November 25, 2009

Contest Melaram dengan Handbag

Jommm..contest lagik..
jom meriahkan contest anjuran Puan Fiza bersempena befday nya yang jatuh pada hari semalam...hepy belated befday to puan penganjur...semoga ceria2 sokmo....
dan...inilah pic yang dipilih untuk di contest kan...ala2 sopan gitu..heheh



Tika dan saat pic ini di snap..mama kat Cameron, bersama tersayang..jalan2 selepas ada ikatan yang sah, baru la terasa bebas dan selamat..dunia dan akhirat, aminnn.
dan handbag tu..semestinya punya sentimental value yang tersendiri..hadiah dari tersayang terhias indah di dulang hantaran...heheh, ayat bebunga lakk, apsal ek..penangan musim hujan la ni kot ke pasal banyak sangat bunga kat dalam pic tu...

November 24, 2009

...lelaki itu...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu...."

...kurma..kismis dan madu...

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".



2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".



3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

November 23, 2009

...Luqman g majlis orang kawen...

Semalam Luqman ngikut atok n nenek gi majlis kawen anak kenalan nenek..
kat Intekma Resort...
ingatkan majlis ala2 garden camtu..tengok2 kat dalam dewan...
jom tengok aksi Luqman yang tak senang duduk...
ayah snap guna hp jer..blur, goyang sumer ader..huhuh.









November 19, 2009

Pinky Lady Contest...



ermmm..alahaiii..kini, tiba plak mak budak meng'contest'kan diri..huhuh
kalau ikut terma dan syarat...Puan penganjur..Puan Ciare tak minta plak contestant dok mengomel panjang2...
tu yang mama suka tu nak join contest ni..
suka2..hopefully bley dapat ramai kawan bloggersss pas ni..

Okey..memperkenalkan diri la kat sini...


ermm..PINK, pink tu apa yek...

P - penyayang @ romantis
I - indah dipandang..heheh..kepada yang suka ye la ekk..
N - naluri keperempuanan/ kewanitaan/ keibuan...
K - kelembutan...


sekian..TQ

...mama dan kenangan...

gambar lama..meeeeeeemang lama...

kenangan bersama makayah mama kat studio apek kat Pekan Jitra :)

hitamputih kehidupan...mama seusia Luqman kala ini..
mama abadikan kat sini...untuk kenangan bersama..
untuk tatapan anak cucu cicit mama kelak...huhuhuh..

kenangan bersama mak dan Paksu mama...heheh,spekitam tu dia touch-up sendiri kat gambar ni looo..sure dia gelak sendiri bila tengok balik gambar ni..

November 18, 2009

10 zulhijjah 1430H bersamaan 27 november 2009

heheh..gambo saper tu..yang ramai2 tu..meh kita tengok...



OOooo..ini la Majlis Raja-raja Melayu...ooo yang kita selalu dengar
selalu Engku Ngah Ibrahim sebut masa dia nak ngumum tarikh nak pose ka..nak raya ka,
sedari mama kecik baru pandai tengok tv sampai ke laaa ni..
memang atok engku ni la..tadak muka orang lain dah
bila masuk bab nak ngumum tarikh2 yang kita semua mesti tertunggu nak tau tu ..kan..
dulu selalu pikir..sapa la majlis raja-raja Melayu tu..huhuhuh

dan..malam tadi, sekali lagi ia ni berulang buat kesekian kalinya..
pengumuman 10 zulhijjah 1430H bersamaan 27 november 2009...tarikh mende tu..
apa yang spesel hari tu...
jom kita nantikan bersama...yaaa..

November 17, 2009

SAFETY FIRST!!!

The top 5 cancer-causing foods are:

1. Hot dogs
Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon
Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.

3... Doughnuts
Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries
Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams .

5. Chips, crackers, and cookies
All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.


BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level.
This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.
7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil.. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

..chicken wings..

..cerita basi, sekadar mengingatkan!

Its Dangerous...

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst. The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.



A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.
During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.
This need is none other than the need for food..



Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

November 16, 2009

...nilai seorang ibu...



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya?
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?
dan akhir sekali
berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas
yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil
sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai
sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya SayangkanIbu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

...lu pikir la sendiri...

hahaha..macam penah dengar la ayat tajuk n3 ni..tapi kat mana yaa?
ya betulll..betul..betul..betul...iklan coffeemate nabil tu laaa..

jadi...jom kita pikir dan renung2kan laaahh..

kita sebagai ibu bapa, dan juga sebagai anak...

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih.
Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa.
Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut.
Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah
pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?
Jawapannya mudah sahaja,
SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana
makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan
anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu.
Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan,makanan emosi dan
spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak
putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan
bersama mereka.
Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka,bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain.
Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin
semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak,
lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan
bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret
saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada
anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u (apa ni)
pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh , kita singgah di Tapah
untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh .
Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita
tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti
berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk
berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor,
polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam
perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan
anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik.
Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam,
ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang?
Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya
TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada
pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda
Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan.
Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman,
bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.
What you give, you get back!

November 13, 2009

..cemana nak makan bendalah ni yek?

tulun...tulunnnn..
wahai sekalian mama..mommy...ibu..mak..auntie...ummi..makcik...kakak..adik...neneks...bloggersss semua..
meh la tolong kasitau kat sini..
cemana la cara paling sodap n' stylo nak makan bendalah ni...dah nama dia pun ubi manis Japanese lagik..dah tentu cara makan dia pun ala2 Japanese la yekk..tu la yang nak tanya kat sini sesape yang tau cemana nak masak..hidang n' makan laa.



Malam semalam dah try stim ala2 ubi manis yang beli kat Cameron hari tu..okey, dah empuk..biar kjap nak kasi sejuk sket..yer la sebab nak makan ngan Luqman..kang tersengih2 lak makan ubi panas..tak sampai 5 minit tengok balik dia dah tukar keler daaa...dah jadi kaler hijau..memang betoi2 hijau sampai takut nak rasa..tapi rasa gak sket..memang manis..tapi apsal dia tukar jadi hijau tu..tuang air..air pun jadi hijau macam letak pewarna plak...
tu pasal nk tanya kat korang2 yang arif tentang ni..meh la kongsi2 kat sini..yekk.

..Luqman 1tahun1bulan22hari..

..hai..sekejap je..dah jumaat plak,..weekend datang lagi...
nampak gaya..kesempatan untuk ngadap blog ni..ngam2 bila sampai hujung minggu jer..
macam biasa..friday macam tadak idea lagi nak becerita...
kita layan pose2 istimewa Luqman yang terkini laa ekk..
semenjak dah lajumaju dalam pelbagai segi sekarang ni :)...alhamdulillah!



November 9, 2009

...bertatih mengelilingi tasik...



YES!..cuaca baik petang tadi..seperti dijanjikan..dapat la bawak Luqman yang asyik terperap dalam umah jer semenjak dua menjak ni..kite gi main2 kat taman yer sayang..



...alang2 dah nak kuar tu..kite gi tasik la..best sket...kalau gi kat taman yang dekat umah ni..ramai la petang2 ahad camni, sian plak Luqman cuma dapat tengok orang main jer..
Sampai tasik..ramai memang ramai..suka la Luqman...pimpin dia bertatih...kejap2 asyik pandang atas..tengok muka ayah..sambil buat muka letih..nak suruh dukung ler tu...
Mama..mana mama ni, buat hal dia jer...





Bila masjid dah start baca quran kuat2..dah nak maghrib la tuu...kiteorang pun gerak meninggalkan tasik..alang2 dah dekat ngan umah nenek, singgah umah nenek laa...ermm..ada pulut kuning kari ayam plak kat umah nenek...makan ajeee..pastu makan malam plak..baru gerak balik umah...

November 7, 2009

...november rain...



aa..haa..ini bukan nak citer tentang lagu 'gun's n roses tu..ermm.."in the cold november rain"...
heheh, tapi mengenai situasi sekarang la....matahari asyik baba cak plak ngan mama hari ni..mama plak asyik tersorong2 la ampaian bergerak mama tu...kjap kat luar..kjap sorong masuk..:)nampak gaya hari ni kena dok umah je, nak pastikan semua yg kat ampaian tu kering petang nanti...

ermm...cian Luqman mama tu...selalu tu petang2 hujung minggu camni boleh bawak gi riadah main2 kat taman ke, tasik ke..sambil bagi ikan2 tu makan..sekarang dah tak boleh laa...asyik ngintai keluar dari sebalik langsir mama jer, menghitung titis2 hujan..bukan main suka kalau angin or tempias hujan kena ke muka dia..iskh..Luqman ni, tahan sejuk btol diaa..



apa2 pun..november tetap "sweet november"..hujan tu kan rahmat..alhamdulillah..walaupun Pantai Timur dah start banjir..negeri2 kat utara pun dah dalam keadaan berjaga2...tapi tetap kena beringat..kita yang tinggal kat atas bukit..ye la tak akan merasa banjir tapi...bukit?..ingat lagi Bukit Antarabangsa..!Ya allah minta dijauhkan..amin.

November 5, 2009

..serupa tapi tak same punnn...

..wallaaaweiiiy..tajuk n3 tu..untuk pujuk diri sendiri ker?..B yourself, jangan nak tipu diri sendiri laa..huhuhu..
Nak tau tak..alkisah disebalik tajuk n3 kali ni..okey, jom kite storymory kat sini...
Sebelum tu nak tanya apa perasaan korang bila gi satu majlis la macam majlis kawin contohnya..tetiba terserempak dengan jemputan yang sama2 datang ke majlis tu..dan dressing dia sebijik dengan apa yang tengah digayakan oleh korang time tu..hahaha..boria la, apalagi...penah tak korang alami situasi tuuu...


Tapi...
kes yang nak dikongsi kat sini bukan la tentang pakaian..tapi' "Template"..hahaha..template blog ghupernyerrr...hari ni secara tanpa sengaja..free2 petang tadi, godek2 terjah sana sini..amek ngko..!terserempak bukan satu tapi dua blog yang sama template..yang serupe template ni laaa...haa..aa..apa perasaan...marah?..tak boleh,..suke..?heheh..sedeh..?ntah tak tau nak gambarkan perasaan saat tu..pikir2 balik...apa nak poning2, dah nama pun download free template orang punye..ye tak?huhuh..kiranyer kitaorang ni punya taste yang sama la..hahaha..ayat pujuk diri sendiri lagi..cian mama.
Laaa..apsal tak teringat nak copy link yang empunya blog tu..kan dah boleh tubuh "group template sama tapi tak serupa" la plak..takpa2..bila2 ada free lagi, kite cari balik..

November 3, 2009

..60 hari menjelang 2010..

..hujung tahun datang lagi!!!..makin banyak la xtvt sedia menanti...dan yang pasti bakal direalisasi..kannnn!..korang memasing pasti samakan, ada yang bakal bertunang, mendirikan rumahtangga...berpindah ke umah baru, beli perabot baru, berkhatan sebab sekolah pun nak cuti gak dan yang paling best...bercuti la..gi melancong..chaiyok!

November..
ermm, dah masuk hari ke-3 pun...belek2 diary,..oo Aidiladha bakal menemui kita di penghujung November ni,pada 27 nov...kira ada ><20hari gitu untuk buat persiapan yang >< gak la, tetapi kepada yang dah ada niat nak korban tahun ni..elok la tempah lembu lebih awal..



part mama...ermm kena plan untuk beli keperluan memasak awal sket,..pastu bab pakaian..kena pilih hari untuk gi beli sepasang dua baju untuk Luqman, mama & ayah..tengok la kalau sempat & kot2 tejumpa yang bekenan dihati..terus rembat sepasang pun jadilaahh...
penting gak untuk curi masa mengemas, bersih & menyusun atur perabot...ermm, nak dapatkan wangian untuk rumah yang tengah hot kat pasaran la..barula ceria diaidiladha nanti...apalagi ek..nak kena buat...ermm kemaskan diri..gunting rambut Luqman, bukankah bagus kita dapat raikan aidiladha nanti dengan rasa segar & kemas...tu ajela kot serba sket persediaan untuk aidiladha...balik kampung tak????27 nov tu hari apa ek, Jumaat!..ok gak dah hujung minggu pun..


Disember..

haaa...aaa!ini bulan penting..2nd Anniversary mama n' ayah "15 Disember 09"..apa plan?..kita gi holiday la..YES!..ke mana?..kena plan awal2 ni, apa2 pun kena book semua awal2, paham2 je la hujung2 tahun ni,kann..kang ada yang moncooong sedepa lak..heheheh.


18 December pun hari penting gak..kena amek tau ni.."Islamic New Year"

25 December..cuti lagi, Christmas lak..dedolu..tu, masa keje ngan compony mat salleh..memang celebrate sakan...beriya2 buat pokok christmas, masing2 bawak hadiah letak bawah pokok tu...24hb.petangnya ada makan2 pastu tukar2 hadiah..kira part paling best la tu..itu semua kenangan masa zaman anak dara..huhuh..
...
jeng..jeng..jeng......26,..27,...28,...29,...30,...31...YES!

November 2, 2009

...jenjalan ke IKEA...

...ini cerita semalam...jenjalan hari Sunday...pagi yang cerah..semangat la nak kluar..dah kat simpang traffic light, ayah tanya ke mana kite hari ni..ermmm..pikir2..Mutiara Damansara laa..ayah terus belok kiri..ikut Kota Damansara..tu yang mama suka pegi situ, takyah lalu highway..dah boring..asyik2 highway..heheh, tu sebab mama co-pilot, kalau mama yang drive..highway la jugak..pilihan dihati.
...ambik ngko..bersusun2 keta nak masuk parking..berputar2 cari..akhirnya jumpa satu...n' takpayah nak berebut2..kekadang tu..baru nak masuk..tup2 senang je datang ntah dari mana nak berebut kata dia punya plak..iskh..iskh..kat kawasan kira elit la jugak kan..ada gak lagi yang kurang budiman...sesat dari mana ntah..
...ramai kat luar..ramai la jawabnya kat dalam..dah nama pun Sunday..paham2 je laa..apaaa...Mutiara Damansara tadak air..kat luar hujan turun mencurah2..lebat gilerr la orang KL cakap..alhamdulillah,surau mewah airnya..lunch dulu, solat..pastu meramaikan IKEA la..pelagi..Luqman dah rimas..ramai sangat kot..jumpa yang dicari, belek2 lebihkurang...cadang nak survey je, tapi dah jumpa yang cun, murah plak..okey laa...ek, dengan ayah yang dah nak tekucil..dengan Luqman yang bising2 nak salin dypers gak kot...kasimpulannya mama takbley la nak belek lelama..


cian Luqman, dah umur setahun baru mama tepikir nak belikan babychair...ermm, sejak Luqman dah sibuk nak makan sama2 kat meja makan. dah tu nak diri sendiri kat kerusi..dah taknak share kerusi makan ngan ayah or mama lagi..


...Luqman & mama yang kaler2 merah kat signboard Entrance tu...berlatarbelakangkan lautan manusia yang telah berjaya dilepasi...oleh Luqman bersama ayah n' mamanya...


...Luqman kat meja study...tengah try keselesaan babychair yang baru dibeli kat IKEA tadi..nak belajar flashcards pun kan dah senang..heheh, senang mama nak control sebab Luqman dah jauh sket ngan keyboard ittewww...