February 28, 2010

Tips bergambar...


Ada seorang rakan berkongsi nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan nasihat dan panduan berikut yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

Kepentingan solat
Kelebihan solat
Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari. Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.


3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.


4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.


5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.


6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita. Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!


7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?


8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”


Sekian, begitulah 8 tips yang dapat saya kongsikan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.


..Xpdc mencariiiieee...

hari ni..hari terakhir di bulan februari..pejam celik..pejam celik...genap 6 purnama sudah mama
dalam dunia blogger ni...dan entry kali ni.adalah entry ke 100!
ermm..nak buat entry spesel ka bersempenaan ini..takla kot..ikot entry title lahhh!

Chupsss!terlambat 2hari..ini kesah di hari jumaat semalam..semalam punya hal..hehe..dah 2Xsemalam pun..
"harap2 yang tengah membaca ni tak pening2 ngan ayat terputar2 mama" hari ni..
okeyh..kembali ke tajuk asal..XPDC mencari?..mencari mende?.jom tengok pic ni.



Oooo..ya!mendalah ni la yang kitaorang cari sepanjang hari Jumaat tu..iskh..iskh..abih hampir sume seksyen
kat Shah Alam ni digeledah...tadak ngko..susah gak ekk..paling hampeh kalau gi tanya sama apek kat kedai hardware..
tekebil2 mata dia tak tau benda gapo...ada yang siap suruh kita sketch untuk dia...dan kalau tetiba ada plak..
nun haa..design zaman tok nadok nun haa..hahaha!
silap mama gak tak print or bawa magazines yang ada gambo mendalah ni..kalau redah kat tempat yang ngambek tempahan langsir tu..
kena order & makan hari la plak nak nunggu baru dapat..iskh..iskh...
sepagian mencarik..non ado hasilnya...balik umah dulu..sebab ayah nak Jumaat dulu la..kan?..
petangnya xpdc diteruskan...dah malas dahhh nak jelajah shah alam lagik...senang cerita terus jer ke IKEA..
habis cerita..sah2 dah..berlambak haa..pilih jer..nak itam ada..putih ada...silver pun adaaa..
memang dah berkali2 nengok yang kat IKEA ni..ada la yang dah bekenan tapi design macam logo pengakap bak kata ayah..
heheh..tu yang ingat nak survey dulu..carik2 kat area Shah Alam kot2 jumpa macam yang dihajati..
nampak gaya..IKEA jugak akhirnya...dan itulah sebanarnya..yang dicari2 itu...putih kaler lagik.."curtain rod"

P/S:tertunggu2 nak nengok entry korang2 kat Tasik Perdana hari ni...syiokk abisss!!Kannnnn?

February 26, 2010

...cekodok pisang!

cekodok pisang?...jemput2 pisang ok!..bukannya kodok pisang..terkebil2 Luqman bila ayah kata "aa..luqman makan kodok?"
cerita skejap tadi..Luqman yang sukeee makan ckodok pisang..
cekodok pisang emas...pisang emas yang dibawak dari kampung..setandan okeyh!tokwan bagi...
masa kat kampung hijau lagi kulit buah2 pisang tuu...setengah hari dok dalam boot kereta...sampai shah alam..
ehh..dah tukar kaler daaa..sume dah menguning...pastu semakin menguning..keemasan youuuu..
dah nama pun pisang emas...abih sekali harung..setandan tu...serentak tukar kaler...pelagi..
cekodok pisang emas ler mama..
alamak lupa plak nak snap gambo..pisang emas tu...heheh..ckodok pun sama tak dapek la nak enterprem kat sini..
tak syok laaa...entry tanpa gambo..tak berseri..takpa2 meh nengok gambo mama dan Luqman kat kampung...
haaa...ada pokok pisang tuuuu...tapi ntah pokok pisang sapa...



February 24, 2010

...biar buruk rupa, janji.....???

..hmm..tengah belek2 gambo masa kat kampung tuu..cadang nak buat entry tentang kampung,..tetiba terpandang kat not senggit "bak kata arwah tok mama" yang terbiar sayu..tersepit
di antara koleksi bahan bacaan mama tuu...tengat balik cemana not senggit ni berpindah menjadi milik mama
sampai ke hari ni...bertahun..tahun sudahhh..mama tak pasti kenapa mamak cashier tu bersungguh nak kasi not senggit ni ke mama..
bersungguh2 mama bertegas nak dia kasi not senggit yang lain...yang sedikit lebih baik dari yang ini...dan bersungguh2 jugak
mamak tu bertegang urat leher taknak tukar yang lain..ntah mana dia dapat yekk...akhirnya sampai ke detik ini mama dah taknak jejak kedai mamak tu lagikk...
mama bukan apa..tak sampai hati nak hulur ke orang not senggit yang dah seuzur gini rupenyer...maka, tersadai kesayuan
laahh not senggit tuu..menanti hari2 terakhirnya..Luqman pun mama tengok tak penah tergerak hati nak sentuh not senggit ni..nak masuk album..Huh..menyakitkan hati ajer!kesian plak kat not senggit yang tak bersalah tu.kekekekkk



itulah manusia..nak yang santekkk ajer...yang buruk?..jangankan nak simpan bebaik..pandang pun nak tak nak ajer...
hargailah..walau seburuk mana pun ia...biar buruk rupa...janji hatinya tetap baik...ikhlass...
not senggit mama ni pun...tetap bernilai sampai bila..bila..walau seusang mana pun ia...fikir2kan lahh bersama :)

February 23, 2010

...pusing...pusing Perlis

masih lagi kat Perlis..kira sambungan entry sebelum ni la yeaa..
memang pada hari yang sama pun...selepas main2 ayaq kat Bukit Ayaq tuuu...
lapo la balik..bekalan sume dah licin...hmm..pelagi..kemas2, angkut plak..turun bukit
yang tadi tu gigih mendaki kunun nak mandi kat atas skali...time nak turun la leceh sket..
kang tergelongsor...ya ampunnn..

Semua selamat masuk kereta..konvoi ke Kuala Perlis..petang2 ni sodap kalau dapat dok menyudu kuah laksa
kat Kola Perlis tuuu..cicah2 coq udang..coq ketam..sotong goreng tepung...kat tepi laut tuuu..fuhhh..layannnzzz!










gerak balik awal sket..plan nak sampai umah before maghrib laa..memasing dah letih semacam jer...
tapi balik ikut jalan menyusuri tepi laut..dapat la layan sunset sekejap :)

February 21, 2010

..bukit ayaq takdak ayaq!!!!

Yeeehaaa!..ini cerita di hari kedua Luqman dan family nun di utara tanahair..kalau semalam dah sampai balik ke Jitra, Kedah Darul yang aman..hari berikutnya kami naik lagi ke utara..ke negeri Perlis..kat kayangan nun haa, jangan memain..heheh.

Mama ada gak terbaca semalam masa blogwalking sana sini sinun..ada bloggerss yang balik pi utara kata memang tengah hangat lit lit kat Kedah la ni..tapi pada mama..memang la panas kalau pi dok diri terpacak bawah terik matahari tu..tapi kalau dok dalam umah "tadak aircond ya"..atau dok berteduh kat bawah pokok..woiii bestttt! angin timur menderu-deruuu, macam kat tepi pantai..
hmm..mungkin la sebab mama balik ke kampung..di kelilingi sawah padi..kalau balik kat area bandar tuu,sahih la panas...di kelilingi hutan batu bata..ye dakk?
Oooo...tapi entry kali ni..mama taknak cerita tentang kampung dulu..Tungguuu!next entry k?
Kita ikut tajuk entry kat atas tu laaa..
jom!ikut Luqman sekeluarga gi main ayaq kat Bukit Ayaq yang tak brapa nak ada ayaq..Kuikuikui..kemarau dahhhh...sila jimatkan air yeaa.."pesanan penaja"..selingan sat..heheh

So..sambung cerita..selesai la dok bersiap2..masak bekalan sume..ayam,ikan..bagai yang telah diperap untuk di bbq kat sana..
khemah pun bawak gak..arang..segala pinggan mangkuk..abih kami angkut..macam takmo balik dahh..memusim panas memang la syiokk abihh kalau dapat pi dok berendam kat kaki2 bukit cenggitu..
dalam dok sebok2 usung angkut masuk keta..Paksu+maksu dan anak2 pulak datang..pelagi..diorang pun kami angkut..
ajak pi makan tengahari kat Bukit Ayaq...3 kereta la kami ke sana tengahari tuuu...memang kering abih pokok2 kat Perlis tuu..
sampai ke destinasi...banyaknya kereta kat parking luar lagik...ramai la orang kat dalam tu yerr!

Jom layan gambo2 perkelahan kami tuuu..

Lepas jer dapat chop tempat..terus start buat bara api dulu..memasing dah lapar sangat dah tuuu..kenalkan 3 pak menakan Luqman sebelah mama..Chu Zeddy dan Alang Zaimie..yang baju belang2 tu Pak Ngah..


Pak ngah dan mak ngah sebok bakar membakar..sambil diberi tunjukajar oleh tokwan..Luqman plak tengah check kedalaman air ngan ayah.


Luqman dan mama yang awal2 lagi dah main air..tok plak baru nak basahkan ponggong jer?


Luqman bersama mama dan mak ngah...dah start makan dahhh...tok baru nak buat sirap..


Antara yang tinggal dan sempat di snap gambo..nyaa....oleh ayah Luqman.


Pose istimewa mama dan Luqman kat celah2 batu tuuu...baru la boleh dikatakan mandi ayaq terjun..kat celah2 batu tuu, okey gak time tak berapa nak ada ayaq ni..kalau tak ngeri gak nak pi dok kat situ..


Laju boleh tahan takdak2 ayaq pun..floater Ben10 luqman ni pun macam dah tak terpegang lagik dek mama...cemana
la nak bagi Luqman dok atas tuu..risau gak...tak tekejar plak nanti..


Pose Luqman yang kesejukan setelah puas berendam dengan mama..ngantukkk nyer mata..dah 2-3 kali bawak masuk pi
dok berdodoi dalam khemah, taknak nya tido..


Luqman's mak ngah bersama husband..Luqman's Pak ngah looorr..


iskh...Pak ngah tu tengah layan blues..sensorang..bila nak terjun tuuu..kerohh la ayaq tang tuu..kalau pak ngah tu terjun situ.kuikuikui


February 20, 2010

...jom pi Jitra :)

Salam kembali ketemu..bersiaran semula di arena ini..
heheh..akhirnya hari ni mama dapat kembali memeriahkan alam blogger kita ni,..setelah hampir seminggu menyepi,..
penangan CNY ler ni..bukan sekadar deretan kedai kat bandar tu ajork yang sepi, blog pun terkena tempias gak..
jengok2 ke blog2 yang selalu mama jenjalan tu..oishh..memasing sume pakat dok crita+tempek gambo balik kampung
ajorkk..mama sekeluarga pulak pi mana?..bercuti???..oooo balik kampung la kiteeee..

mai oii mai chek maiiii..kita pi utara...

14 february..berangkat la Luqman bersama ayah n mamanya...meramaikan+memeriahkan lagi North South Expressway kita tu,
alhamdulillah..deretan ini tetap bergerak...sesekali ternampak sebijik dua yang tersadai..yang terpaksa ditolak ke lorong kecemasan..kalau tak kerana enjinnya yang berasap..tayarnya pulak mintak diganti..lega bila tak terserempak dengan yang tak semena2 berkecai-berai kat tengah jalan.


..Pueh beratur..bersusun kat atas jalan..moh reramai..pakat pi beratur bersusun cari parking kat R&R pulak..
cadang nak lepak Sg Perak..tapi baru sampai R&R Tapah dah lapar dahhh...heheh..nak beli makanan+nak cari meja pun kena beratur bersusun gakkk...settle sume..singgah surau jap..qasar jamak siap2..layan Luqman longgar2kan urat kejap..
pastu jom pi beratur..bersusun kat highway kita tuuu...


Kesabaran Luqman amat mengujakan...2-3kali tido..bangun..tido..bangun, tak sampai2 gak lagi kita ni ayahh..kita nak
ke mana ni..?


Akhirnyaaaa...tengok la jam kat keta tu..630 lebih baru jumpa exit 181...Bandar Darulaman,Jitra..
Selamat Kembali ke Kubang Pasu...ahhh!tak sabo nak sampai umah...sempat plak menyinggah pasar malam kat Jitra petang Ahad tu...ramaiii..beratur..bersusun lagikkk...tau tunggu apa...beli sate faberet mama..heheh..bukan selalu nak boleh makan
ni,..dengan sedapnya..dengan rege pun sedap gakk..tu yang sanggup beratur bersusun buat kesekian kalinya..ekekek..


haa..ahh, ni kita close-up sket..sampai traffic light tu...ke kiri yer..untuk ke Jitra..seterusnya ke kampung mama...


P/S:nantikan sambungan kembara aie.ezza's family :)

February 11, 2010

...mencari kawan...teman...sahabat bloggerss..

...kepada semua bloggerss samada tak pernah ke..pernah ke atau selalu..selalu singgah ke blog ni,
sudi..sudikan laa meninggalkan link kat comment box tu..boleh kita suka sama suka bertukar2 link.
Salam kenal dari Ezza/mama Luqman :)

...jiran sebelah :)


hmm..nak start cemana ye?..susah sket kalau nak story pasal orang ni..silap2 cakap boleh masuk kategori mengumpat orang plak. iskh..mintak simpang laa..padahal kategori asal story ni..kelakar +serius rasa2nya..boleh terima ke?..hamtam saja laa...labuuu.
ermm..bermula cerita bila satu malam..tak hengat..malam semalam..or malam sebelum tu..or malam sebelum2 tu..sebaik ayah sampai ke umah pada malam tu...terus dia cakap ke mama...
"hmm..tu la mama..kutuk2 lagi orang sebelah tu, elok2 pakai kelisa..tukar keta panjang..buruk plak tuu..tengok!dah tukar ALZA..bersilau2..plastik pun tak bukak lagik..heheh"...heheh..sengih jer la mama ni, mama bukan kutuk..tapi protes..hahah!mama ni,
..suka hati diorang la ..kan, nak pakai keta buruk ka..tapi memang abis buruk la..untuk diorang yang muda belia camtu..keta tu bukan jer
keta lama..bertampong sana sini...siap pintu cat kaler lain lagi...seingat mama la, husband teacher Form 5 mama dulu pakai keta panjang tu..
sebab anak dia ramai..orang sebelah ni..anak baru masuk 2..bebaru ni..memang la kelisa..dengan nak bawak baby,..anak pertama diorang pun
umor baru 2 tahun lebih camtu jer...mama ingatkan memang tukar kelisa dengan keta panjang buruk tu..hahah..bila ALZA dah bersilau2 tu,
baru mama puashati..see..see..betapa prihatinnya mama pada jiran sebelah mama tu tauuu...:)
heheh..problem sekarang..bila ayah plak yang tak senang duduk..pasti perkataan "keta baru" akan terselit kat celah2 celotehnya saban malam..
mana taknya?..kaler keta dah sama..tapi ALZA diorang lagik panjang laaa..ayah pun nak keta panjang gak ke?..susah nak parking jer nanti..heheh!
dah semakin kerap tanya Luqman.."bila kita nak dapat baby baru ni..Luqman?"
heheh..baru ada chance ayah pun nak tukar keta baru la tuuu..heheh "maksud tersirat"!!

February 8, 2010

..tension!

bila dok blogwalking ntah ke mana2 ni..asyik2 jumpa entry..bertajuk "tension"..
pakar cakap..jangan asyik sangat dok dengar perihal orang tu tension..orang ni tension..kang berjangkit..
sapa yang susah?..mama dan keluarga jugakkk :)
mama pun nak ada entry bertajuk "tension" gak..baekkk punya ni...Bill Gates kasi..heheh
...one moment listen..pleaseeee :)

...the moment you are in tension,
you will lose your attention..then you are in total confusion...
and you will feel irritation,
..then you will spoil personal relation.
ultimately, you won't get co-operation..then you will make things complication..
then your blood pressure may raise caution..
and you may have to take medication...
Instead, understand the situation..and try to think about the solution..
many problems will be solved by disscussion..this will work out better in your profession..
don't think it's my free suggestion..
it's only for your prevention..if you understand my intention?
you will never come again to "tension"

...ollsss 'bout Sunday :)

hmmm...normal laa,kan? monday baru terhegeh2 nak update sunday punya story..hujung2 minggu tuuu mana la dapat nak ngadap dok mengarang cenggini...kira okeyh! la tu...baru semalam..semalam adalah kenangan..heheh...
sunday?..heheh..ke tesco la kami..ooppss..sebelum tu singgah breakfast dulu kat satu restoren feberet ayah..n mama jugak sekarang..
heheh..roti sardin dia baekkk punya..garing..rangup...siap dipotong2..cicah plak ngan kari ayam..hmm..
Luqman makan roti kosong jer..habiss..dekat 3/4 gak la dari sebijik roti tuu..kari ayam Luqman dapat ke mama gak..beketul2 la ayam
dalam pinggan mama tu ekk?
ayah?...dengan bihun gorengnya..dengan roti canai lagikk...dah nama pun restoren peberet..yer dakk?

memasing dah kekenyangan...baru la gerak ke tesco..semangat la nak tolak troli tuu..Luqman lagi la semangat...abis lorong dijelajahnyaa..
sebok belek tu belek ni...sian ayah..mengejar..mama jer yang enjoy abis ngan troli dia..
ternampak plak pyjamas untuk Luqman..amek la 2 pasang...


ohh..sampai ke bahagian barang2 basah..ramai benor..mama pun pelagi..meramaikan lagi la pasar itu...
borong ..borong..dan borong..oishh..dah kul 1tghari...Luqman dah terlentok manja + keletihan + kemengantukan kat bahu ayah...ayah pun udah kelengohan mengelek si Luqmannya..cukup la ek?..sementara ayah mengalihkan barang2 dari troli ke kaunter cashier...mama plak kelek Luqman gi amek langsir,...heheh..tengok la langsir mama ini..


langsir yang dok sebok2 cari bulan lepas tu haa..kini dah ada depan mata..bila nak gantung ni...heheh..bunga2 cinta youuu..
kita kasi tukar mood la plak..kan, dah boring..bertahun dahhh..bertemakan moden..corak2 abstrak..plain color bagai...
2010 ni..bunga2 sket...tang kaler tuuu..penting tuuu..kaler pilihan mama tuk 2010 la katakan..;)..hijau?..hijau mesti ada..sempena kempen "hijaukan alam anda" dah la sekarang jangan dok verangan nak letak runner ka...vase bunga ka..kat coffee table tu..ermm, jadiknya tak beseri la ruang tamu tu..kalau tadak bunge2 ni, kan?soo...langsir jer la yang bebunge..hehehe...dah nama pun perempuan!

sukeee..la tu, dapat langsir baru...makan tengahari?..nasi ayam Pak Mal tu jer laa..ramai sokmo tak kira hari keje or hujung minggu...tapau begedil lagi untuk Luqman...

Petang sket ayah nak kuar lagik..nak gi Digital Mall plak..beli printer lagi?..iskh..ayah ni every month musti gi beli printer..nak jadik tokey printer la plak tuuu, heheh..rezeki..rezeki..mama ngan Luqman takpayah ikut la...boleh Luqman tdo dengan selesa sket kat umah pepetang mendung camni..

February 6, 2010

...free?

sabtu datang lagiii..heheh..
apa yang best sangat..hmm..dapat makan best?..hmm..sedikit spesel yaa..
makan apa..Pizza Hut!..spesel la tu..idak la dok melantak nasi jek...
soooo...dalam dok menunggu order laa..iskh..ramai la plak yang menapau pizza memalam minggu ni yek?
tetiba ayah didatangi seorang kanak2,kutip derma mende ntah..
ermm..kalau derma boleh dapat kismis free...heheh..kira macam cenderahati la kot..
ke dia jual kismis tuu..selalu orang jual tisu..buku2 agama etc..etc..memang geleng jer..
memandangkan kismis tu...memang Luqman suka ngusung kotak kismis kecik2 camni..
tergerak la hati ayah untuk hulur seadanya..seikhlas hati..la, kalu tak bek geleng jer..
tapi siap cakap nak dua kotak kismis tu..heheh..dapat la dua..