March 22, 2017

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula...

tempat kenangan zaman berdua-duaan dulu duluan...
zaman-zaman mabuk mual anak sulung.. situ la en. suami suka bawa..anytime, SA-->PD-->SA apalah sangat😍...privacy situ 7-8 tahun dulu.
Masa tu tempat ni macam terbiar lagi..
selalunya kami parking jauh, bawah pokok rhu pantai sebelah rasanya..
lepas tu jalan kaki kat pasir pantai yang jarang orang lalu.. ada tumbuhan menjalar atas pasir.. hati-hati tumbuhan tu berduri.. cucuk kaki aku, tu yang ingat sangat tu😅
lama dah kan bangunan lama runtuh-runtuh tu dah takde, tapak tu di buat parking bertar sekarang, lama juga perasan cuma kali ni baru berpeluang singgah kembali ke situ.
Dah ada nama.. "pantai cahaya negeri"
cantik lagi terjaga.. ada toilet tempat mandi dan surau yang terjaga.
Menarik la tempat redup-redup gini pada aku...
free je if compare lepak kerusimeja berbumbung khemah..sewa rm50 tau.
Dulu aku suka situ sebab ada jambatan nak ke satu pulau kecil.. feeling-feeling jambatan dalam filem erra fazira berlakon jadi gemoksss tu...gambar kat jambatan sambung next entry la kot😉
Sampai la ni ada je jambatan tu.. ramai nau umat manusia datang bergambar kat jambatan tu sekarang.. pulau kecil di hujung jambatan pun dah ada namanya.. "pulau Burung".
Aku rasa situ sekarang antara tempat riadah orang tempatan.. yang just datang picnic balik hari..
yang nak berkhemah unggun api bawah pokok rhu pun ada je sebab ada laluan kita boleh bawa kereta parking tepi pantai dan pasang khemah sebelah kereta, best kan.

cantik dah sekarang tempat ni...
toilet surau semua dah ada..jualan buih sabun juga yang dicari anak3 aku ni
next time kita datang pagi-pagi..bawa bekal bentang tikar sini😀..feeling2 orang PD
jambatan untuk ke pulauBurung, sebelah sana bawah pokok rhu tu kita boleh bawa kereta ke situ & pasang khemah 👍
view pokok rhu redup-redup sana tu la..tempat feveret aku dulu-dulu😊

March 20, 2017

Happy School Holiday!!!

jadi marilah kita up entry yang...
yang anak-anak kita suka nak buat lah bila cuti sekolah which is bercuti lah..
apa lagi, kan.
tak kisah lah walau cuma sehari dua di hujung minggu,
pada kami tanpa hotel mewah bagai pun tetap bercuti juga namanya😅...janji ada pantai...gituu😎
time kecik-kecik ni je la pon suka nak ajak ke pantai...takde hal bab berendam sampai legam tu...kannn😀
Kejadiannya weekend lepas...ber tema'kan release tension untuk abanglong yang baru selesai ujian KAFA.. ala-ala refreshment gitu.. before hadap ujian kat sekolah pulak.
Alhamdulillah, selesai semua dah..
nah! seminggu cuti sekolah.. jenuh aku pikir aktiviti untuk seminggu ni😏
apaponnn...

new Monday --> new week ---> new Goals! 💪💪💪

March 14, 2017

menggoreng 'pisang Tanduk'

tempias mood entry sebelah...entry masakan keluar lagi di petang mendung hujan tak jadi
haishh...rasa bersalah juga bila terrrrajin menggoreng-goreng time en.suami dok ada ni
ye la..kalau tak si wife yang hidang makanan sihat, siapa lagi, kan😏
masuk umur matang...
beria menyambal menumis hidangan feveret makan bertambah sampai moncet2 bukan lagi kebanggaan...lain yang datang, taktauuu😜..cukuplah dengan 'makan untuk hidup'.
ehem...ehem
kasi chance la...aku layan kegeraman, 2biji je aku beli pisang tanduk
sebijik aku goreng...nikmatnya habis sepiring aku hadap sorang😋
suami tak puashati aku simpan dia dua keping je..hikhik.
lagi sebijik aku biar ranum dan cekodokkan...anak3 aku layan cekodok jer diorang,
tapi kalau pisang goreng makcik taman depan berebut tak hengat
beterabur serdak berminyak dalam kereta...😭

pilih yang paling besar..sebijik rm3.3 camtu
potong ikut citarasa...aku suka yang dipotong sedikit nipis..makcik goreng pisang potong tebal sangat😀
pakai tepung goreng pisang ADABI+tepung beras dan sket tepung gandum...semerbak dapur👌