May 31, 2011

suke tapi takottt...ke tak berani ;D






*pernah suke dengan paku-pakis ni, bila belekbelek balik sketches masa student dedoluuuu,
hohoho..brutal beb! aku..ngko....tapi dalam hati tetap bertaman munge,
..balik kampong...hadap tok,tokwan...dan dan bahasakan diri dengan nama manje ;p
nyempat layan moy.com.my..erk? 
*blues untuk aku kot nama komik tu, tu pasal gaya penulisan pon dah ala-ala ke situ :D



pakupakis langsuyar ni pon meriah...lagi-lagilah keliling umah mak ada tanam, 
ngingat ke namanye..alahai tak berani jengok keluar umah memalam hari, 

asal bila kena tinggal sensorang kat umah, petang tu seboklah dok pindah keluar memana pokok langsuyar yang ada memana ceruk kat dalam umah tu :D...
apsal nama dia begitu, betul ke macam yang disoksek,kan...pokok ni memang tempat tinggal si langsu....' itu?

*suke tapi takottt..cemana tu ;D

May 28, 2011

Best. Purple. Ever.



owh...sangat suke dengan vertical purple & lite purple striped curtains tu, 
hmm...fokuskan tumpuan pada keseksian table runner tu,okey ;D 



mana lagi cun?....bunge bolat-bolat kaler purple tu, atau seluar tido polkadot ai ;p
*hmm...perlu or not, bunge bolatbolat lagi, untuk meja makan pulak???



photos ni ai copy dari en.google....bright and colorful,munge-munge yang menceriakan...




"color inspiration" isn't it... :D


May 25, 2011

'Polkadot'


chumeylllssss..lah SANGAT! 
kalau dapat selit satu dua element ber'polkadot for home interior,
*ada chance nak feeling ala gurly gurl's lagi tu :D

kalau setakat satu dua jer yang berpolkadotnya, tak sakit mata memandang,
takde nampak pon kat mana yang dikatakan ala gurly gurl's tu,...boleh refer some ideas kat pic atas :)
  

dan..."photos courtesy of google"
dari situ ai dapat some good project idea....D.I.Y project! 



oleh kerana membentang sapra oren berpolkadot bikin mata jadi berpinar ;D

mari kite... 
make over kerusi kat dining tu kasi chumelsss ala-ala kerusi oren berpolkadot kat atas tu,

nantikan resultnyeee :D

*tak sabo ni, nak pi caribeli si polkadot....:)




May 24, 2011

interesting tablecloth;







*suke dengan idea of using ribbons & lace sebagai tablecloth, :)
source: stylemepretty.com

May 23, 2011

ber'2...2'an berhujung mingguan;


*sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak?
....kite kuar jalanjalan juge makan-makan :)

May 20, 2011

cucur generasi....


papehal pon meh nak show off sket rupe cucur generasi ni *versi pinjam cik google punye




..sebab cucur ni generasi neneknenek jer yang teror membuatnye,
arwah tok ai dulu suke nau buat cucur ni,dia kata 'cucoq tuang'..

ai pulak paling suke makan cucur ni..paling suke kat bahagian bersarang tetengah tu, 
lagi best kalau tetiba jumpa ketulan gula merah mencair dalam sarang tu..

now....
tok dah takdak,pepandai lah godek sendiri bila teringin nak makan,
nak beli, taktau nak cari kat mana..
tak penah nampak orang jual pon cucur ni,cucur generasi dolu-dolu sungguh.

dan lagi..lagi...lagi kena rajin buat biar lagik menjadik 
sebab cucur generasi ni dah jadi favorito generasi ai yang berikutnye........


*asal mama dah ready depan tv nak nonton 'nora elena' jer, time tu la dia nak "cucur itam" ni...harihari pulak tu, 
kat mana agaknye ada jual "gula merah orang kampong" kat SA ni (nak buat stok) :D






























May 18, 2011

classic beauty;



...some lovely inspiration...



*harap-harap mood b'tumblr di blogspot ada kesudahannye ;D


bead & beads...


which is basic sekali, simply simple basically ;)


*actually, the colors do make it better...............for me, beli jer laahh ;)




May 17, 2011

memang nakkk...tapi;


banyaaaak ke tapi nye;

eaaa..kawan-kawan,
kononnya color ini antara color bakal hot raya nanti ;D






....kalau bahasa pasar ke,...ke kalau kat pasar ke,.erk?.....kaler 'merah bata' diberi nama;





ada macam pinkish juge...+ merah juge..+ oranges pulak...color panas ni,
sah-sahlah hot,kan :D

....ermmmm, macam suke,
macam nak, memang nak,lahhh

...tapi;

....ermmmm, macam kureng suke,
macam kureng nak, memang taknaklahh...

abislah nanti,....abislah jambuuuu..kesayangan-kesayangan ai yang dua orang tu :D

owhhh..sangat taknak kesayangan ai tu dipakaikan kaler begini!
*ai'kan suke yang macho sajorkkk :p




May 16, 2011

cikgu..cikgu...nak autograph ;D

harini,..hari cikgu,kan :)

selamat hari Cikgu,...lahh, kepada semua yang bergelar cikgu :)

amek mood jap;
ingat balik nama-nama cikgu kat sekolah dedoluuuu...
aduhaiii..kat mana mereka sekarang, memasing pon dah bergelar atoknenek rasanya,

especially cikgu sekolah rendahlah,kan...
selain gambar bersama cikgu kelas...eaalah, time dedolu mana nak dapat hp bagai nak begambar dengan cikgu, camera pon tak berani nak curi bawak ke sekolah...

sebbaek, ada autograph ni, antara kenangan yang masih tersimpan rapi...
*autograph masa darjah 6 memang terbaek..ada gambar cartoon, munge-munge..lovelove sume tak hengatlahhh :D,
tapi kat kampong nun..harapharap ada laie;



imbas jap....
pagi-pagi lagi,..dah pakat dok ligan cikgu-cikgu pilihan yang kebetulan baru keluar dari pejabat sekolah
*pepagi,kan cikgu kena sain kedatangan kat pejabat sekolah sebelum ke bilik guru :)

untung jugak bila kelas sebelah pejabat sekolah ;)
pakat dok tunggu berderet depan pintu kelas dengan autograph memasing...haaa..cikgu-cikgu sekalian,
tugas baru menanti cikgu,....
*memang hotlah cikgu-cikgu  dekat-dekat nak upsr tu, kan, abis upsr..lagilah hoooot :D
dah tak kisah dah cikgu tu pernah mengajar kita ke tak?..

*budak-budak sekarang amek kisah ke tak benda camgini erk?

May 9, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

setiap hari ada sejarahnya...*pergh! bosan giler bunyinye, pekata sambung baca lagi ;p

choppss!
sepatutnya entry ni di post pada hari semalam,
*tapi semalam adalah sangat sebok berjalanjalan bersama mak tersayang...

sebab ini adalah sejarah hari yang ada kena-mengena dengan hari semalam
..iaitu hari ahad ke-2 di bulan Mei;

semalam hari apa?
"Hari Ibu".....betul3x ;D

*jom ambektahu pasal sejarah hari ibu;...riuh pakat dok sebar kat fb siang tadi,kan ;)


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


hmmm....
ai cuma terpikir begini....

"knape pulak yang kita tompang sebok menompang sambut hari ibu kita pada hari ibu orang ni,
sedangkan ibu kita,kan punya hari-hari istimewanya sendiri...
pada ai, selayaknya ibu kita dihargai setiaphari, dengan ingatan dan doa untuknya
sehingga ke akhir nyawa kita..."

*rasa cam matured la pulak bila kat blog..kat fb..memasing pakat dok buat lawakbodo jer laaa :)


May 6, 2011

kalau bercinta...


antara bebanyaknya drama berepisod kat tv tu,

ai jadi lebih kepada Chinese tv dramas, mungkin kerana ia tidaklah se'over sinetron indonesia,
se'romantika korean dramas, atau tidak sesedih drama-drama melayu...
opss..drama tamil, tapi susah la pulak nak terjumpa drama tamil kat tv ai tu, ;p...*alasan! 

tapi, ai taklah nak cakap yang ai langsung tak layan drama/movies melayu,
kena tajuknye...best pelakonnya...jalan jer ;p

sekarang ai tengah layan drama kat ntv7, kol 10malam tu...
"footprints in the sand"...dengar tajuk pon dah best....terus rasa macam ada kat beach ;D

even antara ramairamai pelakon drama tu, ai cuma kenal 'Mayjune'..*senang nak ingat nama dia ;D
dan ai memang suke tengok dia...tu salah satu sebab kot ai layan drama tu.



setakat ni ai belom nampak lagi kaitan drama ni dengan tajuk yang diberikan, 
simbolik lah sket,ek?
sebab jalan cerita ni berkisarkan kepada susahpayah dunia bisnes kasut secara kecilan...
dapatlah dijadikan motivasi kepada kita blogger yang memasing ada bisnes ni ;)

dan...
kekeluargaan, cinta sume tu tak lari punye...

kekadang ada rasa boring, certain part macam slow sket...tapi gambar dia chanteekkkk,
tu pasal ai tengok..tengok...dan tengok lagi ;D

































paling ai suke....
dalam setiap episod, ada jer moral of the story...nye, tu pasal kena tengok setiap episod ;D
even tak paham tapi subtitled kat bawah tu bolehlah diterima pakai...idaklah sehentam kromo
macam movies kat cinema/dvd sg.wang ;D

okay, meh nak share satu ayat tentang cinta yang ai petik dari drama ni,

"kalau kita mencintai seseorang, pikirkan sama tentang apa yang diperlukannya...
bukan hanya pikir apa yang kita rasa betul sahaja,
kerana itu cuma menunjukkan yang kita hanya pentingkan diri...."

habis tu kat mana yang kata cinta!..sayang SANGAT tu, kan :)..hehehe..yang ni ai tolong sambung ;) 

coba-coba fahamkanlah eaa, nak ai huraikan pon..kang ke laut plak.

*mungkin dapat digunapakai dalam kehidupan kita, untuk cintahati kita...mungkin :)






May 5, 2011

the Royal...


nak juge selit entry pasal royal wedding ni,
...sebagai rujukan infuture, mungkin :)

 *nenek kuning tu...maintain jer rupenye, tak makan dek zaman... :)

asik dok tengok royal diorang,

ternampak pula keberangkatan royal kita,
pinjam sekepinglah...nak letak sini :)



*mata bertentang mata ;D,....btw..chanteeeklah kaler tudung queen kita tu.



and....
ada tak yang perasan reben besaooo ni,
so cool! 



*kena temanye...ada berannn ke annual dinner pakai ni ;D




white this, white that...

all white everything???

hehehe,
sume pon nak putih...
tengok bunge, paling suke kaler putih
gadget maget semestinye yang putih-putih saje :D

dan...terkini;
lipstik pon dah kaler putih ;p

kalau orang tengah sibuk berebut nak lipstik merah menyala membara gitu..*tengah IN sekarang erk?
alahai merah sangatlah makngah ;D

ai pulak tampil berkeyakinan dengan lipstik putih ai ni.



sungguh *be yourself ;p

white this..white that...except pakaian!

kerana tips dari Sh.Shawati;
"kalau nak pakai putih, pastikan putih tu tidak melebihi keputihan gigi dan mata putih kite"

hehehe, kalau kot-kot teringin sangat nak pakai putih,
nak taknak putihkanlah gigi dan mataputih seputihnya....


*kalau tak, putih mata la nampaknye :D

May 3, 2011

Mother's Day is May 8,2011...

tu untuk my wonderful mak, laahh
and all lovely moms yang tengah baca ni :)

but, as for me...*awat nak cakap omputeh plak ni, hish...

2011 ni tahun ke 3 sudah ai bergelar mama,
so...
sedang elok sangatlah ai nak sambut today.."May 3"..sukesuki syoksendiri ;p

oklah...
ada ler sebabnye tu...

jeng..jeng...jenggg...today,..ai dapat kad bersama present hari ibu
.....owh, sesuatu yang di 'wishlist'kan from ini kedai....





tengok ke nama kedai,..tak masok pon takpe..
tapi coba-cobalah masuk....susah nau mau melangkah keluar,..kan..kan...;)

*TQSM to encik kesayangan ai.....laaahhhh!...luv you ;D

tertunaikah janji :)


asal petang jer mendung, asal mendung jer hujan,
dan janji pon tinggal janji...

elok-elok padat membolat,dah kempis cenggini jadinya...



dan petang tadi...
dengar jer azan asar berkumandang,...mama dah takde chance mahu bermalasan depan tv,
mendung semacam kat luar tu,
arghh...mendung pe mendung, apa itu mendung pon saya tatau la mama,

owh..dah siap bentang sejadah lagi untuk mama :)
solat lajulaju sebab ini budak sudah tunggu depan pintu, *sebbaek belom pandai buka kunci grill.

dan...
inilah orang pertama rasmi kid pool tu petang tadi























dari jam belom pon 5petang...sampailah ke pukul 6, sorang demi sorang datang meramaikan ini kolam..

dan mama pon dah dapat geng borak berendam tepi kolam ;p
sampailah...
titis-titis hujan datang, sudahsudahlah berendam tu...
anakanak yang direndam pon dah kecutbiru mulut abis dah tu...

haruslah orang yang pertama datang balik dulu..
tu pon setelah puas dipujukjanji...janji esokesok datang lagi...

dan janji bersambung janji....
owh, jangan mudah menabur janji jika tidak pasti mampu untuk menunaikannya,

*tertunaikah janji???