June 27, 2011

rindu kampung halaman


malam tadi call mak
owhhh...dia kat kampung sekarang...kampung nun kat jitra

musim buah dah nak start ni..bagitau mak
rambutan tak berapa nak merah lagi
cempedak pon belom ditetas untuk diperam

tapi durian dah start luruh dahhh
semalam saja dah luruh 5 biji yang pertama




owhhh..sangat mahu polanggg..pulang ke kampong halaman
berbulan dah tak jumpa my ayah...mesti dah makin putih rambutnya..
sangat teringin nak ikot my ayah pi makan durian kat dusun.
cuci tangan kat air katoq(sungai kecik yg sangat jernih airnye...banyak ikan kecik juge ;D

haruslah cepatcepatbalik ke kampong sebelom mak balik ke ipoh semula

*sedapnyeee cempedak yang digoreng mak ;)

June 24, 2011

alolololoooo....


*seen@weheartit
















































pandang lama sket
pandai betol dok buat muka kesian camgitu ;D
tapi maintain macho...cool lagiiiik!

mendung jer harini..tak hujan tak panas
kalau weekend beshhh ni
laju jer dapat idea nak ber'outdoor aktiviti.

Happy weekend....everyone :D

*bila tarak idea mahu berbelog...mari kite ber blogwalking....
 "every person that you meet know's something you don't; learn from them"

June 23, 2011

dividen...oh...dividen


*seen@weheartit

Kemana nak dibelanjakan wang dari sumber haram...

Wang haram bukanlah haram kerana zatnya tapi dek sebab penggunaannya. 
Wang haram tidak boleh dibelanjakan untuk diri sendiri. 

Mengikut sesetengah pendapat ulamak salaf, wang haram imesti dimusnahkan. 
Tetapi disanggah oleh Imam Al-Ghazali Rh dalam Ihyaa Ulumuddin 
kerana kita tidak sepatutnya memusnah harta kita. 

ada juga pendapat
harta dari sumber haram boleh digunakan untuk tujuan kemasyarakatan  ie:pembinaan longkang, tandas etc. 

Ini bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dari seorang lelaki ansar, Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W keluar untuk mengiringi jenazah, lalu terserempak dengan pengembala kambing kaum quraisy. 
Lalu ia berkata kepada Rasulullah S.A.W, "si folan telah menjemput kalian menghadiri jamuan." Dikatakan seketul daging kambing dalam jamuan itu diambil tanpa pengetahuan tuannya. 
Lalu baginda S.A.W bersabda: "berikanlah makanan itu kepada tahanan." 
(Al-hafiz iraqi mengatakan hadith ini sanadnya jayyid (baik)). 

Walaubagaimanapun, orang yang mendermakan sumber wang haram kepada mereka yang patut menerimanya TIDAK DIBERI PAHALA SEDEKAH seperti yang terkandung dalam hadith 
(sesungguhnya amalan anak adam terputus kecuali 3 perkara: 1. sedekah jariah....). 

Ini kerana wang yang haram itu bukan miliknya. 
Kita hanya akan beroleh pahala sedekah apabila kita memilikinya.

Namun demikian, si pemberi menerima pahala di atas sebab: 
1. Menyucikan hartanya dari sumber harta yang haram 
2. Menjadi orang tengah dalam menyampaikan wang haram itu kepada pemilik yang sebenarnya. 

*Wallahua'lam. 

Rujukan: Fatwa Muasirah, Yusuf Al-Qardhawi 

inspiring me today!

*seen@weheartit


coloured stripe t-shirt....
dipakai seseorang
ermm...young adult ayu bertudung
bijak digayakan bersama cardigan lebih sopan lagi menutup apa yang patut ditutup.

color combination sungguh menarik perhatian
ala-ala color blocking sedikit pastel pon eaaa ;)

tapi tak ter'snap pula baju orang tu...reason?

*i have no reason ;D



June 22, 2011

pasal kawenkawen ;)


*seen@weheartit
*marry only for love.
-choose your life'mate carefully.from this one decision will come 90% of all your happiness or misery.
-don't expert money to bring you happiness.
-measure people by the size of their hearts...not the size of their bank accounts.
-remember that a successful marriage depends on two things:
i)finding the right person and ii)being the right person.

*spend less time worrying who's right, and more time deciding what's right.

*when u and your wife have a disagreement, regardless of who's wrong, apologize.
 say,..."i'm sorry i upset u. would u forgive me?
 These are healing, magical words.

*everyday..look for some small way to improve your marriage.

June 21, 2011

sebbaek 'superhero' ada


kat umah ;D  


























cerita di malam "hari superhero"
superhero request dinner nak makan daging
beria..lah wife dia rebus siapsiap kasi empuk...cepat sket time nak masak nanti

settle rebus goreng pulak
sampai part nak menumis
dapur tak boleh on api tarak mau keluar laaa

zupppp!
superhero datang ;D
pastu superhero refer manual pulak ;D
pastu superhero keluarkan set screwdriver dari kotak rahsia dia ;D
pastu superhero godekgodek dalam cabinet bawah dapur tu
dan keluarkan sebiji bateri heavy duty...
*owhh..hohoho...dapur pon pakai bateri eaa bang ;D

pastu superhero nak solat maghrib dulu
pastu baru superhero keluar ditemani hero keciknya gi kedai caribeli bateri baru

zupppp!
superhero sampai balik ke umah
cepatcepat ganti bateri baru..
yeay!...dapur dah nyalakan api ;D
wife superhero pon sambung masak cepat-cepat
superhero dah lapar...

*kali pertama bateri dapur kat wet kitchen ditukar is pada malam hari ayah 19/6/2011 *noted!

June 20, 2011

kenape tesco?



lama betol tak ke tesco
dan dan tergerak nak shopping groceries kat tesco lepas dipengaruh iklan dalam theStar hari saturday

pepagi ahad dah sampai tesco
ala..tesco kat shah alam jer pon
*apsal tak tepikir ke tesco setia alam ntah?shortcut ikut meru lagi dekat kot, cuba tanya en.garmin ;)

owh..dalam proses upgrading
tapi macam takde perubahan...OPPSSS!..lom siaplah ;D
tapi..seriyes cakap..banyak-banyak tesco yang pernah disinggah,
tesco ni lah yang....................*mungkin sebab antara tesco terawal kot.

berejam jugak pusing-pusing belek barang
lama tak datang..banyak barang dah berpindah tempat

orang ramai jer...tapi tak sesesak giant
sangat lengang di kaunter pembayaran
itu paling ai sokeeee
cashier juge dah pandai beramah mesre

*idaklah beratur berjela cam dulu sampai dah serik ke tesco

seethru


tabung tembuspandang
idea DIY di hujung minggu
sume bahan sediada tapi tak pakai..

sangat baagus bila ada tabung tembuspandang ni
kalah abis sume tabung yang bank kasi free
sedapat mungkin berjaya tarik minat Luqman
abislah...
takde chance jumpa syiling disepah merata pasni

*asalnye DIY tabung ni untuk mama, tu pasal cover tu pink kaler...tak kisahlah...nanti dah penoh kita ke SSPN ;)

June 16, 2011

ada aku kesah'


*Luqman taknak bergambo dengan sampah ;D


ada yang kata.."ada aku kesah" tu ayat si 'bodoh sombong'???
pada ai ia lebih kepada trend saje
silap kita juge mudah sangat terikut-ikut
tak pikir apa dah..yang tau main redah*pentiru no.1

....tengok ramai jer makan meriah kat gerai situ...sedap la tuuu
kenalah dengan mentaliti yang cuma tau nak murah sesajerrr

cobalah coba jeling makanan yang tak bertutup tu
even hidang abis cun berhias bagai tapi totap kat tepi jalan
siap berkipas lalat tapi sanggup beli lagi
tu tak nampak lagi segala habuk serbuk melayang hinggap ke makanan tu

choppsss!
ai bukan orang majlis bandaraya yang nak larang kamoo beli kat gerai haram tu
tapi nak ajak kamoo pikir pasal kebersihan
selepas tertengok satu rancangan tv pasal...

malas + pengotor = selekeh!

ramai yang suke selekeh..sempoi katanya
selekeh pada gaya...lusuh..pada mata
kalau bersih wangi bercuci lain cerita
tapi kalau selekeh tak heran kotor..bayang mai sat cemana orang tu?

malas pada sikap lain hal tau..
kalau dah malas,
dah sebati lah tu dengan selambe dekk buat kotor situ..kotor sini..pengotorlah tu..
macam pakai smart berkemeja..yang perempuan bertudung lilit abis bergaya..wangi semerbak
tapi selambe tinggal sampah merata-rata,
tampal flyers tak kira tempat..telefon awam,tiang lampu..signboard jalan etc.
tak terpikir ke mengotorkan pandangan?

rancangan tv tu banyak fokus pada tempat makan..tapi
tapi..kalau cakap lebihlebih macam try nak tutup periuk nasi diorang pulak,
lagiponnn..

*ai non teror bab nak bebel-bebel ni, ai bagi point tu,pikir-pikirlah eaa :)

rindu bau asap fogging





















petang semalam Jabatan Kesihatan datang buat fogging area sini
owh..terubat rindu nak hidu bau asap fogging tu ;p

rimas dah ni..
sejakmenjak kejap hujan kejap panas ni,
sakan sang mok mengamok

soooo..
bila dah asap fogging tu penuh sesak dalam umah petang semalam
otomatik psiko otak..abis dah nyamok mati
hati lapang serta merta

*tido malam jangan lupa on suis ubat nyamok, key :)

Khamis oredy!



tup..tap..tup..tap!
khamis oledy...
waahhhh...last episod nora elena harini eaaa ;D
hopefully dapat tengok...*wink wink

terhegeh-hegeh nak buat gak entry pasal nora elena,
lagipon semalam pon dah nampak ura-ura nora elena dah nak cair kali kedua ;)

heheheh..tak betullah tekaan depa-depa kata @last nora elena tu kawen ngan amir pulak daaa..
tapi sume pon masih bertanda '?'...erk?
ciannn..tu, lah suruh layan novel..taknak..kan dah kene tinggal ketapi.
tapi cian lagi ke yvonne,lah
..at least dia mencoba, tak gitu ;)

bersedialah kite-kite melayan part -part genting si yvonne harini
jangan terbawa dek emosi, sudahlah

opppsss!
pehal pon..*solat maghrib tu sebaik masuk waktu..eaa mama, pesan ayah ;D

June 15, 2011

idea D.I.Y datang laie...



chanteekkk tak...chanteeekkk takkk?

tengok sekali macam kelakar
tengok duakali cun lah pulak
tengok berkalikali..iskh...nak try buatlah ;D

sesuai kepada kamoo yang ada anak kecik kat umah
yang asyik dan asyik pecahkan vase
sesuwaiii sesangat kapada ai yang memang ngeri+fobia dengar bunyi kacakaca pecah tu...

even Luqman ai belom penah pecahkan vase ai
sebab vase ai sume pon plastic ajer ;)
plastik-plastic pon dah kejap-kejap landing merata ceruk umah
pasal dia sangat suke pindah mindah segalamala mungecange mama dia


*macam mama dia lah juge ;D

malam ni ke...malam esok?



confuse eyh...mendenye???



walopon idaklah kot..memang tidaklah...menjoinkan diri pepagi 1pagi @ masjid negara tu,
tapi nak sesangat ambek tahu pasal ni...takkan tau nak tido lena camtu jer eyh?

yang confuse jap tu...1.00pagi - 7.00pagi, bersamaan 16 jun tu, malam ni la eyh,
...ingatkan malam esok...

*malam jumaat tu,kan malam segala malam..lagilah tak lena tido nanti.

June 14, 2011

malam bercahaya disinari lampu


pada suatu malam @ dataran air pancut


wahh..waahh..waahhhh!...kenape begitu jadinye?
gigil dek sejuk dingin kat situ?
ha..a'...tu pasal laaa ;D























si anak dan mamanya model gelap di situ...damai lagi nyaman melepak di perkarangan masjid'
























hasil tembakan si ayah juga bergegar...
ke model gelap yang 2 orang tu yang tak penahnnye tahu dok dendiam ;)

cerita gelap di malam hari

ni kali ke2  dalam sejarah hidup Luqman kat umah ni
seingat dek ingatan hopefully tak salah ler

yang 1st dulu tu masa umur kurang setahun
resah gelisah kipaskirap guna magazine lenalah dia






















semalam punya kejadian
tengah dia berjoger berdansa sensorang depan tv.."pentiru iklan no.1"
tup..tup..dunia golap gulita..
si mamanya kat bilik kerja..si ayahnya pulak kat bilik solat.

sonyap sunyi..bunyi ek..uk..pon takde
mana pi anak sorang ni..
dan dan mama yang cuak dulu...terus panggil..Luqman,..Luqman....?

sambil teraba tegagau cari pintu keluar dari bilik tu
tetiba tersentuh jari si anak yang teraba tegagau datang cari mama...

*GOOD BOY lah, anak mama ni!

selepas tu pot..pet..pot..pet cerita pengalaman gelap tu kat ayah yang baru keluar dari bilik solat,
mama jer paham pelat anak mama tu..ayah?..kenalah dialihbahasakan oleh mama ;)

dengar jenjiran yang anak nangis taknak sonyap dah start enjin keluar jenjalan..
kita tak yah kot?.....
"sesekali ajarkan dia tentang kesabaran dan kesusahan hidup"


lama tak lama mau abis sebatang lilin baru umah terang benderang kembali..alhamdulillah :)

June 13, 2011

lain yg dicari lain yg dibeli


kain pasang sudah dihantar ke makwa tailor tersayang ;)
marilah survey usha tudung yang sepadan pula

adalah dok aim sejenis tudung tu
dah out of stock kat merata blog bizonline yang disukai

try cari sendiri kat luar sambil cuci mata
problem pulak dah...tak sempat cari dah rambang mata


especially yang ni,

selalu jumpa shawl jer ada tepektepek rose ni.

*arghh..berkonan sudah, ambek jer laaa,..takyah pikior lelama..kotkot putih mata ;D


monday smile



senyum..tak perlu kata apa-apa...senyum..senyum..tak perlu kata apa-apa ;)

June 12, 2011

bulan untuk ayah


kalau semalam keluar malam
hari ni kite keluar petang sebelum malam,lah pulak.

selepas hujan yang sangat lebat...
tetibe hari bertukar ceria,

lajulaju gerak ke phd...order dulu,lagi sejam ai datang ambek,..hokey :)

sejam tu..pergi berlari anak bersama anak ..2-3 round, kuar peluh..
pastu buai lajulaju pulak bagi kering peluh ;)

cukop time..jom, 



sila bawak balik sendirik, area rumah anda belum kami terokai...






















lajulaju gerak balik umah,
malam ini makanmakan bersama ayah..*selamat hari ayah :)


malam penuh makna
























Petangnye(semalam) en.suami bgtau,
ada konsert malam nanti kat dataran kemerdekaan,
dan dan mengeletik nak ke konsert...
tambah lagi kata si en.suami...hanya yang terpilih saje yang akan terbuka hati untuk ke konsert tu,..
*owh..sape taknak jadi antara yang terpilih, kan ;D

tapi...sampai lewat sketlah..pi cari makan kenyangkenyang dulu
+ terpusingpusing cari mana nak park kereta

..melepak bebas kat padang..berlantaikan rumput beratapkan langit
..dihiburkan alunan nasyid yang best-best belaka..
sangat menceriakan si Luqman pastinya..ayah n mama pon gumbira juge.

lain sket tang perasaan tu bila ada kat situ,
kiri kanan depan belakang..memasing yang datang begitu sopan pakaiannya..
berkurung ,berjubah...purdah sesaje,
*kerdil rasa diri yang kononnya dah cukup kena gaya.

Berkonsert, beramal sambil menderma :)

June 11, 2011

animal print


ladies dan animal print?
dan dan tu kita pikir tak lain tak bukan nak share pasal baju ke, shawl ke..takpon handbag ke kasut ke..
sume tu berkebarangkalian,kan ;)

tapi...
NO!...no...no...noooo ;D

okey,..animal pilihan untuk di print ;D...is 

























...ermm, ni pic lama dah,beberapa tahun lepas..kat Bangkok,
ai dah pernah sendengsendeng dengan si tiger tu tauuu,
rilekss jer lepak sebelah si dia tu, sampai si dia tu pon tertoleh-toleh kerling ai..

"berani eyh budak ni sendeng-sendeng aku, sebbaek ngko cekeding budak oii'
..detik si dia dalam hati, agaknye..lah,kan ;D


yang ni kat malaysia,lah...kita ber'snap'an dengan corak dia pulak.






















certain orang sesuwaii dengan corak pak belang compare yang berpolkadot ala pak bintang(cheetah)
*ai ler tewww ;D


June 10, 2011

somebody's art project;


walaubagaimana pon, orangnye tu,berjaya dikesan..
akan tetapi tidak mahu identitinya dikenalpasti,






















mempersembahkan hasil karya agungnya yang diberi nama...'alahai sofa kodroiku, detik si ayah' :)

























actually, ini cerita petang semalam...
gigihlah si mama memberus touch-up dengan harapan kembali suci murni,
sampai terlepas part nak nengok apa isi bakul yang PA si Seth bagi ke NoraE tu ;(

cepat-cepat on tv sebaik tertengok jam..hurm...dah kat part Seth sebok mengemop lantai pon,
mende erk..?..kat dalam bakul tu, kasi ai suspen sensorang ni yang tak aci ni...


*sure mende tak elok,kan...tu pasal ai tak ditakdirkan tengok part tu, kot ;p

lunches-munches tak semestinya nasi;























bila sensorang, sejukmejuk..mendung muram selepas hujan lebat sekali...
kalau dapat sup...ermm..yummy sekali ;)
sayangnye bahan tak berapa nak cukup...cincai apa yang ada boleh ajer,

tapi....

koewteow ladna, simple simply...
semudah menumis sup...kelentung kelentang...SIAP!

*ai like koew teow ladna forever n ever ;)


June 9, 2011

Paulie menjejak Marie


malam tadi layan citer Paulie terus tak teringat untuk tonton last episod 'footprints in the sand'...
alahai....
frust sket laaa...tapi takpe, tonton ntv7 online kan ader ;)..*wink wink..muka kembali ceria ;p

si Paulie ni..parrot kot ke burung nuri..kaler ijau burung tu.
arghh..tak pasti, yang pasti best ajer tengok citer Paulie menjejak marie biarpon berulangkali.






















weekend haritu..kat zoo ada tengok parrot buat show...
tengok sampai kagum sampai tak ingat nak snap gambar parrot kaler merah tu ;D

Bila hari sangat panas terik...


...haruslah bergambar dengan bayang-bayang pon okey jugak...
unik tak?...unik tak???

*mahal wooo...bukti dah pernah pergi zoo ;D

June 8, 2011

asas ber'blogging'



cuba cerminkan diri dan tanya pada hati...apa yang dicari dalam dunia blogging harini?

*Tolong Ingatkan Aku!
hehehe...cedok tips from BA laaatewwww ;D

June 7, 2011

bracelet murah, rm20 jer ;)



saje jer tunggu time cuti sekolah..biar ramai...biar bersesak...the more the merrier ;p

*apsal tetibe malas nak upload gambo pulak ni, ambik mood jap eyh ;D

June 6, 2011

school holiday!



minggu kedua sudah kite bercuti sekolah..*eyh,belom ada kenamengenalah,anak belom sekolah,
selain jalan sedikit okay time cuti sekolah...hmm, alahbisa tegalbiasaklah jammed tu..kan,

paling dinanti...time cuti sekolah..is,

jemputan ke majlis kawenlah,
makan nasi minyak,...nasi beriani pon best jugak...

makan..makan...makan..jemput makan sume ;D

*iskh..teringat-ingat sampai ke harini, 
sedapnye acar buah kat majlis kawen adik biras ai semalam..
tetibe ;p

June 2, 2011

b'fly pon pandai p jusco ;)


i'am not a big insert lover, but....

*seen @ Jusco Ipoh ;)

i love the idea of taking something natural or natured inspired
and creating something so completely unexpected.

June 1, 2011

such a great morning!


Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu,
 dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' 
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.





morning picnic...





tengok ke gambar, kat mana yang morning nye ntah ;D

alkisahnye, gambar hanya teringat untuk di snap...
*selepas selesai aktiviti makan-makan,
*selepas meja kayu takrata tu abih comot berlecak dek susu, 
*selepas Luqman puas mengelicik kat playground berdekatan,
*selepas mama dah berlengas sebab masa ont'way sempat singgah tapau lontong kat pasartani stadium,
terus taknak enterframe muka selekeh kat entry ni ;)