September 16, 2009

'CUTE SLEEPING BABY CONTEST'



Salam perkenalan dari mama Luqman buat tuan empunya blog "Love My New Life"..Baiti@Mizz Zizie yang menganjurkan contest ini..ikhlas cakap..blog "Love My New Life" ni..special la,lain dari yang lain,simple..kemas lagi teratur...menarik, tertarik,kau tetap D'boom!
yang empunya blog ni tersangat la friendly, tengok la punya le ramai mama & mommy tersenarai cantik kat blog dia, kan..ermmm...kalau mama e'ZA nak amek kesempatan ni untuk kenal ngan Puan Baiti@Mizz Zizie,boleh tak?..best,kalau dapat kawan ngan orang2 yg friendly ni..



NAMA BABY: EMIR LUQMAN B. NAZRI
BIRTH DATE: 21 SEPTEMBER 2008
PLACE OF BIRTH: PUSAT RAWATAN MAHSURI, BANDAR DARULAMAN
NAMA IBU: SUHAIZA SIRU


Hi..Luqman join contest ni..sempena 1st birthday Luqman pada 21 Sept. ni..harap2 murah rezeki Luqman di aidilfitri tahun ni...boleh menang contest auntie Baiti, YES!
Untuk pengetahuan auntie Baitie, Luqman ngantoook sesangat time tu,dah tak boleh tahan..apalagi, kat bahu ayah pun okey laaa..mama Luqman tu taknak balik lagi..masih nak jalan2..almaklumlaaa...dah lama tak gi jalan2 kat Melaka..:)

September 14, 2009

istimewa hujung minggu :)

kenapa belom ngantok lagi nie..ish..ishhh..

Luqman & ayah dah lama diulit mimpi..ni mesti gara2 share iced mocha ayah masa berbuka dalam keta td..heheh,tersangkut dalam kesesakan atas jambatan sg. apa ntah kat Klang tu..yg ada masjid kat tepi sg. tu...masa ontway balik shah alam selepas puas ronda2 ramadhan & shopping2 raya kat Jusco Bukit Tinggi.."THKS a lot ayah&Luqman yang setia menemani mama saban hujung minggu shopping persiapan aidilfitri tahun ni.

ermmm...atau?yes..yess..mama hapy sesangat sebab hari ni,mama dah berjaya mendapatkan handbag raya yang tersangatla menarik perhatian mama,pada pandangan pertama dah buat mama jatuh hati dan terus beli la, apa tunggu lagi..handbag raya mama ni cantik menarik dah tu tengah 'in' sekarang, ermm..color "ivory" nye tu,bila di 'mix&match'...amat2lah bersepadan dengan persalinan mama untuk raya pertama,kedua,ketiga dan seterusnya lahhh..pendekata balik raya tahun ni, tak payah nak bawak 2-3 handbag lagi...dah tu lagiii,saiz nya yang sederhana besar tu boleh la nanti Luqman nak tumpangkan botol susu/botol air minum kat poket handbag mama tu..ermm, paling special sekali, kira yang paling mama suka pada keychain yang sesajer digantung berambu-ramba kat tepi beg tu..ermm..ermmm..sebelum masuk kat butik beg mama tu mama sempat singgah kat Carlo Rino,memang cantik menarik keychain2 kat situ tapi mama kureng plak ngan design handbag yang ada,wlaupun suatu ketika dulu mama adalah peminat setia 'carlo Rino'..kenapa ya?mayB designer dia dah tua kot..huehuehue.."gelak ada makna tuu".

ermm..handbag mama tu belum nak bergambar lagi..dah simpan bebaik dlam gobok, macam malas lak nak kuarkan semata2 nak ambik gambar.Takpe la raya nanti baru kita buat sesi foto shoot banyak2..almaklum laaa..konvoi dari Shah Alam ke kampung atok&nekpah ayah kat Perak..pastu balik kampung tok&wan mama kat Kedah plak..alang2 dah lalu saudaramara kat Penang pun nak dijengok jugak..plannn..jangan tak plannn..

September 12, 2009

....mama dapat roses...


roses ni..mama dapat melalui emel,sayang plak nak delete camtu je,penat je kawan mama emel ke mamakan?..sebagai menghargai pemberian kawan2 mama..mama upload kat sini..k

September 11, 2009

Ceria Raya...


e-card raya from jazmin zule


e-card raya from Is


e-card raya from my senior dsigner


e-card raya from fye

TQ...di atas ingatan kalian..
Salam Aidilfitri & maaf zahir Batin,
ikhlas daripada kami...
aie.ezza's family

September 6, 2009

..melekat kat TV..


ini cerita Luqman yang melekat kat tv..cartoon punya pasal...,
Upin & Ipin..ermmm,apa ntah nama anak itik kuning tu..'ming-ming" kot..antara watak2 yang Luqman mesti nak tangkap..geram kot tengok diorang tu melompat2 kat dalam tv tu..bila start je cerita ni..Luqman mesti cepat2 datang dok kat depan tv..sekejap pastu mesti dah melekat kat tv tu tersengih2 sambil bersorak2 menyanyi siap goyang2 punggung lagi..tu yang paling mama tak boleh lupa tu..tapi cuma time ada cerita ni kat tv je tau...sebab mama penah test Luqman ni,kat computer kat umah nenek ada banyak collection cerita ni tapi ermm..Luqman lagi berminat ngan keyboard computer tu plak...

Luqman dah sihat...yey..yey..yeahhh....


ALHAMDULILLAH...akhirnya Luqman dah sembuh sepenuhnya..dari selsema yg meleleh2 tu,badan pun dah tak panas lagi..mama pun dengan gumbiranya dapat la buka blog yang dah beberapa hari tak disentuh ni..
...ermmm, nak crita apa ek kat entry ni..ok la..mama upload gambar2 Luqman yang baru baik demam tu..yg dah sibuk memanjat sofa pulak sebab nak check bunga mama yang kat tepi tv tu...berabuk je..

September 3, 2009

Luqman kena selsema...?


buat julung kalinya luqman terkena virus selsema pada usia 11bulan 12hari..>< kul 230am dia terjaga dari tdo untuk menyusu tapi tak dapat menyusu dengan selesa maybe sebab hidung yg tersumbat..terus dia bangun dan ganggu ayah & mama yang dah nak terlelap...oppss, kena alert ni,takut peristiwa jatuh katil berulang lagi..tapi tak lama lepas tu..dah mengantok kot..minum susu sket dan terlelap.zzzzzzz..
..bangun pagi,..merengek jer sepanjang hari..kejap2 bersin..alhamdulillah selera makan ok jer..tapi air mata, air hidung toksah cakap ler.meleleh2...marah2 plak.. kita curi2 lap muka dia, lebih2 lagi kalau guna tuala yg dilembabkan.
..malam nya..lepas isyak, ayah terawikh sendiri kat umah, pastu gi klinik...nasib baik Poliklinik An nisa kat Alam Budiman tu buka 24 jam, senang la sebab dekat ngan umah...lasak bukan main masa jumpa doktor..siap bertegur sapa ngan kakak2 yang bagi ubat ikut tingkat tingkap kecil kat klinik tu...Luqman ni, pantang nampak kakak2 yang cun mesti nak ditegurnya...tapi ngan bahasa dia sendiri la..”hanya dia yang paham..:)”
…..balik umah, time nak makan ubat..perrghhh,..jenuh ayah nak pegang tangan & picit mulut..paksa rela jer..makan ubat tu.ubat cecair tu manis kot, sebab tak dikeluarkan plak bila dah masuk ke mulut..ingat lagi masa umur Luqman ni bawah 6bulan..banyak kali kena gi cucuk itu ini..balik je doktor dah bekalkan ubat kot2 demam lepas cucuk..oishhh..lagi susah..ubat dah masuk ke mulut pun..disembur keluar semula...alhamdulillah..dah besar anak mama..dah semakin pandai makan ubat yeeee...
nyenyak jer tdo pastu..mesti dah lalok ubat ler ni..selamat malam sayang mama..cepat2 sembuh yaa..next appoinment 4th sept.,..kena check influenza kalau masih tak sembuh..Ya Allah minta dijauhkan..Amin..

September 2, 2009

..kisah luqman & 4 gigi nyerrrr....


..YES..yes..yes...sekarang luqman dah ada 4 gigi..inilah senjata paling best untuk sesaper yg suka sangat nak peluk2 cium luqman...pasti berADOI..jugak ler kepada yg kena gigitan halus berbisa dari si luqman ni..dah tu pandai plak cari tempat yg special tuuu..kat leher..lengan..peha...adussss!!!