October 29, 2009

MY FUNNIEST BABY CONTEST

Eh..contest laa..lalalala..join, jangan tak join..;)

Contest anjuran Umidanish...

Ooooo..contest kali ni ada sket perkara susah nak kena buat, bukan just upload gambar jer..ermm..apalagi..moh le kita gi jelajah laman sponsor2 yang bermurah hati untuk contest ni..,then..barula boleh dapat info yang diperlukan dalam terma dan syarat penyertaan.

Sponser 1 : Babyumishop
...@ babyumishop ni ada..CLOTH DYPERS "LUNATOTS" & accessories,..TUPPERWARE,..SET HERBA IBU BERSALIN,..BIO AURA WATER FILTER...DAN MINUMAN HERBA.

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre
...@ IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre ada...EUMORA BEAUTY BAR/KRIM PAYUDARA PEURAFIRM,..BAJU WANITA/BAJU KANAK2 LELAKI & PEREMPUAN..ECPI WATER...DAN ANGGUN ECPI.

Sponser 3 : Moms&babyshop
...@Moms&babyshop ada..BABYLAND CLOTH DIAPERS,...SUSU HI-Goat HR,...DAN MINUMAN JUS MATTE 5.

..DAN...inilah gambar Luqman yang dipilih untuk join this contest...KATEGORI B

NAMA BABY: EMIR LUQMAN
UMUR: 1TAHUN 1BULAN

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

eh...eh...contest!..jom join..joommmm..

secara rasminya contest ini dilancarkan dari: 24 October 2009 hingga 17 November 2009
Sempena meraikan our 5th Anniversary on 17th November 2009

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!

ermmm..okey, semua terma dan syarat dah settle...dan..inilah gambar Luqman yang dipilih untuk contest ni...
secara kebetulan..sudip biru mama pun nak tompang sekaki..hehe
h


NAMA BABY: EMIR LUQMAN
UMUR: 1TAHUN 1BULAN

October 27, 2009

Pesanan Dr Fadilah kamsah...

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam... Terima Kasih,

..really good info ..worth it

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya...di kesempatan ini saya sebarkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan iktibar yang boleh diamalkan .





Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku , aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

..dari wanita..untuk wanita...

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

KESILAPAN IBUBAPA

BEBERAPA KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH
s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang
mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di
akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engk au siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang
mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang
yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anak nya itu tidak
memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabk an beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa k ebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada
Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sek olah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau buk it bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokusk an anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambilkira perasaan mereka.

...bingkisan rasa...

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Peristiwa...sukaduka oct'09

Pejam celik...pejam celik..october dah pun sampai ke penghujungnya,...notaharianmama...?..hanya ada contest je,ermm..okey la contest pun untuk watak utama,kan! iskh..iskh..macam dah lari tajuk la plak...takpa2..entry kali ni mama e'ZA nak imbas balik semua event+peristiwa sukaduka aie.ezza's family sepanjang oct'09...

....pergi tak kembali..."AL-FATIHAH"...
14 oct'09, kul 8malam..tok mama telah kembali ke rahmatullah, mama e'ZA dapat tau dah kul 830malam camtu, gara2 hp prob. la ni, amek ngko...sapa2 call pun tak dpt, ayah plak..stay up..siapkan keje..kul 3pagi baru sampai umah..ermm..relaks kejap laa..takkan nak terus drive balik Kedah time2 tu gak..jauh wooii..sian ayah..
bangun pepagi, terus gerak balik Kedah..Che'da call 1100pagi, tok mama dah selamat dikebumikan..alhamdulillah semua dah selamat, mama pasrah..mama tak terkilan sangat sebab sempat melawat tok mama kat hospital masa balik beraya bulan lepas, sempat cium tangan dan pipi tok mama tu buat kali terakhir..
Sampai Jitra kul 2lelebih..terus ke Hospital Jitra..Che'da bawak mak mama gi check kaki yang bengkak setaman terpijak duri pokok..iskh..iskh..berbungkus la balik umah petang tu..singgah tapau bihun sup kat deretan restoran tepi sawah @jalan Sg. Korok tu..ermm, boleh tahan!

Sebelah malam nye baru gi umah arwah tok...ermmm, sayu jer..dah tinggal umah jer..terkenang semula di situ la mama membesar bersama arwah tok dan arwah tokwan seketika dulu...waktu maghrib, isyak & subuh mama bersama tok n' tokwan ke masjid yang selang cuma beberapa buah rumah je ngan umah tokwan mama tu..zuhur & asar..tokwan je yang pergi...mama bz main ngan kengkawan laa..apalagi..tiap pagi tokwan mama boncengkan mama naik motor gi tadika yang teletak dalam kawasan masjid tu gak..balik dari tadika...ehh, kena balik sendiri sebab nak singgah kedai kat sebelah masjid tu...iskh..banyak sungguh kenangan mama..insyaallah balik Kedah nanti kena snap semua kenangan tu..

Sabtu..17 oct'09..sepupu ayah yang nikah hariraya tu...majlis sanding kat umah pengantin perempuan kat Telok Kechai..pergi la mama, ayah dan Luqman tunjuk muka..alang2 dah ada kat Kedah..kan...nak ajak tok Luqman tu..kaki berbungkus plak..ermm, takpa la..lagipun tok Luqman tu masih sibuk..nak bantu memasak untuk kenduri & tahlil malam nanti.

Ahad..18 oct'09..gerak balik Shah Alam..

Seminggu kemudian beramai2 ke majlis sambut menantu la plak, sebelum tu..ayah bawak mama dan Luqman gi KL kjap, ayah beli stok...lepas tu gerak ke majlis kat dewan Bukit Cheras...24 oct'09..hari Sabtu gak..ye la, dah kawin ngan orang Kedah..kena buat majlis hari Sabtu la..Ahad orang kat Kedah dah start keja daaahhh...atok n' nenek Shah Alam Luqman bawak sume anak menantu dan cucu2 gi ke majlis tu..petang sket gerak ke umah tuan rumah plak, bukan sapa2 pun..umah toklang adik atok gak..memasing letih semacam..


Otway balik..hujan plak kat Kesas highway...bertambah la lemah je rasa badan, lapar plak..singgah tapau "Laksa Jitra Mai" ngan goreng pisang kat Komuter Seksyen 19..pastu gi makan kat umah atok...petang sket..Tokcik Fatah(adik atok yang tinggal dekat2 umah atok tu..mai antar nasi kenduri..ooo, dia baru jer sampai balik dari majlis toklang..ermm, makan lagi..malam baru gerak balik umah.

Ahad..25 oct'09...bermalas2 kat umah, plan nak gi Pasar tani kat stadium pun cancel..macam malas je nak kluar..
Lepas zuhur baru keluar ikut ayah yang nak gi potong rambut...sementara tunggu ayah..mama jenjalan ngan Luqman..gi kompleks..sempat mama shopping tudung plak..pastu ayah ajak gi umah atok..achik yang blajar kat Perlis tu balik..pastu suruh ayah tolong repair komputer dia plak..gi umah atok plak..lepas makan malam baru gerak balik umah.

oooo..25 OKTOBER, HAPPY BEFDAY untuk Ucu Zeddy..yang ke18...semoga bebahagia sebab dah jadi student IPT..bukan budak skolah lagi..ghajin2 belajar..jangan asyik nak gi mancing je..tapi kalau nak gi mancing tu..jangan lupa bawak Luqman sama..

October 22, 2009

CONTEST..Senyuman Ceria Si Comel

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


hmmm......
..contest...contest...contest...dan contest lagi, oishhh..daa berduyun2 nun haaa..
da ramai daaa yang join.iskh..tak boleh jadi ni, kita pun nak turut serta gak..meramaikan lagi penyertaan
..baru la best!..tak gitu Puan penganjur..smileykidz
Harap2 semua syarat dah dipenuhi..mana tau, kekadang terXcited tak sedar ada yang terMiss plak
Rasanya tak perlu la kot nak copy balik semua syarat kat sini, kepada yang nak maklumat lanjut..just click banner kat sebelah tu..terus ke laman penganjur..

Okey..inilah antara gambar2 Luqman untuk join contest ni..ceria tak senyumannya..
kira ceria la tu..ekk,kang kalau sengeh lelebih..hilang lak ke.."macho"..an jejaka mama e'ZA ni.


October 21, 2009

SAKIT JANTUNG, APA TINDAKAN ANDA..

Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)
selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa......
Anda benar2 tertekan dan terkejut....
Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak

Apa perlu anda lakukan ???

Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar
bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?

Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri. APA NAK BUAT?

JAWAPAN:

Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2. Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal
Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2 manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal.
Dengan cara ini mangsa serangan jantung sempat ke hospital.


Beritahu seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur.

October 13, 2009

Cutest Baby In Walker Contest

Eh!..Contest lagi..kali ni anjuran ometomei...ermm mood contest menjadi2 plak mama e'Za bulan ni..harap2 penyertaan diterima dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan.
takpa.takpa..COBA KAU COBA...lalalala...
Semangat menjadi2 bila godek2 folder terjumpa gambar2 Luqman beraksi ngan 'walker' yang ayah tetiba tergerak hati nak beli semasa shopping barang2 umah kat Giant seksyen 13..masa tu, Luqman baru nak masuk 4 bulan dan belum ada perancangan pun nak beli walker tuuu..



NAMA BABY: EMIR LUQMAN NAZRI
UMUR: 1 TAHUN (berusia 7 bulan ketika gambar ni diambil)

'WALKER' ni telah banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup Luqman yang kini baru mencecah usia 1 tahun...dari pengalaman mama e'Za memang ada baik dan ada buruknya naik walker ni.
Yang baiknya..hanya kepada mama yang menjaga baby..memudahkan kerja kerana walker ni dapat menghadkan pergerakan baby yang suka menjelajah ke serata pelosok umah, menyelongkar pelbagai, jadi bila dah letak dalam walker ni..baby masih boleh bergerak ke sana sini tetapi sukar ntuk mencapai sesuatu seakan2 berada di dalam kandang bergerak ler plak..
yang buruknya..walker ni adalah sejenis kenderaan ringan gitu..bila2 masa je boleh diterbalikkan oleh Luqman yang memandu memang tak pakai brek ni..dan akan mencederakannya.Pengawasan yang teliti amat penting ketika baby berada dalam walker ni, ciri2 keselamatan pada walker tu..biar yang berkualiti..untuk anak2 kita juga..

Sesuatu untuk dikongsi bersama...nasihat dari doktor pakar..,
Sebenarnya ibubapa tak perlu bersusahpayah menyediakan walker untuk baby memasing..kerana baby akan melalui peringkat meniarap, duduk, merangkak, bertatih dan berjalan apabila tiba masanya..lambat atau cepat adalah normal...kerana
dengan meletakkan baby yang masih lembut anggota tubuh badannya, tulangtemulangnya..seperti memberi paksaan kepada tubuh baby tersebut untuk duduk dan berdiri sampai senget2 baby tu..di dalam alat bantuan sokongan yang dikenali sebagai walker ni..
ini agak bertentangan dengan pendapat orang2 lama..yang lebih kepada "kena ajar dari baby lagi..tak bleh manja2kan sangat".
Jadi..sebagai ibubapa..tepuk dada tanya selera..pilihlah yang terbaik untuk anak2 kita.

October 7, 2009

...anakku Sazali...



E-TAZKIRAH
Have a pleasant reading;

"RASULULLAH BAPA MITHALI"

Rasulullah SAW adalah seorang ayah yang sangat penyayang dan pandai menunjukkan kasih sayang Baginda terhadap anak-anak. Kasih sayang Baginda umpama air yang mengalir, memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada ahli keluarga Baginda. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (ra) “Aku tidak pernah seorang yang sangat mengambil berat dan mengasihi ahli keluarganya melebihi Nabi Muhammad (SAW)” (riwayat Muslim).

Rasulullah sangat mengasihi putera-dan puteri Baginda. Diriwayatkan bahawa setiap kali puteri Baginda, Fatimah masuk ke dalam kamar Baginda, Baginda akan bangun dan memimpin tangan Fatimah dan didudukkan bersebelahan Baginda. Begitulah kasih sayang dan penghormatan yang Baginda tunjukkan kepada putera dan puteri Baginda.

Putera baginda Ibrahim (ra) meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Ketika Ibrahim sakit tenat, Rasulullah sentiasa menziarahinya walaupun baginda sentiasa sibuk dengan urusan dakwahnya. Setiap kali Baginda menziarahi Ibrahim, Baginda akan mencium Ibrahim dan bermain dengannya untuk menggembirakan hati Ibrahim. Baginda seolah-olah cuba menghilangkan derita yang ditanggung oleh anakandanya walaupun buat seketika.

Apabila Ibrahim (ra) menghembuskan nafas yang terakhir, Baginda begitu sedih sehingga melinangkan air mata. Sahabat Baginda, Abdul Rahman al Awf (ra) bertanya kepada Baginda,” Apakah Engkau menangis ya Rasulullah? ” Lalu Baginda menjawab, “Wahai Abdul Rahman, airmata ini adalah satu Rahmat’ (Riwayat al Bukhari). Begitulah mendalamnya kasih sayang Baginda kepada puteranya, biarpun Baginda sangat sibuk Baginda tetap berusaha untuk menggembirakan puteranya dan begitu bersedih dengan kematian putera Baginda

Baginda juga sangat mengasihi cucunya Umamah (ra). Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Muslim, Baginda selalu membawa Umamah bersiar-siar dan meletakkan Umamah di atas bahunya. Apabila baginda sujud ketika solat, Baginda akan meletakkan Umamah sebentar dan kemudian mendukungnya semula selepas selesai menyempurnakan solat. Begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda SAW di saat sebahagian masyarakat Arab masih ramai yang mengamalkan budaya jahiliyyah iaitu memandang hina kepada anak dan cucu perempuan mereka. Sifat Rasulullah itu juga berbeza dengan kebanyakan kita yang cepat memarahi anak-anak kecil apabila mereka mendekati kita ketika waktu hendak bersolat. Sebaliknya mengarahkan anak-anak tersebut untuk pergi menonton kartun!!! Maka faham anak itu, bersama dengan orang tua ketika solat adalah SALAH dan menonton kartun pada waktu tersebut adalah BETUL?!

Biarpun Baginda begitu menyayangi anak-anak dan cucu-cucu Baginda, namun kasih sayangnya tidak bermakna Baginda tidak menegur kesalahan yang dilakukan oleh anak dan cucu Baginda. Kita tentu pernah menonton cerita “Anakku Sazali”, kerana terlalu menyayangi anaknya, kesilapan Sazali tak pernah ditegur sehingga besar menjadi penyamun. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan Rasulullah SAW. Sebagai contoh, cucu Baginda yang sangat Baginda kasihi, Hasan dan Husin mengambil tamar disedekahkan kepada fakir Miskin. Baginda menghalang cucunya dengan bersabda “ Sesuatu yang disedekahkan adalah haram bagi kita (ahli keluarga Rasulullah) ” (Riwayat Muslim dan Ahmad). Rasulullah tidak mengherdik dan memaki hamun anak cucunya apabila mereka melakukan kesalahan, sebaliknya Baginda sentiasa member nasihat dan memberitahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Bahkan inilah kaedah yang berkesan dalam membentuk peribadi anak-anak yang soleh dan cemerlang.

Walaupun artikel ini memaparkan sifat ‘kebapaan’ Rasulullah, tetapi kaum ibu juga dapat mengambil pengajaran yang besar daripada secebis daripada jalur kehidupan yang indah ini.

**To all non Muslim colleague: We hope you enjoy reading the above for knowledge and understanding**

October 5, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

YES..kali ni mama e'ZA berkesempatan join MomBloggersPlanet Contest...sebelum ni asyik ketinggalan jer, cuba jangan tak cuba..kalah menang belakang kira..yang penting dapat tambah kenalan kat sini..salam perkenalan buat semua yang menjengok blog mama e'ZA ni.



October 09 theme is "Cutest Baby In Stroller"






NAMA: EMIR LUQMAN NAZRI
D.O.B: 21 SEPTEMBER 2008

Bercerita tentang pengalaman mama e'ZA menggunakan STROLLER ni...ermm,masa Luqman lingkungan 5-10 bulan, bukan main susah nak pujuk Luqman dok diam2 dalam stroller tu,beza kalau masa baby dulu..ye la, bawah 5 bulan tu..senang tersangat laaa..Kalau nak keluar memana tu,especially kalau nak gi shopping..kena pastikan Luqman tido masa on the way nak ke shopping complex..bila sampai pindahkan ke dalam stroller..ermm, dapat la shopping dengan aman..sebab bila dia sedar dari tido nanti, dia enjoy je..bermalas2an kat dalam stroller tu, sambil tengok sekeliling..
Sekarang dah setahun pun umur Luqman..lain plak ceritanya..pantang nampak stroller mesti dia nak panjat naik..pastu bising2 nak stroller tu gerak.

Kalau cakap tentang my opinion about using stroller..ermmm, tentu la memberi kesenangan apabila nak keluar jalan2 ke, makan2 ke..apatah lagi kalau nak gi shopping..lagipun sekarang Luqman dah pandai berdikari kat dalam stroller tu..dah pandai buat hal sendiri2 bila temankan mama nya jejalan.."yang penting kita kena biasakan anak kita tu since dia baby lagi dengan mendalah yang dipanggil "STROLLER" ni.

Here are the links that must be included...
MomBloggersPlanet contest page http://www.mombloggersplanet.com/1613/cutest-baby-photo-contest-october-09/

PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my

AliceWonders: http://www.alicewonders.com/

October 3, 2009

@ si comel berbaju raya CONTEST

..Ya Salam...Ya Salam...Ya Salam...
Salam Aidilfitri...salam perkenalan...salam bersuai kenal...kepada BabyIbu

Tengah syok2 dok baca cerita2 raya mama2 blogger yang mama e'ZA ikuti..tup..tup, terselayang pandang banner "si comel berbaju raya CONTEST" anjuran BAbyIbu..ermmm, menarik..tertarik untuk join..memandangkan Luqman pun punya banyak koleksi gambar berbaju raya..pekata mama e'ZA mencuba nasib.

LUQMAN join contest untuk Kategori A(Boys)



NAMA BABY: EMIR LUQMAN B. NAZRI
UMUR: 1 TAHUN

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..

October 1, 2009

...Orang Kaya Baru...



Gelagat OKB tengah kira duit...sampai tension2 la, salah kira kot..takpe2..mandi..makan dulu..pastu sambung kira balik..eh..eh, nak buat call plak..nak tepon sapa tu...oooo..ada sedara yang belum kasi duit raya yekk..

Ceritera Syawal tahun ini...

1 syawal...

Tahun ni pagi 1 Syawal kat umah atok n' nenek shah alam..best ! Bila berkumpul semua adik beradik ayah seramai 8 orang tu..tapi tahun ni family maklang(kembar ayah) beraya ke Trengganu(keluarga sebelah paklang), tak dapat la Luqman jumpa ngan cousin yang 2 orang tu..”Anis & Amy”...

..bila kira2 Luqman dah punya 7 orang cousin..ermm, campur Luqman..dah 8 orang cucu atok n' nenek shah alam ni...
Lepas balik solat sunat aidilfitri..kitaorang makan2 bersama2..pastu,
bermaafan..bertukar2 sampul duit raya..bergambar..meriah sekali..memang best kalau punya adik beradik yang ramai ni, sesekali berkumpul tambah lagi bila masing2 dah bekeluarga...gamat jadinya.



Tengahari nya, bertolak balik ke kampung atok & nekpah ayah kat Perak..atok n' nenek shah alam pun ikut skali, sampai kampung kira2 kul 4 petang...woishh, lagi meriah kat kampung. Adik beradik atok shah alam pun 8 orang gak..memasing dah beranak pinak, apalagi...bila anak menantu, cucu cicit dah bekumpul, jenuh gak la bersalaman, tambah plak dengan si Luqman yang meragam, lagi kuat Luqman nangis, lagi ramai yang hulur sampul raya..oishh, kembong handbag mama..heheheh

Sempat plak..jengok ke kampung halaman nenek shah alam petang tu, kampung kelahiran ayah Luqman laaa..ermmm, senja nan merah..apalagi Luqman & mama n' ayah sempat menyaksikan keindahan matahari terbenam..dan merakamkan detik2 indah itu..malam nya bermalam kat kampung kelahiran ayah Luqman..”Temenggong,Perak”.

2 Syawal...
...21 September 2009

HAPPY 1ST BIRTHDAY MY DEAREST DARLING...'EMIR LUQMAN'
I still remember how I gave birth to person by the name 'Emir Luqman'. Since this is my first baby, I was so scared.Alhamdulillah he came out 9.00pm. Cute and healthy baby boy. At first I was stunt..it is true I have deliver..macam tak percaya, I cried. My hubby was there to watch the exciting moment, it was miracle. Itulah kebesaran Allah S.W.T. I hope you will become a good boy. Anak yang soleh dan mendengar cakap mama dan ayah...Love U always..ermmmuuuahhhss.



Pagi2 lagi dah bertolak ikut rombongan pengantin...sepupu ayah Luqman yang tinggal kat Cheras tu bertemu jodoh ngan orang Kuala Kedah....so ramai2 la kitaorang berkonvoi dari Perak ke masjid Kg Alor Ibus, Telok Kechai..akadnikah kul 11.00 pagi,..alhamdulllah selesai semua..puas bergambar, berangkat le plak ke umah pengantin perempuan...ermmm, merasa makan laksa Telok Kechai kat umah pengantin..kuih/biskut raya pun banyak...jenuh si Luqman menghabiskan kek pisang & agar2 lumut kat umah pengantin, 'memang favourite Luqman tuu'...Selesai makan..perut dah kenyang..perjalanan diteruskan...
Tok Kedah Luqman dah tepon..apsal tak sampai2 lagi ni...

Lebihkurang 2.00 petang sampai la umah tok Kedah..tok & che'da tengah sibuk kat dapur...skejap pastu...sampai la rombongan anak beranak keluarga mentua che'da...berjamuan nasi skali lagi..petang nya, memasing berehat keletihan...sambil merancang esok nak beraya ke mana...

3 Syawal...

Kembara raya diteruskan...tengahari tu..sampai batu 10,Megat Dewa..umah WaTom...laksa Kedah kat umah WaTom hasil air tangan “kakNot” cousin mama tu memang dijamin sapa2 pun pasti licin tinggal mangkuk punya..tak percaya, cubalah rasa ;)...pastu gerak ke umah singgah Pakcik Awie kat Bandar Darulaman..ermm..Makcik Na hidangkan mee kari plak...
Kul 4 lelebih..perjalanan diteruskan....destinasi seterusnya ke Sungai Petani, WaTom ikut skali...sampai Hospital Sultan Abdul Halim..Paksu & Pakngah dah ada...masa melawat start 5.30petang...”tok”mama kat Wad kenanga 4...alahai terkedu mama bila tengok keadaan tok mama tu...dah tinggal tulang ngan kulit yang berkedut seribu...dah 6bulan tak jumpa..tengok2 dah jadi camtu...terkedu seketika, tapi bila tengok dia tersenyum sambil mengomel marahkan doktor sebijik macam dulu2...hati mama kembali ceria lega..
Habis masa melawat, perjalanan diteruskan ke umah mentua che'da kat AmanJaya..makan malam kat sana, ada barbeque lagi sempena befday bapa mentua che'da...pastu ke umah Pakngah kat Kelab Cinta Sayang...ermm..nyaman jer bila masuk umah orang2 kaya ni..tapi dah tak boleh nak dok lama2...nak ke umah Paksu plak..campur sesat&tak jumpa umah...dekat kul 10.30malam baru sampai umah Paksu...
Raya sakan la...1230pagi..baru sampai balik ke umah...

4 Syawal...

Hari ni...Luqman, mama dan ayah je yang kuar pepagi...appoinment Luqman kat Hospital Sultanah Bahiyah kul 10.00pagi...Selesai semua...balik singgah KFC...tapau pastu gi makan kat Tasik Bandar Darulaman...ramai gak kat tasik tu tetengahari..panas2 ni..
Ermm, ni memang antara aktiviti kesukaan mama Luqman..makan KFC kat tasik..sebelum ada Luqman dulu, jenuh mama nak pujuk ayah tapau KFC pastu gi makan kat tepi2 tasik kat Shah Alam tuuu..ayah lagi suka makan kat dalam restoren KFC tu...nape ek, senang nak cuci tangan kot..heheheh

5 Syawal...

Kenduri kawin plak kat kampung tok Luqman....anak Pak Mat yang bongsu kawin...siap ada cabutan bertuah lagi...Tokwan Luqman dapat kipas angin tuuu...happy la dia...lepas penat2 menolong memeriahkan majlis, petang dapat hadiah...

6 Syawal...

Luqman temankan mama ke umah Tokwa timah...ermm, mama tempah baju raya lagi tuu..wa Timah dah kembali sibuk menjahit baju raya...untuk 'open house' plak katanya..ye la, sekarang orang beraya sebulan di bulan syawal...sebab esok dah nak balik shah alam, pagi hantar...petang dah siap baju mama..cayaaa.laaah, timakasih wa.

7 Syawal...

berangkat kembali ke shah alam..tok kedah ikut skali..tapi sampai Hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani je..singgah minum kat kafeteria hospital tu kejap..pastu teruskan perjalanan...ermmm, first time mama singgah hentian Gua Tempurung..ada sungai kecil siap boleh picnic lagi kat situ..dah berbelas tahun mama berulang-alik dari utara ke KL..ni baru mama perasan hentian tu..
Kul 4lelebih masuk Guthrie, singgah Elmina makan sate Kajang...kul 5 petang selamat sampai ke umah..alhamdulillah.