dapat pakej batuk plak,
try bagi minum sesudu madu campur air suam..untuk cairkan kahak yang menyebabkan batuk tu.
nyenyaklah tido petangnya..bangun terus poo poo banyakk.

if google ada gak petua macam buat minyak bawang putih sendiri untuk disapu kat badan anak,
then tampal bawang putih kat tumit pon macam best untuk dicuba..
at least tak perlu nak suap ubat  berkali2..tak sampai hati jugak..omaknya ni sah sah elergik panadol pulak tu ;D

tapi, kan..orang cakap anak kecik ni sakit nak pandai sesuatu la tu,
selain sangat pandai merajuk dengan ayah dia...lately,
dia dah start bercakap dengan mama dia la..pagi tadi panjat kerusi capai sebiji mangga dalam bakul atas rak dan kata.."ma,..pas..pas"..ulang 2-3x gak la sambil hulur mangga kat mama..
mama blur pepagi lambat pick up la plak anak nak suruh kupas mangga tu :D

July 1, 2013

candle light dinner seorang emak beranak dua ;)

...dah dah tentu bersama tetamu 2 vvip kecik kami tu
*yang dah dijamu kenyang2 terlebih dahulu..tapi?
"nama pon si kecik"..ye dak :D


double penat kot tapi mama sila enjoy.."hari mama"..kan, even.....
double berebut nak siapkan sebijik kek
double berebut setup meja kat laman
double berebut jaga hidangan kat atas meja..tu pon ada selingan cawan terbalik air tumpah bagai
even..double triple berebut time makan juga..candle light kununnn

apalah sangat yang dapat di suap ke mulut kecik tu selain sebahagian roti burger yang terselamat dari limpahan gravy berperisa Abang Burn tu,....


yep!..dinner ditaja en.suami yang menapau BBAB @sek7.."lamaaaanya Q,komen en.suami"
sek.7 kot?
..pernah makan kat apa village ntah, area Giza KD tu,settle order..jalan pilih meja,
elok duduk jer order pon sampai, tak sempat orang air datang ambik order..
better pi situ la lagi2 ditemani vvip kecik ni :D